princess Luv

Saturday 7 April 2012

Orang sombong selalu rugi

( gambar di atas hanya sekadar hiasan )

ORANG SOMBONG SELALU RUGI...

Pada zaman dahulu ada seorang perempuan kaya. Dia mempunyai seorang anak tiri dan seorang anak kandung. Anaknya bernama Melah. Anak tirinya bernama Melor. Melah lebih tua daripada Melor. Melor cantik, baik dan bersopan santun. Ibu tirinya cemburu dengan kecantikan Melor. Dia takut tiada siapa mahu mengahwini Melah. Dia suruh Melor membuat semua kerja rumah. Melor mencuci pinggan mangkuk, memasak dan membasuh kain. Melor juga terpaksa mencari kayu api dan mengangkut air dari perigi. Ibu dan kakak tirinya mandi di rumah. Kadangkala ibu tirinya memarahinya dengan kata--kata yang kesat. Melor menangis di ceruk dapur.

Kakak tirinya juga tidak suka kepada Melor. Dia cemburu sebab Melor lebih cantik daripadanya. Dia langsung tidak mahu membuat kerja rumah. Dia suka bergaya dan bersolek setiap masa. 

Pada suatu pagi, seorang perempuan tua datang ke perigi itu. Dia menjunjung seberkas kayu api di atas kepala. Perempuan tua itu terlalu haus. Dia meminta sedikit air untuk di minum. 

"Biar saya turunkan kayu di kepala nenek duhulu" kata Melor. Kayu-kayu itu diletakkan di atas tanah. Kemudian dia membawa semangkuk air untuk perempuan itu. Perempuan tua itupun minum sepuas-puasnya.

"Terima kasih cu, kamu sungguh baik hati," kata nenek itu.

"Saya cuma menolong sahaja, nek. Sekarang benarkan saya mengangkat kayu itu." kata Melor. Dia pun meletakkan kayu itu di atas kepala perempuan itu.

"Jalan baik-baik, nek," kata Melor lagi. Perempuan tua itu merenung muka Melor katanya "Derita mu akan berakhir pada suatu hari nanti. Sekarang aku akan memberi hadiah kepada mu. Setiap kali kamu bercakap, mulut kamu akan berbau harum. Sekuntum bunga atau permata akan terluah dari mulut mu," kata nenek itu.  Melor pulang lambat pada pagi itu. Ibu tirinya marah.

"Maafkan saya mak," kata Melor. Seketika itu juga mulutnya berbau harum. Sekuntum bunga dan batu permata terluah dari mulutnya. Batu permata itu sangat cantik. 

"Amboi, apa yang ku lihat ini?" kata ibu tiri Melor. Hairan. Melor menceritakan apa yang berlaku di perigi tadi. Batu permata keluar lagi dari mulutnya ketika dia bercakap. Ibu tirinya tergesa-gesa memanggil anaknya.

"Melah, kamu pergi sekarang juga ke perigi itu. Bila kamu nampak seorang perempuan tua, layannya dengan baik," kata ibu tiri Melor.

"Bukan kerja saya mengangkut air, mak. Perigi itu jauh dan timbanya berat." kata Melah.

"Pergi sajalah, jangan berdegil," kata emaknya.

Melah pun pergi ke perigi itu. Dia berjalan sambil bersungut. Seketika kemudian seorang dewi kayangan menghampirinya. Dewi itu menyamar seperti Puteri Raja. Rupanya sangat cantik. 

"Hai sahabat, saya tersesat di sini dan berasa sangat haus. Bolehkah sahabat memberikan sedikit air untuk saya minum," kata dewi itu.

"Apa? Aku datang sejauh ini bukan untuk mengangkut air minumanmu. Aku bukan hamba kamu!" kata Melah.

"Awas gadis muda, kamu terlalu angkuh. Oleh itu apabila kamu bercakap, mulut kamu akan berbau busuk. Katak dan tikus akan melompat keluar dari mulut kamu," kata Dewi itu. Melah berlari pulang ke rumah. Emaknya menunggu di pintu.

"Emak, ini airnya," kata Melah. Ketika itu juga mulutnya berbau busuk. Katak dan tikus keluar dari mulutnya. Katak dan tikus itu melompat ke muka ibunya. Ibunya merasa geli dan jijik lalu muntah. Ibunya menjerit ketakutan lalu dia mengambil penyapu. 

"Ini semua adik kamu punya angkara," jeritnya. Dia ingin membelasah melor.

Melor lari dari rumah. Dia merayau di hutan sambil menangis. Ketika itu, Putera Raja Perba Jelai sedang memburu di hutan itu. Putera itu bertemu Melor. Dia bertanya kenapa Melor terlalu hiba. Gadis itupun menceritakan semua deritanya. Bunga dan batu permata bertabur keluar dari mulutnya ketika dia bercakap. Bau mulutnya sangat harum. Kejelitaannya memikat hati putera. Putera jatuh cinta dengannya. Merekapun berkahwin dan tinggal di istana dengan aman bahagia.....


Dari buku cerita rakyat Malaysia 
m/s 118-119
semoga terhibur... semoga yang baik di jadikan tauladan bersama

 Me : Aku ada juga kenal orang yang mulut busuk ni. Tapi malaslah mahu cakap... tak baik takut berjangkit dengan mulut busuknya... cuma aku doakan moga mulut busuknya hilang bertukar bau harum agar rezeki dari Allah sentiasa berpanjangan.... ops!!! sembolik tu... aku hanya doakan yang terbaik sahaja... peace no war...

0 comments: