princess Luv

Sunday 31 March 2013

DOKTOR CINTA KARYA DYADILA - KAKI NOVEL

Kerana aku Doktor Cinta, Membuat dia tergoda
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata....
SINOPSIS

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu Simple, Sempoi, Sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidup. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak poranda....

Mazliana
Gila ke jatuh cinta pada bos besar? ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar
Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Mazliana? Budak Kelibut tu macam mana?

Zikri Alif
Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana
Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa

Syamin a.k.a Mimi the over
Eiiii...... tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

Buy : 26.01.2013 (KHAMIS) ~ BY POS ON9
START : 01.04.2013 (ISNIN)
END : 

Semua penyakit perlukan rujukan Doktor
termasuklah penyakit hati 
cinta juga perlukan doktor... tak kiralah siapa doktor cinta anda...
rakan, ayah, ibu, abang, adik, kakak suami atau orang yang kita tidak kenali.... 
kenalilah doktor cinta anda...

KIRIMKAN AKU MALAIKAT MU BY MULIATI ABDUL

Cinta itu aneh. Dalam aneh ada indahnya. Dalam indah ada dukanya

Sinopsis

Terhimpit dengan status anak angkat di dalam keluarga. Nurul rela mengekang perasaan cinta pada abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang di sangka kekasih abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagian abang Hakim dan Ain Najwa.

Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya mungkin Nurul Akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya. 

Masing-masing menahan rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.

Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.

Gerhana dihatinya muncul apabila Umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang di tabur oleh Umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.

Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengenepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus? 

KIRIMKAN AKU MALAIKAT MU....

Nurul Syuhaida : "Kehangatan rindu ini milikmu, Firdaus. Rindu yang tidak pernah luput dari sanubariku. Kerana rindu itu menjadikan aku lupa pada Hakim di sisiku. Lupa pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Namun aku tidak mampu melupakan kesetiaan Hakim padaku."

Luqman Hakim : "Aku tak mahu memaksa Nurul. Dia juga punya hati. Punya perasaan. Bukan boneka yang boleh diperlukan begitu dan begini. Aku menjunjung tinggi erti kemanusiaan dan cinta. Kau harus mengerti cinta antara lelaki dan perempuan tidak seharusnya dibias 'keterpaksaan'. Itu kerja gila namanya."

Ahmad Firdaus : "Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya. Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan. Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup yang saling mempercayai Nurul, Selagi nadi masih berdenyut, aura ini tetap milikmu."


buy : 23.04.2012 ( by pos)
start : 24.03.2013 ( ahad)
end : 31.03.2013 (ahad)

Me  : sesejuk salju menusuk di tulang temulang ku, begitu rasa yang aku lalui semasa cuba memaksa hati untuk habiskan bacaan ku... pada mulanya aku takut untuk menyudahkan novel ini kerna aku takut cintanya pada lelaki yang bernama Ahmad Firdaus akan kecundang. Aku tidak suka akan perasaan bila kena buat PILIHAN... yes! kenapalah ujian itu yang di berikan pada watak Nurul... Aku seolah memahami kesakitan yang nurul alami. Memang aku selutlah jiwa tabah mu Nurul. Aku dapat RASA yang dalam dalam novel ini. Tahniah pada penulis muda ini, teruskan usahan anda untuk jadi penulis yang menjadi kegemaran semua peminat novel. 

Aku suka juga Watak Ahmad Firdaus dan Luqman Hakim... kedua-duanya amat romantik, caring dan sangat-sangat segak hehehehe... kalau aku di tempat Nurul, memang sukar untuk buat pilihan... 
pengorbanan kedua-dua watak ini amat menyentuh Rasa ku... 

Inilah kata-kata yang sangat menyentuh  :
Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya
Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan
Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup saling mempercayai
Nurul, selagi nadi masih berdenyut, 
AURA INI TETAP MILIK MU...


4 STARS.... TWINKLE3.....

Thursday 21 March 2013

MERAHNYA CERI BY ZULINA

BERAPA PERATUS WANITA DI DUNIA INI TIDAK PERNAH KECEWA DENGAN CINTA PERTAMA?

Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!

Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampai hatinya dia!

Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa lagi pun!!!

Bagaikan sebuah drama... Tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilaman saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa di kesan.

Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup 'buku cintanya' pada lelaki yang tidak setia itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?

Zulina membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang sentiasa di uji cintanya. Merahnya Ceri di tangan Zulina tentunya menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?

BUY : 23.01.2012 (1B)
START : 21.03.2013 ( KHAMIS )
FINISH : 24.03.2013 ( AHAD )

TUNGGU AKU HABIS MENJELAJAHINYA... ADAKAH TERPAUT ATAU PUN HANYA SEKADAR BERHIBUR UNTUK MEMBACA????....

ME : merahnya Ceri semerah ceritanya. Pengorbanan Mr. Hiro terpanah di hati ku. Ya! aku memang dapat rasakan pengorbanan dan kesakitan yang dia alami. Wow! memang menepati citarasa hati ku.. tahniah kepada penulis yang pandai mengatur, menyusun dan mencantikkan plot ke plot yang semakin menusuk rasa hati ini.... 

**** 4 STAR....