princess Luv

Saturday 7 April 2012

Ipad samsung galaxy tab

Aku seronok tersenyum hingga ke telinga,bila di hadiahkan c Luv benda alah ni hehehe..... ye lah semua ingin merasa apa keistimewaan dapat memilikinya. Thanks Luv much much much Hugs!!! muuuaaah.... aku sangat menghargainyan.... 

Belum pun sampai di rumah aku sibuk membelek-belek hadiah comel ni. Sukar juga untuk aku menjadi sahabat karib benda ni. Ye lah aku bukannya arif sangat pakai benda macam ni hehehe..... Terkadang aku terfikir macam mana rasa selesa dan seronok memakai ipad ni. Nak tekan pun susah nasib baiklah jari jemariku ni sangat cute kalau kena jari C Luv entah apa nasib ipad ni yee... hehehe iktibar dari hp nokia... C Luv memang susah nak tekan kalauboleh dia nak hp n 3310 ja sebab senang tekan. Tapi tidak apa dia lihat aku mahir dan suka sangat dengan komputer sebab tu dia terbangkan hadiah ni untuk princes diaries menyambung hobi penulis yang tak berdaftar hehehehe..... gurau ja...

Setelah beberapa jam aku cuba menjadi sahabat karib benda ni kini aku faham deritanya juga pakai benda macam ni hehehe... keistimewaannya memang senang di bawa kemana sahaja namun keselesaan menggunakannya belum aku terasa lagi. So buat masa ni kita jadi sahabat untuk main games fb ja yee....  dan sahabat music ketika sunyi... 

Kini c Luv berkata "boleh lah sayang main internet di mana sahaja berada yang penting call dari abg jangan pula tak dengar" hehehe itulah pesanan c Luv pada sang princes diariesnya ini.... terasa lah pula hehehe.... Apa pun aku masih berfikir, apa yang selesanya guna ipad yee? baik aku bawa lap top aku tu ke sana ke mari senang lagi guna biarpun terpaksa membawa satu beg lab top yang rasanya menyakitkan bahu hehehehe...... 


Sebenarnya aku malu... hehehehe belum mahir guna lagi teman baru aku ni... sshhhhhhh...... ipad  best....

Orang sombong selalu rugi

( gambar di atas hanya sekadar hiasan )

ORANG SOMBONG SELALU RUGI...

Pada zaman dahulu ada seorang perempuan kaya. Dia mempunyai seorang anak tiri dan seorang anak kandung. Anaknya bernama Melah. Anak tirinya bernama Melor. Melah lebih tua daripada Melor. Melor cantik, baik dan bersopan santun. Ibu tirinya cemburu dengan kecantikan Melor. Dia takut tiada siapa mahu mengahwini Melah. Dia suruh Melor membuat semua kerja rumah. Melor mencuci pinggan mangkuk, memasak dan membasuh kain. Melor juga terpaksa mencari kayu api dan mengangkut air dari perigi. Ibu dan kakak tirinya mandi di rumah. Kadangkala ibu tirinya memarahinya dengan kata--kata yang kesat. Melor menangis di ceruk dapur.

Kakak tirinya juga tidak suka kepada Melor. Dia cemburu sebab Melor lebih cantik daripadanya. Dia langsung tidak mahu membuat kerja rumah. Dia suka bergaya dan bersolek setiap masa. 

Pada suatu pagi, seorang perempuan tua datang ke perigi itu. Dia menjunjung seberkas kayu api di atas kepala. Perempuan tua itu terlalu haus. Dia meminta sedikit air untuk di minum. 

"Biar saya turunkan kayu di kepala nenek duhulu" kata Melor. Kayu-kayu itu diletakkan di atas tanah. Kemudian dia membawa semangkuk air untuk perempuan itu. Perempuan tua itupun minum sepuas-puasnya.

"Terima kasih cu, kamu sungguh baik hati," kata nenek itu.

"Saya cuma menolong sahaja, nek. Sekarang benarkan saya mengangkat kayu itu." kata Melor. Dia pun meletakkan kayu itu di atas kepala perempuan itu.

"Jalan baik-baik, nek," kata Melor lagi. Perempuan tua itu merenung muka Melor katanya "Derita mu akan berakhir pada suatu hari nanti. Sekarang aku akan memberi hadiah kepada mu. Setiap kali kamu bercakap, mulut kamu akan berbau harum. Sekuntum bunga atau permata akan terluah dari mulut mu," kata nenek itu.  Melor pulang lambat pada pagi itu. Ibu tirinya marah.

"Maafkan saya mak," kata Melor. Seketika itu juga mulutnya berbau harum. Sekuntum bunga dan batu permata terluah dari mulutnya. Batu permata itu sangat cantik. 

"Amboi, apa yang ku lihat ini?" kata ibu tiri Melor. Hairan. Melor menceritakan apa yang berlaku di perigi tadi. Batu permata keluar lagi dari mulutnya ketika dia bercakap. Ibu tirinya tergesa-gesa memanggil anaknya.

"Melah, kamu pergi sekarang juga ke perigi itu. Bila kamu nampak seorang perempuan tua, layannya dengan baik," kata ibu tiri Melor.

"Bukan kerja saya mengangkut air, mak. Perigi itu jauh dan timbanya berat." kata Melah.

"Pergi sajalah, jangan berdegil," kata emaknya.

Melah pun pergi ke perigi itu. Dia berjalan sambil bersungut. Seketika kemudian seorang dewi kayangan menghampirinya. Dewi itu menyamar seperti Puteri Raja. Rupanya sangat cantik. 

"Hai sahabat, saya tersesat di sini dan berasa sangat haus. Bolehkah sahabat memberikan sedikit air untuk saya minum," kata dewi itu.

"Apa? Aku datang sejauh ini bukan untuk mengangkut air minumanmu. Aku bukan hamba kamu!" kata Melah.

"Awas gadis muda, kamu terlalu angkuh. Oleh itu apabila kamu bercakap, mulut kamu akan berbau busuk. Katak dan tikus akan melompat keluar dari mulut kamu," kata Dewi itu. Melah berlari pulang ke rumah. Emaknya menunggu di pintu.

"Emak, ini airnya," kata Melah. Ketika itu juga mulutnya berbau busuk. Katak dan tikus keluar dari mulutnya. Katak dan tikus itu melompat ke muka ibunya. Ibunya merasa geli dan jijik lalu muntah. Ibunya menjerit ketakutan lalu dia mengambil penyapu. 

"Ini semua adik kamu punya angkara," jeritnya. Dia ingin membelasah melor.

Melor lari dari rumah. Dia merayau di hutan sambil menangis. Ketika itu, Putera Raja Perba Jelai sedang memburu di hutan itu. Putera itu bertemu Melor. Dia bertanya kenapa Melor terlalu hiba. Gadis itupun menceritakan semua deritanya. Bunga dan batu permata bertabur keluar dari mulutnya ketika dia bercakap. Bau mulutnya sangat harum. Kejelitaannya memikat hati putera. Putera jatuh cinta dengannya. Merekapun berkahwin dan tinggal di istana dengan aman bahagia.....


Dari buku cerita rakyat Malaysia 
m/s 118-119
semoga terhibur... semoga yang baik di jadikan tauladan bersama

 Me : Aku ada juga kenal orang yang mulut busuk ni. Tapi malaslah mahu cakap... tak baik takut berjangkit dengan mulut busuknya... cuma aku doakan moga mulut busuknya hilang bertukar bau harum agar rezeki dari Allah sentiasa berpanjangan.... ops!!! sembolik tu... aku hanya doakan yang terbaik sahaja... peace no war...

Tuesday 3 April 2012

Ronda-ronda Kota Kinabalu


Semalam jam 9.00 pm tetiba saja hati teringin mau keluar jalan-jalan ronda Kota Kinabalu. Mungkin terganggu dengan perubahan angin malam, ye lah semalam terasa terlalu panas di rumah, aku memujuk c Luv keluar berjalan-jalan ronda KK. C Luv apalagi, suka sangatlah dia kalu bab-bab ronda-ronda ni. Bestlah pula macam keluar dating masa bujang-bujang dulu. Berdua bersama menyulam kasih dan janji. cewah! romantislah pula... hahaha lama dah rasanya tak jiwang karat ni... 

Dari Luyang Bukit Padang terus ronda ke KK sambil bercerita-cerita membilang butiran bintang menbuka buku-buku khazanah lama berceritakan tentang kenangan indah sambil berseloroh bersama. Cadang ingin singgah di Sutera Habour Taman tapi cadangan tu tak menjadi sebab kami terasa ingin ronda-ronda tempat lain. 1 Jam dalam kereta bagai tak sedar masa terus berjalan. Kisah-kisah indah dan romantis terlupa malam kian kelam bulan pun makin penuh seolah-olah menunjukkan makhluk-makhluk lain akan menari-nari mencari kebahagiaan yang mereka inginkan... 
Setelah penat meronda mengukur kilometer entah berapa keliling rondaan itu pun aku tak tahu. Bibir tetiba tersenyum senyum dan terus tersenyum bila melihat terpandang hurup 'M'... memang tidak aku sangka C luv bawa kereta sampai ke KKIA - Kota Kinabalu International Airport. wow... apakah dia faham aku haus dan lapar hehehe... yes!!! Mcdonald... i luv it!  joooommm singgah mamam dulu... dah sampai McD C Luc call abg dia unyuk join sekali makan... kami tak sedar sembang-sembang sampai 1 jam berlalu. hehehe macam-macam nasihat dan cerita yang keluar dari mulut abg ipar ku tu... kami hanya diam mendengar sambil tersenyum... berpandangan kami berdua seolah-olah fikiran kami berdua sama... hehehehe... emosilah pula dia menasihati kami dan sambil bercerita tentang kisah silamnya mengharungi dugaan dan cabaran hidup... terharu dan kagum mendengarnya...  


glitter-graphics.com



Kenangan malam ku sungguh indah
seindah bulan penghias alam
menyulam kasih dan kisah
menjadikan satu hati tambah erat
dan kalungan sayangmu
menjadi penyeri hatiku...


janganlah di tanggiskan dugaan itu
sememangnya itulah Qada Qadar-Nya
untuk kita lebih kuat dan teguh bersama
menerima apa sahaja panahan-Nya
kerana nikmat-Nya akan kita perolehi 
dengan izin-Nya... amin...