princess Luv

Sunday 26 February 2012

Mengapa Leher Angsa Panjang by 366 CRM

Cerita ini aku dapat dari buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Aku ingin berkongsi rasa hati yang tercuit rasa di geletek semasa membaca cerita ni. Memang funny tapi sungguh ada makna @ masege yang di sampaikan oleh penulis kepada pembaca jika di fikir-fikirkan. So check it out!


MENGAPA LEHER ANGSA PANJANG?
By 366 Himpunan Cerita Rakyat Malaysia

Pada zaman dahulu, leher angsa pendek macam leher itik. Angsa dan itik berkawan baik. Ke mana-mana mereka selalu bersama-sama. Mereka berenang di sungai dan mencari makanan di sawah. Pada suatu hari, itik mengajak angsa mencari makanan. 

"Kita pergi ke tepi sungai. Banyak makanan di sana. Sesudah makan kita boleh berenang." Kata itik. Angsa bersetuju.

Mereka sampai di tebing sungai. Malangnya hari itu mereka tidak mendapat makanan. 

"Itik mari kita berjalan di tepi sungai." Kata angsa.

"Marilah" Kata itik.

"Apa yang ada di sini," Kata itik.

"Kita sudulah di celah pasir ini. Kalau tidak ada di sini, kita cari lah di celah dahan-dahan kayu," Kata angsa.

Sesudah itu mereka menyuduh pasir. Tiba-tiba keluar seekor cacing yang besar dari dalam pasir. Angsa dan itik mengejar cacing itu. Cacing bergerak dengan pantas ke arah dahan-dahan kayu. 

"Cepat angsa. Nanti cacing itu masuk ke celah banir" Jerit itik.

Cacing bergerak semakin pantas.  Akhirnya ia masuk di celah banir itu.

"Apa hendak kita buat sekarang angsa? Cacing itu telah masuk di celah dahan-dahan." Kata itik

Angsa terdiam. Itik menyuruh angsa memasukkan muncung ke celah banir. Angsa setuju. Angsa pun memanjangkan leher untuk mendapatkan cacing. Tiba-tiba sebatang dahan jatuh ke atas banir.

"Aduh," Jerit angsa.

Ia cuba menarik muncungnya tetapi tidak berjaya. Muncungnya tersepit di celah banir.

"Tolong saya itik, muncung saya tersepit," Jerit angsa.

Itik pun menolak dahan itu dengan muncungnya. Angsa cuba menarik muncungnya tetapi ia masih tersepit. Angsa mencuba lagi.

"Tolak sedikit lagi," Pinta angsa

Semakin kuat angsa menarik muncungnya. Akhirnya angsa berjaya mengeluarkan muncungnya. Angsa mengucapkan terima kasih kepada itik. Itik berhenti menolak dahan. Ia pelik dengan perubahan yang berlaku pada angsa. Leher angsa menjadi panjang! Sejak peristiwa itu leher angsa menjadi panjang.... (aku menambah pula) hinggalah ke hari ini.....


Bagi aku pula... sekarang angsa lambang bagi orang-orang yang bercintan-cintun ni. Memang tidak di nafikan angsa ada keistimewaannya yang tersendiri...


Tetapi kalau aku teringatkan aku di kejar angsa masa zaman-zaman remaja ku... huhuhu sungguh menakutkan.... he he he...


Mulakan lagi untuk aku gila semula...



Yes! aku mulakan kembali untuk membelai novel-novel yang belum sampai di mata untuk terus ke minda ku. Memang lama juga aku rasa bercuti untuk membaca novel ni. Banyak lg novel yang aku mau menelaah sedalam-dalamnya. Belum lagi aku baca yang masih berada di dalam almari novel ku. Kini aku mulakan dengan novel yang bertajuk 'Mencari Jalan Ke Syurga' by Kaki Novel. Betul juga kata C Luv, Otak ni perlukan istirehat agar dapat input dan output yang bernas untuk membuat sesuatu yang kita suka. Thanks Luv atas nasihat yang bernas itu. Menyelamatkan aku dari terus di serang migrain yang mengila.

Kini aku kembali, cuba melayan hobi ku secara sederhana tapi padat! hehehe.... banyak lagi bahan yang perlu aku pelajari sekiranya aku ingin teruskan niat ku... niat? masih dalam rahsia? oh tidak... sudah garu bercendana pula, sudah tahu bersoal pula... aku ingin banyak membaca agar semua ilmu dapat di input dengan baik dan outputnya pun akan cantik! Sebenarnya semua ini aku mulakan dengan perasaan ala ala suka suki sahaja...ala... macam ala ala kampung... agar akau tidak berasa berat dan tertekan. Lagi pun cerita ku masih ala ala sekadar di atas kertas sahaja. Masih belum mampu aku paparkan dalam blog ini. Insha'llah akan ku usahakan juga... tapi bukan sekarang... 

Apa pun semoga segalanya berjalan dengan betul dan baik.... 

Qiran memujuk jantung yg lemah
dek syaitan menghasut minda
memutus semangat meninggi langit
jauh di kecap minda

Qiran mengapai hatiku
memujuk seraya menyanyangi aku
melempias syaitan durjana itu
agar aku tidak selemah dia
ya aku perlu mengikut katanya

Qiran ku memujuk lagi
aku kaku terus berfikir
terkadang dia benar
terkadang aku juga betul
ah... aku perlu kuat
mengapai hasrat yg mengunung
agar aku tidak jatuh lagi...

tapi tolong! aku bukan gila.....

Saturday 25 February 2012

Pilihan Mama Karya Umie Nadzimah

" Restumu..... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa....."

SINOPSIS
Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.

Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!

Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.

Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?


ME : Mula bab 1 /  Prolog aku terkesima dengan kisah-kisah lucu antara sahabat ini...  aiman, dija dan fazli. Aiman adalah watak utama dalam novel ni. Memang aku suka prolog novel ni kerna  ia buat aku gilak sikit sebab boleh tersenyum sendiri. Watak Fazli dan Aiman menguatkan jalan cerita novel ni. Cerita yang gila-gila pada watak Fazli yang selalu menyakat dan suka bergantung pada Aiman membuatkan aku terasa ingin terus membelai novel ni. Aku sekali lagi terkesima dengan terselitnya unsur-unsur mistik dimana salah seorang staff Aiman mati akibat salah seorang pekerja yang berhati jahat untuk memiliki hati Aiman. Sofea! ya dia yang punya angkara kematian itu. Dia ingin mengenakan Bosnya Aiman tapi tersalah tembak... terkena orang lain sehingga menyebabkan kematian. Sikapnya itu tidak terhenti begitu malah dia cuba dan sentiasa mencuba namun dia sendiri terkena juga... Tuhan itu Maha Berkuasa, sekiranya melakukan kejahatan dan kesilapan cepat-cepatlah bertaubat dan menyesal apa yang di lakukan agar kita sentiasa di terima di sisi Tuhan... Aku membaca dari bab ke bab sampailah ke bab 27 baru aku berhenti untuk berehat. Dalam cuba mengenali dan memahami novel ni, aku mula rasa-rasa macam letih dan rangsangan aku mulai kurang... entahlah.... pengembangan plotnya juga terlalu slow dimana aku cuba memahami apa sebenarnya ibu aiman rahsiakan daripada aiman. Dan terlalu tinggi penghormatannya kepada bekas suaminya walaupun suaminya telah meninggalkan dia dan anak mereka hidup sendiri. Apapun dalam bab 1 - 26 aku belum faham kenapa ibunya sangat setia kepada suaminya dan ada perkembangan yang cantik yang boleh aku teringat-ingat dan terindu-rindu hehehe... tercuit rasa marah dengan watak fazli yang curang dengan isterinya Dija. Kawan boleh merosakkan hubungan rumahtangga! wow... itulah terjadi pada Dija yang mempercayai rakannya Jaulina, Jaulina mula mengikis duit suami Dija... Dalam pada itu, terjadi juga pertunangan antara Aiman dan Aishah... itulah pilihan ibu aiman... "Pilihan Mama" memang cukup package... tapi aku belum mengenalinya sepenuhnya lagi... Namun tetap akan terus mengenalinya dalam meneruskan pembecaan ku... setakat ini sahaja komen aku untuk novel ini dari bab1-bab 26.... (17.02.2012)  


(25.02.2012) sabtu ~ Wow baru habis membaca novel ni... 27-55 ~ Pada pertengahan story ni terasa sukar untuk meneruskan sebab aku mula rasa lemah sikit, mungkin sebab aku sakit dan letih kot! hehehe... yelah baru hari ni aku dapat menghabiskan novel ni. Yelah.. aku perlu berehat sebab migrain aku mula menyerang beberapa hari lepas sehingga mengganggu kerja-kerja pejabat ku. Memang penangan Migrain ni kuat sangat sehingga membawa aku bercuti sementara untuk rehat membaca novel. And... Now! start meneliti lagi.... Bila aku membuka bab-bab Aiman kehilangan Aisyah akibat kemalangan aura ingin membaca selanjutnya mula menghentam jiwa. Memang sangat menyedihkan sehingga terasa di hati dengan kehilangan watak Aisyah yang sungguh romantik dan bertanggungjawab. Memang tepat Pilihan mama Aiman suatu ketika dulu untuk menjodohkan Aiman dengan Aisyah. Sesungguh pilihan mama adalah yang terbaik kerana restu mama perlu untuk sampai ke syurga... Aku cuba menyelam jiwa pada watak Aiman yang sangat menderita akibat kehilangan isteri tersayang sehingga lupa orang-orang sekeliling yang sayangkan dia. Memang sungguh sakit! Aku tercuit dengan pengorbanan seorang sahabat yang sanggup mendermakan jantung dan hatinya, ini berlaku apabila Aisyah merasakan hayatnya tidak panjang dan ingin mendermakan jantung serta hatinya pada Mia yang dianggap layak untuk merasa kebahagiaan yang dia rasa. ah!... gugur jantung ku... adakah orang sebaik Aisyah wujud di dunia ini?... Setelah kisah derita Aiman beralih lah kisah Aiman di pertemukan oleh mamanya pada Mia Khadijah yang sungguh berbeza dengan Aisyah namun hanya sama pada degupan jantung yang ada pada Mia... ya itu adalah jantung Aisyah untuk Mia. Mia memang sungguh bertanggungjawab dan orangnya yang sederhana namun tetap dapat mendabat hati Aiman. Apa pun secara keseluruhannya novel ini boleh di jadikan pengalaman atau pengajaran pada aku agar aku selalu menghargai apa yang Tuhan telah berikan pada ku. Aku mempunyai suami yang penyayang dan sangat memahami. Syukur alhamdulilah.... hanya Tuhan sahaja yang tahu.... Oleh itu siapa pun di sebelah kita untuk menemani kita se umur hidup itu adalah tanggungjawab yang Tuhan berikan pada kita dan patut di hargai serta disayangi... jangan sia-siakan apa yang kita ada... Ingatlah qada dan qadar Tuhan....
  3 stars...                                                                                                                                                                           
Buy : 19.01.2012 ( khamis )
By Pos Laju
Start : 14.02.2012 ( selasa )
Finish : 25.02.2012 (sabtu) 8pm
1-412 mls

Friday 24 February 2012

Kerna itu lewat tidur?


song2soul.blogspot.com

Entah berapa jam aku jadi peminat setia di hadapan laptop ni. Terkejut bila melihat jam telah menunjukkan jam 2 pagi. Ah! sepatutnya aku telah tidur... ahhhh..... esok bukan hari sabtu tapi hari bekerja... Jadi mata panda lagi lah ni, harap-harap juga migrain tidak menyerang. Setelah beberapa hari aku rehat membelai novel kini aku mulakan dengan membangunkan laman pautan blog itumatahariku.blogspot.com untuk aku menambah koleksi hobi ku. Tujuan blog ini di wujudkan agar aku dapat mengumpul lagu-lagu berserta lirik-lirik lagu yang aku sangat Luv Luv Luv...
Memang kerja gilaks! hehehehe.... sepatutnya aku bangunkan blog ni time cuti hujung minggu supaya blog ini sempurna dan cantik. Inilah kalau hati tidak sabar asyik mahu cepat saja... Nasib baik si Luv nyenyak tidur, apalagi ambil kesempatan untuk siapkan. Apapun aku bersyukur, biarpun tidak sehebat mana pun tapi aku telah mampu menyiapkan, Pelbagai idea cuba aku selitkan namun kemampuan ku hanya setakat ini sahaja buat waktu ini... Pagi yang meletihkan. Kaki aku pun sakit terasa kerana berlipat mengubah posisi entah ke berapa kali. Aduiii.... otak ku pun tak tahu mahu muntahkan apa lagi sekarang... daaa.... stop! sudah beku untuk malam ini. tidduuuuuuuuuuurrrrr.............

pagi jumaat, 2.15 pagi


Penat otak muntah drastik
jemari letih menari
mata? usah di tanya...
pasti kecewa memandangnya
aku harus.... tidur....

Wednesday 22 February 2012

Migrain membuahkan rindu

Rindu tetamu hati
Bila hadir terasa bahang
Seluruh ego jadi taruhan..... 

Keletihan ini membuatkan aku hilang ingatan sebentar untuk aku cuba menghiasi 'Matahari' ini. Ya.. aku terlalu letih sehingga otak ku sukar mengeluarkan idea yang cantik untuk santapan mata dan minda. Kini keletihan itu membuahkan rindu yang sangat dalam sukar ku buang ke tong sampah! Lalu jemariku gatal untuk mengadu rasa dalam dada 'Matahari' ini... Aku sedar dalam beberapa hari ini, jasad dan minda bergabung menyakitkan aku sehingga aku sukar bersama novel pilihan ku. Sudah beberapa hari juga Novel 'Pilihan Mama' belum tamat kajian ku... Wah! memang meletihkan aku... Aku Rindu sangat untuk menyambung semula membelai mana-mana kesayangan ku... ha ha ha... jangan fikir yang aku ni gatal! kesayangan itu adalah hobi 'membaca novel, cerpen atau sebagainya, yang penting sedap di kunyah mindah dan di kongsi hati. Pernah aku cuba untuk membuka kembali sehari yang lepas namun migrain menyerang balas... adui... sungguh sakit tidak terkira. Aku terpaksa berehat untuk sementara waktu atas nasihat pakar... Waktu bekerja juga aku kurangkan untuk melihat komputer buat seminggu agar semuanya kembali seperti biasa. Di rumah c Luv melayan aku bagai puteri kayangan... konon puteri kayangan... ha ha ha... ya la terlampau manja. Alhamdulilah aku terasa kasih sayang c Luv sangat-sangat dalam bagai sampai ke dasar laut... Wow.. ayat sangat besar maknanya... ye lah, sekurang-kurang dapat juga mengalpakan aku dari rindu ini. 

Rindu.... cuba menerobos ego ku untuk terus menatap setiap lembaran paparan link/member
yang hanya aku pandang-pandang jeling jeling... Ah! hancur juga ego ku untuk berpuasa melihat  khabar temanku di sebalik kaca elektronik ini. Kerinduan sungguh abstark untuk di nilai dari segi penglihatan. Mimik muka tidak juga melambangkan kerinduan pada wajah di pandang, kerana ianya rahsia hati yang sukar di kongsi rasanya. Mereka hanya mampu berkata 'aku juga mempunyai pengalaman yang sama'... tapi, adakah rasa pengalaman itu sama? ya... itulah sukar di mengertikan... Justeru setiap luahan dapat meredahkan api kerinduan walau pun tidak sama merasa namun cukup sekadar teman bersandar. Di sini juga aku sekadar bercerita tentang hati ku yang teramat 'rindu' untuk menulis dan membaca. Hari ini juga aku gagal untuk menurut kata-kata nasihat doktor tepi-tepi jalan yang hanya mengikut pengalaman mereka sahaja... hehehe itulah teman-teman tersayang ku, entah sijil doktor apa yang dorang pegang... lucu juga jika di imbas kembali... Dan aku akui juga ramai yang ada pengalaman 'Migrain' macam ni, malah ada yang lagi teruk dari aku. Apapun aku patut bersyukur ada juga yang sayang dengan aku ye... Alhamdulilah... 

Bila rindu pandanglah aku terus kepada kaca ini....
Bila terasa muak alihkan lah dari menjeling ku....

Aku hanya sekadar bercerita menebus kerinduan di jemari ku...

Monday 20 February 2012

Bismillah ~ Himpunan 366

Bismillah.... adalah ayat yang harus kita mulakan setiap apa yang kita ingin lakukan, agar di jauhi dari gangguan Syaitan dan sentiasa di berkati Allah... Cerita ini aku dapat dari buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia yang di selenggarakan oleh Othman Puteh dan Aripin Said... Banyak cerita rakyat yang kita boleh buat pangajaran dan panduan. Cerita ini aku kongsikan sebagai ilmu bersama... Memang cantik cerita ni... kalau nak tahu cerita-cerita dalam buku ni, sila la beli.. mungkin masih di pasaran... buku ni bagai pisang panas... siapa lambat pasti rugi... habis... hehehe... ini adalah salah satu inti cerita....
Ada sepasang suami isteri tinggal di Kampung Lalang. Si suami bernama Jali dan isterinya bernama Kenanga. Mereka masih belum mempunyai anak. Hidup mereka miskin. Mata pencarian mereka hanyalah dengan bercucuk tanam sayur-sayuran.

Kenanga mempunyai tabiat suka membaca :
 pada setiap kali memulakan kerja.
Perbuatan itu tidak di sukai suaminya.  "Ah, tak payahlah sibuk-sibuk baca Bismillah. Hendak buat kerja buat sajalah." Kata suaminya pada suatu hari.

Kenanga diam. Namun dia terus juga membaca Bismillah apabila mahu membuat kerja.

"Aku meluatlah! Apa pasal kau selalu sebut Bismillah?" Rungut suaminya lagi. 

Kenanga tidak peduli. Dia terus mengamalkan kebiasaannya membaca Bismillah. Jali geram dan marah. Pada suatu petang, dia menangkap seekor ular tedung senduk. Ular itu di jumpainya di kebun sayurnya lalu di bawa pulang. Di masukkan ular itu ke dalam tempayan beras. 

"Kali inibiar dia rasakan!" Kata Jali dengan geram.

Petang itu sebelum memasukkan tangan ke dalam tempayan beras, Kenanga membaca Bismillahirahmanirahim. Kemudian  dia menyeluk tangan untuk mencedok beras. Tiba-tiba jarinya terpegang sesuatu. Lalu di angkatnya benda itu keluar.

"Oh, siapakah yang memasukkan selingkar gelang emas ke dalam tempayan kita ni?" Tanya Kenanga dengan hairan.

"Apa? Gelang Emas? Mana?" Tanya Jali tidak percaya.

"Ini!" Kata Kenanga sambil mengangkat gelang emas yang besar itu. 

"Oh, bentuk gelang emas ini serupa dengan ular yang aku masukkan ke dalam tempayan! Tentu ular itulah yang bertukar menjadi emas. Sungguh aneh." Kata Jali tercengang-cengang. 

"Apa, abang masukkan ular ke dalam tempayan beras kita? Kenapa abang buat begitu?" Tanya Kenanga.

"Maafkanlah abang, Kenanga. Niat abang memang tidak baik. Sekarang baru abang sedar. Rupa-rupanya bacaan Bismillah kau itulah yang menjadikan ular itu bertukar menjadi emas." Kata Jali.

Kenanga menggeleng-geleng kebinggungan. 

"Mulai sekarang abang juga ingin membaca Bismillah. Ya abang akan baca pada setiap kali memulakkan sesuatu kerja." Kata Jali.

Kenanga menganguk sambil tersenyum.... The End...

* Inilah yang pernah jadi pesanan seorang guru ustazah apad ku semasa sekolah rendah... kita harus membaca Bismillah biar apapun kita lakukan agar sentiasa di lindungi dan diberkati Allah. ~ Terima kasih Ustazah ku... aku akan ingat sampai bila-bila...

* Bismillah juga harus aku amalkan agar kita tidak lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah turunkan... itulah pesanan arwah mama masa aku baru mahu melangkah ke sekolah rendah. Itu pun aku yang banyak tanya itu dan ini... Sekarang jadi tugas ku untuk mengingatkan adik-adik ku bahawa besarnya makna ungkapan Bismillah itu jika kita sama-sama mengamalkan. Terutama untuk adik ku yang bongsu ni... dia mesti belajar itu semua, belajar menghargai dan mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan. Bukanlah mengharapkan ular tedung jadi emas dalam tempayan ku tapi aku bersyukur kerana rezeki yang Tuhan berikan pada ku dan famili.... huuuu takut juga kalau betul ada ular dalam beras... eeee palis-palis... takut... hehehehe.....

* Kongsi untuk menambah ilmu... Terima kasih pada penulis kerana wujudkan cerita rakyat seperti ini... kerana aku baru mengetahui adanya cerita rakyat yang membuat aku teruja untuk mengenali isi pengajaran sambil mengurangkan strees... menghiburkan, cerita yang ringan, senang di fahami dan cantik sebagai panduan bersama...




Sunday 19 February 2012

Abstark Rasa


marah ku...
kau diam
kau masih menatapku
marah mu...
aku diam
aku juga menatap mu

rajuk ku...
kau senyum melihat dan bertindak
seakan refleksan tanpa kawalan
kau menlenturkan rajuk ku
rajuk mu...
aku bagai renjatan elektrik
pusing bingung otak kosong!
aku belum menelaah utk memujuk
aku hanya terus menatap wajahmu
biar aku selalu tersaji bahu belakang mu
ah! peluk saja...
itulah yang aku tahu
meredah rajuk mu

senyuman terukir
terasa hangat jemari mu
ku kucup ku belai
kau hanya menatap
membelai lembut rambutkku
seolah bulan turut menyaksikan 
romantik dan bombastik itu
kau lah segalanya untuk ku

janganlah resah bila aku sunyi
janganlah resah bila aku merah
janganlah resah bila aku terus menatap mu
janganlah resah bila aku menjeling mu
kerna kau tahu
untuk melembutkan aku
menyapa aura senyum ku
membangkitkan sayang ku

itulah kau antaranya kau
itulah aku antaranya aku



Saturday 11 February 2012

Ada apa dengan nukilan itu....???


Nukilan lahir dari hati terus ke akal, nukilan lahir dari pengalaman terus ke mata pena, nukilan lahir dari teman terdekat lantas tergerak hati meringan bahu untuk di kongsi, nukilan lahir dari ralit pandangan justeru jari jemari cuba mengukir seni... kenapa harus salah pandang dan rasa! perlukah nukilan itu di persoalkan rasanya... tolong... jangan soalkan kenapa, mengapa, bagaimana harus berlaku... semua itu adalah puitis dan gabungan hati, minda dan lihat... realiti mahupun fantasi adalah seni mencorakkan hati dan minda... sekiranya ianya hanya satu nukilan dan ada yang terasa, janganlah perlukan penjelasan tapi anggaplah itu hanyalah nukilan selagi si penulis masih berahsia! yes.. itu adalah rahsia penulis... pandanglah dari sedut itu...
Nukilan bahagia... yang membaca akan berfikir bahawa penulis sedang bahagia dan gembira. Malah timbullah rasa bahagia bersama atau cemburu! Nilai lah dari sudut pandang yang baik itu lebih bagus daripada mentafsir terus ke latar belakang penulis. Bagi sudut pandangan ku itu adalah cerpen pendek yang perlu di kongsi sebagai santapan hati dan akal. Bukan untuk aku persoalkan 'itukah kehidupan penulisnya?' hehehehe..., aku juga tak sanggup di nilai seperti itu sekiranya aku ingin berkarya... itu bukanlah aku... tapi lainlah sekiranya aku mengatakan itu adalah aku dan pengelaman ku... jangan aibkan nukilan ku pada 'aku'... pandanglah dari sudut positif...  


Nukilan sedih dan pergolakan.... ah! mesti menjadi banyak persoalan di kalangan c pembaca! Jangan terus menghukum nukilannya jika itu kamu fikirkan itulah kehidupan. Anggaplah itu personafikasi yg lahir dari hati ke akal penulis. Terkadang aku hairan dengan pendapat c pembaca... bila menyentuh tentang cerpen dari teman yang dia kenal terus mentafsir bahawa itulah kehidupan penulis. Aku ada terbaca nukilan rasa dari seorang sahabat ku yang berasa sedih dengan rakannya sendiri. Ye lah dari mana datangnya kecurigaan temannya sehingga sanggup mengatakan dia 'curang!'atau sedang jatuh cinta... Ah! ooo tidak... jangan tafsir dia melalui cerpennya atau melalui nukilannya yang entah apa-apa tu... itu mungkin salah satu seni ukiran mindanya dari hati untuk berkarya... salah kah sahabat ku itu? tidak... dia cuma ingin berkarya... janganlah menghukum minatnya untuk menulis.. sahabat ku tabahkan lah hati mu anggap itu adalah ujian untuk terus berkarya... dia sedih rakan-rakan banyak tanya itu dan ini tentang dia... kenapa dengan dirinya? sehingga dia tergetar keluar pelbagai rasa... tafsiran itu terkadang boleh membawa kepada kecurigaan insan yang di samping kita sehingga mengundang rasa perit di dada. Tapi sekiranya insan tersayang itu memang maha memahami itu adalah seni pasti keadaan setenang air di laut itulah anugerah... pasti sentiasa mendapat hadiah senyuman dan penghargaan yang besar dari yang memahami. Lainlah ceritanya jika c pembaca itu jatuh cinta kepada penulis atau nukilannya... tapi salah kah c penulis? oleh itu janganlah menghukum seseorang itu dari apa yang di lihat melalui mata penanya... jadikanlah seni itu santapan minda yang sihat... pasti dapat rasa kesempurnaannya.... dan... keistimewaan c penulis...

NAMUN PENULIS DAN PEMBACA SALING MEMERLUKAN... OLEH ITU NILAILAH DARI SEGI CIPTAANNYA... AKU TAHU RAMAI C PEMBACA SEKARANG BIJAK 'MENTAFSIR' DAN BIJAK 'MERASA'... TAPI SEKIRANYA MEMBACA NUKILAN YANG KITA KENALI, NILAILAH SENINYA BUKAN PERSOALKAN APA YANG ADA DI HATINYA DAN APA YANG JADI PADA DIRINYA.... PEACE NO WAR.... PEACE TO LUV...

Friday 10 February 2012

Mendung tanda hujan hari ni seri pula dengan dentuman guruh setelah kilat memanah alam

Mendung dan hujan hari ni... c Luv pergi Pitas.. hujan dan guruh seri bersama. jantung ku berdebar-debar mendengar dentuman dan pancaran kilat. Aku sendiri di rumah tanpa c luv. kenapa pula hujannya lain macam pula ni? Debaran ini mengundang rasa takut pula... kini aku mengambil keputusan untuk memutuskan diaries nukilan hari ni sampai di sini sahaja. Nanti akan ku sambung bila debaran ini berhenti. ok lah... c Coco and Cece kucing kesayangan ku telah menunggu untuk tidur bersama... jom...


Prince Charming karya Ratu Bulan

Dia memang tak romantik ,
Tetapi bila dia romantik,
Orang lain pun boleh angau....
Sinopsis

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya kerana gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charmin-carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan carta Prince Charming. 

"Sumpahan Puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri Bunian? Puteri Lindungan Bulan?"

Desakan daripada Sofea membawanya ke kelab bola sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang di cari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang sendiri depan aku dan cakap, sayalah yang menyelamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus mukasurat semata-mata nak cari Prince Charming.

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Me  : ( 09.02.2012 ) khamis ~ Cantik tajuk....??? cantik juga nama penulisnya... namun aku belum menyelami dalaman novel ini.... perjalanan akan bermula 2morow...
( 12.02.2012 ) ahad ~ Novel ni sungguh funny... sangat suka jalan cerita yang funny romantik. Penulis pandai membangunkan setiap watak-watak yang dia wujudkan, sure sangat tersusun dan mudah di fahami. Kalau aku di beri tugas seperti Nurul watak yang di wujudkan penulis pasti aku akan berasa gilak melayan karenah-karenah jejaka bola (prince charming) yang nakal entah bagaikan apa... hehehehe.... novel ini ada mewujudkan perkongsian jasad dalam dua nyawa... wow memang aku muskil mula-mula membaca sehingga aku tertanya-tanya apa misteri yang penulis ingin timbulkan dan siapa Nazrin? yes... memang tersampai ke jantung ku penulisan ni... Aku suka persahabat yang terjalin di antara mereka, dan percintaan antara Nurul dan Nazrul mereka funny sangat sampai aku ingin mengetahui kisah mereka dari plot ke plot dan yang lebih aku juga tidak sabar-sabar menantikan bab Nurul dan Nazrul. Mereka tak romantik tetapi tetapi cukup mencuitkan pabila dorang sudah mula bertengkar dengan perkara-perkara yang remeh tetapi mereka tetap mempunyai keserasian dari segi hati. Hahaha itulah Cinta!
Sifat Rezza dan Fiq juga mengetar aku untuk terus mengenali mereka. Watak yang cantik di wujudkan oleh penulis membuatkan aku tertanya-tanya tentang hero novel ini 'siapa sebenarnya?'... terasa semua watak prince charming ini adalah hero... Novel ini juga secara tidak langsung mewujudkan minat kepada sukan bola sepak. Seperti cerita drama korea BOF- boys over flowers... Macam sama tapi ada kelainan juga melalui tatasusila kemelayuan... Kebijaksanaan Sofea juga membuatkan aku terfikir, aku ingin menjadi teman seperti Sofea yang setia dan sentiasa memahami rakannya... Memang aku tak rugi memiliki novel ni. Thanks for 'Fajar Pakeer' kerana aku mampu memilih dan membeli dengan mudah di laman mu.... aku akan terus bersama mu...  



Buy : 18.01.2012 ( rabu ) by Pos laju
Start  : 10.02.2012 ( jumaat )
Finish : 12.02.2012 ( ahad ) 4.30 am
1- 496 m/s

Cinta dia bukan kerana dia romantik
Cinta dia bukan kerana dia comel
Cinta dia bukan kerana dia glamour
kenapa cinta dia?
Tulus! itulah dia...


Thursday 9 February 2012

Aku terjumpa 'sweet words'

Hiasilah kata puitis mu di teliga ku
agar aku rasa sungguh di hargai...
Orang di utara kata,
Langit itu indah
aku diam........

Orang di selatan kata
Laut itu indah
aku diam.........

Orang di timur kata
Matahari itu indah
aku diam..........

Orang di barat
Bulan itu indah
aku diam.......

Orang utara, selatan, timur dan barat terdiam apabila aku berkata
Engkaulah yang paling indah untuk ku...


Perdamaian 2 + 1 = 3 ( Sahabat tercinta ) Lily Luv Ling Luv Ita

Biarlah sampai ke bintang untuk kita bersama selamanya.... Lily Luv Ling Luv Ita
Lily *** Ling *** Ita
Sayangku wahai sahabat tercintaku... Ling and Ita, aku rindu masa-masa kita bersama. Hanya kerana kesalahan kecil yang tidak di sangka-sangka kamu berdua saling tidak berpandang.  Tolonglah wahai sahabat tercintaku, sayangilah persahabatan kita. aku berusaha untuk menyatukan kita bersama agar kau aku dia menjadi satu semula. Aku tidak sanggup menjadi patung barbie yang di rebut-rebut di tarik ke kanan dan ke kiri... aduuuhhh.... tolonglah sahabat tercintaku. Janganlah meruntuhkan Tugu Persahabatan yang telah lama utuh.
Azam ku tahun ni untuk menyatukan kamu berdua, aku derita melihat begini jadinya persahabatan kita. Aku menjadi sunyi kerana hilangnya cinta antara kita. Aku harap biarlah kisah lalu, kesilapan lalu atau duka lalu menjadi sejarah yang tidak harus di ingat kembali atau anggap sahaja sebagai pengajaran untuk kita. Wahai darling-darling ku, ingat masihkah kamu kita mula berkenalan dan terus menjadi karib. Aku tidak dapat melupakan peristiwa yang yang membuatkan kita bertiga akrab. Kenangan manis kita masih tersemat rapi di benak fikiran ku sampai aku merasa sedih bila mengenangkan arah tujunya persahabatan kita. Aku inginkan kemesraan kita seperti dahulu di mana kita dapat berkongsi masalah, kegembiraan, dan segalanya termasuk kebahagian bersama. Janganlah setitik nila rosak sebelanga, aku tidak sanggup berdepan dengan kesunyian kita. sesungguhnya kamulah sahabat bila aku dalam apa jua keadaan. Semoga hasrat ku ini mendapat restu dari yang Maha Esa. sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.... 
                                                                                                                                      
For my Luvly Friend 'Ling'
darling... kau memang sahabat ku yang masih setia di sisi ku. sebelum kahwin hinggalah sekarang. Biar pun sudah ada komitmen untuk menjaga anak dan suami kau masih setia bersama ku biar pun kita jarang berjumpa namun kita masih boleh berhubung. Aku suka dengan perwatakan teman ku ni, lemah lembut, sopan santun dan mempunyai sifat kemelayuan dan pemalu. Walaupun kawan ku ni kacukan bangsa kagayan dari filipino namun sifat kelembutan kemelayuannya tetap ada. Sifat keibuannya juga amat-amat terserlah dari dia bujang sehinggalah dia mempunyai anak sendiri hasil dari perkahwinannya dengan orang brunei. Tika keluar bersamanya aku terasa terjaga dan manja dengan sifat dia yang dia ada. Sejak dia dan Ita tidak bertegur dan bertemu aku menjadi kaku dan resah dengan apa yang telah berlaku antara kamu. Aku rindu saat-saat kita bersama sampai tidak sedar jam dah menunjukkan 1 pagi. wah! sungguh bahagia masa tu kan... aku perasan dari sifat kelembutan yang teman ku ini rupanya tak boleh teriris walau sekecil zarah... susah mau pujuk wooo hehehe.... tapi aku sayang sangat dengan dia. Aku takkan melukai hati kau darling... muuahhh sayang u!...                       
For My Luvly Friend 'Ita' 
My dear.... janganlah menyendiri dan sunyi lantaran dari pergaduhan mu dengan Ling. aku tak mahu juga kehilangan mu ita. Biarpun kita lama tak berjumpa hampir 2 tahun namun kau juga sering menghubungi ku melalui email dan chatting untuk bertanya khabar. Aku tahu kau masih sayang kami... Perwatakan ita sangat mencuit hati ku, biar lincah namun dia masih kelihatan ayu-ayu kontrol gitu... pernah sekali dulu aku marah-marah sambil merajuk tak mau berkawan dengan orang yang mempermainkan persahabatan ku-seorg yang aku benci!.. ita menasihatkan aku janganlah ada perasaan benci dan anggap sahaja semua itu ujian dari Tuhan. Kalau tidak kerana nasihat kau pasti aku jadi seorang pembenci... banyak aku dapat pelajari dari kau teman ku, dengan kisah hidup mu dan kisah cinta mu aku terharu dengan ketabahan mu dear... ada lagi aku ingat sangat dengan kau teman, dimana aku cuba meleraikan pergaduhan kau dengan c boyfriend kau sehingga aku jadi mangsa tolak menolak antara kamu berdua. Kau tahu aku rasa macam mau tampar ja c boy kau tu, buat sakit hati ja. Sekarang aku puas hati kerana c boy kau tu terlalu bodoh lepaskan kau dan sekarang dia menjalani hidup tanpa kau. Sungguh banyak kenangan kita kan dear... masih jelas di ingatan wajah kau tika kau ketawa, menangis dan marah... aku rindu sangat.... bila lagi kita akan berkumpul semula

its Me Luv 'Lily'
 Sememangnya aku gurl yang kamu selalu katakan manja, kebudak-budakan, lembut dan suka tersenyum... hehehe itulah yang aku ingat luahan dari kamu untuk aku. Sememangnya dulu aku banyak membuatkan kamu bimbang dengan apa yang aku alami... kemanjaan ku menjadikan kita lebih rapat. Biarpun aku bagai adik pada kamu berdua namun aku juga bagaikan kakak juga sebab kita saling bergantung dan mengingati antara satu sama lain. Aku bersyukur pada mu ya Allah kerana menghaduahkan aku sahabat seperti mereka. Sememangnya Kita bagaikan adik beradik. Kak long - Ling, Kak ngah - Ita dan Adik its me Lily.
Lily Luv Ling Luv Ita
kita bertiga mempunyai kisah yang berbeza dan ada juga yang samanya. Kisah yang berbeza tentang kita ialah cara kehidupan kita. Manakala yang sama ialah kita bertiga- Luv story kita bersama orang yang kita sayang tidak berpanjangan kerana di khianati mereka sendiri. Bencilah! tapi aku bersyukur kita dapat belajar dari dugaan yang Tuhan berikan. Sekarang aku bahagia bersama orang yang aku cintai yang teramat ambil berat tentang aku. Aku juga tahu sahabat-sahabat tercinta aku ini juga bahagia dan telah belajar dari kesilapan. Wahai sahabatku aku masih lagi menyimpan gambar kita semasa kamu berdua sudi menemani aku dan sanggup bermalam di kg ku semata-mata menghilangkan rasa gementar di hatiku untuk naik pelamin. Kamu sahaja yang tahu perasaan aku yang baru kehilangan arwah mama ku. Kamu lah penguat semangatku.
 Sahabat tercinta ku... aku harap kita akan bersama seperti dahulu. Semoga Allah merestui dan menguatkan semangatku untuk melaksanakan tujuan ku.

Ita ***** Ling***** Lily

Monday 6 February 2012

Akulah Cinderella karya Nozi Danisya

 Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara....
Sinopsis

Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yag tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-beradiknya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk berkerja dan menukar image menjadi seorang tomboy demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

Takdir menentukan Syah bertemu dengan Syafiq, seorang lelaki yang panas baran dan mulut celupar ang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melanggit tinggi sehigga dia telah mengistiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus di antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.

"Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?"
"Oi pendek! Kalau aku cari gaduh dengan kau pun tak seronok tahu? Lembik!"
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu.
Bagaimanakah reaksi shafiq?
"Apa ni? Nak ccari gaduh ke?"
"Apa dia? Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya akan menjadi Tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? 'Akulah Cinderella' ada jawapannya.

Me : ( 06.02.2012 ) isnin ~ Aku macam pernah membaca cerita seperti ini kalau lihat dari sinopsisnya tapi tak tau lah pula dari inti novel ini.. mungkin berlainan.... ya.. aku belum menyelongar isinya lagi... kalau baca dari sinopsis akau terasa macam novel remaja ku yang aku baca 10 tahun yang lalu iaitu "Cinderella pantai timur".. aku lupa da siapa penulisnya.. tapi intinya masih segar dalam ingatan ku... ya aku memang jatuh cinta pada novel tu... sehingga aku membacanya sampai lebih dari 3 kali... wow... memang best... aku harap novel yang baru ku beli ini dapat memberikan aku kepuasan seperti mana yang aku mahukan... amin....
( 09.02.2012 ) jumaat ~ Aku Cinderella?... Aku Cinderella?.... mmm... aku baru abis membelai dan memahami isi kandungan cerita cinta ini... ceritanya bukanlah sama dengan cerita dongeng cinderella di zaman-zaman kanak-kanak ku. Cinderellanya tidaklah di dera atau ada ikan keli menjadi ibunya hehehehe.... memang jauh ayam dari oven hehehe.... cuma di sini yang menunjukkan ke arah tajuk itu ialah dia dari insan yang daif miskin telah menjadi kaya setelah di angkat oleh Datin Zulaika ibu kepada Shafiq. Tiada juga unsur-unsur ibu tiri mahupun penyeksaan yang menguji kesabaran ku. Dari pemikiran ku novel ini hanya baru bermula, ye lah penulisnya pun baru pertama kali menerbitkan novelnya. Apapun novel ini banyak meyifatkan cinta kepada family dan aku sukar merasakan magik di hati... tapi sekurang-kurangnya aku jatuh tangga jugalah dengan tajuk novel ini hehehe suka sangat! ye lah aku memang gemar luv story Cinderella... bukan kerana dia dapat memiliki hati Putera Raja tapi kerana ketulusan hatinya....

 berapakah bintang kelihatan... just look big star...
3 stars

buy : 10.01.2012 ( isnin) by pos laju
start : 07.02.2012 ( selasa )
finish : 09.02.2012 ( khamis ) - 10.35 pm
1-376 m/s - taklah panjang sangat boleh habis dalam 2 hari ni atau 1 hari ja... hehehe...


Jika Bukan Kerana Bintang Karya Dhieya Adlynna

Kuterima jika dia untukku....
Meskipun pahit harungi duka....

Sinopsis
Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Alya Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta.Kehidupannya banyak di atur oleh neneknya, Datuk Hasnie iaitu pemilik Wadah Sejati Holding. Takdir pertemuan Maisara dan Dhamiri di pusat boling telah membibitkan kisah cinta mereka. Namun ianya tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka, hingga mencemarkan maruah Maisara. Dan sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri.

Jangan pandang bawah. Tapi pandang Bintang. Dan jika bukan kerana bintang... saya takkan mempunyai kekuatan untuk pergi sejauh ini. Dan hanya awak bintang hati saya ~ Dhamiri

Kata-kata Datuk bermain-main di fikiran Maisara. Kuatkah dia untuk bertemu dengan ayah yang tidak pernah dilihat wajahnya? Ayah yang selama ini dipanggil dengan gelaran pembunuh! Ya Allah! tabahkan hatiku untuk menghad api segala cabaran dan dugaan untuk terus hidup di dunia- Mu ini, ya Allah.

Saya berani bersumpah, makcik. Saya tak mengandung. Apatah lagi untuk buat kerja terkutuk. Saya tahu nak bezakan halal dan haram makcik. Saya tak tau dimana makcik dengar cerita karut tu. Tapi sumpah, saya tak mengandung.~ Alya Maisara

Me : 29.01.2012 (ahad) ~ Aku akan mula menyelongkar inti dalam novel ni selepas 2 hari dari sekarang.. kerana aku baru tergilak dengan novel 'Coklat, Bunga dan C Cupid' yang baru ku habiskan tadi jam 3 am. Aku masih mahu terbayangkan cerita itu dulu. Rugilah kalau menyambung terus membaca novel ni... kena lah ambil banyak feel mana-mana novel yang lepas habis di baca.... hehehe.... memang gilak hobi baru ku ni.... setelah membaca sinopsis novel ni, aku terasa ralit dengan paparan sinopsis tentang kehidupan Alya Maisara... aku ingin mengenalinya juga... aku ingin mengenali bintang itu... aku ingin mendalami sejauh mana cinta Dhamiri... aku harap pada novel ni, aku akan dapat apa yang aku cari dan apa yang aku suka... aku mahukan rasa... Magik...

06.02.2012 (isnin) ~ Aku menanti dari page ke pages... untuk kata-kata mutiara yang menunjukkan kepada tajuk novel tersebut and akhirnya.... aku temui juga.... Jangan pandang bawah, tapi pandang pada bintang. Dan jika bukan kerana bintang, saya takkan punya kekuatan untuk pergi sejauh ini dan hanya awak sahaja bintang hati saya... lafaz bisikan dari jejaka Dhamiri untuk Alya Maisara... m/s 488 wow.. akhirnya aku temui juga kata azimat itu...aku suka kelembutan yang ada pada Zubaidah dan Alya Maisara. Novel ini mengenalkan aku lebih banyak sabar untuk memahami setiap cerita-cerita yang mula di bangunkan oleh penulis. Aku sangat tercuit dengan kesetiaan rakan-rakannya terutama insan yang bernama Niela dan Lutfi. Betul meng best jalan cerita novel ni... sungguh cantik setiap bab-bab yang di bangunkan termasuklah konflik yang di wujudkan oleh Datuk Hasnie.. menguji kesabaran dan mengegar hatiku untuk meneliti hati halus yang ada pada watak Alya Maisara apabila di pukul oleh ibunya dan di hina oleh Datuk Hasnie. Sungguh mencabar juga cinta mereka, besar ujian Tuhan untuk meraih cibta sejati Alya dan Dhamiri. Novel ini juga mudah di fahami pada mereka yang baru bermula untuk berjinak-jinak dengan Novel. Tidak rugi aku mendapatnya di Kedai buku. Selain itu, Novel ini banyak memaparkan cerita tentang kekeluargaan dimana nenek dan atuk membesarkan cucu tanpa bantuan ibu bapa cucunya. Dimana juga rahsia tetap kukuh tersimpan rapi dalam genggaman kedua neneknya sehingga berlakunya cemburu pada mereka dan rahsia itu terbongkar oleh orang yang berniat jahat akhirnya... sungguh menyedihkan hidup yang bernama Alya Maisara... Aku juga ralit dengan watak Iqbal yang muncul tiba-tiba mengambil berat tentang kisah hidup Alya. Sehingga sanggup menyimpan rasa cinta yang mendalam untuk kebahagiaan Alya bersama orang yang dia cintai... sungguh menyayat hati. Aku suka kesetiaan mereka... Dhamiri, Alya, Iqbal, Niela, Lutfi, Haniff dan Hisyam ayah kepada Alya...
yes! aku terasa!...


Cinta sungguh halus di nilai dengan kata-kata puitis
Cinta sungguh indah jika di semat simbolik yang cantik
namun Cinta akan sakit jika ia tidak di beri makna yang cantik
simbol lah Cinta dengan image yang indah di mata dan rasa di hati

buy : 01.01.2012 ( new year) Ahad ~ 1B
start : 31.01.2012 ( selasa )
finish : 06.02.012 (isnin) 4.15pm
1-582 m/s... wow boleh tahan juga tebalnya... tapi tak setebal novel ASST? hehehe

Saturday 4 February 2012

Cerpen Cintaku Bertugu Nukilan Sejernih Airmata

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fairmatatulus.blogspot.com%2Fp%2Fbait-indah.html%3Fspref%3Dfb&h=TAQGBWlb2AQHaFhWO2iaAG1eCuR9SZS5WKQZEdG2CU8tJeA
wow... aku baru habis membaca cerpen pendek nukilan my luvly sister di laman bloknya airmatatulus.blogspot.com Sejernih airmata... memang menyentuh rasa cerpen 'Cintaku Bertugu'... berdebar juga aku membacanya sehingga mata ku turut menumpang rasa pada degup jantung ku... biarpun pendek tapi padat dengan kasih sayang...walau sebenarnya aku belum dapat kepuasan untuk membaca cerpen ini namun aku dapat rasa 'cinta, kasihsayang, tulus, marah dan segalanya kerana cerpennya terlalu pendek... belum pun sempat airmata ku jatuh cerpen yang ku baca sudah sampai ke penghujungnya....
waaa.... tahniah my sist... aku suka cerpen akan... teruskan perjuangan dan usaha sist... teruskan warisan seni absrak puitis family Abol Hassan...

Luv you... my sister aku sentiasa bersama azam mu...


Simfoni Rasa

Sunyi malam ku tanpa kau disisi menemani, walau hanya sebentar sahaja namun langkahmu terasa rindu dihati. Tapi aku terus tersenyum apabila terpandangkan aiskrim di tangan ku. Thanks Luv... kerana sanggup singgah semata-mata menghadiahkan aiskrim kegemaran ku sebelum kau keluar untuk bersama-sama rakan-rakan mu... tambahlah rindu di dada untuk bermanja dan bercerita dengan mu. Entahlah kenapa hati ku merasa sayu dan bagai merindukan kasihmu... mungkin aku rindukan arwah mama ku... terasa pula sunyi bila teringatkan mama lantas membuahkan rindu dalam dakapan c Luv... hanya dakapan mu dapat mengubat rasa dihati ku kini...

Kutitipkan doa buat ibu ku agar dia juga tenang dan tahu aku sayangkan dia... begitulah rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang. Bila di depan mata, ungkapan sayang sukar di lafazkan apalagi kalau rindu... pasti tidak terasa... tetapi kalau sudah hilang baru lah sedar betapa cuainya aku... kini aku tersedar dan takkan aku leka dan alpa dengan memberi kasih sayang ku pada dia dan dia dan dia dan dia lagi.... ramai lagi sekeliling ku yang harus aku berikan sayang rupanya....

Sungguh aku di baluti bahagia mu dan aku dapat rasakan... biar mereka membidas, melibas, menghalang, mendusta, menghina dan segalanya... cuma yang ku tahu kita di sini masih bahagia bersama tanpa ada dendam sengketa yang mereka cuba wujudkan di antara kita. persetan si jahanam itu! biarlah mereka mencanang dosa dan kita seperti biasa mengaut pahala yang mereka lakukan. Sesungguhnya kita manusia biasa, menghukum mereka yang telah mengaibkan kita adalah bukan jalan yang terbaik. Hanya berserah pada yang Esa yang Maha Berkuasa, hanya Dia yang layak menjatuhkan hukum pada hambanya...

Aduiii.... kesayuan hati ku ini membuatkan aku mengingati segala yang indah dan pahit. Patutlah mata ini degil mahu tidur, walau dipaksa sekalipun namun rantaian 'rasa' ini mengamit ku agar terus berjaga. Aku bersyukur pada Mu ya Allah... kerana aku masih merasa sebahagia ini kerana ada CINTA. Cinta yang sangat luas di mengertikan... Abstrak sekali...

Hati ku terbuai dengan dendangan 'rasa' kasih dan rindu... hissss..... menyapa lagi rasa ini... kenapa di kala ini aku ingin dalam dakapan dia? sungguh aku sayu di kala sunyi ini... aku ingin melepaskan segala 'rasa' sayu ku ini yang entah! dari mana datangnya... aku bukan mahu mengadu dengannya cukuplah dalam pelukannya dapat meluruhkan 'rasa' sayu ku ini... sandarkan segalanya walau dalam diam....

Jam 12.30 pagi... c Luv baru keluar 2 jam yang lalu. ye lah aku mengerti dah lama dia tidak berjalan-jalan dengan rakan-rakan. aku juga bukan jenis queen control.. bukan memuji tapi itulah sikapku berlainan masa cinta monyet ku... hahaha... lucu rasanya jika di ingatkan kisah zaman remaja ku.. Bodoh sungguh! hehehe.... aku tahu c Luv jujur dengan aku... dia juga meggatakan aku tetap di hatinya dan sering melihatnya biar dimana pun dia... kerana cintanya sudah cukup untuk aku seorang. Penuh! tak dapat di isi oleh sesiapa pun... wow! benar-benar cinta hehehe macam lagu adam af pula. Aku sentiasa tersenyum jika mengingatkan semua ungkapan yang di panah menusuk terus ke jantung ku. dalam hati ada taman... itulah perumpamaannya....

KEBAHAGIAN INI DATANG DARI-NYA
KALAU TIDAK KERANA DIA
KITA TIDAK DI PERTEMUKAN
ALHAMDULILAH....
LANLUVLY
17.08.07

Friday 3 February 2012

Dikala kau jauh....

sayang ku layangkan
udara tolong sampaikan sayangku
agar terus terpanah ke jiwanya
terus mengingati aku

kasih ku kaitkan jadi kalungan
ku kalungkan untuknya
agar terasa tersentuh kulitnya
terus merasa aku ada bersama selalu

tulus aku untuk mu
jangan pertikaikan adanya aku untukmu
tulus itu sukar ku mengertikan
walau ku lagukan untukmu
aku mahu kau merasakan
betapa aku hanya untuk mu

segalanya lahir menjadi satu
cuma itu yang aku ada untuk mu
mengertilah setiap langkahmu
 rindu menghiasiku
setiap nafasmu ada sayangku
nadimu cinta ku

bulan ku hantar pada malam mu
agar khabar ku sampai untukmu
aku cinta padamu
matahari penerang di kala kau leka
tika kau jauh
agar kau rasa bahang rindu

adakah kau terima salam ku
dari burung yang aku terbangkan
lalu ku titipkan salam
I Luv You Sayang...