Aku kehilangan mu....
Aku mencari mu.....Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu.........
Sinopsis
Kehilangan adiknya Cayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, semakin dekat dia dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna Aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapannya. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirina dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?
Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yang membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.
Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina di tatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.
Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku, Jerry, Kim dan yang lain-lain. Aku tidak ingin memaksa, tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau untuk menerima kamu ~ Nakhael.
Me : 21.01.2012 - harap isi novel ini seperti luaran dan sinopsisnya... aku ingin mengembara bersama... adakah aku peroleh sesuatu! aku ingin meneroka setiap taman yang ada dalam pengembaraan ku... jangan bunuh harapan ku!...
26.01.2012 - Pengembaraan ku sudah selesai. Aku suka novel ni, penuh misteri tentang alam 2 demensi. Sungguh bijak penulisnya menuyusun jalan-jalan cerita yang mendebarkan dan menyayat hati. aku suka misteri itu...
Aku mulakan dengan prolog- memang aku mula-mula rasa keliru dengan cerita permulaan novel ni, dari awal lagi novel ni telah menampakkan suspen! novel ni tertumpu di negara Filipina. Ya! Negara filipina menjadi negara pilihan dalam novel ini untuk mengembangkan inti novel... dimana chayi adik kepada arina di culik oleh pendatang yang tidak di kenali semasa mereka bercuti melawat mandaluyong. memang suspen sangat! aku masih tercari-cari kenapa adiknya di culik... dan kenapa tiba-tiba lelaki yang bernama alwiz muncul dengan satu penyamaran dan arina terpaksa akur demi ingin selamatkan adiknya... suspen bukan? hehehe...
Aku mula meneruskan pengembaraan ku kerana dada ku mula berdebar-debar untuk terus mengetahui apa yang sebenarnya lelaki alwiz kehendaki. aku mula di dicubit rasa minat. wah... memang aku tidak menyangka novel ni membuka minatku untuk terus membaca... Aku lagi terasa teruja dengan arina yang dari permulaan sebenarnya dia hilang ingatan hinggalah dia mula meningati siapa diri dia sebenar. Ini lah pertengahan dan hampir penghujung, dan muncullah sahabat-sahabat yang menyayangi arina sebelum arina terpisah dan hilang ingatan... Kim, Nakhael, Nigth-abg arina, jerry, dan Alwiz-kekasih arina. Inti novel ni banyak berunsurkan dendam dan kasih sayang, malah unsur dua demansi bumi dan alam mistik iaitu Drutasia... berkerut juga kening aku cuba mencari misteri ni namun novel ni senang juga difahami dan tidak banyak terbelit-belit dan terselit-selit. memang anjoy bila membaca. Biarpun di bibirku sukar mengukirkan senyuman bila membaca namun aku tetap meneruskan minatku.Memang aku akui berdebar, sedih, terharu, takut, sayang, menyayat hati dan khusuk wow memang tiada satu pun aku terasa lucu... itulah yang aku rasa... novel banyak tertumpu kepada watak arina dan megdalina anna ibu kepada arina. Kasih sayang antara sahabat dan keluarga terlalu tinggi kepada arina sehingga ada antara sahabatnya yang sanggup berkorban nyawa demi arina.
Ending- pula memang best sangat... arina dan alwiz bersatu semula. Bibit-bibit cinta mereka terjalin setelah lama terpisah oleh keadaan yang menyukarkan mereka untuk meneruskan percintaan mereka... Memang best sangat lah!
Bagi aku kesemua watak yang ada dalam novel ni sangat cantik dan sangat mengejutkan. Namun aku hanya suka pada watak Nakheal... biarpun dia bukan watak utama namun aku ralit dengan perwatakan yang di garap oleh penulis untuknya... terlalu istimewa bagiku... betapa besarnya pengorbanannya kepada arina sehingga sanggup mati asalkan arina selamat... aku suka!
memang aku tidak rugi memiliki novel ni... pengembaraan ku belum selesai lagi....
aku memberikan 5 star seperti mana teman Awan Bayu
yang telah awal membaca dari aku... memang betul kata dia...
sangat best!
kasih sayang perlukan kesetiaan
percintaan perlukan pengorbanan....
Buy : 23.12.2011 (sabtu) 1B-Harris
Start : 20.01.2012 (jumaat)
finish : 25.01.2012 (rabu) 12mlm
1-710 m/s
next novel : Coklat, Bunga dan Si Cupid....
next novel : Coklat, Bunga dan Si Cupid....
3 comments:
slamat membaca!!
glad u liked it too..
thanks luv it..
Post a Comment