princess Luv

Friday, 30 December 2011

Drama Dhia... menguji hatiku...

Betapa agungnya CINTA kepada Nya....
Drama Tentang Dhia sungguh menyentuh hati ini dan mengatakan aku berpuas hati dengan drama ini. Kisah cinta amat menguji hati aku dan berfikir, adakah aku setabah Dhia? sungguh cantik setiap slot-slot yang di lakon penuh menyentuh perasaan. Saat akhir-akhir Dhia mengharungi panggilan-Nya Dhia mampu tersenyum untuk suaminya yang tercinta. betapa agung cintanya... Biarpun hanya setakat drama tv namun ia boleh menjadi contoh yang baik pada penonton... ketabahan, kesabaran, ketulusan, kesucian dan cinta sejati bukan senang kita temui di dalam dunia zaman sekarang ini. Ketaatan Dhia dalam mengerjakan suruhan-Nya, menjauhkan sifat syirik dan kurafat yang di lakon oleh Liza Abdullah sebagai emak mertua Dhia dimana dia mempercayai bomoh dan mengagung-agungkan kuasa syaitan... jauhkanlah sifat seperti itu tertanam di hati kita... jangan sekali-kali. lihatlah apa kesudahan yang berlaku...ini juga mampu menjadi contoh kepada semua. Dalam erti kata yang lain drama ini amat menguji hati ku... Kasih Sayang  membawa mereka makna erti Cinta sebenar sehingga hanya boleh dipisahkan dengan satu kematian. Sehidup Semati.... Ungkapan itu sering di dengari siapa sahaja yang bercinta namun adakah semua itu hanya ungkapan bibir semata-mata... kerana ramai yang telah memungkiri janji begitu.. Dalam drama ini juga dapat di lihat watak Azmi yang penuh dengan ujian dari Tuhan, ketabahan dan kesabaran Azmi dapat dilihat apabila dia redha dengan apa yang berlaku pada dirinya dan cintanya bersama Dhia. Adakah pada zaman ini kita mampukah melihat pengorbanan seperti itu? anggap sahajalah hanya drama tv namun jadikanlah contoh dalam diri tentang ketabahan dan kesabaranya... yang baik dijadikan panduan, yang tak baik di jadikan pengajaran untuk membetulkan kesilapan..... bukan sahaja cinta sejati namun sahabat sejati juga ada terselit dalam drama ini. Dhia, Melly, Azmi dan Raffi... oleh itu sahabat juga penting dalam kita mencari cinta sejati. Jangan sesekali menyakitkan antara satu dengan yang lain....

aku dan my luv setuju dengan ending drama... sangat-sangat suka....
ya Allah aku bersyukur pada Mu kerana memberi Kenikmatan kebahagiaan padaku.... Alhamdulilah....

0 comments: