princess Luv

Sunday 26 February 2012

Mulakan lagi untuk aku gila semula...



Yes! aku mulakan kembali untuk membelai novel-novel yang belum sampai di mata untuk terus ke minda ku. Memang lama juga aku rasa bercuti untuk membaca novel ni. Banyak lg novel yang aku mau menelaah sedalam-dalamnya. Belum lagi aku baca yang masih berada di dalam almari novel ku. Kini aku mulakan dengan novel yang bertajuk 'Mencari Jalan Ke Syurga' by Kaki Novel. Betul juga kata C Luv, Otak ni perlukan istirehat agar dapat input dan output yang bernas untuk membuat sesuatu yang kita suka. Thanks Luv atas nasihat yang bernas itu. Menyelamatkan aku dari terus di serang migrain yang mengila.

Kini aku kembali, cuba melayan hobi ku secara sederhana tapi padat! hehehe.... banyak lagi bahan yang perlu aku pelajari sekiranya aku ingin teruskan niat ku... niat? masih dalam rahsia? oh tidak... sudah garu bercendana pula, sudah tahu bersoal pula... aku ingin banyak membaca agar semua ilmu dapat di input dengan baik dan outputnya pun akan cantik! Sebenarnya semua ini aku mulakan dengan perasaan ala ala suka suki sahaja...ala... macam ala ala kampung... agar akau tidak berasa berat dan tertekan. Lagi pun cerita ku masih ala ala sekadar di atas kertas sahaja. Masih belum mampu aku paparkan dalam blog ini. Insha'llah akan ku usahakan juga... tapi bukan sekarang... 

Apa pun semoga segalanya berjalan dengan betul dan baik.... 

Qiran memujuk jantung yg lemah
dek syaitan menghasut minda
memutus semangat meninggi langit
jauh di kecap minda

Qiran mengapai hatiku
memujuk seraya menyanyangi aku
melempias syaitan durjana itu
agar aku tidak selemah dia
ya aku perlu mengikut katanya

Qiran ku memujuk lagi
aku kaku terus berfikir
terkadang dia benar
terkadang aku juga betul
ah... aku perlu kuat
mengapai hasrat yg mengunung
agar aku tidak jatuh lagi...

tapi tolong! aku bukan gila.....

0 comments: