princess Luv

Wednesday 3 October 2018

BERSABAR PASTI AKAN DAPAT HASILNYA

My Matahari ku....

Wahai matahariku, kali ini aku rindu sampai ingin melempiaskan bahang ku ini kepada mu. Aku meminjam bahang bahagia mu disana. Aku juga ingin meminjam cahaya tulus mu disana. Dengarlah kali ini RASA ku yang dah lama ku simpan...

Macam mana mahu mula ya... hahahaha dah lama tak menulis dan dah lama aku on off membaca. Inilah kalau PEMALAS tu bermaharajalela setiap sudut. Memang aku akui bahawa kalu kita kurang membaca bahasa jadi kabut dan melalut. Apapun baham ja lah ye...

Selama perkahwinan 11 tahun bersama insan ku sayang ini, banyak dugaan dan ujian. Yelah... ke sana ke sini jalan mana-mana tempat akan terdengar orang bertanya 

"bila nak ada baby?"
"Lama dah Kahwin, takkan tak usaha"
"dah pergi berubat kah?"
"aik takkan tiada sampai skrg..."
"tak pandai kali..."

Apa punya soalan sindiran atau pasangan macam kami yang tempoh dapatkan zuriat lama selalu jadi bahan bualan macam tu. Tapi tidak lah semua akan kata macam tu. Ada setengah mereka faham apa yang pasangan macam kami alami. ye lah rezekikan di tangan Tuhan. Kalau dah lambat Tuhan berikan rezeki kita kena sentiasa redha dan berdoa selalu. Siapa yang tak mau zuriat? tiada kan... sedangkan Sajat pun nak zuriat lahir dari perut dia heheheh... Aku bersyukur walaupun lambat namun aku dan c luv merasa juga jadi ummi dan abi. Tuhan Maha Mendengar. Alhamdulilah... Pada kawan-kawan, saudara mara dan keluarga yang mendoakan kebaikkan, kesejahteraan dan rezeki untuk kami sejuta terima kasih kami layangkan. Semoga mereka juga sentiasa di berikan kesejahteraan dan kebahagian dari Tuhan. 

23hb sept. 2016 - Aku try UPT - memang masih tak sangka dan masih belum percaya lagi garis UPT tu menunjukkan 2 line. Masih blurrrr hahahaha yelah dah 10 tahun kahwin jadi perasaan untuk mendapatkan zuriat memang ke laut dannnn hanya Redha ja dan berdoa ja... Tuhan Maha Mendengar dan Maha Penyayang.

24hb sept 2016 - Kami pergi Klinik yang biasa aku review untuk cek sekiranya ada apa-apa masalah Gyne. Tapi tak ada pun masalah Gynea sangat cuma period tak regular ja. Bila doktor scan dah nampak kantung baby dalam perut hehehe... memang time tu tak tau mahu cakap apa yang keluar dari mulut kami berdua " alhamdulilahhhh" aku di sahkan Mengandung... yippeeee.... bermulalah kehidupan ku sebagai wanita mengandung yang perlu ke review stiap bulan. Sangat-sangat happy time mengandung. segala-gala permintaan di layan oleh c luv... Luv u dear...

Alhamdulilah selama mengandung 9 bulan tiada mengidam yang pelik-pelik malah morning sickness pun aku tiada. Allah memudahkan segalanya untuk aku c luv dan baby. Okay Mengidam! memang dulu nampak kawan-kawan mengidam pelik-pelik dan aku rasa macam di buat-buat, ye lahhh tak pernah rasa mengandung sebab tu tak faham. Bila dah rasa sendiri baru tahu! Ayam goreng pedas MCD! yessss... time tu memang mengidam sangat mau makan ayam mcd ni. Doiii lah baby dalam perut dah pandai makan pedas-pedas ye. Sekali time mahu beli time tu juga seminggu di katakan ayam mcd TIADA! makkkk kauuuu rasa macam kecewa dan marah ni... macam tu pula rasanya mengidam hehehe.... memang buatkan nangis lah! seminggu aku menunggu tu ayam. Sekali dapat macam dunia tu kau yang punya hahahaha... makan seorang tapi rasa macam ada teman kita makan masa tu sebab dah tidak nampak orang sekeliling lagi. c luv pun masa tu memang tak minat makan ayam mcd ni heheheh... nampaknya makan dengan baby la yeee...

1 hingga 5 bulan - aku berklinik di Klinik John Teo Lintas, memang doktor sangat baik dan melayan aku dengan baik segala soalan di jawab sampai aku dan c luv faham hahahha...

5 hingga 9 bulan - aku sambung review di JMC kota kinabalu. Doktor India yang sangat-sangat baik dan sentiasa memberi info agar aku dan c luv faham tentang janin. Doktor Hensom Dr.Vijay hahahah... mudahan kalau ada rezeki lagi aku nak dia juga yang uruskan kelahiran baby... amin... semoga semuanya di mudahkan.


Pada 16hb Mei 2016 - Aku review dan tetiba cek BP alahai hampir 200 naik. Doktor mensyorkan aku beranak hari tu juga. Jadiiii aku di masukkan wad dan menunggu BP ku turun sebelum di masukkan bilik OT. Czer bebbbbb.... Setelah semuanya dah sedia aku dan c luv tidak habis-habis berdoa agar semuanya di permudahkan. Biarpun berdebar tapi mata tu saling pandang2 ya sambil senyum-senyum. Macam seronok pula ni. Bila dah habis jarum Epidoral terus aku tidak rasa apa-apa tu kaki sehinggalah c luv di benarkan ambil gambar masa baby di keluarkan dari perut. hehehe.... sambil senyum-senyum dan bising-bising dorang bila nampak baby aku di angkat. keluar suara doktor vijay dia cakap  " Wow gebunya baby..." aku terus bertanya " Doktor hidung baby?" hahahaha dorang semua terus ketawa bila c luv yang jawab macam hidung doktor vijay. Hahahahaha..... Alhamdulilah... syukur atas rahmat Mu ya Allah... semuanya di permudahkan....

lahirlah baby girlllll.....

ZARA DARWISYAH AURORA
16HB MEI 2017


NOTA BAHANG SI MATAHARI : KEPADA WANITA DI LUAR SANA YANG LAMBAT DI KURNIAKAN ZURIAT, JANGAN PUTUS ASA JANGAN PUTUS DOA. SEGALANYA TUHAN TELAH SEDIAKAN UNTUK KITA. REZEKI YANG TUHAN BERIKAN PELBAGAI JENIS. BUAT TULI JA TELIGA TU BILA ADA YANG CUBA JATUHKAN SEMANGAT KITA. TERUSLAH BERDOA YANG PENTING "JANGAN STRESS" INI PESANAN DOKTOR YANG MERAWAT AKU YEE.. 

CHAYOK!!!!.... 

0 comments: