princess Luv

Showing posts with label Novel pilihan ku. Show all posts
Showing posts with label Novel pilihan ku. Show all posts

Monday, 15 August 2016

CINTA KAU DAN AKU ~ SITI ROSMIZAH


wahai matahariku... hari ini kau masi tidak kehilangan aku... aku masih bersama mu... cuma akau jarang menyapa mu... kini aku kembali walau puitis ku kurang merasakan buat mu... jangan bersedih....


Cinta Kau dan Aku 
Siti Rosmizah

Siapa dah melayan novel ni? Novel ni pun sudah di buat drama bersiri di TV1. Ya! memang berbeza, Novel lagi terasa bahang kecewa dan bahagianya watak yang di tonjolkan. Sakastiknya setiap kata-kata yang di keluarkan juga terasa membahang di muka bila kata-kata lucu dan sindiran di gunakan, Hahahaha padahal kita hanya wakil pada watak sajapun.... jangan perasan beb!

Sesungguhnya sesiapa yang beli novel ni takkan rugi da pastinya akan berpuas hati biarpun tebal tetap nak layan. Sangat minat dengan karya-karya yang di keluarkan oleh penulis Siti Rosmizah... Semoga idea penulis ini tiada tarikh luput! Chayok3



Berikan Rasa CINTA Bukan Kekecewaan
Percayalah CINTA akan datang Bukannya Musnah dan mati
Sayangilah RASA itu bila Tuhan telah anugarahkan Kepada Mu...

Friday, 16 October 2015

Novel Tombiruo Terkhir

Aku Masih bersama novel-novel pilihan ku yang masih kusayang. sungguh pun aku jarang menghiasi di dada laman ku ini, namun aku sering di ketuk rasa ingin menyapa khabar. Tiada yang mustahil jika pemikiran ke arah rasa yakin pada kemampuan.
 
Ya, apa di takutkan pada perubahan yang datang cara mendadak atau tanpa kita sangka. Apa di tangkis dengan sejarah silam. Apa yang di bangga dengan keangkuhan yang tertanam didalam diri dan apa yang di julang pada nama yang makin bertingkat-tingkat egonya.

Aku memahami segalanya dalam isinya. Aku jatuh cinta pada semangat yang ada dalam dirinya. Aku tertampar dengan kesetiaannya. Aku sangat tidak menyangka belaian ku kali kedua untuk memahami intipatinya membuahkan rasa yang sukar aku luahkan.

Kecacatan menjadi cacian, kecacatan menjadikan ia jatuh dan kecacatan itu membuatkan ia jahat dalam diam. Ya! aku terkejut menerima setiap watak yang di keluarkan satu persatu dan sangat membuatkan aku terfikir. Adakah aku perlu menjelajahi pada yang duluan kerana aku terus kepada yang terakhir. Hahahaha lihat pada tajuk Tombiruo Terakhir sudah pun dapat mengagak aku telah melangkau episod keluarannya sebelum ini. Adakah aku harus memulakan yang sebelum ini aku tinggalkan?

Ejim atau nama sebenar Amarudin Bin Abdullah yang telah di tukarkan wajah dari berwajah hantu ke yang paling sempurna dan menyerupai kembarnya yang telah meninggal dunia. Aku juga suka watak pada ejim namun aku tidak mengerti kenapa mesti dia mencintai perempuan yang sama iaitu perempuan yang di gilai oleh kembarnya dan pak su? sedangkan bukan itu gadis yang di nikahinya. Ada watak yang tersembunyi itulah yang menjadi isterinya. Apapun aku sedar Novel ini Berjaya membawa aku dalam penceritaannya... sebab aku pandai mula marah, kesian, sangsi , geram dan pelbagai rasa sehingga aku mula terfikir kreativiti penulis ini Berjaya melalikan aku. hahahaha...

Biasanya aku akan letakkan synopsis dalam setiap novel yang aku paparkan. Namun hari ini aku tidak meletakkan sinopsisnya agar siapa yang mengilai novel pergi ke kedai buku dan terus membelek sendiri sinopsisnya. Tidak rugi untuk memiliki novel ini. yang penting kesabaran anda berfikir untuk menyelam bersama kisahnya.

Hutan Keningau? haaa... aku juga orang Sabah namun aku tidak mengetahui apa yang ada di Hutan Keningau. Aku juga tidak pernah sampai di hutan seperti itu. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa seronok bila mengetahui segala isi ceritanya dari sana. Terkadang tercuit rasa hati untuk mengetahuinya, namun aku tahu ini semua adalah kretiviti dari penulis itu sendiri yang membawa  aku ke bayangan hutan.

Menyelami isi novel ini pelbagai rasa wujud. Rasa sayang, tanggungjawab, rasa cinta, rasa marah, rasa kekeluargaan dan kemasyarakatan serta adat di sesuatu kawasan. Apapun aku suka novel ini...


****BERUBAHLAH KE ARAH KEBAIKAN.....
*****BERANILAH KERANA KEBENARAN......
******BERCINTALAH BILA CINTA ITU DI HADAPAN....

Wednesday, 16 April 2014

FIKSYEN 302 - RAMLEE AWANG MURSHID

Aku dan Novel....
wa... macam lama sudah aku tidak mencoret aktiviti di sini. Sungguh rindu pula untuk menari-narikan jari dengan coretan rasa ini. Sebenarnya aku baru habis membaca novel ini, dari tahun lepas aku membelinya dan sanggup MENCARI sehingga lebih 3 kali aku ke kedai buku untuk mendapat novel ini. percaya atau tidak.... novel ini sungguh laris.... Sehinggalah aku berjaya mendapatkannya. Namun baru sekarang aku habis membaca selepas seminggu berlalu menghabiskan bacaan ku. Maksud aku tahun lepas beli tapi tahun ni baru start baca... rehat yang terlalu lama buat otak ku menjadi beku! Di sini aku menyatakan............... 
AKU TIDAK RUGI MEMILIKI NOVEL INI!

*NGERI *GELI *SUSPEN * KONFLIK *KESETIAAN *PENGORBANAN *ABSTARK


TRIONOVEL KARANGKRAF

SINOPSIS 

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilkar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - Seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar Psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


me : 4 STARS jawapan dariku... jangan tanya aku kenapa, jangan tanya apa indahnya isinya...dan jangan aku apa RASA ku... bacalah anda pasti tahu betapa ruginya lambat memilikinya dan betapa ruginya lambat utk menbacanya....

Tuesday, 7 May 2013

SISA SEBUAH CINTA KARYA IAN JULIANA




Sinopsis...

Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup renda. Kisah hitam yang disimpan kejab dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, iktan pernikahan yang terbina tdak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusan itu telah menghancurkan hati Renda yang telah menerimanya dalan hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanlah dia mulakan hidup baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyanginya. Namun, mampukah kebahaiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal di hadapi oleh Renda.

Sunday, 31 March 2013

KIRIMKAN AKU MALAIKAT MU BY MULIATI ABDUL

Cinta itu aneh. Dalam aneh ada indahnya. Dalam indah ada dukanya

Sinopsis

Terhimpit dengan status anak angkat di dalam keluarga. Nurul rela mengekang perasaan cinta pada abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang di sangka kekasih abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagian abang Hakim dan Ain Najwa.

Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya mungkin Nurul Akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya. 

Masing-masing menahan rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.

Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.

Gerhana dihatinya muncul apabila Umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang di tabur oleh Umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.

Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengenepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus? 

KIRIMKAN AKU MALAIKAT MU....

Nurul Syuhaida : "Kehangatan rindu ini milikmu, Firdaus. Rindu yang tidak pernah luput dari sanubariku. Kerana rindu itu menjadikan aku lupa pada Hakim di sisiku. Lupa pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Namun aku tidak mampu melupakan kesetiaan Hakim padaku."

Luqman Hakim : "Aku tak mahu memaksa Nurul. Dia juga punya hati. Punya perasaan. Bukan boneka yang boleh diperlukan begitu dan begini. Aku menjunjung tinggi erti kemanusiaan dan cinta. Kau harus mengerti cinta antara lelaki dan perempuan tidak seharusnya dibias 'keterpaksaan'. Itu kerja gila namanya."

Ahmad Firdaus : "Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya. Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan. Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup yang saling mempercayai Nurul, Selagi nadi masih berdenyut, aura ini tetap milikmu."


buy : 23.04.2012 ( by pos)
start : 24.03.2013 ( ahad)
end : 31.03.2013 (ahad)

Me  : sesejuk salju menusuk di tulang temulang ku, begitu rasa yang aku lalui semasa cuba memaksa hati untuk habiskan bacaan ku... pada mulanya aku takut untuk menyudahkan novel ini kerna aku takut cintanya pada lelaki yang bernama Ahmad Firdaus akan kecundang. Aku tidak suka akan perasaan bila kena buat PILIHAN... yes! kenapalah ujian itu yang di berikan pada watak Nurul... Aku seolah memahami kesakitan yang nurul alami. Memang aku selutlah jiwa tabah mu Nurul. Aku dapat RASA yang dalam dalam novel ini. Tahniah pada penulis muda ini, teruskan usahan anda untuk jadi penulis yang menjadi kegemaran semua peminat novel. 

Aku suka juga Watak Ahmad Firdaus dan Luqman Hakim... kedua-duanya amat romantik, caring dan sangat-sangat segak hehehehe... kalau aku di tempat Nurul, memang sukar untuk buat pilihan... 
pengorbanan kedua-dua watak ini amat menyentuh Rasa ku... 

Inilah kata-kata yang sangat menyentuh  :
Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya
Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan
Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup saling mempercayai
Nurul, selagi nadi masih berdenyut, 
AURA INI TETAP MILIK MU...


4 STARS.... TWINKLE3.....

Thursday, 21 March 2013

MERAHNYA CERI BY ZULINA

BERAPA PERATUS WANITA DI DUNIA INI TIDAK PERNAH KECEWA DENGAN CINTA PERTAMA?

Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!

Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampai hatinya dia!

Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa lagi pun!!!

Bagaikan sebuah drama... Tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilaman saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa di kesan.

Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup 'buku cintanya' pada lelaki yang tidak setia itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?

Zulina membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang sentiasa di uji cintanya. Merahnya Ceri di tangan Zulina tentunya menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?

BUY : 23.01.2012 (1B)
START : 21.03.2013 ( KHAMIS )
FINISH : 24.03.2013 ( AHAD )

TUNGGU AKU HABIS MENJELAJAHINYA... ADAKAH TERPAUT ATAU PUN HANYA SEKADAR BERHIBUR UNTUK MEMBACA????....

ME : merahnya Ceri semerah ceritanya. Pengorbanan Mr. Hiro terpanah di hati ku. Ya! aku memang dapat rasakan pengorbanan dan kesakitan yang dia alami. Wow! memang menepati citarasa hati ku.. tahniah kepada penulis yang pandai mengatur, menyusun dan mencantikkan plot ke plot yang semakin menusuk rasa hati ini.... 

**** 4 STAR.... 




Tuesday, 3 July 2012

Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari

Terkini dari kacamata....

Hisy! Aku nak kena mulakan ke? hmm... buat muka selenge Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat. Ya lah cuba goda dia. eh... eh... nanti dulu. yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pula aku jahatkan? jadi perempuan baik? lemah lembut. sopan santun? Lagi bosan kot. Argh! tak boleh jadi ni ~ Alma
Sinopsis

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum 3 bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan sehingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan , "jangan dekati keluarga Datuk Raqib (Datuk raiyan)

Nek Bonda (Nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga perna berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek bonda ala-ala hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, ( tapi nek bonda tahu statusnya) dia buru dan mendekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran nek bonda kerana cinta dan rindunya. Jika terang terangan menjatuhkan ego dan maruah papanya. Jika berterus terang hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari! 

you ni cantik. Buat i tergoda selalu. Tetapi sayang macam-macam perangai, buat i tergolek pening tau. ~ Raiyan

"Perkahwinan ini rupa-rupanya betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." itulah ayat Raiyan , Kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, Papa dan nek bonda si hitler...

Me :  cintanya belum mengetarkan seluruh jantung ku, namun kesakitannya mampu menghiris rasa peritnya.... sejarah titik hitamnya belum mampu masuk penuh dalam dalam minda, kabur namun hati tercubit bila usahanya ingin meraih cinta sejatinya penuh impian dan iktizam... 

3 star

Sunday, 25 March 2012

Lafazkan Kalimah Cinta Mu Karya Siti Rosmizah

Besar kesalahanku, Besar lagi keegoaanmu...
Berkali ku beri alasan, Berkali-kali kau menolaknya
Kau inginku menyalakan, diri ini bagai lilin....
dan terbakar oleh perbuatanmu....
                                                                                              Sinopsis
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidup.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberi Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap Tea Lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi menangih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya.....



ME : Aku mencari novel ni hampir 2 bulan. Sukar untuk aku mendapatkan pada awal pengeluaran novel ni. Memang sungguh laris ternyata PANAS! di pasaran.... aku sedih masa pencarian ku tidak berhasil kerana telah lebih 4 kali aku pergi ke kedai buku untuk mencari novel ini. Pengeluarannya terhad! Aku rasa tertarik apabila seorang rakan sekerja yang telah khatam membaca novel ini mengatakan pada ku novel ini sangat sangat sangat BEST! pencarian ku berakhir apabila aku di telefon oleh kedai buku tersebut mengatakan buku yang aku cari telah pun ada di kedai mereka dan sangat terhad. Tanpa membuang masa aku selepas kerja aku terus memujuk C Luv untuk ke 1B... Syukur Alhamdulilah... doa ku termakbul juga akhirnya... aku mencium dan memeluk novel ni setelah aku sampai di kedai buku tu... waaa..... sungguh aku tak menyangka aku di perhatikan orang di sekeliling dengan spontan sikapku yang sukar ku gambarkan hahahaha....... syukur.... tolong jangan aku di perlakukan begitu.... tak sanggup.... huhuhuhu............. jangan dera hati ku wahai novel.....   Baru start membuka lembaran pertama.... 
(komen 08.03.2012)Wow.... dari prolog sampai la bab 53... macam tak ingat da aku dimana aku berhenti untuk rehat dan tidur sekejab. Sungguh aku kagum dengan novel ni. dapat memberikan aku 'rasa' yang sungguh mendalam sehingga jatuh juga air mutiara kasih ku ini. Touching habislah... funny pun banyak sebab dengan gaya gila-gila yang ada pada watak Tengku Aqilah buatkan setiap plot membangun dengan penuh isi yang padat dengan getaran yang berbeza-beza. Aku boleg ketawa sendiri bila membaca bab-bab Tengku Ryan menyakat Tengku Aqilah dan akibatnya Tengku Ryan akan kalah dalam pertarungannya... Tidak rugi pengorbanan ku selama ini untuk mencari berminggu-minggu novel ni. Tak rugi juga airmata ku bila aku berasa terharu mendapatkan novel ni sehingga aku boleh di perhatikan dengan penuh tanda tanya... gilak kah? hahahaha.... sabar... aku akan menyambung semula untuk membelai novel kesayangan ku ini. Sekarang adalah part-part yang hangat di mana Ayah kepada Tengku Aqilah sudah mula menerima Tengku Aqilah sebagai anak kesayangannya. Dub Dab Dub Dab... itulah jantung ku bila bab-bab Tengku Ryan dan Tengku Aqilah masuk forum seterusnya... huhuhu suspen sangat... kembang juga bulu-bulu roma ni, sebab terfikir bagaimana watak mahu berhadapan dan tidur sebilik dengan pasangan yang hanya di ikat kerana satu perjanjian perniagaan... lucu... boleh-boleh sampai bab Tengku Aqilah tidur di bawah katilnya kerana Prince Charming mula tunjuk belang kah kah kah....


(komen 25.03.2012) .... sungguh anggun.... memang novel ni menepati citarasa aku, aku suka ketabahan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan... sukar aku nyatakan bahawa aku sungguh jatuh cinta dengan setiap plot yang di bangunkan oleh penulis ni... lebih power dari novel 7 hari mencintai mu... aku suka cara menceritaan yang penuh rasa dan tersusun indah... bait-bait puitis juga di selitkan biarpun unsur-unsur jenaka lebih padat... namun aku mudah memahami... aku boleh rasa di amit rindu, sedih dan bahagia bila membacanya... banyak juga di selitkan tentang hukum-hukum halal dan terlarang dalam novel ini... ada juga memaparkan tentang bahayanya pembedahan plastik atau botox yang di lakukan oleh Tengku Natasha untuk meraih kasih Tengku Ryan... aku memang sangat teruja dengan novel ni... memang ada figth dengan novel ASST?... ini lah novel ke dua yang dapat mengetarkan jiwa ku dan meremang bulu roma ku... yes! aku turut merasainya.... sangat-sangat...


CINTA BUKAN SEKADAR LAFAS
CINTA HADIR TANPA DI DUGA
WALAU SEMINIT ATAU SERIBU TAHUN
BELUM TENTU ANUGERAH ITU DATANG
DENGAN TULUS DAN TELUS
DENGAN SEGALA RASA
ITULAH ANUGERAH DARI YANG MAHA ESA
JANGAN SIA-SIAKAN
CINTA YANG MAHA ESA




buy : 23.01.2012 ( isnin ) 1B (haris)
Start : 04.03.2012 ( ahad )
Finish : 25.03.2012 ( ahad ) 7.00 agi

1~810 m/s ( wow! boleh tahan tebal jg )


Sunday, 4 March 2012

Mencari Jalan Ke Syurga Karya Hasliza Ismail

Mengapa sedarkan aku dari lena yang panjang,
jika ianya hanya untuk sementara....

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki, ingatannya dan juga insan tersayang. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baru dan berubah menjadi insan yang berbeza. 

Namun, kemunculan Syarul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diridan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Syarul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya sama turut terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya mesti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.



Me : Tidak rugi membeli novel ni. aku sungguh tercuit rasa kasih pada watak Dayang Khirana. Penulis sungguh bijak mengarap setiap plot-plot yang ingin dia bangunkan, lalu aku terpukul dengan ketabahan watak heroin dalam novel ini. Novel ini juga memaparkan betapa besarnya kekuasaan Allah dan harus kita percaya pada Qada dan Qadar Tuhan. 


Dayang Khirana yang mempunyai sejarah silam yang agak hitam sehingga membuahkan rasa benci kepada dirinya. Wah! memang sungguh aku teruja untuk mengetahui setiap misteri yang masih dalam rahsia. Aku terpana untuk meneruskan pembacaan ku sehingga aku ingin cepat mengetahui apa rahsia sebenarnya yang berlaku pada Khirana sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan orang yang di kasihinya meninggal dunia. Akibat kemalangan itu juga Khirana koma hampir 2 tahun dan membawa dia berubah watak yang baru dan suci untuk membetulkan semua keadaan. Bangun dari koma membawa dia kepada perkenalan kepada Shahrul Azwan. Aku amat tercuit rasa suka dengan ketabahan yang ada pada Khirana sehingga sanggup serahkan nyawanya sendiri jika itu yang boleh membasuh dosa-dosanya pada keluarga Shahrul Azwan.


Dorongan temannya Ros Azura juga menjadi penghias cerita ini. Dengan adanya sahabat seperti Ros Azura dan Rozana membuatkan Khirana lebih tabah dan terasa terjaga dengan ingatan dia yang kosong tanpa kenangan dan kenali dirinya. Aku sedih dengan penyeksaan demi penyeksaan yang berlaku pada watak Khirana. Niat jahat untuk membalas dendam Sharul Azwan telah bertukar kepada cinta yang mula berputik apabila dia mengenali Khirana yang hilang ingatan justeru membuahkan rasa simpati dalam dirinya sehingga membawa kepada perkahwinan. Cewah! memang bestlah story ni... sukar untuk aku luahkan satu persatu...


Khirana juga mengalami igauan misteri dalam mimpinya sehingga ending baru mendapat jawapan sebenar misteri mimpinya sebenar. Amnesia yang dia alami membuatkan dia tidak boleh tidur nyenyak. Tamparan kisah silam membawanya hampir mati dibunuh oleh kak ipar Shahrul Azwan yang mempunyai penyakit mental yang sukar di ubati lebih-lebih lagi apabila suaminya ada skandal dengan Khirana. Itulah misteri kisah silamnya. Penyelamat yang utama Khirana ialah insan yang mula hilang rasa dendamnya pada Khirana iaitu Shahrul Azwan. Setiap kali Khirana akan di timpa musibah dan khianat, lelaki itulah yang sanggup mengadai nyawa untuk selamatkan... huhuhu sungguh terharu rasanya... kembang jantung ku membaca setiap kisah-kisah romantik mereka... tapi  setiap pergaduhan yang bermula akan menguntumkan senyum di bibirku... wow.... aku terpana juga inti novel ini.... Sungguh............... sangat cantik dalamnya secantik tajuknya.....

Buy : 19.01.2012 (khamis) by pos laju
start : 26.02.2012 ( ahad )
Finish : 04.03.2012 ( ahad ) 3.35pm


4 stars


Jangan kau sunyi ketika lagunya terhenti
jangan kau bergetar bila pana petir berdentum
jangan kau rasa keseorangan bila semua tiada
kerana Dia sentiasa menemani mu

Saturday, 25 February 2012

Pilihan Mama Karya Umie Nadzimah

" Restumu..... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa....."

SINOPSIS
Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.

Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!

Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.

Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?


ME : Mula bab 1 /  Prolog aku terkesima dengan kisah-kisah lucu antara sahabat ini...  aiman, dija dan fazli. Aiman adalah watak utama dalam novel ni. Memang aku suka prolog novel ni kerna  ia buat aku gilak sikit sebab boleh tersenyum sendiri. Watak Fazli dan Aiman menguatkan jalan cerita novel ni. Cerita yang gila-gila pada watak Fazli yang selalu menyakat dan suka bergantung pada Aiman membuatkan aku terasa ingin terus membelai novel ni. Aku sekali lagi terkesima dengan terselitnya unsur-unsur mistik dimana salah seorang staff Aiman mati akibat salah seorang pekerja yang berhati jahat untuk memiliki hati Aiman. Sofea! ya dia yang punya angkara kematian itu. Dia ingin mengenakan Bosnya Aiman tapi tersalah tembak... terkena orang lain sehingga menyebabkan kematian. Sikapnya itu tidak terhenti begitu malah dia cuba dan sentiasa mencuba namun dia sendiri terkena juga... Tuhan itu Maha Berkuasa, sekiranya melakukan kejahatan dan kesilapan cepat-cepatlah bertaubat dan menyesal apa yang di lakukan agar kita sentiasa di terima di sisi Tuhan... Aku membaca dari bab ke bab sampailah ke bab 27 baru aku berhenti untuk berehat. Dalam cuba mengenali dan memahami novel ni, aku mula rasa-rasa macam letih dan rangsangan aku mulai kurang... entahlah.... pengembangan plotnya juga terlalu slow dimana aku cuba memahami apa sebenarnya ibu aiman rahsiakan daripada aiman. Dan terlalu tinggi penghormatannya kepada bekas suaminya walaupun suaminya telah meninggalkan dia dan anak mereka hidup sendiri. Apapun dalam bab 1 - 26 aku belum faham kenapa ibunya sangat setia kepada suaminya dan ada perkembangan yang cantik yang boleh aku teringat-ingat dan terindu-rindu hehehe... tercuit rasa marah dengan watak fazli yang curang dengan isterinya Dija. Kawan boleh merosakkan hubungan rumahtangga! wow... itulah terjadi pada Dija yang mempercayai rakannya Jaulina, Jaulina mula mengikis duit suami Dija... Dalam pada itu, terjadi juga pertunangan antara Aiman dan Aishah... itulah pilihan ibu aiman... "Pilihan Mama" memang cukup package... tapi aku belum mengenalinya sepenuhnya lagi... Namun tetap akan terus mengenalinya dalam meneruskan pembecaan ku... setakat ini sahaja komen aku untuk novel ini dari bab1-bab 26.... (17.02.2012)  


(25.02.2012) sabtu ~ Wow baru habis membaca novel ni... 27-55 ~ Pada pertengahan story ni terasa sukar untuk meneruskan sebab aku mula rasa lemah sikit, mungkin sebab aku sakit dan letih kot! hehehe... yelah baru hari ni aku dapat menghabiskan novel ni. Yelah.. aku perlu berehat sebab migrain aku mula menyerang beberapa hari lepas sehingga mengganggu kerja-kerja pejabat ku. Memang penangan Migrain ni kuat sangat sehingga membawa aku bercuti sementara untuk rehat membaca novel. And... Now! start meneliti lagi.... Bila aku membuka bab-bab Aiman kehilangan Aisyah akibat kemalangan aura ingin membaca selanjutnya mula menghentam jiwa. Memang sangat menyedihkan sehingga terasa di hati dengan kehilangan watak Aisyah yang sungguh romantik dan bertanggungjawab. Memang tepat Pilihan mama Aiman suatu ketika dulu untuk menjodohkan Aiman dengan Aisyah. Sesungguh pilihan mama adalah yang terbaik kerana restu mama perlu untuk sampai ke syurga... Aku cuba menyelam jiwa pada watak Aiman yang sangat menderita akibat kehilangan isteri tersayang sehingga lupa orang-orang sekeliling yang sayangkan dia. Memang sungguh sakit! Aku tercuit dengan pengorbanan seorang sahabat yang sanggup mendermakan jantung dan hatinya, ini berlaku apabila Aisyah merasakan hayatnya tidak panjang dan ingin mendermakan jantung serta hatinya pada Mia yang dianggap layak untuk merasa kebahagiaan yang dia rasa. ah!... gugur jantung ku... adakah orang sebaik Aisyah wujud di dunia ini?... Setelah kisah derita Aiman beralih lah kisah Aiman di pertemukan oleh mamanya pada Mia Khadijah yang sungguh berbeza dengan Aisyah namun hanya sama pada degupan jantung yang ada pada Mia... ya itu adalah jantung Aisyah untuk Mia. Mia memang sungguh bertanggungjawab dan orangnya yang sederhana namun tetap dapat mendabat hati Aiman. Apa pun secara keseluruhannya novel ini boleh di jadikan pengalaman atau pengajaran pada aku agar aku selalu menghargai apa yang Tuhan telah berikan pada ku. Aku mempunyai suami yang penyayang dan sangat memahami. Syukur alhamdulilah.... hanya Tuhan sahaja yang tahu.... Oleh itu siapa pun di sebelah kita untuk menemani kita se umur hidup itu adalah tanggungjawab yang Tuhan berikan pada kita dan patut di hargai serta disayangi... jangan sia-siakan apa yang kita ada... Ingatlah qada dan qadar Tuhan....
  3 stars...                                                                                                                                                                           
Buy : 19.01.2012 ( khamis )
By Pos Laju
Start : 14.02.2012 ( selasa )
Finish : 25.02.2012 (sabtu) 8pm
1-412 mls

Friday, 10 February 2012

Prince Charming karya Ratu Bulan

Dia memang tak romantik ,
Tetapi bila dia romantik,
Orang lain pun boleh angau....
Sinopsis

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya kerana gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charmin-carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan carta Prince Charming. 

"Sumpahan Puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri Bunian? Puteri Lindungan Bulan?"

Desakan daripada Sofea membawanya ke kelab bola sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang di cari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang sendiri depan aku dan cakap, sayalah yang menyelamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus mukasurat semata-mata nak cari Prince Charming.

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Me  : ( 09.02.2012 ) khamis ~ Cantik tajuk....??? cantik juga nama penulisnya... namun aku belum menyelami dalaman novel ini.... perjalanan akan bermula 2morow...
( 12.02.2012 ) ahad ~ Novel ni sungguh funny... sangat suka jalan cerita yang funny romantik. Penulis pandai membangunkan setiap watak-watak yang dia wujudkan, sure sangat tersusun dan mudah di fahami. Kalau aku di beri tugas seperti Nurul watak yang di wujudkan penulis pasti aku akan berasa gilak melayan karenah-karenah jejaka bola (prince charming) yang nakal entah bagaikan apa... hehehehe.... novel ini ada mewujudkan perkongsian jasad dalam dua nyawa... wow memang aku muskil mula-mula membaca sehingga aku tertanya-tanya apa misteri yang penulis ingin timbulkan dan siapa Nazrin? yes... memang tersampai ke jantung ku penulisan ni... Aku suka persahabat yang terjalin di antara mereka, dan percintaan antara Nurul dan Nazrul mereka funny sangat sampai aku ingin mengetahui kisah mereka dari plot ke plot dan yang lebih aku juga tidak sabar-sabar menantikan bab Nurul dan Nazrul. Mereka tak romantik tetapi tetapi cukup mencuitkan pabila dorang sudah mula bertengkar dengan perkara-perkara yang remeh tetapi mereka tetap mempunyai keserasian dari segi hati. Hahaha itulah Cinta!
Sifat Rezza dan Fiq juga mengetar aku untuk terus mengenali mereka. Watak yang cantik di wujudkan oleh penulis membuatkan aku tertanya-tanya tentang hero novel ini 'siapa sebenarnya?'... terasa semua watak prince charming ini adalah hero... Novel ini juga secara tidak langsung mewujudkan minat kepada sukan bola sepak. Seperti cerita drama korea BOF- boys over flowers... Macam sama tapi ada kelainan juga melalui tatasusila kemelayuan... Kebijaksanaan Sofea juga membuatkan aku terfikir, aku ingin menjadi teman seperti Sofea yang setia dan sentiasa memahami rakannya... Memang aku tak rugi memiliki novel ni. Thanks for 'Fajar Pakeer' kerana aku mampu memilih dan membeli dengan mudah di laman mu.... aku akan terus bersama mu...  



Buy : 18.01.2012 ( rabu ) by Pos laju
Start  : 10.02.2012 ( jumaat )
Finish : 12.02.2012 ( ahad ) 4.30 am
1- 496 m/s

Cinta dia bukan kerana dia romantik
Cinta dia bukan kerana dia comel
Cinta dia bukan kerana dia glamour
kenapa cinta dia?
Tulus! itulah dia...


Monday, 6 February 2012

Akulah Cinderella karya Nozi Danisya

 Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara....
Sinopsis

Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yag tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-beradiknya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk berkerja dan menukar image menjadi seorang tomboy demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

Takdir menentukan Syah bertemu dengan Syafiq, seorang lelaki yang panas baran dan mulut celupar ang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melanggit tinggi sehigga dia telah mengistiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus di antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.

"Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?"
"Oi pendek! Kalau aku cari gaduh dengan kau pun tak seronok tahu? Lembik!"
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu.
Bagaimanakah reaksi shafiq?
"Apa ni? Nak ccari gaduh ke?"
"Apa dia? Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya akan menjadi Tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? 'Akulah Cinderella' ada jawapannya.

Me : ( 06.02.2012 ) isnin ~ Aku macam pernah membaca cerita seperti ini kalau lihat dari sinopsisnya tapi tak tau lah pula dari inti novel ini.. mungkin berlainan.... ya.. aku belum menyelongar isinya lagi... kalau baca dari sinopsis akau terasa macam novel remaja ku yang aku baca 10 tahun yang lalu iaitu "Cinderella pantai timur".. aku lupa da siapa penulisnya.. tapi intinya masih segar dalam ingatan ku... ya aku memang jatuh cinta pada novel tu... sehingga aku membacanya sampai lebih dari 3 kali... wow... memang best... aku harap novel yang baru ku beli ini dapat memberikan aku kepuasan seperti mana yang aku mahukan... amin....
( 09.02.2012 ) jumaat ~ Aku Cinderella?... Aku Cinderella?.... mmm... aku baru abis membelai dan memahami isi kandungan cerita cinta ini... ceritanya bukanlah sama dengan cerita dongeng cinderella di zaman-zaman kanak-kanak ku. Cinderellanya tidaklah di dera atau ada ikan keli menjadi ibunya hehehehe.... memang jauh ayam dari oven hehehe.... cuma di sini yang menunjukkan ke arah tajuk itu ialah dia dari insan yang daif miskin telah menjadi kaya setelah di angkat oleh Datin Zulaika ibu kepada Shafiq. Tiada juga unsur-unsur ibu tiri mahupun penyeksaan yang menguji kesabaran ku. Dari pemikiran ku novel ini hanya baru bermula, ye lah penulisnya pun baru pertama kali menerbitkan novelnya. Apapun novel ini banyak meyifatkan cinta kepada family dan aku sukar merasakan magik di hati... tapi sekurang-kurangnya aku jatuh tangga jugalah dengan tajuk novel ini hehehe suka sangat! ye lah aku memang gemar luv story Cinderella... bukan kerana dia dapat memiliki hati Putera Raja tapi kerana ketulusan hatinya....

 berapakah bintang kelihatan... just look big star...
3 stars

buy : 10.01.2012 ( isnin) by pos laju
start : 07.02.2012 ( selasa )
finish : 09.02.2012 ( khamis ) - 10.35 pm
1-376 m/s - taklah panjang sangat boleh habis dalam 2 hari ni atau 1 hari ja... hehehe...


Jika Bukan Kerana Bintang Karya Dhieya Adlynna

Kuterima jika dia untukku....
Meskipun pahit harungi duka....

Sinopsis
Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Alya Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta.Kehidupannya banyak di atur oleh neneknya, Datuk Hasnie iaitu pemilik Wadah Sejati Holding. Takdir pertemuan Maisara dan Dhamiri di pusat boling telah membibitkan kisah cinta mereka. Namun ianya tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka, hingga mencemarkan maruah Maisara. Dan sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri.

Jangan pandang bawah. Tapi pandang Bintang. Dan jika bukan kerana bintang... saya takkan mempunyai kekuatan untuk pergi sejauh ini. Dan hanya awak bintang hati saya ~ Dhamiri

Kata-kata Datuk bermain-main di fikiran Maisara. Kuatkah dia untuk bertemu dengan ayah yang tidak pernah dilihat wajahnya? Ayah yang selama ini dipanggil dengan gelaran pembunuh! Ya Allah! tabahkan hatiku untuk menghad api segala cabaran dan dugaan untuk terus hidup di dunia- Mu ini, ya Allah.

Saya berani bersumpah, makcik. Saya tak mengandung. Apatah lagi untuk buat kerja terkutuk. Saya tahu nak bezakan halal dan haram makcik. Saya tak tau dimana makcik dengar cerita karut tu. Tapi sumpah, saya tak mengandung.~ Alya Maisara

Me : 29.01.2012 (ahad) ~ Aku akan mula menyelongkar inti dalam novel ni selepas 2 hari dari sekarang.. kerana aku baru tergilak dengan novel 'Coklat, Bunga dan C Cupid' yang baru ku habiskan tadi jam 3 am. Aku masih mahu terbayangkan cerita itu dulu. Rugilah kalau menyambung terus membaca novel ni... kena lah ambil banyak feel mana-mana novel yang lepas habis di baca.... hehehe.... memang gilak hobi baru ku ni.... setelah membaca sinopsis novel ni, aku terasa ralit dengan paparan sinopsis tentang kehidupan Alya Maisara... aku ingin mengenalinya juga... aku ingin mengenali bintang itu... aku ingin mendalami sejauh mana cinta Dhamiri... aku harap pada novel ni, aku akan dapat apa yang aku cari dan apa yang aku suka... aku mahukan rasa... Magik...

06.02.2012 (isnin) ~ Aku menanti dari page ke pages... untuk kata-kata mutiara yang menunjukkan kepada tajuk novel tersebut and akhirnya.... aku temui juga.... Jangan pandang bawah, tapi pandang pada bintang. Dan jika bukan kerana bintang, saya takkan punya kekuatan untuk pergi sejauh ini dan hanya awak sahaja bintang hati saya... lafaz bisikan dari jejaka Dhamiri untuk Alya Maisara... m/s 488 wow.. akhirnya aku temui juga kata azimat itu...aku suka kelembutan yang ada pada Zubaidah dan Alya Maisara. Novel ini mengenalkan aku lebih banyak sabar untuk memahami setiap cerita-cerita yang mula di bangunkan oleh penulis. Aku sangat tercuit dengan kesetiaan rakan-rakannya terutama insan yang bernama Niela dan Lutfi. Betul meng best jalan cerita novel ni... sungguh cantik setiap bab-bab yang di bangunkan termasuklah konflik yang di wujudkan oleh Datuk Hasnie.. menguji kesabaran dan mengegar hatiku untuk meneliti hati halus yang ada pada watak Alya Maisara apabila di pukul oleh ibunya dan di hina oleh Datuk Hasnie. Sungguh mencabar juga cinta mereka, besar ujian Tuhan untuk meraih cibta sejati Alya dan Dhamiri. Novel ini juga mudah di fahami pada mereka yang baru bermula untuk berjinak-jinak dengan Novel. Tidak rugi aku mendapatnya di Kedai buku. Selain itu, Novel ini banyak memaparkan cerita tentang kekeluargaan dimana nenek dan atuk membesarkan cucu tanpa bantuan ibu bapa cucunya. Dimana juga rahsia tetap kukuh tersimpan rapi dalam genggaman kedua neneknya sehingga berlakunya cemburu pada mereka dan rahsia itu terbongkar oleh orang yang berniat jahat akhirnya... sungguh menyedihkan hidup yang bernama Alya Maisara... Aku juga ralit dengan watak Iqbal yang muncul tiba-tiba mengambil berat tentang kisah hidup Alya. Sehingga sanggup menyimpan rasa cinta yang mendalam untuk kebahagiaan Alya bersama orang yang dia cintai... sungguh menyayat hati. Aku suka kesetiaan mereka... Dhamiri, Alya, Iqbal, Niela, Lutfi, Haniff dan Hisyam ayah kepada Alya...
yes! aku terasa!...


Cinta sungguh halus di nilai dengan kata-kata puitis
Cinta sungguh indah jika di semat simbolik yang cantik
namun Cinta akan sakit jika ia tidak di beri makna yang cantik
simbol lah Cinta dengan image yang indah di mata dan rasa di hati

buy : 01.01.2012 ( new year) Ahad ~ 1B
start : 31.01.2012 ( selasa )
finish : 06.02.012 (isnin) 4.15pm
1-582 m/s... wow boleh tahan juga tebalnya... tapi tak setebal novel ASST? hehehe

Thursday, 26 January 2012

Coklat, Bunga Dan Si Cupid Karya Zara Amani

Perasaan cinta yang pernah hadir suatu ketika dahulu dilontar jauh. Kasihnya hanya sebagai teman  semata-mata. Bibir wajar membohongi, namun tidak hati...
Sinopsis

Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amilia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segalanya. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Apatah lagi wajahnya yang semirip Haidi membuat dirina sentiasa dibuai asmara. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.

Haidi tersenyum melihat reaksi gadis itu sebelum meminta diri untuk beredar. Mata Rania tidak berkelip-kelip memandang pemuda itu. Hatinya masih tidak berhenti memuji makhluk ciptaan Tuhan yang paling kacak itu.

Pickpocket? Is that what you think? What can i steal from you? ~ Fakhrul Qazril Amani

Hatinya menjerit saat memandang Rifdi yang berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang pelik. Dia pula kini yang dihantui dengan seribu persoalan. Bagaimana pemuda ini boleh sampai ke sini? Siapa pula yang memandai-mandai memberitahunya?

Rania menjadi tidak keruan. Bayangan Haidi muncul dalam ingatan. Pantas dia menarik jari-jemarinya daripada genggaman pemuda itu lalu menyarungkan sarung tangannya semula. Bagai tidak mahu lagi disentuh pemuda itu. Apakah maknanya semua ini?

Me : 26.01.2012 ~ baru mula membaca... tengok pada sinopsis macam kisahnya terlebih romantik tapi jika di tafsirkan melalui tajuk pula bagi ku macam berkisahkan funny romantic... ye ke? apapun aku akan cuba menyelongkar intinya.... hehehe....
29.01.2012 ~ Di kala jemari-jemariku ralit menekan-nekan kunci ini sambil mendengar mp3 song "Listen"... teringat aku pada watak Fakhrul yang aku suka. jam telah menunjukkan jam 3 pagi. huuu... sekali lagi aku lewat tidur. dalam seminggu cuti ini juga hanya 2 buah novel sahaja yang dapat aku hayati... kegilaan aku ni ku turutkan saja kata hati ku untuk teruskan.... di kala ini aku masih mengingati semua watak yang ada dalam novel ni. Wow! tahniah kepada penulis penghasilannya sungguh membuatkan aku jadik gila sementara... aku tersenyum sendiri, ketawa, sedih sehingga mengalirkan air mata dan menolog sendiri... memang sangat cantik garapan mu wahai mis Zara Amani... baru aku terfikir tentang gelaran Coklat, Bunga dan C Cupid...
C jejaka Coklat ( Fakhrul Qazril Amani )~ hahaha... memang sesuai sangat! tapi bukan kerana tentang hadiahnya sejambak coklat pada Rania tetapi bagi ku bayangan wajahnya yang manis dan menggoda... semanis coklat yang dapat menggoda semua anak gadis untuk menyentap. hahaha... aku suka watak fakhrul yang bersahaja dan pengorbanannya juga besar untuk adiknya. Dia bagaikan coklat. cepat cair jika hatinya terusik oleh orang yang dia sayang. pandangannya memukau persis model... wow sampai macam tu sekali bayangan yg di berikan oleh penulis... memang aku suka! sukar untuk aku huraikan kerana aku di kala ini aku masih merasakan auranya...
C jejaka Bunga ( Rifdi Hakimi ) ~ bayangannya seperti mat salleh celup, tapi memang dia ada darah mat salleh. Gelaran ini memang layak juga untuk dirinya, seperti kata ku bukan kerana dia jejaka yang rajin menghadiahkan bunga tiap pagi kepada Rania tetapi dia hensom seperti bunga-bunga yang mekar mewangi. Teringat pula aku drama korea Boys Over Flower yang aku sangat minat gila! yes... memang seperti yang aku bayangkan dia bukan sahaja mat bunga tapi memang di gilai oleh gadis-gadis yang memandangnya cuma cintanya hanya pada Rania. bertepuk sebelah tangan itu lah yang terjadi pada dirinya. lahir rasa simpati juga bila dia marah dan sedih dengan cinta yang tidak berbalas itu. Sehingga dia sanggup berbuat apa sahaja dan sanggup menunggu seberapa lama jawapan akan diterima... ni lah aku geram! kalau tak suka jangan lah layankan... rania rania... hehehe aku pula perasan lebih... ye lah kalau tak suka terus terang ja lah jangan buat orang terharap-harap.. ops! macam kena pula cerita ni... hehehe... sebenarnya aku juga rasa tercuit kerana separuh sikap Rania ni ada dalam diriku, alaaaaaaaaaaa.... kisah zaman-zaman remaja ku sangat melucukan.... terasa bersalah pula hati ini bila di kenangkan kisah lalu... maafkanlah aku... Ya Allah ampunkanlah dosa ku mereka terluka kerana aku...teringat usaha Rifdi untuk mendapatkan Rania membuatkan aku terasa bagai terpana... bagai terasa kekecewaan yang dia alami... sungguh menyedihkan...
C jejaka Cupid ( Zarul Haidi Fahimi@Eddy ) ~ Tuhan memberikan dia peluang untuk bahagia dengan cinta sejati bersama Rania. Dia juga sesuai di gelar c Cupid kerana dia yang pertama memanah hati Rania dan membuatkan Rania gila bayang. dimana sahaja rania pergi walau di seberang laut sekalipun rania tetap terasa eddy bersamanya. bayangan eddy tidak pernah hilang dari ingatan dan hatinya. Memang cinta mereka cinta sejati. sebelum eddy menghembuskan nafas terakhirnya dia sempat melayar cintanya dengan segala-gala yang dia rasa... mengalir air mata ku tika sampai bab eddy mula sakit dan tenang menghadapi qada qadar Tuhan itu. Dia cukup redha dengan apa yang berlaku pada dirinya kerana dia sudah merasa bahagia dengan orang yang dia cintai sehingga ke hujung nyawanya. Syukurnya pada Tuhan membawa dia menghembuskan nafas terakhirnya tika sujud menghadap Tuhan yang Maha Esa... sungguh terharu dan tersentuh... Aku Rasa!...

Kekeluargaan yang di gambarkan amat membahagiakan terasa aku pula yang ingin berada di sana. Untuk mendapatkan abang seperti Farhan dan Qusairy dan adanya kakak seperti Laili atau ipar seperti siti... wow bestnya... sungguh bahagia suasana bila aku membaca bahagian mereka berkumpul dan bermesra.aku rindunya ada family seperti begitu. aku harap aku dapat membentuk family ku seperti itu. sangat-sangat sporting... terutama sekiranya ada abang persis farhan... huuuu perasan!
Aku suka juga... penulis ini mengembangkan plot-plotnya dengan membangkit cinta Fakhrul dan rania di Negara Korea... negara yang menjadi cita-cita ku untuk sampai ke sana... aku berharap suatu hari nanti aku sampai di sana menyulam cinta bersama c Luv... aduuuhhh romantiknya... apapun aku memang terkesima, terkejut, terharu... dan macam-macam lagi ter ter lah... aku suka...tajuk novel ini secantik inti dalamnya... Funny romantik... memang tidak salah tekaan ku... Luv It! 

kerana cinta ini
ku cari kau ke seluruh pelusuk benua
aku sanggup!!
4 stars..... twinkle!!!!

buy : 01.01.2012 (new year...) Ahad
start : 27.01.2012 (jumaat)
finish : 29.01.2012 (ahad) 3.00 pagi ~ wow sekali lagi aku tidur lewat...
1-630 m/s - boleh tahan jg lembarannya... hehehe...

Aku akan menyambung membelai novel baru selepas aku berehat 2 hari... aku tak mahu penghayatan ku ini sia-sia... aku tak mahu hilang 'rasa ini'...
next : Jika Bukan Kerana Bintang...

Saturday, 21 January 2012

Kasihku Arina Karya Mazni Aznita

Aku kehilangan mu....
Aku mencari mu.....
Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu.........

Sinopsis

Kehilangan adiknya Cayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, semakin dekat dia dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna Aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapannya. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirina dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?

Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yang membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.

Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina di tatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.

Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku, Jerry, Kim dan yang lain-lain. Aku tidak ingin memaksa, tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau untuk menerima kamu ~ Nakhael.

Me :  21.01.2012  -  harap isi novel ini seperti luaran dan sinopsisnya... aku ingin mengembara bersama... adakah aku peroleh sesuatu! aku ingin meneroka setiap taman yang ada dalam pengembaraan ku... jangan bunuh harapan ku!...

26.01.2012 - Pengembaraan ku sudah selesai. Aku suka novel ni, penuh misteri tentang alam 2 demensi. Sungguh bijak penulisnya menuyusun jalan-jalan cerita yang mendebarkan dan menyayat hati. aku suka misteri itu...
Aku mulakan dengan prolog- memang aku mula-mula rasa keliru dengan cerita permulaan novel ni, dari awal lagi novel ni telah menampakkan suspen! novel ni tertumpu di negara Filipina. Ya! Negara filipina menjadi negara pilihan dalam novel ini untuk mengembangkan inti novel... dimana chayi adik kepada arina di culik oleh pendatang yang tidak di kenali semasa mereka bercuti melawat mandaluyong. memang suspen sangat! aku masih tercari-cari kenapa adiknya di culik... dan kenapa tiba-tiba lelaki yang bernama alwiz muncul dengan satu penyamaran dan arina terpaksa akur demi ingin selamatkan adiknya... suspen bukan? hehehe...
Aku mula meneruskan pengembaraan ku kerana dada ku mula berdebar-debar untuk terus mengetahui apa yang sebenarnya lelaki alwiz kehendaki. aku mula di dicubit rasa minat. wah... memang aku tidak menyangka novel ni membuka minatku untuk terus membaca... Aku lagi terasa teruja dengan arina yang dari permulaan sebenarnya dia hilang ingatan hinggalah dia mula meningati siapa diri dia sebenar. Ini lah pertengahan dan hampir penghujung, dan muncullah sahabat-sahabat yang menyayangi arina sebelum arina terpisah dan hilang ingatan... Kim, Nakhael, Nigth-abg arina, jerry, dan Alwiz-kekasih arina. Inti novel ni banyak berunsurkan dendam dan kasih sayang, malah unsur dua demansi bumi dan alam mistik iaitu Drutasia... berkerut juga kening aku cuba mencari misteri ni namun novel ni senang juga difahami dan tidak banyak terbelit-belit dan terselit-selit. memang anjoy bila membaca. Biarpun di bibirku sukar mengukirkan senyuman bila membaca namun aku tetap meneruskan minatku.Memang aku akui berdebar, sedih, terharu, takut, sayang, menyayat hati dan khusuk wow memang tiada satu pun aku terasa lucu... itulah yang aku rasa... novel banyak tertumpu kepada watak arina dan megdalina anna ibu kepada arina. Kasih sayang antara sahabat dan keluarga terlalu tinggi kepada arina sehingga ada antara sahabatnya yang sanggup berkorban nyawa demi arina.
Ending- pula memang best sangat... arina dan alwiz bersatu semula. Bibit-bibit cinta mereka terjalin setelah lama terpisah oleh keadaan yang menyukarkan mereka untuk meneruskan percintaan mereka... Memang best sangat lah!
Bagi aku kesemua watak yang ada dalam novel ni sangat cantik dan sangat mengejutkan. Namun aku hanya suka pada watak Nakheal... biarpun dia bukan watak utama namun aku ralit dengan perwatakan yang di garap oleh penulis untuknya... terlalu istimewa bagiku... betapa besarnya pengorbanannya kepada arina sehingga sanggup mati asalkan arina selamat... aku suka! 

memang aku tidak rugi memiliki novel ni... pengembaraan ku belum selesai lagi....
aku memberikan 5 star seperti mana teman Awan Bayu
yang telah awal membaca dari aku... memang betul kata dia...
sangat best!

kasih sayang perlukan kesetiaan
percintaan perlukan pengorbanan....

Buy : 23.12.2011 (sabtu) 1B-Harris
Start : 20.01.2012 (jumaat)
finish : 25.01.2012 (rabu) 12mlm
1-710 m/s

next novel : Coklat, Bunga dan Si Cupid....

Saturday, 14 January 2012

Buat yang tersayang Karya Maya Rasyidah

Kirimkan rinduku untuknya,
walau hanya berbisik pada bayu....
Sinopsis

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Shira "Wajib" berkahwin dengan calon suami yang dipilih oleh ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun sempat diijabkabulkan, dia bagaikan sudah "ditalak". Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasi yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk 'berlakon' sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa di sedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancur-luluhkan perasaan Syira.

Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.


Me  : waaaa..... ending novel ni dapat anak kembar dan hidup bahagia bersama orang yang di cintai. Prolog novel ni pun aku sudah mula tercuit tentang kesedihannya kerana tidak rela meninggalkan orang yang dia mula cintai... kerana cinta dia sanggup memberikan kebahagiaan itu kepada suaminya... aduiii... sedih pada prolog tersentuh hati untuk terus meneroka lebih dalam taman novel ni... memang banyak terselit bahasa melayu brunei, terkadang berkerut juga dahi ku untuk cuba memahami maksud bahasa itu, biar pun aku ni orang sabah melayu brunei campuran tapi aku terkadang susah juga mahu faham bahasa ibunda apalagi kalau mahu cuba untuk bercakap bahasa melayu brunei... aduiii siapa yang mendengar pasti ketawa... pelat!!! ba.... hehehehe.... oleh itu kena belajar.... belajar makan ambuyat dulu.... hehehehe

Pertengahan cerita pun sangat mencabar dan nakal-nakal kerana syira sudah mula menampakkan kepintarannya dalam semua segi. Abg ayie suami kepada syira sudah menunjukkan belang untuk membuatkan syira marah dan geram. Ye la watak utama di garap dengan cantik sekali dengan kesempurnaan yang ada membuatkan aku ingin terus mengenali watak. Memang funny la story ni banyak provikasi di mainkan pada watak-watak yang ada dalam novel ni. Sentiasa ada kontranya. aku suka! Kesetiaan dan ketaatan syira menjadi penghias wataknya...

ending pula  suami berusaha untuk mengembalikan cinta isterinya kepadanya. Arie sanggup ke tanah ke lahiran ayah syira di irilend dan sanggup ke mesir untk mengejar cinta isterinya. Usahanya mencuit hati... macam aku pula yang jatuh cinta pada watak lelaki tu hehehe... Kebahagiaan yang cantik untuk aku bayangkan dimana ketulusan cinta mereka menghasilkan cinta kembar- anak kembar boy and girl... waa... terharu rasanya... prasan pulakan... hehehe

**** (4) Bintang 
Buy : 24.12.2011 (Sabtu) 1B
Start : 14.01.2012 (sabtu) @ 7.50pm)
Finish  : 18.01.2012 (rabu) @ 11.00 pm

1-480 M/S