Sinopsis
Aidan dan Ariana... pemuda desa dan puteri raja. Di pertemukan menerusi mimpi aneh yang datang saban malam. Mereka berkasih walaupun tidak pernah bersua muka. Demi rindu, mereka harus berjumpa di alam nyata walau berapapun harga yang harus di bayar.
Tanpa di sedari, mereka mempunyai keistimewaan yang tidak pernah wujud di dunia itu. Kelebihan yang akan menentukan masa depan dunia. sesuatu yang sangat di kendaki oleh kuasa kebaikkan juga kejahatan pada zaman itu.
Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza dan sangat mencabar. Kasih sayang, persahabatan dan percintaan, segala-galanya dipertaruhkan. Namun matlamatnya cuma satu. Untuk memenuhi firasat mimpi yang datang kepada mereka.
Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir yang bakal menunggu. sejauhmanakah mereka sanggup menghadapinya?
me : storynya terlalu unik dan abraks.... namun memang sangat mencabar minda untuk membacanya hingga ke ending plot... memang penuh misteri dan banyak menimbulkan persoalan di minda dimana setiap plot-plotnya banyak peristiwa-peristiwa yang aneh... yang pastinya aku soalan yang selalu keluar dalam fikiran ku semasa membaca novel ini ialah 'siapa ariana?' Novel memang best dan mewujudkan perasaan debaran apabila mereka berjumpa haiwan-haiwan aneh dan bertarung, perasaan sedih apabila aidan terpaksa berpisah dengan abangnya, perasaan lucu kerana dapat ku bayangkan avatar di dalam novel ini sebab telinga mereka tajam tapi kulitnya putih dan cantik hehehe... apapun siapa yang baca novel ni akan berasa sungguh teruja dan suspen tengok ja pada tajuknya... Namun pada aku, novel ni rupa-rupanya ada sambungan. aku sedih kerana endingnuya tergantung... aku berusaha untuk mencari sambungan novel ini tapi.... tiada... huk huk huk...
*** (3) bintang dari 5 bintang
chayuk!!!
1 comments:
[url=http://ivlkrwnnz.com]wRbOtJXGfFVGInf[/url] - IRKvffblKezOTId - http://yuxeflk.com
Post a Comment