princess Luv

Saturday 24 December 2011

Aku Cinta Dia Karya Sharifah Abu Salem

Sinopsis
Dania gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu di gugurkan. Namun kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.
Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Dalam Diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila di fikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan mulia seperti Ustaz Iqbal? Sehingga suati hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan Al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-Nya terlebih dahulu sebelum diamenyintai sesama manusia.
Dania bimbang dengan kenyataan ini.....
Takut dia bertepuk sebelah tangan........

me : apabila membaca novel ini saya mula rasa damai di hati kerana watak-watak yang di garap amat cantik memenuhi sifat-sifat kemusliman dan kecantikan Islam pada watak. Memang tidak di nafikan efak atau tindakbalas dalam diriku berlaku apabila watak shira muncul... marah dan geram kerana perwatakannya menyakit hati hahahaha.... tahniah pada penulisnya kerana mampu membuatkan aku ketawa, geram, marah, sedih dan gembira... namun endingnya buat aku rasa kepuasan tu belum ada kerana aku nak iqbal dan dania berkahwin... tapi apapun aku suka novel ini... mengutamakan sifat-sifat dan peraturan-peraturan dalam islam serta ada di selitkan sejarah-sejarah nabi dan nasihat-nasihat untuk rujukaj.... syabas...

**** (4) Bintang dari 5 bintang
Luv it

0 comments: