SINOPSIS
Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.
Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!
Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.
Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?
ME : Mula bab 1 / Prolog aku terkesima dengan kisah-kisah lucu antara sahabat ini... aiman, dija dan fazli. Aiman adalah watak utama dalam novel ni. Memang aku suka prolog novel ni kerna ia buat aku gilak sikit sebab boleh tersenyum sendiri. Watak Fazli dan Aiman menguatkan jalan cerita novel ni. Cerita yang gila-gila pada watak Fazli yang selalu menyakat dan suka bergantung pada Aiman membuatkan aku terasa ingin terus membelai novel ni. Aku sekali lagi terkesima dengan terselitnya unsur-unsur mistik dimana salah seorang staff Aiman mati akibat salah seorang pekerja yang berhati jahat untuk memiliki hati Aiman. Sofea! ya dia yang punya angkara kematian itu. Dia ingin mengenakan Bosnya Aiman tapi tersalah tembak... terkena orang lain sehingga menyebabkan kematian. Sikapnya itu tidak terhenti begitu malah dia cuba dan sentiasa mencuba namun dia sendiri terkena juga... Tuhan itu Maha Berkuasa, sekiranya melakukan kejahatan dan kesilapan cepat-cepatlah bertaubat dan menyesal apa yang di lakukan agar kita sentiasa di terima di sisi Tuhan... Aku membaca dari bab ke bab sampailah ke bab 27 baru aku berhenti untuk berehat. Dalam cuba mengenali dan memahami novel ni, aku mula rasa-rasa macam letih dan rangsangan aku mulai kurang... entahlah.... pengembangan plotnya juga terlalu slow dimana aku cuba memahami apa sebenarnya ibu aiman rahsiakan daripada aiman. Dan terlalu tinggi penghormatannya kepada bekas suaminya walaupun suaminya telah meninggalkan dia dan anak mereka hidup sendiri. Apapun dalam bab 1 - 26 aku belum faham kenapa ibunya sangat setia kepada suaminya dan ada perkembangan yang cantik yang boleh aku teringat-ingat dan terindu-rindu hehehe... tercuit rasa marah dengan watak fazli yang curang dengan isterinya Dija. Kawan boleh merosakkan hubungan rumahtangga! wow... itulah terjadi pada Dija yang mempercayai rakannya Jaulina, Jaulina mula mengikis duit suami Dija... Dalam pada itu, terjadi juga pertunangan antara Aiman dan Aishah... itulah pilihan ibu aiman... "Pilihan Mama" memang cukup package... tapi aku belum mengenalinya sepenuhnya lagi... Namun tetap akan terus mengenalinya dalam meneruskan pembecaan ku... setakat ini sahaja komen aku untuk novel ini dari bab1-bab 26.... (17.02.2012)
(25.02.2012) sabtu ~ Wow baru habis membaca novel ni... 27-55 ~ Pada pertengahan story ni terasa sukar untuk meneruskan sebab aku mula rasa lemah sikit, mungkin sebab aku sakit dan letih kot! hehehe... yelah baru hari ni aku dapat menghabiskan novel ni. Yelah.. aku perlu berehat sebab migrain aku mula menyerang beberapa hari lepas sehingga mengganggu kerja-kerja pejabat ku. Memang penangan Migrain ni kuat sangat sehingga membawa aku bercuti sementara untuk rehat membaca novel. And... Now! start meneliti lagi.... Bila aku membuka bab-bab Aiman kehilangan Aisyah akibat kemalangan aura ingin membaca selanjutnya mula menghentam jiwa. Memang sangat menyedihkan sehingga terasa di hati dengan kehilangan watak Aisyah yang sungguh romantik dan bertanggungjawab. Memang tepat Pilihan mama Aiman suatu ketika dulu untuk menjodohkan Aiman dengan Aisyah. Sesungguh pilihan mama adalah yang terbaik kerana restu mama perlu untuk sampai ke syurga... Aku cuba menyelam jiwa pada watak Aiman yang sangat menderita akibat kehilangan isteri tersayang sehingga lupa orang-orang sekeliling yang sayangkan dia. Memang sungguh sakit! Aku tercuit dengan pengorbanan seorang sahabat yang sanggup mendermakan jantung dan hatinya, ini berlaku apabila Aisyah merasakan hayatnya tidak panjang dan ingin mendermakan jantung serta hatinya pada Mia yang dianggap layak untuk merasa kebahagiaan yang dia rasa. ah!... gugur jantung ku... adakah orang sebaik Aisyah wujud di dunia ini?... Setelah kisah derita Aiman beralih lah kisah Aiman di pertemukan oleh mamanya pada Mia Khadijah yang sungguh berbeza dengan Aisyah namun hanya sama pada degupan jantung yang ada pada Mia... ya itu adalah jantung Aisyah untuk Mia. Mia memang sungguh bertanggungjawab dan orangnya yang sederhana namun tetap dapat mendabat hati Aiman. Apa pun secara keseluruhannya novel ini boleh di jadikan pengalaman atau pengajaran pada aku agar aku selalu menghargai apa yang Tuhan telah berikan pada ku. Aku mempunyai suami yang penyayang dan sangat memahami. Syukur alhamdulilah.... hanya Tuhan sahaja yang tahu.... Oleh itu siapa pun di sebelah kita untuk menemani kita se umur hidup itu adalah tanggungjawab yang Tuhan berikan pada kita dan patut di hargai serta disayangi... jangan sia-siakan apa yang kita ada... Ingatlah qada dan qadar Tuhan....

Buy : 19.01.2012 ( khamis )
By Pos Laju
Start : 14.02.2012 ( selasa )
Finish : 25.02.2012 (sabtu) 8pm
1-412 mls
0 comments:
Post a Comment