princess Luv

Friday, 23 December 2011

Cinderella Cinta = Karya John Norafizan

Sinopsis- separuh plot yang ada dalam novel...
Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cinta kuyang telah hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. benarkan aku hilang di dalam keabdian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.
Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau.....
Aku akan pergi
menjejak mimpi
walau dalam duri
aku tidak akan berhenti
Pendakian ini
sudah tiada serinya lagi
namun akan kugagahi
walau tanpa engkau di sisi...

me : sebenarnya aku sukakan tajuk novel ini... tanpa membaca sinopsis di belakang novel aku terus membeli. tahun 2010. Apa pun aku sukakannya... cuma aku sedih sikit jalan cerita tidak seperti yang ku harapkan... namun tetap di garap dengan cantik... syabas dgn usaha c penulis dia mampu menyentuh hati para pembaca... aku suka ba...
*** (3) bintang daripada 5 bintang

0 comments: