princess Luv

Monday 26 December 2011

Aku Letih Rasanya....

Hari ini aku rasa letih sangat... semalam aku baru habis membaca novel "Seharum Cinta Lestary" dalam jam 1.00am...dan awal pagi pula aku kena bangun awal ada majlis jemputan kahwin. Namun keletihan ini tidak membunuh semangatku untuk berdepan dengan blog kesayangan ini. Novel semalam yang baru ku habiskan, akan aku upload esok untuk di kongsi bersama.

Perjalanan jauh ke Tambunan biarpun meletihkan ada juga terasa seronok. aku baru pertama kali menjejaki di tanah Tambunan. Lucu juga melihat pasangan di Akad Nikah kerana di usik-usik oleh saksi dan rakan-rakan. Semasa perjalanan ke sana, aku terasa bagai di cameron highland pula, penuh kabus-kabus tebal sehingga masuk ke dalam kereta... sejuk sehingga ke tulang rasanya. Memang sangat terpukau melihat keindahan yang mencorakkan kehidupan penduduk setempat. Walaupun hiasan bunga kurang di Tambunan namun masih tetap cantik dengan gunung-gunung dan bukit-bukit yang ada di setiap perjalanan kami.

Apapun Selamat Pengantin Baru kepada "En. Aziz@Kiput dan Tunangannya Cik Azarina" kerana kamu aku sampai juga di Tambunan... Tahniah...

1 comments:

itumatahariku said...

hari ini juga aku start baca next novel... " 7 Hari MencintaiMu"... setebal satu ribu lebih... harap-harap cerita ni dapat mencuit hati aku...