princess Luv

Monday 30 January 2012

Demam mewujudkan rindu dihati........

Terpaksalah aku cuti untuk membelai novel pilihan ku... C Luv kata cutilah baca novel, selepas baik dari demam barulah baca balik... huhuhu sedih jugalah dengar nasihat C Luv yang prihatin dengan demam yang melanda aku. Kenapalah masa sekarang demam ni nak muncul. Aku baru start kerja setelah 9 hari ambil cuti untuk berehat. Geram!
Rindu masih terasa... menyucuk-nyucuk di hati, ye lah manja ku belum habis lagi pada novel baru ku. Belum pun mula aku dah demam... macam mana ni... takkan aku nak curi-curi mambaca... tau-tau lah C Luv tahap bimbangnya terlalu mengada-gada sampai terkadang aku rasa bertambah sakit pula hehehehe... Tapi aku bersyukur kerana perhatian C Luv amat menyentuh hati aku. Terlalu sayang rupanya dia kan... mana tak yang sakit ni manja sangat! hehehe selera macam-macam ada. Nasib baik C Luv layan juga... Thanks Luv...
C Luv deal ngan aku. Dia kata kalau nak novel baru kena sihat dari demam dulu dan cuti baca novel untuk sementara kerana demam. Wawawaaa.... dah pandai kenakan aku rupanya hehehehe... jadi aku pun bersetuju juga... ni kali lah... kalau aku sihat entah berapa buah novel yang akan aku angkut di kedai Harris hahahaha.... sedia-sedia ja ye Luv...

thanks Luv melayan kemanjaan ku di kala ini....

Aku kena rehat sekarang c Luv macam dah siap mandi hehehehe... ni pun aku curi-curi mengadap "Matahari ku"....

Rindu Melanda Aku....

Sunday 29 January 2012

Luv...???


Love and electricity are one in the same.
If you do not feel the jolt in your soul every time a kiss is shared,
a whisper is spoken,
a touch is felt,
then you are not really in love at all...


touching Luve... in words...

Saturday 28 January 2012

Tanpa sedar malam ku hilang... Magic...

Taksub sungguh dengan pembacaan ku sehingga jam telah menunjukkan jam 6 pagi. ketawa sedih dan senyum-senyum sendiri menjadi tayangan pada si Luv yang sedang memandang. Memang aku tak sedar sejak bila pula dia membuka mata dan menyaksikan kegilaan aku pagi-pagi buta ni... hahahaha.... terasa panas juga muka ku bila dia memandang tanpa suara... aku juga malas bertanya sejak bila pula dia bangun... hehehe... Bukan aku tidak sabar untuk habiskan cerita novel ni cuma aku terasa njoy seronok pula dan tanpa sedar malam ku Magic!... rupa-rupanya dah bertukar!.... pagi......

Good Morning my Sunshine.... Luv It!

sedar ku kau telah tiba
walau lewat menyapa mu
aku mampu melayan mu...


Bukan Itu Ku Pinta....

Dingin menusuk ke kalbu
nyilu sampai ke tulang
tatkala lewat pagi ini
ingatan itu  pada santapan telinga
senja yang lalu
mengukir senyuman
mungkin itu takdir mu!

bunga itu bukan utk mu
tika dulu hati berdarah bernanah
terpanah sakit
lalu mata menumpang rasa
jangan kau perasan!
memang bunga itu bukan untukmu
memang kau durjana
menyembur perosak tanah subur ku
mentaburkan paku pada jalan ku
menyimbah minyak ke rumah ku
menghantar hantu mu untuk menakutkan ku
sedarlah...
peneman ku hanya Dia...
aku mampu berdiri kerna aura Dia

Jangan kau cuba ambil bunga itu
tanah mu tidak sesuai untuk bunga ku
juga tidak sesuai untuk hiasi rumah mu
jangan perasan lah!
kau bukan sebahagian dari ku

ralit telinga menyentap irama sumbang
yang kau cipta tanpa sedarmu
kini orang menjual irama aib mu
ah! itu bukan doa ku
bangas basi itu memang dari mu
terhidu oleh pemborong
lalu cuba menghulur pada ku
aku menolak walau di beri free
sempat juga busuk mu singgah ke hidungku
benci!

bagai benar apa di kata
kerna santan pulut binasa
kerna mulut badan binasa!
baik datangnya dari Tuhan
buruk datangnya dari manusia itu sendiri

senyum  terukir
bukan doa ku
bukan juga perolok- olokkan kejam mu
pinta ku pada-Nya yang satu
berilah kau hidayah
walau mengundang perit untuk dirimu
jua sekeliling mu 
namun aku bersyukur
kiranya itu hidayah dari-Nya
untuk kau sedar
betapa Dia Maha Berkuasa
dan Maha Pengasih.... 

Mohonlah keampunan dari-Nya...
Bukan dari ku!





Thursday 26 January 2012

Coklat, Bunga Dan Si Cupid Karya Zara Amani

Perasaan cinta yang pernah hadir suatu ketika dahulu dilontar jauh. Kasihnya hanya sebagai teman  semata-mata. Bibir wajar membohongi, namun tidak hati...
Sinopsis

Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amilia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segalanya. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Apatah lagi wajahnya yang semirip Haidi membuat dirina sentiasa dibuai asmara. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.

Haidi tersenyum melihat reaksi gadis itu sebelum meminta diri untuk beredar. Mata Rania tidak berkelip-kelip memandang pemuda itu. Hatinya masih tidak berhenti memuji makhluk ciptaan Tuhan yang paling kacak itu.

Pickpocket? Is that what you think? What can i steal from you? ~ Fakhrul Qazril Amani

Hatinya menjerit saat memandang Rifdi yang berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang pelik. Dia pula kini yang dihantui dengan seribu persoalan. Bagaimana pemuda ini boleh sampai ke sini? Siapa pula yang memandai-mandai memberitahunya?

Rania menjadi tidak keruan. Bayangan Haidi muncul dalam ingatan. Pantas dia menarik jari-jemarinya daripada genggaman pemuda itu lalu menyarungkan sarung tangannya semula. Bagai tidak mahu lagi disentuh pemuda itu. Apakah maknanya semua ini?

Me : 26.01.2012 ~ baru mula membaca... tengok pada sinopsis macam kisahnya terlebih romantik tapi jika di tafsirkan melalui tajuk pula bagi ku macam berkisahkan funny romantic... ye ke? apapun aku akan cuba menyelongkar intinya.... hehehe....
29.01.2012 ~ Di kala jemari-jemariku ralit menekan-nekan kunci ini sambil mendengar mp3 song "Listen"... teringat aku pada watak Fakhrul yang aku suka. jam telah menunjukkan jam 3 pagi. huuu... sekali lagi aku lewat tidur. dalam seminggu cuti ini juga hanya 2 buah novel sahaja yang dapat aku hayati... kegilaan aku ni ku turutkan saja kata hati ku untuk teruskan.... di kala ini aku masih mengingati semua watak yang ada dalam novel ni. Wow! tahniah kepada penulis penghasilannya sungguh membuatkan aku jadik gila sementara... aku tersenyum sendiri, ketawa, sedih sehingga mengalirkan air mata dan menolog sendiri... memang sangat cantik garapan mu wahai mis Zara Amani... baru aku terfikir tentang gelaran Coklat, Bunga dan C Cupid...
C jejaka Coklat ( Fakhrul Qazril Amani )~ hahaha... memang sesuai sangat! tapi bukan kerana tentang hadiahnya sejambak coklat pada Rania tetapi bagi ku bayangan wajahnya yang manis dan menggoda... semanis coklat yang dapat menggoda semua anak gadis untuk menyentap. hahaha... aku suka watak fakhrul yang bersahaja dan pengorbanannya juga besar untuk adiknya. Dia bagaikan coklat. cepat cair jika hatinya terusik oleh orang yang dia sayang. pandangannya memukau persis model... wow sampai macam tu sekali bayangan yg di berikan oleh penulis... memang aku suka! sukar untuk aku huraikan kerana aku di kala ini aku masih merasakan auranya...
C jejaka Bunga ( Rifdi Hakimi ) ~ bayangannya seperti mat salleh celup, tapi memang dia ada darah mat salleh. Gelaran ini memang layak juga untuk dirinya, seperti kata ku bukan kerana dia jejaka yang rajin menghadiahkan bunga tiap pagi kepada Rania tetapi dia hensom seperti bunga-bunga yang mekar mewangi. Teringat pula aku drama korea Boys Over Flower yang aku sangat minat gila! yes... memang seperti yang aku bayangkan dia bukan sahaja mat bunga tapi memang di gilai oleh gadis-gadis yang memandangnya cuma cintanya hanya pada Rania. bertepuk sebelah tangan itu lah yang terjadi pada dirinya. lahir rasa simpati juga bila dia marah dan sedih dengan cinta yang tidak berbalas itu. Sehingga dia sanggup berbuat apa sahaja dan sanggup menunggu seberapa lama jawapan akan diterima... ni lah aku geram! kalau tak suka jangan lah layankan... rania rania... hehehe aku pula perasan lebih... ye lah kalau tak suka terus terang ja lah jangan buat orang terharap-harap.. ops! macam kena pula cerita ni... hehehe... sebenarnya aku juga rasa tercuit kerana separuh sikap Rania ni ada dalam diriku, alaaaaaaaaaaa.... kisah zaman-zaman remaja ku sangat melucukan.... terasa bersalah pula hati ini bila di kenangkan kisah lalu... maafkanlah aku... Ya Allah ampunkanlah dosa ku mereka terluka kerana aku...teringat usaha Rifdi untuk mendapatkan Rania membuatkan aku terasa bagai terpana... bagai terasa kekecewaan yang dia alami... sungguh menyedihkan...
C jejaka Cupid ( Zarul Haidi Fahimi@Eddy ) ~ Tuhan memberikan dia peluang untuk bahagia dengan cinta sejati bersama Rania. Dia juga sesuai di gelar c Cupid kerana dia yang pertama memanah hati Rania dan membuatkan Rania gila bayang. dimana sahaja rania pergi walau di seberang laut sekalipun rania tetap terasa eddy bersamanya. bayangan eddy tidak pernah hilang dari ingatan dan hatinya. Memang cinta mereka cinta sejati. sebelum eddy menghembuskan nafas terakhirnya dia sempat melayar cintanya dengan segala-gala yang dia rasa... mengalir air mata ku tika sampai bab eddy mula sakit dan tenang menghadapi qada qadar Tuhan itu. Dia cukup redha dengan apa yang berlaku pada dirinya kerana dia sudah merasa bahagia dengan orang yang dia cintai sehingga ke hujung nyawanya. Syukurnya pada Tuhan membawa dia menghembuskan nafas terakhirnya tika sujud menghadap Tuhan yang Maha Esa... sungguh terharu dan tersentuh... Aku Rasa!...

Kekeluargaan yang di gambarkan amat membahagiakan terasa aku pula yang ingin berada di sana. Untuk mendapatkan abang seperti Farhan dan Qusairy dan adanya kakak seperti Laili atau ipar seperti siti... wow bestnya... sungguh bahagia suasana bila aku membaca bahagian mereka berkumpul dan bermesra.aku rindunya ada family seperti begitu. aku harap aku dapat membentuk family ku seperti itu. sangat-sangat sporting... terutama sekiranya ada abang persis farhan... huuuu perasan!
Aku suka juga... penulis ini mengembangkan plot-plotnya dengan membangkit cinta Fakhrul dan rania di Negara Korea... negara yang menjadi cita-cita ku untuk sampai ke sana... aku berharap suatu hari nanti aku sampai di sana menyulam cinta bersama c Luv... aduuuhhh romantiknya... apapun aku memang terkesima, terkejut, terharu... dan macam-macam lagi ter ter lah... aku suka...tajuk novel ini secantik inti dalamnya... Funny romantik... memang tidak salah tekaan ku... Luv It! 

kerana cinta ini
ku cari kau ke seluruh pelusuk benua
aku sanggup!!
4 stars..... twinkle!!!!

buy : 01.01.2012 (new year...) Ahad
start : 27.01.2012 (jumaat)
finish : 29.01.2012 (ahad) 3.00 pagi ~ wow sekali lagi aku tidur lewat...
1-630 m/s - boleh tahan jg lembarannya... hehehe...

Aku akan menyambung membelai novel baru selepas aku berehat 2 hari... aku tak mahu penghayatan ku ini sia-sia... aku tak mahu hilang 'rasa ini'...
next : Jika Bukan Kerana Bintang...

Monday 23 January 2012

Merajuk....

waaa... penangan merajuk aku hari ni... entah tetiba sahaja c luv hadiahkan aku benda aku suka sangat... luv it! thanks my dear. tak tahu pula hadiah majuk aku ni lebih dari jangkaan... hehehe sampai 5 buah c luv bagi. tak rugi majuk ku klu macam ni nak majuk hari-hari lah... hehehe tak lah main-main ja... apapun aku gembira dengan pemberian mu... novel yang aku cari di pelusuk kedai bulan lalu pun c luv dah dapatkan untuk aku... wah! memahaminya dia... "Lafazkan Kalimah Cinta Mu" novel yang aku cari-cari di kk. Di Harris 1B pun hanya 30 unit sahaja di jual... ntah macam mana novel ni muncul lagi di Harris... suka, suka, suka.....

Saturday 21 January 2012

Kasihku Arina Karya Mazni Aznita

Aku kehilangan mu....
Aku mencari mu.....
Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu.........

Sinopsis

Kehilangan adiknya Cayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, semakin dekat dia dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna Aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapannya. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirina dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?

Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yang membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.

Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina di tatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.

Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku, Jerry, Kim dan yang lain-lain. Aku tidak ingin memaksa, tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau untuk menerima kamu ~ Nakhael.

Me :  21.01.2012  -  harap isi novel ini seperti luaran dan sinopsisnya... aku ingin mengembara bersama... adakah aku peroleh sesuatu! aku ingin meneroka setiap taman yang ada dalam pengembaraan ku... jangan bunuh harapan ku!...

26.01.2012 - Pengembaraan ku sudah selesai. Aku suka novel ni, penuh misteri tentang alam 2 demensi. Sungguh bijak penulisnya menuyusun jalan-jalan cerita yang mendebarkan dan menyayat hati. aku suka misteri itu...
Aku mulakan dengan prolog- memang aku mula-mula rasa keliru dengan cerita permulaan novel ni, dari awal lagi novel ni telah menampakkan suspen! novel ni tertumpu di negara Filipina. Ya! Negara filipina menjadi negara pilihan dalam novel ini untuk mengembangkan inti novel... dimana chayi adik kepada arina di culik oleh pendatang yang tidak di kenali semasa mereka bercuti melawat mandaluyong. memang suspen sangat! aku masih tercari-cari kenapa adiknya di culik... dan kenapa tiba-tiba lelaki yang bernama alwiz muncul dengan satu penyamaran dan arina terpaksa akur demi ingin selamatkan adiknya... suspen bukan? hehehe...
Aku mula meneruskan pengembaraan ku kerana dada ku mula berdebar-debar untuk terus mengetahui apa yang sebenarnya lelaki alwiz kehendaki. aku mula di dicubit rasa minat. wah... memang aku tidak menyangka novel ni membuka minatku untuk terus membaca... Aku lagi terasa teruja dengan arina yang dari permulaan sebenarnya dia hilang ingatan hinggalah dia mula meningati siapa diri dia sebenar. Ini lah pertengahan dan hampir penghujung, dan muncullah sahabat-sahabat yang menyayangi arina sebelum arina terpisah dan hilang ingatan... Kim, Nakhael, Nigth-abg arina, jerry, dan Alwiz-kekasih arina. Inti novel ni banyak berunsurkan dendam dan kasih sayang, malah unsur dua demansi bumi dan alam mistik iaitu Drutasia... berkerut juga kening aku cuba mencari misteri ni namun novel ni senang juga difahami dan tidak banyak terbelit-belit dan terselit-selit. memang anjoy bila membaca. Biarpun di bibirku sukar mengukirkan senyuman bila membaca namun aku tetap meneruskan minatku.Memang aku akui berdebar, sedih, terharu, takut, sayang, menyayat hati dan khusuk wow memang tiada satu pun aku terasa lucu... itulah yang aku rasa... novel banyak tertumpu kepada watak arina dan megdalina anna ibu kepada arina. Kasih sayang antara sahabat dan keluarga terlalu tinggi kepada arina sehingga ada antara sahabatnya yang sanggup berkorban nyawa demi arina.
Ending- pula memang best sangat... arina dan alwiz bersatu semula. Bibit-bibit cinta mereka terjalin setelah lama terpisah oleh keadaan yang menyukarkan mereka untuk meneruskan percintaan mereka... Memang best sangat lah!
Bagi aku kesemua watak yang ada dalam novel ni sangat cantik dan sangat mengejutkan. Namun aku hanya suka pada watak Nakheal... biarpun dia bukan watak utama namun aku ralit dengan perwatakan yang di garap oleh penulis untuknya... terlalu istimewa bagiku... betapa besarnya pengorbanannya kepada arina sehingga sanggup mati asalkan arina selamat... aku suka! 

memang aku tidak rugi memiliki novel ni... pengembaraan ku belum selesai lagi....
aku memberikan 5 star seperti mana teman Awan Bayu
yang telah awal membaca dari aku... memang betul kata dia...
sangat best!

kasih sayang perlukan kesetiaan
percintaan perlukan pengorbanan....

Buy : 23.12.2011 (sabtu) 1B-Harris
Start : 20.01.2012 (jumaat)
finish : 25.01.2012 (rabu) 12mlm
1-710 m/s

next novel : Coklat, Bunga dan Si Cupid....

Friday 20 January 2012

Seronok bila tiba masanya

Waa tiba sudah masanya kita bercuti panjang sampai 4 hari... Selamat menyambut tahun baru kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan chines new year 23hb jan 2012 hingga 24hb jan 2012. Semoga tahun Naga ni memberikan kebahagiaan, keceriaan dan ada 'Ong' rezeki yang banyak.... Semoga persahabatan yang terjalin lebih erat dan ceria selalu... Perayaan 1 Malaysia...

Tahun ni tahun Naga.... waa... tahun kelahiran c luv juga... very luck...
Masa ni juga aku cuti 10 hari untuk berehat... waa... bestnya suka! semoga cuti ni dapat ku luangkan dengan sehabis-habisnya yang aku plan. Apapun
Happy Holiday 2 all my friend...

Thursday 19 January 2012

Benci tidak tapi tak suka....

aku tidak mahu bayangmu
juga bau mu
aku jelak dengar suaramu
walau sesayup udara menyampaikan
aku tetap
tak suka!

jangan sapa aku bila kau...
terlihat aku
terhidu harumanku
terlihat ramping bayangku
mahupun terang jasadku
aku tak rela menjawabmu...
kerana luka itu masih belum terubat

aku akan biarkan jika....
kau hanya terhidu harumanku
mencuri pandang aku
mendengar cerita ku
menyapa hal aku dalam laman kesayangan ku
kerana aku masih ada
Hati nurani!

tolonglah...
jangan tanya aku lagi
jangan ganggu lena aku
jangan.....



Wednesday 18 January 2012

Lemahnya Aku

Kesakitan semalam yang aku rasa, masih senggal menusuk-nusuk tulang ku. Aku lemah melawan kesakitan ini. Pulang sahaja dari kerja semalam aku terus landing tidur. Badan terasa sakit sangat sampai menusuk ke tulang, aku letih dan lemah sangat. mata pun sukar ku buka. Padahal semalam aku mahu tengok drama bersiri Vanila Coklat. Aku pasrah dengan sakit yang tiba-tiba datang tanpa menunjukkan apa tanda atau silap makan ku...

Hari ini aku kuatkan semangat untuk bangun kerana aku harus pergi kerja. Aku masih lemah macam semalam namun kesakitan semalam tidaklah menjalar ke hari ini. Cuma sekarang terasa anak-anak kesakitan itu sahaja. Kerja-kerja aku buat ala-ala kampung aja... tidak terlalu berat hari ni, aku cuma melakukan kerja-kerja yang penting dan yang harus di ambil tindakan segera!

Namun kesakitan yang datang ini mengguji kesabaran c luv... bukannya apa semalam jam 12 am aku kejutkan dia untuk meminta urut. Kesian c luv ba... melayan sayangnya ini.. sanggup juga bangun biarpun mengantuk... ye la time sekarang lah seronok bermanja-manja dengan c luv, lagipun c luv jenis yang prihatin... aku faham perangai buah hati ku ni... Thanks... luv kerana membuat aku lena tidur semalam...

Semalam tidak sama dengan hari ini...aku bersyukur, walau pun kesakitan semalam membuatkan aku lemah bagai orang yang tidak bermaya, namun pagi ini Allah memberi aku peluang lagi untuk meneruskan kehidupan aku. Aku masih bernafas lagi... Alhamdulilah.... syukur.... Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..... 

Monday 16 January 2012

Duhai....Isnin Ku..

isnin ku seumpama malam
siangnya terasa suram
mata pinar melihat sekeliling
memang begini isnin ku

isnin ku seumpama demam
sakit melakukan apa-apa
jasad dan otak
sakit semuanya
jangan di tanya mataku
pasti kecewa
bila kau mendengar jawapannya

isnin ku bagai ubat bius
Entah! sukar aku bergerak
bagai tidak bermaya
perlukan vitamin untuk mulakan segala
segalanya aku rasa lemah
dan.... ngantuk....!!!

isnin!
kau ragut semangat ku!!

ini bukan penyakit
terbiasak!!!

Saturday 14 January 2012

Buat yang tersayang Karya Maya Rasyidah

Kirimkan rinduku untuknya,
walau hanya berbisik pada bayu....
Sinopsis

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Shira "Wajib" berkahwin dengan calon suami yang dipilih oleh ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun sempat diijabkabulkan, dia bagaikan sudah "ditalak". Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasi yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk 'berlakon' sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa di sedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancur-luluhkan perasaan Syira.

Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.


Me  : waaaa..... ending novel ni dapat anak kembar dan hidup bahagia bersama orang yang di cintai. Prolog novel ni pun aku sudah mula tercuit tentang kesedihannya kerana tidak rela meninggalkan orang yang dia mula cintai... kerana cinta dia sanggup memberikan kebahagiaan itu kepada suaminya... aduiii... sedih pada prolog tersentuh hati untuk terus meneroka lebih dalam taman novel ni... memang banyak terselit bahasa melayu brunei, terkadang berkerut juga dahi ku untuk cuba memahami maksud bahasa itu, biar pun aku ni orang sabah melayu brunei campuran tapi aku terkadang susah juga mahu faham bahasa ibunda apalagi kalau mahu cuba untuk bercakap bahasa melayu brunei... aduiii siapa yang mendengar pasti ketawa... pelat!!! ba.... hehehehe.... oleh itu kena belajar.... belajar makan ambuyat dulu.... hehehehe

Pertengahan cerita pun sangat mencabar dan nakal-nakal kerana syira sudah mula menampakkan kepintarannya dalam semua segi. Abg ayie suami kepada syira sudah menunjukkan belang untuk membuatkan syira marah dan geram. Ye la watak utama di garap dengan cantik sekali dengan kesempurnaan yang ada membuatkan aku ingin terus mengenali watak. Memang funny la story ni banyak provikasi di mainkan pada watak-watak yang ada dalam novel ni. Sentiasa ada kontranya. aku suka! Kesetiaan dan ketaatan syira menjadi penghias wataknya...

ending pula  suami berusaha untuk mengembalikan cinta isterinya kepadanya. Arie sanggup ke tanah ke lahiran ayah syira di irilend dan sanggup ke mesir untk mengejar cinta isterinya. Usahanya mencuit hati... macam aku pula yang jatuh cinta pada watak lelaki tu hehehe... Kebahagiaan yang cantik untuk aku bayangkan dimana ketulusan cinta mereka menghasilkan cinta kembar- anak kembar boy and girl... waa... terharu rasanya... prasan pulakan... hehehe

**** (4) Bintang 
Buy : 24.12.2011 (Sabtu) 1B
Start : 14.01.2012 (sabtu) @ 7.50pm)
Finish  : 18.01.2012 (rabu) @ 11.00 pm

1-480 M/S


Friday 13 January 2012

Lafaz-lafaz Cinta Karya Hadi S. Khuli

Novel Spiritual Lembah-lembah Penuh Dosa....
Sinopsis

Berdakwah di antara mereka yang bergelumbang dengan dosa sangat berat, seberat memikul gunung. Tetapi, jika anda berjaya, Masya-Allah, pahalanya luar biasa besar dibanding gunung yang anda junjung. Inilah tema unik dan penuh tentangan dalam  novel keagamaan yang penuh babak ini.

Taufiqurrahman Al-Azizi, pengarang best-seller novel-novel kejiwaan.

Sebuah novel cinta, lebih kerana hablum minallah, demi keagungan takbir di lembah-lembah penuh dosa. Karya yang di tulis tidak dengan kepalsuan!

Muhammad Masykur A.R. Said, pengarang best-seller Mukjizat Cinta.

Bila anda mencari novel keagamaan dengan tema penuh tentangan, godaan dan sekaligus taushiah/hikmah, inilah yang perlu anda baca. Pada sisi struktur cerita, novel ini berhasil dengan baik. Pada sisi keberkesanan maknanya, novel ini mampu membuat saya menangis dalam diam.

Ahmad Muhaimin Azzet, penyair, Editor di Yogyagkarta.

Tak setiap orang akan mampu kekal sebagai muslim dan muslimah yang teguh iman cintanya kepada AllahSWT. Di kala dia terus hidup berdampingan dengan lembah hina yang penuh dengan kemaksiatan, kejahatan dan kekufuran. Tetapi, justeru itu di tengah lumpur dosa yang pekat itulah, berpijar gelombang pahala dan kasih Allah bagi mereka yang istiqomah mengumandangkan nama Allah, bersujud kepada-Nya, dan membaktikan hidupnya untuk mengobarkan nyala iman di relung hati. Inilah aura hati yang penuh cinta, yang selalu menyala dari lembah hina yang penuh dosa.

Me  : Bergetar berdebar bila aku membaca sinapsis novel ni... harap getaran ini terasa bila aku ingin membongkar aibnya hehehe.... hebabola ni hahaha... betul ka aku cakap tu? entahlah lupa sudah ilmu sastera zaman sekolah dulu... hehehe... (13.01.2012)

(14.01.2012) @ 5.40pm
ya Allah aku tidak mampu untuk meneruskan pembacaanku... kenapa? dari pagi aku membaca novel ini bagai masih tercari-cari apa yang tersirat sebenarnya... seolah-olah aku masih belum memahaminya... belum serasi barangkali? atau mungkin akal ku belum bersedia untuk membacanya. Novel ni penuh dengan misteri sedangkan setiap patah perkataan mempunyai puitis misteri yang sukar aku tafsirkan atau sukar aku fahami... aku terhenti apabila sampai bab ke 8 "Masih Ada Cinta" muka surat 119. aku berhenti kerana aku tidak mampu meneruskan pencarian ku pada novel ini... kalau aku teruskan juga bermakna bagai mengetuk tin yang kosong tidak mempunyai isi namun tetap berbunyi kuat sekiranya aku mengetuknya... aduii... memang aku lemah kalau bab-bab macam ni... mungkin ilmu di dada aku belum cukup untuk memahami setiap yang tersurat yang ada dalam novel ini.... tapi aku memang akui sastera ku tidak terlalu mendalam dan pelajaran ku hanya setakat tingkatan 6 sahaja. Apapun aku terpaksa berhenti di sini sahaja untuk kali ini... sekiranya aku sudah bersedia aku akan kembali menyelak helaian-helaian novel ini agar aku boleh memahaminya....

sesungguhnya aku hanya manusia biasa.....
hanya percaya pada ketentuan Tuhan.....

buy : 23.12.2011 (sabtu) 1B
start baca : 14.01.2012 (sabtu)

Finish :

1-406 m/s

Aku suka setenang hari ini....

Tenangnya hari ni... serasa bagai setenang jumaat yang indah dan berkat.. sungguh!... alhamdulilah... aku suka setenang ini. Mungkin berkat hari jumaatkan... kalau macam ni hari-harikan bagus. hehehe... ye la kalau tenang selalu bermakna hidup tu tidaklah mencabarkan...

Aku rasa tidaklah tertekan sebagaimana hari-hari yang lalu... mungkin terlalu mahu menghabiskan kerja-kerja yang berlambak. Apapun aku ingin tenang ini terus bersama ku. setenang matahari itu. Jika aku mampu melakukan kerja-kerja yang tertunggak itu dengan satu petikan jari saja mungkin aku rasa akulah yang paling relaks... hehehehe tapi aku cuma manusia biasa, harus menggunakan daya usaha ku sendiri dengan tulang empat kerat ni, alahai macam dah tua pula rasanya... hakikatnya aku belum pun tua lah!

haaa..... cerpen "Kisah Donggeng" belum pun sempurna lagi dan bakal aku postkan ke my blog tidak lama lagi. Mungkin bukan dalam  blog ni... hehehehe.... k la... sampai sini saja untuk aku coretkan ke ruangan yang ku sayang...


Jika sayang
belailah aku selalu
jika rindu
lihatlah aku selalu
walau hanya bayang
mampu mengubat rindumu
jika benci !
jangan toleh aku
kerana jelinganmu
singgah ke arah ku
aku tetap di sini...
kau kata kau tak suka...
tapi aku tetap suka...



Sunday 8 January 2012

Penyakit malas?

Hari ni di rumah saja, malaslah mahu keluar pergi mana-mana. Lagipun hari ini aku nak habiskan Novel "Suami yang kubenci"... nasib baiklah dah habis baca hari ni juga... lagipun memang hati aku malas mahu jalan-jalan dalam seminggu dua ni sebab aku akan bercuti selama seminggu, ahh! masa tu nanti aku akan luangkan masa sepenuhnya dengan c luv, adik-adik dan abah... macam tak sabar rasa hati... macam-macam plan pula dalam fikiran ni. Aduiii penyakit malas pun mula bermaharaja lela di badan. Tapi takpalah... harap-harap sekejab ja penyakit ni!

Sabar ya... Luv... melayan karenah sayang mu ni... hehehehe.... ada aja yang di manjakan hehehe... best ba jadi isteri kepada Roslan Zainal ni... layan ja karenah isteri pujaannnya ni... syukur...

Adik-adikku... jangan lupa janji kita mahu jalan-jalan masa kakak cuti nanti. Kita bawa abah sekali ya... rindulah pula dengan mereka... termasuklah anak buah ku Puteri dan Wawis... Semoga mereka semua sihat sejahtera... yelah... diorang sahaja yang paling dekat dengan aku buat masa sekarang ni...

Esok mula kerja.... waaa nampaknya kejab lagi mahu iron bajulah ni.... baju c luv untuk seminggu kerja... hahahaha....penyakit ni kan, menjadi-jadi kalau ikut hati semua tak habis kerja... aku beristigafar berkali-kali untuk kuat semangatku membuat kerja. c luv hari ni bz dengan kerja luar... takpalah dia pun jarang keluar kalau lepas kerja...

Tika hati di ketuk syaitan
membisik melemahkkan jasadku
aku menyebut kalimah-kalimah-Mu
agar aku tidak tertangkap dan di kurung
aku gagahi segalanya
memukul syaitan durjana itu
dengan kalimah - Mu lagi!
agar aku tidak terus leka
tolong.... aku tidak mahu di nodai
syaitan durjana itu...
hahahaha aku ketawa....
bila rantai-rantai ayat-ayat- Mu Tuhan
merantai syaitan itu dari mengodaku...

Malas............


Air Mata Rindu karya Pitteriah Abdullah

Kekasih tuliskan namaku di setiap nadimu....
Kekasih lukiskan lah wajahku di setiap ronga nafas mu....
Sinopsis
Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang di miliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas cinta suci Nora John Abdullah, iaitu ibu kandung Danial Akmal terhadap Datuk Dahlan. Pada malam pernikahan Danial Akmal, dia telah di tembak dan Eryna Izzati pula telah hilang ingatan. Setelah pulih dari koma, Eryna Izzati tidak mengenali Danial Akmal dan cintanya berubah kepada Amir Ridzuan. Namun, Danial Akmal tetap menanti Eryna Izzati agar kembali kepadanya. Datin Cantara dan anak angkatnya Shirly telah mengupah orang membunuh Eryna Izzati. Apakah yang terjadi kepada Eryna Izzati? Dapatkah Danial Akmal menerima musibah ini?

Cnta sesama manusia bukannya kekal selamanya. Cinta kepada Allah yang kekal abadi. Danial Akmal harus belajar menerima kenyataan tentang perkara ini, barulah hidup kembali tenang. - Nora John Abdullah

Sepinya hidup tanpa Eryna Izzati di sisi, itu yang di rasakan. Sengsaranya hidup tanpa mendengar suara dan gurauan manja Eryna Izzati. Di mana Eryna Izzati? Benarkah sudah pergi meninggalkan dirinya seperti yang di khabarkan di dalam akhbar dua tahun yang lepas? - Danial Akmal Datuk Dahlan

Andainya mereka tahu keadaan aku, apakah mereka akan menerima aku semula? Apakah mereka mahu memaafkan segala kesalahanku, sedangkan ketika celik pun orang sudah teramat marah. Lagipun aku bukannya isteri Danial Akmal lagi. - Eryna Izzati Bashir

Me  :  Opening novel ni aku sangat teruja dengan permulaan yang menunjukkan betapa deritanya Danial Akmal menanggung rindu pada isteri yang telah tiada sehingga dia sanggup mati kerana rindu. lantas aku ingin sangat untuk mengetahui kenapa dan rahsia di sebalik kesakitan yang Danial Akmal tanggung... Aku terharu dengan cinta yang terlalu mendalam dalam watak Danial. Kesengsaraan dia menanggung rindu membuatkan aku teringat pada seseorang. hehehe yang pastinya... bukan kisah aku! Yelah macam serupa pulakan... teringat masa tinggal di kepayan pula... 

Bila di pertengahan cerita, terkejutlah pula dengan perubahan sifat Danial setelah berjumpa kembali isteri tercinta yang di sangka telah pergi menemui ajal. Wow... bahaya juga novel ni, hehehe bukannya apa... Danial sanggup sentuh isteri dia biarpun isterinya belum merelakan itu semua berlaku. Macam merogol pula kan... hehehe.... aku mula makin serasi dengan novel ni. Tapi bila part-part yang dorang serasi dan mula bercinta aku mula rasa dingin pula. Aduiiii..... ye lah aku pantang kalau part-part keras kepala dan api lawan api huhuhu... hehehe mencabar kesabaran aku meneruskan pembacaanku... namun aku teruskan juga mengkaji! Danial yang mahu isterinya ikut cakap dia sahaja kerana dia suami... manakala si isteri juga keras kepala dengan dunia sahaja... sabar ja aku... aku suka part-part kontra... kalau seorang pemarah seharusnya seorang lagi penyabar... supaya aku boleh belajar dari sifat penyabar watak... hehehehe ye la kekadang aku ni kurang sabar... selalu suami sahaja yang pujuk... tapi aku teruskan juga meneroka novel ni...

Apapun syukurlah aku mampu menghabiskan lembaran novel ni sehingga the end.... ending pula aku suka dengan kebahagiaan Deeja dan Amir. aku suka kesabaran mereka...Merpati Putih... Aku suka dengan tajuk novel ni.... "Air Mata Rindu"... tapi belum cukup untuk membuatkan aku terharu dan sedih... belum ada setitik pun airmata aku mengalir dan belum cukup rindu yang boleh membuat aku rasa teringat-ingat dan tersayang-sayang... biasanya kalau aku terlalu teruja sangat dengan apa yang aku suka, bila di pejabat aku akan rindu, bila pulang dari kerja aku terus mengadapnya hilang penat bila metatapnya terus... seperti Novel "ASST? dan Suami Yang Kubenci".... Aku mahu Rasa begitu.... bila di rumah pula aku masih rindu untuk mengadapnya.... terkadang membuatkan aku terikut-ikut dengan watak perwatakan yang aku suka...  gilak! hahaha

 buy : 19.12.2011 (sabtu) 1B
baru start baca - 09.01.2012 (isnin)
Habis : 13.01.2012 (jumaat) - 8.30pm
1-661 m/s


** Bintang

Rindu ku tetap bertalu biar mimpi ngeri itu menganggu....

Friday 6 January 2012

Jumaat Pertama di Tahun Baru 2012

Jumaat pertama di Tahun Baru 2012
Jumaat di tahun baru ini terasa seperti biasa, seperti dahulu biarpun sudah melangkah ke tahun baru. Semoga hari ini aku bersemangat untuk melakukan kerja-kerja aku yang mula aku selesaikan. Pagi aku sungguh ceria, buka sahaja mata bibirku mengukir senyuman apabila mendengar siulan burung-burung yang bersahut-sahut. Jarang juga aku mendengar burung-burung berlagu-lagu riang macam tu. Ye lah tinggal dekat taman Tun Fuad memanglah banyak burung hehehe.... aku terhibur mendengar siulan burung-burung sehingga aku rasa pagi ku sungguh menyenangkan... waa... aku awal bangun dari c luv, ye lah semalam aku tidur awal sebab mengantuk sangat. awalkah! jam 12 malam hehehehe.... aku macam biasa bertemankan baby yang baru aku kenal (novel) setelah baby yang sebelum ini puas sudah mendapat belaian aku. Itulah kerja aku jika aku tidur lewat.

Di tempat kerja, banyak juga kerja yang menunggu setelah kerja0kerja tahun lalu ku bereskan. Namun ada pula yang tertinggal rupanya, semoga semangat aku tidak patah dan teruskan memikul amanah yang telah di tugaskan. Ye lah... kerja tidak pandai berkurang malah bertambah sahaja... tak pa ada pepatah mengatakan anggaplah "Kerja itu satu ibadah"... itulah tanggungjawab yang harus kita semua terima. Lagipun aku senang dan bersyukur dengan apa yang di amanahkan untuk aku... dan aku tidak akan patah semangat dan akan terus melangkah... ceh wa.... semangatlah pula.... hehehehe....

Semalam di rumah, adik minta tunjuk buat rumusan karangan. Aku hairan kenapa dia pegang dahi dia macam ada masalah. Aku tanya kenapa dia macam ayam berak kapur... hehehe.... rupa-rupanya rumusan itu bertajuk " sikap ibu bapa membentuk keluarga bahagia". Aku faham kenapa dia tidak mampu berfikir... di teringat arwah mama lah tu... Aku terus beri semangat dan buah fikiran untuk dia terus tabah serta bersemangat untuk menyiapkan tugas sekolahnya. Akhirnya dia dapat juga lakukan... Syabas! adik ku....

Apapun aku bersyukur pada Tuhan kerana memberikan aku Kebahagian ini...
Aku akan terus melangkah Aura-Mu di hati ku
Biar sederhana namun indah dipandang dan nikmat di rasa....

Thursday 5 January 2012

Suami Yang Kubenci Karya E-Man Sufi

"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaan, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."
Sinopsis

Perkahwinan di antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya , Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, peasti perkahwinan ini tidak terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.
Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya.... cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati... satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan suami yang di benci. Penjual burger juga layak untuk bercinta!
Mampukah  rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula mula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan dimainkan. Ke mana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian adalah jalan penyelesaiannya?

"Terima Uwais? Kau buat lawak apa ni? malaslah aku nak cakap pasal dia...." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan da jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger.... Masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah... Mengucap Hannah, tidak baik kau cakap macam tu....!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"

Me  : Mata bersinar, senyuman terukir, dada terasa kembang . Wah! perasanlah pulak... memang story ni sangat cantik... sangat funny dan sangat romantik! ops... one more... sangat-sangat caring.... i luv it so... 
Tahniah kepada penulis kerana mampu mencuit rasa yang dalam di hati ini... sangat berpuas hati... seolah-olah aku berada dalam watak tersebut... serasa di hati bagai aku cuba mendapatkkan novel ini yang hanya tinggal sebuah sahaja. Syukur! aku memilikinya...
Cerita Cinta dan kekeluargaan... aku seronok membacanya, banyak yang mampu suami ku mengatakan aku dah angau ketika aku membaca novel ini.. hehehe siapa sangka aku tak berhenti-henti tersenyum dan ketawa bila part2 yang aku suka... terutama munculnya watak Mak cik Sarimah.. Wah! luv it!... Cayalah... kalaulah makcik sarimah ada dalam keluarga aku, pasti! aku rajin sangat-sangat buat kerja rumah dan adik2 aku yang lain akan takut dengannya hehehe.... bestnya... hehehehe..... lucu dengan watak Uwais yang pembuli dan suka mengejek orang saja kerja dia... macam c luv i pula... hehehehe tapi nasib baik c luv tidak kuat merajuk macam Uwais. Ye lah aku ja yang kuat merajuk mana ada kesempatan dia merajuk... palis-palislah... janganlah c luv tu kuat merajuk sebab aku tak pandai memujuk ba... hehehehe.....tak rugi beli novel ni...

Buy : 19.12.2012 ( 1B )
Start : 05.01.2012 ( khamis )
finish : 08.01.2012 ( ahad )
1-544 m/s
Cinta bukan sekadar lafaz dibibir sahaja
kesabaran bukan mudah di bentuk dalam dada
fahamilah aku seadanya...
aku bukan kisah dongeng mu

Pagi dengan mata pandaku

Semalam aku tidur lewat lagi... gara-gara penyakit baru ni aku membaca sampai jam 1.30am hehehe.... nasib baik c luv dah memang tidur awal sebab letih training. hehehe.... syukurlah tamat juga novel yang baru aku baca hari sabtu tu. alahai mata panda ku kembali lagi, alah.... jangan risau aku tetap seperti biasa.... hahahaha.... pergi kerja pun kawan-kawan takkan perasan punya... Selepas tu akan aku belai baby baru lagi... hehehe telah aku katakan rumah aku bagai tempat kumpul novel-novel yang masih baru hehehe... lagipun hobi ni amat baik jika aku tidak lalai, betulkan! minat sesuatu boleh tapi jangan lalai itu sahaja... yang pastinya aku sudah kurang tengok drama korea... hehehe....

Walaupun dah pagi
aku belum lihat cahaya
walau terasa dingin pagi
namun aku belum lihat kelibat mu
Rupa-rupanya engkau juga rindu aku
dan aku terlupa sekarang baru jam 2 pagi
ah! patutlah engkau belum jelma
belum menyapaku
matahariku...


Tuesday 3 January 2012

Selepas Cinta Alisya

Vanila dan Coklat
Inilah drama kegemaran aku, luv dan adik... selepas berakhirnya drama Cinta Alisya, beralih ke drama ini... kami akan menunggu setiap minggu untuk duduk di depan tv. Ntah kenapa aku, c luv dan adik suka sangat tengok drama ni. mungkin kerana ceritanya atau pelakonnya... hehehe tepuk dada tanya selera. sebenarnya aku ni kurang sanngat tengak drama bersiri versi malay ni hehehe... terbiasa dah tengok drama korea. Pemilih sangatlah katakan. C luv pn hairan tetiba saja aku berminat drama bersiri melayu ni... hehehe sampai ada satu ketika dia menyindir aku, kononnya aku minat pelakon heronya... hahahaha cemburu nampak! Sebenarnya, jauh panggang dari api.... aku mula terpikat dengan tajuk unik drama ni. Ye lah aku memang mula terpikat dengan apa-apapun dengan nama yang unik dahulu baru aku akan melihat rupanya... itulah yang menarik minat aku... dan satu lagi sememangnya aku memamg minat perisa vanila dan coklat... hehehe... teringatlah pula zaman remajaku yang pernah dan selalu di hadiahkan vanila dan coklat... hahahaha.... lupakan!... apapun yang penting.... Drama ni Aku Suka Sangat... Njoy dan tidak tertekan emosiku.... hahahahaha..

Nak Vanila Coklat?


tinggalkan baby di rumah....

Aku akan sunyi di pejabat tanpa mu....
Hari ni mula kerja di tahun baru, dan selama cuti aku di rumah sahaja. kalau keluar pun 2 jam atau 3 jam sahaja dan selama 3 hari aku banyak menghabiskan masa aku dengan baby, Ops! jangan salah faham pula baby tu gelaran utk novel pilihan aku hehehehe.... macam orang lain juga terpaksa tinggalkan anak dirumah atau di tempat pengasuh kerana kerja, macam begitu juga diriku... hehehe aku memang tidak akan membawa baby ke kerja kerana bagi ku kerja adalah untuk bekerja dan di rumah adalah untuk istirehat... betulkan... lagipun nanti susah mau buat kerja kalau baby bersama... sekurang-kurangnya aku akan membelainya lebih lama setiap helaian dan bab-bab dalamnya akan ku sentuh dengan lembut dan cuba fahami baby... aku pasti merindu... namun rindu pada baby tidak akan mengganggu aku... jangan risau...


Baby miss u...
"Takkan Melupakan Mu..."
Novel yang sedang ku baca macam betul ja tajuk tu kan...

Monday 2 January 2012

Jalan-jalan lagi...

Jalan-jalan ke 1B.....
Semalam c luv bawa pergi 1B, tujuan mahu tengok wayang tapi movie yang mahu tengok tu full house lah pula. Kecewa jugalah bila tengok riak muka c luv... tapi dia ok balik bila dia dapat beli sandle yang dia suka... Polo swiss ba.... sabar ja aku hehehehe.... lepas tu dia bawa ke kedai buku HARRIS... its time.... hhehehehehe..... aku dapat 2 novel juga, rupa-rupanya banyak novel baru yang keluar, sabar saja aku pandang... apapun aku dapat 2 cukuplah dulu.... syukur... hehehehe thanks my luv....

Sunday 1 January 2012

Takkan Melupakanmu Karya Rosa Nur Imani

Hulurkan kasihmu. Jangan biarkan aku lemas di lautan derita
Sinopsis
Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lau tegah menguris hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.

"Tapi hati saya ni dah hambar. Berbelas tahun lamanya saya menunggu dia muncul dalam hidup saya, tapi dia tak muncul-muncul". - Anita

"Dia ingin memiliki Anita seperti keinginan seorang lelaki untuk memiliki seorang perempuan. Dan, keinginan itu semakin mendesak dari hari ke hari". - Adrus Hakimi.

"Orang lelaki kat KL ni berfikir sebiji macam aku. Tak boleh nampak perempuan yang cantik dan berdahi licin macam kau, fikiran terus jadi korup dan asyik terbayangkan benda yang pelik-pelik untuk di lakukan dengan kau". - Badrul

"Pergilah derita, kini aku ingin meninggalkan segala derita dan memulakan hidup baru. Ya, Memulakan hidup jauh daripada segala manusia yang telah menitipkan derita ke jiwaku". - Anita 

Me : Akhirnya aku habiskan lewat malam dan!.... tanpa aku sedar jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi... Gila!.... hahahahaha.... novel ini terus terang aku katakkan, belum dapat mengetarkan hati aku sehingga aku gila bayang. Cerita tentang misteri wujudnya isteri pertama dan mempunyai anak. Kesetiaan seorang ayah terhadap cinta ibunya tergugat akibat terlalu ikut kata orang tua. perasaan aku tidaklah terganggu sangat dan tidak berdebar-debar. Cuma banyak rasa simpati dengan watak Anita yang hidup menumpang dengan ibu saudara dan sepupunya yang serba kekurangan. sedih jugalah bila tunang Anita mati akibat di pukul kerana rebutkan Amita. Emosi dan mental Anita derita selama 19 tahun tinggal dengan ibu saudaranya. Boleh di katakan novel ini banyak memaparkan kecantikan yang ada pada Anita sehingga sesiapa sahaja yang menmandangnya pasti akan jatuh hati, hati aku tercuit rasa cemburu pula... waa... sampai maca bagitu pula... Berkenaan cinta Anita dan Khalid tidak berjaya mengetarkan jiwa aku. Entahlah... mungkin tiada banyak pengorbanan yang paparkan atau hati ini memang tidak tercuit rasa cinta watak tersebut?.. Apapun penulis ini dapat menarik aku rasa simpati pada watak Anita dan Rozana yang mempunyai suami yang curang!

***(3) bintang dari 5 bintang

start : 01.01.2012 ( ahad )
finish : 05.01.2012 ( khamis ) @ 1.15 pagi
1-544 m/s

jangan di ukur paras cantik luarnya
jika dalamnya masih belum diterokai


next - Novel "Suami Yang Kubenci".....



waa... di rumah ku bagai penyimpanan/ stok novel pula

Hehehehe..... macam tidak percaya pula... aku mula membeli dan menyimpan novel-novel pilihan ku agar aku tidak merasa sunyi di kala dilanda rindu pada novel... hehehe... setiap kali c luv bawa ke 1 borneo aku pasti tidak akan melepaskan mendapat satu atau tiga pembelian novel terbaru atau lama yang belum aku dapat dulu... pernah sekali aku begitu sedih sangat dan menyesal kerana menamguhkan niat aku untuk membeli novel Melafazkan Cinta kalau tak silaplah tajuknya... aduiii... masa nak beli novel tu aku masih terfikir-fikir lagi kerana di dalam genggaman ku ada 3 buah novel untuk ku bayar. justeru aku berniat akan membeli novel tersebut bila datang kembali. selepas 4 hari aku pergi lagi ke kedai Harris di 1B untuk memenuhi hajatku tapi.............. malangnya novel tu dah habis... aku rasa bagai nak meraung sahaja... ternyata novel tu memang Best! kalau tak kenapa novel tu laris di jual? huhuhuhu sedihnya aku bukan kepalang.... jadi aku cuba mengubat rasa luka dihati dengan mencari novel yang lain. gila pula rasanya? pernah aku bercerita tentang hobi ku ini dengan abah... abah tersenyum dia terus bercerita tentang novel dan pembacaannya... sememangnya aku dan abah memang mempunyai minat yang sama, tetapi! abah kata itu dulu semasa dia masih bergiat dalam penulisan cerpen dan sajak... sekarang abah lebih tertumpu kepada buku-buku agama dan motivasi... namun abah menceritakan juga tentang cintanya pada sastera penulisan ini... kagum aku mendengarnya... memang abahku mempunyai bakat seni yang sukar ku katakan. Itulah rahsia dan keistimewaan abah... aku suka sangat....

Kini aku meneruskan lagi pembacaan ku dengan novel berikutnya dan akan ku mulakan hari ini tetapi secara slow-slow hehehe tidak boleh rusing sangat... "Takkan Melupakanmu".... judul novel yang bakal aku belek tiap-tiap hari... walaupun aku sibuk dengan hobi gila aku ni namun aku tidak lupa melayan karenah c luv aku... heheheehe... c luv kata semenjak aku mula jatuh cinta dengan hobi ni aku makin manja pula... eps! betulkah? hahahaha..... aku kah yang berkarenah atau c luv... hahahaha.... lucu pula... apapun aku berterima kasih pada luv kerana faham tentang aku.... walau orang lain kata aku selalu di pegang c luv dan jauh dari perangai sebelum kenal c luv namun aku rasa bahagia dalam genggamannya kerana aku tidak pernah sakit selama bersamanya.... hehehehe

7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah

Silap aku juga. Kerna jatuh cinta, Insan sepertimu, Seanggun bidadari, Seharusnya aku, Cerminkan diriku, Sebelum Tirai kamar, Aku buka untuk mengintaimu.................
Sinopsis
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis yang bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidakk pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya....

" Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cerminkah nak suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ini sampai mati! So.... apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!" - Mia Adriana

"Aduhai angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hatinya mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? sudah lalikah telinganya? sudah matikah perasaannya? tidakkah dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan..

"Ya aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar..." - Khuzairi

"Amanah? amanah siapa yang di pegang oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, suatu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memanah dirinya sendiri. Berdoalah dikala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Me : 7 Hari mencintaiku... menyentuh hatiku tentang ketulusan pada watak Mia Adriana yang ingin berubah kerana ingin mendapat kembali cinta suaminya. Aku suka perjalanan cerita novel ini, banyak pengajaran dan kehidupan sekarang dapat aku bayangkan... tiada yang mustahil dalam kehidupan ini, sekiranya hidayah itu datang ia mampu mengetar jasad dan minda untuk mencari jalan kepada kebaikan. Aku terpegun juga dengan watak yang ada pada Khuzairi, rasa cinta dan tanggungjawabnya sehingga dia sanggup menerima cacian dan makian setiap hari dari isterinya. terkadang perasaan aku tegang bila membaca bab-bab isteri menghina suami. Pantang! Cinta matinya dengan insan yang bernama Mia Adriana amat menyentuh hati dan emosi aku sekali lagi. Memang benar suamilah jadi Cikgu, Penasihat, dan kekasih... aku setuju itu... tapi sifat sabar yang ada pada watak Khuzairi ini sesuatu yang mencabar bagi yang bergelar lelaki... Novel ini tidak rugi kita membacanya berulang kali, mesti kalau lelaki yang membaca novel ini... hehehehe geram sangat dibuatnyakan... mcm tidak percaya pula... Novel ini kompek dengan kasih sayang secara general dan Cinta sejati yang teramat sangat. Aku sungguh teruja dengan setiap plot-plot yang dibangunkan. Penulis amat tertumpu pada cinta Khuzairi yang begitu dalam dengan Mia Adriana... Aku tidak rugi membacanya sampai jam 5 pagi... huuuuu.....

****(4) bintang dari 5 bintang 

tidak semua yg bertudung litup - nampak kejahatannya
tidak semua yang bebas terbuka - nampak kebaikannya
jangan menilai dari segi luaran itu....
ikutilah cerita novel ini...
CINTA SEJATI PERLUKAN PENGORBANAN LANTAS KESABARAN AKAN TERCABAR.....

BUY : 10 DIS. 2011 (SABTU), 1B,
START : 26 DIS 2011 (ISNIN)
FINISH : 31 DIS 2011 (SABTU) 5 PAGI
M/S : 1-1048