princess Luv

Sunday, 25 December 2011

My Love Playgirl karya Siti Nurdhuha

Sinopsis dan yang terdapat dalam novel ini

Puteri Laila Merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpahnya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul denganya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? dan bagaimana Hasrul Menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

"Hei orang miskin, kau dengar sini! aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan juga aku takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ini kepada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja" - Puteri Laila

Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Harul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. tak ada duit, ada pokok-pokok kayu punjadilah.

"Ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak." - Azia

* me : Novel ni sangat-sangat suka... funny dan banyak pengajaran, dalam novel ni banyak penerapan nasihat bahawa kita harus menghormati orang sekeliling kita. terutama orang tua. Novel ni menepati citrarasa aku.. alamak macam masakan pulakan... hehehe... tahniah sangat-sangat kepada penulis kerana novelnya mampu membuat aku kurang waras sikit.. hehehe ketawa sendiri dan menanggis... geram tu jauh sekalilah cuma terasa terlalu happy membacanya... Ini lah salah satu Novel terbaik aku yang paling aku sayang... siapa yang belum dapatnya di pasaran... memang rugi sangatlah... hehehehe.... Muuuuuuaaaaahhhh best giler...

Beli : 12.11.2011 (sabtu), start read : 15.12.2011, finish : 24.11.2011

***** (5) Bintang dari 5 bintang (full star) 

0 comments: