princess Luv

Sunday, 25 December 2011

Mahar Cinta Cinderella karya Maya Iris

Sinopsis
Pertemuan Nur Sayang dan Dr. Endrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan menggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur sayang terhutang budi,namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering mengelarnya 'islam celup'.
Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang akan masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul dalam hidup Nur Sayang setelah Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi di tolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.
Lalu, Nur Sayang Mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melannjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Mesir. Disana, dia terperangkap dengan revolusi Mesir menggulingkan presiden.
Apakah cinta presis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? atau hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?

*me : novel ini terlalu padat dengan surah-surah Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dan mengembangkan jalan ceritanya. Penulis lebih fokus kepada penerangan kepada seseorang utk memberi fahaman tentang islam secara menyeluruh... ibarat kisah Cendirella muslim... tahniah buat penulis kerana dapat membantu pembaca untuk terus merasa tentang kepayahan dan usaha-usaha Keselamatan & Perubatan Malaysia mengharungi pahit getir di Mesir sambil menyelami perjuangan mesir...

*** (3) Bintang dari 5 bintang
Luv it!!!

0 comments: