princess Luv

Friday, 30 December 2011

2 Amanah.... Mohd Rozaimi Abd. Hamid

akhirnya.... sekolah akan dibuka semula minggu hadapan ni ( 04.01.2012 )
syukur alhamdulilah.... baru habis daftar adik di sek. men. tun fuad... semenjak mama meninggal dunia aku lah yang mengambil tempat arwah mama untuk menjaga adik ku mohd. rozaimi, sebelum dia meninggal dia sempat berpesan agar jaga adik aku yang bongsu ni... apapun aku segalanya aku berserah pada-Nya agar aku tabah dan terus bersemangat untuk memikul tanggungjawab ini....
syukur ku juga kepada-Nya kerana adik ku telah di masukkan kelas yang cemerlang sehingga aku tidak menyangka mentaliti adikku juga baik dan pandai... aku tahu selama ini dia susah betul hendak belajar dan malas pergi sekolah. aku tahu sikapnya terdorong jadi begitu kerana tiada orang menjaga dan memerhatikan keadaan sekelilingnya, 2 tahun dia tinggal dengan abah setelah mama meninggal. Aku tahu juga abah ku juga tertekan dengan kehilangan mama dan dia tidak mampu menjaga adik ku, aku faham abah aku.... Aku membawa adik tinggal bersama-sama agar aku dapat memerhati dan membantu dia dalam segala-gala hal, aku lah yang menjaga dia sampai ke hari ini... semoga adik ku dapat masuk ke universiti sebagaimana impian dia ingin menjadi Doktor Haiwan...
Harap adik ku tidak ambil hati setiap nasihat yang aku berikan biarpun bernada marah atau pun menyindir atau lembut aku harap adik ku faham yang kakaknya ini ingin dia jadi manusia yang berguna... Semoga Allah berikan kekuatan untuk adik ku terus berjaya dan Allah bersama setiap langkah yang di atur untuk maju...

Sememangnya aku sayang pada yang menyayangi aku
sememangnya aku hormat pada yang menghormati aku
sememangnya aku tidak mahu jadi pembenci dan pendendam
sememangnya aku tidak di ajar jadi pengkhianat
itulah sememangnya....

0 comments: