princess Luv

Wednesday 26 September 2018

Indahnya ukiran tangan....

Bila terasa panas mesti teringatkan Matahari.... Bila tersua bunga matahari dan teringat tentang dia... Dunia ini saling berkaitan so jangan hairan wookay.... wow lamanya aku tidak melayangkan rindu untuk matahariku ini...
 

Aik! kenapa tangan? yup hari ni aku mau soalkan tentang TANGAN.  Bila orang melihat tangan aku pasti akan kata aku ni RAJIN buat kerja. Alahai.... punyalah seronok aku mendengar bebelan rakan ku itu. Harap-harap dia tak terasa bila aku ketawa macam gila sikitlah. Aku hairan kenapa mereka lebih melihat kepada keadaan fizikal dan terus mentafsiir kau adalah itu dan ini! Kunun garis-garis yang banyak yang telah di cipta oleh Yang Maha Agung itu adalah menunjukkan diri mu adalah seorang yang terlebih rajin dan sentiasa kemas.. ahhh itulah yang aku sukar menerima tafsiran zahir secara rambang. Kamu telah tertipu dengan apa yang di lihat. Kesian pula bila di fikirkan sebab macam mana aku nak percaya jika memang aku sah-sah tak rajin Tapi manja beb... hahahaha.... ya biasa kalau manja ni tak lah rajin sangat tapi bukan PEMALAS wookay...  Mereka menftasirkan aku menyuci belanga yang besar-besar, menyuci kain hari-hari dan segala bagailah. Macam lucu pula ye, tapi takpalah... seronok pula aku bila di gelar rajin di dapurrrrr beb... wow bangganya aku... Wei kawan biasanya kalu orang rajin akan pandai masak, apa masakan yang di suruh masak pun memang campinlah. Aku! hehehehe pandai jugalah tapi bukan Campin beb... potong bawang pun boleh nangis-nanggis apalagi ak potong sayur... jangan cakaplah sebab aku pantang nampak ulat... ULAT! tapi taklah sampai laki kebulur tak makan. Tengok oranglah hehehe.... walau tak mahir sangat tapi sedap juga tau hehehe... (puji diri sendiri nampak) ignore kan aje pujian tu... yesss!

okay berbalik kita cerita tentang tangan dan tafsirannya... ada setengah perkara tu mereka percaya tentang tilikan dan ada setengahnya tidak. Aku tergolong pada yang tidak percaya sebab aku ni sukar juga mempercayai benda-benda macam tu sebab abah selalu kata itu kurafat 👀 (jangan lah tersinggung ya, ini cuma kata-kata dari abahku) Cuma di sini aku ingin ceritakan satu peristiwa atau perkara yang aku pernah alami dan berfikir.... 

Semasa aku sekolah menengah dalam tingkatan 5 aku ada 2 orang kawan rapat yang selalu bersama aku ketika di sekolah mahupun di rumah. Ye lah... tinggal satu kawasan memanglah senang jumpa. Imawati dan Muslinah ini agak rapat dengan aku boleh di katakan satu angel satu tu nouty macam begitu la. Kalau saya mahukan sesuatu penyelesaian pasti saya akan bertanya dua rakan aku ni. Okay berbalik cerita kita yang tadi, aku ada cikgu yang mengajar bahasa Melayu cikgu Zubaidah. Cikgu Zubaidah ni kalau ada masa terluang masa mengajar mesti akan berborak dengan kami. Macam-macam topik sehinggalah ke tafsiran tangan. Jadiiiiii.... mulalah kawan aku yang dua orang ni berminat untuk mengetahu pasal tafsiran tangan. Kunun cikgu Zubaidah ni pandai menilik lah tu... 😆 (kalau cikgu nampak ni habis la aku hehehe takpa cerita dah 20 tahun lau dah) Mulalah kawan aku si Muslinah ni minta di tafsirkan tapak tangan dia. belek punya belek tetiba cikgu tu bagitau "kau ni pemalas, suka simpan duit dan pendek umur" ahhhhh! punyalah dia terkejut dan mula tak puas hati dia cakap "alaaa cikgu ni main teka-teka ja" terus cikgu tu ketawa. Kami sekali ikut ketawa bila cikgu tu cakap macam tu. terus kawan aku tunjuk si Imawati untuk minta tafsirkan tapak tangan dia. Ini pun lucu tafsiran cikgu tu.

Cikgu mentafsir tapak tangan kawan aku Ima tu macam-macam tapi yang paling saya ingat cikgu tu cakap "kau ni akan jadi andartu atau lambat kahwin dan rajin memasak tetapi boros tidak pandai simpan duit" terus aku dan c linah ketawa macam mahu pecah perut. Apa tidak boleh cikgu tu cakap kawan aku ni akan jadi ANDARTU! sampai tidak percaya c Ima cikgu tu cakap begitu. kami pun saling megejek antara satu sama lain. sampailah ke giliran aku. 

Aku ni memang malas kalau dengar-dengar perkara macam ni. Sebab masa tu aku memang tidak berapa berminat soal-soal yang tidak logik kunun... hehehehe... tapi oleh kerana kawan-kawan gila aku ni memaksa minta cikgu tafsirkan tapak tangan ku. Jadi hulur sajalah hehehehe.... sekali belek punya belek cikgu ni bagitau "alahiiii kau ni kan BOROS, LAKI KO NANTI AKAN SAYANG KAU GILA-GILA(buat-buat tak dengar tapi senyum ja ni biarpun belum tahu), BANYAK BOYFRIEND (apa! bagus kunun lawan aku ni) RAJIN, SUKA MENCIPTA DAN PANJANG UMUR SAMPAI NYAYUK ( Aaaapaaaa... nyayuk... doiiii kawan aku yang paling kuat suara dia ketawa tu c Linah sampai berair mata dia ketawa) yang aku tidak percaya tu dia bilang RAJIN... hehehe entah mungkin rajin lah kan tapi aku tidak tahu apa benda yang buat aku rajin tu hahahaha...

Okay disini di jadikan cerita....

kawan aku Muslinah telah meninggal dunia di usia yang muda akibat kanser. Terus aku terfikir apakah tafsiran itu satu kebetulan atau cikgu aku itu memang campin mentafsir. huhuhuhu.... 

Kawan ku Imawati pula masih belum berkahwin hingga kini dan aku sering mendoakan dia semoga selalu di murahkan rezeki dan dapat jodoh yang baik satu hari nanti ( sabar kau ima jodoh kau belum lahir... hehehe jangan marah dalinkkkk)

Dan aku... alhamdulilahhhh setiap kehidupan biarpun bahagia tapi tidak akan lari dari segala ujian yang Allah turunkan. Bersyukur itu harus dan berusaha itu mesti. Apapun segalanya hanya Allah yang tentukan.

Percayalah kepada Qada dan Qadar Tuhan. Apa pun yang kita lakukan adalah dari kita sendiri untuk menentukan itu baik atau tidak. Segala kehidupan kita telah di rancang atau di rencana dari Yang Maha Esa. Hanya tinggal terima dan lakukan dengan sebaiknya... 


Semoga Roh kawan ku arwah Muslinah aman di sana....

"Percayalah Rencana yang Allah aturkan untuk kita ada Sebabnya"... Allah itu maha penyayang....