princess Luv

Thursday 9 February 2012

Perdamaian 2 + 1 = 3 ( Sahabat tercinta ) Lily Luv Ling Luv Ita

Biarlah sampai ke bintang untuk kita bersama selamanya.... Lily Luv Ling Luv Ita
Lily *** Ling *** Ita
Sayangku wahai sahabat tercintaku... Ling and Ita, aku rindu masa-masa kita bersama. Hanya kerana kesalahan kecil yang tidak di sangka-sangka kamu berdua saling tidak berpandang.  Tolonglah wahai sahabat tercintaku, sayangilah persahabatan kita. aku berusaha untuk menyatukan kita bersama agar kau aku dia menjadi satu semula. Aku tidak sanggup menjadi patung barbie yang di rebut-rebut di tarik ke kanan dan ke kiri... aduuuhhh.... tolonglah sahabat tercintaku. Janganlah meruntuhkan Tugu Persahabatan yang telah lama utuh.
Azam ku tahun ni untuk menyatukan kamu berdua, aku derita melihat begini jadinya persahabatan kita. Aku menjadi sunyi kerana hilangnya cinta antara kita. Aku harap biarlah kisah lalu, kesilapan lalu atau duka lalu menjadi sejarah yang tidak harus di ingat kembali atau anggap sahaja sebagai pengajaran untuk kita. Wahai darling-darling ku, ingat masihkah kamu kita mula berkenalan dan terus menjadi karib. Aku tidak dapat melupakan peristiwa yang yang membuatkan kita bertiga akrab. Kenangan manis kita masih tersemat rapi di benak fikiran ku sampai aku merasa sedih bila mengenangkan arah tujunya persahabatan kita. Aku inginkan kemesraan kita seperti dahulu di mana kita dapat berkongsi masalah, kegembiraan, dan segalanya termasuk kebahagian bersama. Janganlah setitik nila rosak sebelanga, aku tidak sanggup berdepan dengan kesunyian kita. sesungguhnya kamulah sahabat bila aku dalam apa jua keadaan. Semoga hasrat ku ini mendapat restu dari yang Maha Esa. sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.... 
                                                                                                                                      
For my Luvly Friend 'Ling'
darling... kau memang sahabat ku yang masih setia di sisi ku. sebelum kahwin hinggalah sekarang. Biar pun sudah ada komitmen untuk menjaga anak dan suami kau masih setia bersama ku biar pun kita jarang berjumpa namun kita masih boleh berhubung. Aku suka dengan perwatakan teman ku ni, lemah lembut, sopan santun dan mempunyai sifat kemelayuan dan pemalu. Walaupun kawan ku ni kacukan bangsa kagayan dari filipino namun sifat kelembutan kemelayuannya tetap ada. Sifat keibuannya juga amat-amat terserlah dari dia bujang sehinggalah dia mempunyai anak sendiri hasil dari perkahwinannya dengan orang brunei. Tika keluar bersamanya aku terasa terjaga dan manja dengan sifat dia yang dia ada. Sejak dia dan Ita tidak bertegur dan bertemu aku menjadi kaku dan resah dengan apa yang telah berlaku antara kamu. Aku rindu saat-saat kita bersama sampai tidak sedar jam dah menunjukkan 1 pagi. wah! sungguh bahagia masa tu kan... aku perasan dari sifat kelembutan yang teman ku ini rupanya tak boleh teriris walau sekecil zarah... susah mau pujuk wooo hehehe.... tapi aku sayang sangat dengan dia. Aku takkan melukai hati kau darling... muuahhh sayang u!...                       
For My Luvly Friend 'Ita' 
My dear.... janganlah menyendiri dan sunyi lantaran dari pergaduhan mu dengan Ling. aku tak mahu juga kehilangan mu ita. Biarpun kita lama tak berjumpa hampir 2 tahun namun kau juga sering menghubungi ku melalui email dan chatting untuk bertanya khabar. Aku tahu kau masih sayang kami... Perwatakan ita sangat mencuit hati ku, biar lincah namun dia masih kelihatan ayu-ayu kontrol gitu... pernah sekali dulu aku marah-marah sambil merajuk tak mau berkawan dengan orang yang mempermainkan persahabatan ku-seorg yang aku benci!.. ita menasihatkan aku janganlah ada perasaan benci dan anggap sahaja semua itu ujian dari Tuhan. Kalau tidak kerana nasihat kau pasti aku jadi seorang pembenci... banyak aku dapat pelajari dari kau teman ku, dengan kisah hidup mu dan kisah cinta mu aku terharu dengan ketabahan mu dear... ada lagi aku ingat sangat dengan kau teman, dimana aku cuba meleraikan pergaduhan kau dengan c boyfriend kau sehingga aku jadi mangsa tolak menolak antara kamu berdua. Kau tahu aku rasa macam mau tampar ja c boy kau tu, buat sakit hati ja. Sekarang aku puas hati kerana c boy kau tu terlalu bodoh lepaskan kau dan sekarang dia menjalani hidup tanpa kau. Sungguh banyak kenangan kita kan dear... masih jelas di ingatan wajah kau tika kau ketawa, menangis dan marah... aku rindu sangat.... bila lagi kita akan berkumpul semula

its Me Luv 'Lily'
 Sememangnya aku gurl yang kamu selalu katakan manja, kebudak-budakan, lembut dan suka tersenyum... hehehe itulah yang aku ingat luahan dari kamu untuk aku. Sememangnya dulu aku banyak membuatkan kamu bimbang dengan apa yang aku alami... kemanjaan ku menjadikan kita lebih rapat. Biarpun aku bagai adik pada kamu berdua namun aku juga bagaikan kakak juga sebab kita saling bergantung dan mengingati antara satu sama lain. Aku bersyukur pada mu ya Allah kerana menghaduahkan aku sahabat seperti mereka. Sememangnya Kita bagaikan adik beradik. Kak long - Ling, Kak ngah - Ita dan Adik its me Lily.
Lily Luv Ling Luv Ita
kita bertiga mempunyai kisah yang berbeza dan ada juga yang samanya. Kisah yang berbeza tentang kita ialah cara kehidupan kita. Manakala yang sama ialah kita bertiga- Luv story kita bersama orang yang kita sayang tidak berpanjangan kerana di khianati mereka sendiri. Bencilah! tapi aku bersyukur kita dapat belajar dari dugaan yang Tuhan berikan. Sekarang aku bahagia bersama orang yang aku cintai yang teramat ambil berat tentang aku. Aku juga tahu sahabat-sahabat tercinta aku ini juga bahagia dan telah belajar dari kesilapan. Wahai sahabatku aku masih lagi menyimpan gambar kita semasa kamu berdua sudi menemani aku dan sanggup bermalam di kg ku semata-mata menghilangkan rasa gementar di hatiku untuk naik pelamin. Kamu sahaja yang tahu perasaan aku yang baru kehilangan arwah mama ku. Kamu lah penguat semangatku.
 Sahabat tercinta ku... aku harap kita akan bersama seperti dahulu. Semoga Allah merestui dan menguatkan semangatku untuk melaksanakan tujuan ku.

Ita ***** Ling***** Lily

1 comments:

ita said...

Dalink....
miss u much...
thanks sgt2 dgn blog ko ni...
terharu sngt2...aku jg sangat2
menghargai persahabatan kita....
aku masih seperti dulu..tiada
yg berubah....
i think our friendship ar the best..