princess Luv

Tuesday 19 June 2012

Jiran oh Jiran....





Menghormati sesama insan adalah satu amalan yang sangat mulia dan perlu di amalkan sampai ke akhir hayat kita. Jiran! ya... banyak hal yang berlaku sekiranya kita mempunyai jiran. pelbagai karenah di lihat tentang sikap sifat jiran yang boleh di jadikan pengajaran, pengalaman, dan cerita.

Ini pula kisahku yang mempunyai jiran yang sukar ku katakan kerna buat sakit hati adalah! Apa perasaan jika pulang dari kerja dengan keadaan penat dan sangat lapar gilllaaaa ni tetiba ja tercium bau stokin yang paling aku anti sangat. Inilah jadahnya pintu rumah berdepan jarak 5 atau 10 kaki kali... Ya Allah aku membuka pintu rumah ambil masa kerna kendadu rumah bukan senang sangat nak buka. aduhhh... bayangkanlah aku menahan nafas dari tercium yang menyemakkan hidungku sambil terasa loya mcm orang mengandung pula... Ini berlaku bukanlah baru tapi dah berhari-hari, pada mulanya aku taklah marah sangat dan masih bersabar lagi dengan kasut, selipar yang bersepah-sepah depan pintu aku lebih dari 10 kasut! BUSUK!!!! kesabaran ku memuncak bila aku sampai pintu rumah kasut busuk di dekat tangga menyebabkan aku hampir jatuh.
nasib baik aku tidak bertukar warna jadi hijau kalau tak habislah pintu rumah jiran tu jadi roti canai. Dalam kemarahan aku memuncak c luv datang memainkan peranan agar aku tidak terlepas tembakan mesin gun. C Luv terus pergi berjumpa dengan jiran dan slow talk... hahahaha nasib baik kau wahai jiran yang tak tahu menghormati jiran kau. Siapa yang tahan bau Busuk kasut dan stokin! yelah kita sebagai jiran kau harus tanam sikap hormat menghormati agar silaturahim di jalin dengan baik. walaupun jarang bertegur sapa janganlah berbuat sesuka hati di kawasan jiran.... kalau aku dapat tanam sikap hormat menghormati dalam diri kenapa kau tidak. 
Aku bersyukur kerna tiada pergaduhan yang berlaku selepas c luv bawa slow talk dengan dia. Dia terus memohon maaf tentang kejadian itu. Namun aku belum lihat lagi perubahan di luar pintuku. aku akan pantau tindakan yang bakal jiran terbaik aku tu.... yelah kekadang aku hairan juga dengan jiran aku ni... sepatutnya dia sebagai pekerja di KKM haruslah mengamalkan kebersihan bukan hanya di tempat kerja malah di rumah pun kita perlu amalkan. pleaselah..... 
jangan nilai setitik rosak susu sebelanga....






2 comments:

Anonymous said...

tak tahulah ... ramai yg bersikap begitu... aku pon kena lebih kurang mcm nie...sampai nak buka pintu grill pun susah dek selipar yang berterabur depan pintu rumah aku. kalau nak ikut hati , nak aje 'seliparkan dan kasutkan' muka dia org ...tapi aku terfikir yang kita nie yang boleh berfikir ...sabar aje lah. manusia mcm tu...begitulah perangai dia org...

itumatahariku said...

@Anonymous hehehe.... itulah... kena bersabar ja jawabnya.... nasib baik dia dapat jiran macam saya klu lah jiran dia jenis yg cerewat dan panas baran abissslaaa.... masuk surat khabar, tajuk depan "selipar terbang..."