Ada sepasang suami isteri tinggal di Kampung Lalang. Si suami bernama Jali dan isterinya bernama Kenanga. Mereka masih belum mempunyai anak. Hidup mereka miskin. Mata pencarian mereka hanyalah dengan bercucuk tanam sayur-sayuran.
Kenanga mempunyai tabiat suka membaca :
Perbuatan itu tidak di sukai suaminya. "Ah, tak payahlah sibuk-sibuk baca Bismillah. Hendak buat kerja buat sajalah." Kata suaminya pada suatu hari.
Kenanga diam. Namun dia terus juga membaca Bismillah apabila mahu membuat kerja.
"Aku meluatlah! Apa pasal kau selalu sebut Bismillah?" Rungut suaminya lagi.
Kenanga tidak peduli. Dia terus mengamalkan kebiasaannya membaca Bismillah. Jali geram dan marah. Pada suatu petang, dia menangkap seekor ular tedung senduk. Ular itu di jumpainya di kebun sayurnya lalu di bawa pulang. Di masukkan ular itu ke dalam tempayan beras.
"Kali inibiar dia rasakan!" Kata Jali dengan geram.
Petang itu sebelum memasukkan tangan ke dalam tempayan beras, Kenanga membaca Bismillahirahmanirahim. Kemudian dia menyeluk tangan untuk mencedok beras. Tiba-tiba jarinya terpegang sesuatu. Lalu di angkatnya benda itu keluar.
"Oh, siapakah yang memasukkan selingkar gelang emas ke dalam tempayan kita ni?" Tanya Kenanga dengan hairan.
"Apa? Gelang Emas? Mana?" Tanya Jali tidak percaya.
"Ini!" Kata Kenanga sambil mengangkat gelang emas yang besar itu.
"Oh, bentuk gelang emas ini serupa dengan ular yang aku masukkan ke dalam tempayan! Tentu ular itulah yang bertukar menjadi emas. Sungguh aneh." Kata Jali tercengang-cengang.
"Apa, abang masukkan ular ke dalam tempayan beras kita? Kenapa abang buat begitu?" Tanya Kenanga.
"Maafkanlah abang, Kenanga. Niat abang memang tidak baik. Sekarang baru abang sedar. Rupa-rupanya bacaan Bismillah kau itulah yang menjadikan ular itu bertukar menjadi emas." Kata Jali.
Kenanga menggeleng-geleng kebinggungan.
"Mulai sekarang abang juga ingin membaca Bismillah. Ya abang akan baca pada setiap kali memulakkan sesuatu kerja." Kata Jali.
Kenanga menganguk sambil tersenyum.... The End...
* Inilah yang pernah jadi pesanan seorang guru ustazah apad ku semasa sekolah rendah... kita harus membaca Bismillah biar apapun kita lakukan agar sentiasa di lindungi dan diberkati Allah. ~ Terima kasih Ustazah ku... aku akan ingat sampai bila-bila...
* Bismillah juga harus aku amalkan agar kita tidak lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah turunkan... itulah pesanan arwah mama masa aku baru mahu melangkah ke sekolah rendah. Itu pun aku yang banyak tanya itu dan ini... Sekarang jadi tugas ku untuk mengingatkan adik-adik ku bahawa besarnya makna ungkapan Bismillah itu jika kita sama-sama mengamalkan. Terutama untuk adik ku yang bongsu ni... dia mesti belajar itu semua, belajar menghargai dan mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan. Bukanlah mengharapkan ular tedung jadi emas dalam tempayan ku tapi aku bersyukur kerana rezeki yang Tuhan berikan pada ku dan famili.... huuuu takut juga kalau betul ada ular dalam beras... eeee palis-palis... takut... hehehehe.....
* Kongsi untuk menambah ilmu... Terima kasih pada penulis kerana wujudkan cerita rakyat seperti ini... kerana aku baru mengetahui adanya cerita rakyat yang membuat aku teruja untuk mengenali isi pengajaran sambil mengurangkan strees... menghiburkan, cerita yang ringan, senang di fahami dan cantik sebagai panduan bersama...
0 comments:
Post a Comment