princess Luv

Saturday, 31 December 2011

Seharum Cinta LESTARY karya Ramlah Rashid

Suka dan Cinta dua Perkara yang berbeza meskipun dua perasaan yang hampir serupa, tetapi tetap memberi maksud yang sama
Sinopsis
Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikan gadis yang tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan untuk berganding dengan lelaki. Jauh sekali bergantung dengan kaum itu. - Lestary

Biar siapa pun dia, siapa pun tunangnya, yang pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan lestary sebagai gadis pertama dan mungkin juga yang terakhir. Dia sedar, merampas milik orang, boleh dianggap perompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu itu. - Dafiezudin

Dalam tenang memandu, Lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dalam ikhlas mahu belajar mencintai Razrim, Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia. - Lastary

Dafie tidak mungkin membuang orang yang dia sayang begitu sahaja. Dia tidak mudah melatah walaupun di gempur badan. - Razrim

Me : Pada mulanya opening pembacaan ku, aku rasa macam malas untuk meneruskan pembacaan ku. Barangkali perasaan aku masih teruja dengan novel ASST sebelum aku membaca novel ini, Sebab tu masih terasa dihati bahangnya, sehingga aku sukar untuk membuka hatiku membaca novel lain dalam masa terdekat. hehehe.... tetapi selepas beberapa hari aku cuba juga meneruskan niatku untuk membaca dan memahami novel ini... akhirrrrrnya.... aku dapat juga... dan berjaya juga untuk mengahayati.... u know why...???? munculnya watak Dafiezudin.... walaupun tidak sehebat perwatakan hilman yang ada falam ASST? namun aku boleh merasakan bahang kasih sayangnya... terlihat Pengorbanan dan cinta yang sejati dalam diri Dafie, Justeru kerana sahabat sejatinya dan penyakit yang dia hidapi dia sanggup melepaskan impiannya... waaa mengetar juga... aku mula merasa tercuit dengan ciri-ciri yang ada pada watak dafie... hubungan persahabatan yang terlalu utuh malah bagaikan adik beradik terpaksa dari salah seorang mereka mengundur diri. Dalam setiap plot-plot ini juga menguji kesabaranku untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka sembunyikan.... adui....memang menguji hati ku misteri tentang misteri mama lestary ditembak semasa mengandung. malah wanita yang jadi rebutan oleh Razrim dan Dafie sebelum munculnya Lestary dan kenapa Dafie sanggup lepaskan wanita yang dia cintai demi sahabat. Apapun novel ini lebih banyak menceritakan misteri kenangan silam dan ketabahan kecekalan dan cinta Hanan Alaa iaitu ibu kepada Lestary. namun selepas membaca novel ini getaran Novel ASST? masih aku boleh terasa bahang rindu... Penangan ASST? memang sangat Gila!!!

Semangat ku sentiasa bersama......
jangan ragut hatiku untuk teruskan....


***(3) bintang dari 5 bintang

2 comments:

Rasha_rz said...

assalamualaikum, terima kasih sayang, kakak baru tersampai di sini n baru terjumpa Lestary di kamar ini. terima kasih banyak2...

Rasha_rz said...

assalamualaikum, terima kasih sayang, kakak baru tersampai di sini n baru terjumpa Lestary di kamar ini. terima kasih banyak2...