princess Luv

Wednesday, 22 February 2012

Migrain membuahkan rindu

Rindu tetamu hati
Bila hadir terasa bahang
Seluruh ego jadi taruhan..... 

Keletihan ini membuatkan aku hilang ingatan sebentar untuk aku cuba menghiasi 'Matahari' ini. Ya.. aku terlalu letih sehingga otak ku sukar mengeluarkan idea yang cantik untuk santapan mata dan minda. Kini keletihan itu membuahkan rindu yang sangat dalam sukar ku buang ke tong sampah! Lalu jemariku gatal untuk mengadu rasa dalam dada 'Matahari' ini... Aku sedar dalam beberapa hari ini, jasad dan minda bergabung menyakitkan aku sehingga aku sukar bersama novel pilihan ku. Sudah beberapa hari juga Novel 'Pilihan Mama' belum tamat kajian ku... Wah! memang meletihkan aku... Aku Rindu sangat untuk menyambung semula membelai mana-mana kesayangan ku... ha ha ha... jangan fikir yang aku ni gatal! kesayangan itu adalah hobi 'membaca novel, cerpen atau sebagainya, yang penting sedap di kunyah mindah dan di kongsi hati. Pernah aku cuba untuk membuka kembali sehari yang lepas namun migrain menyerang balas... adui... sungguh sakit tidak terkira. Aku terpaksa berehat untuk sementara waktu atas nasihat pakar... Waktu bekerja juga aku kurangkan untuk melihat komputer buat seminggu agar semuanya kembali seperti biasa. Di rumah c Luv melayan aku bagai puteri kayangan... konon puteri kayangan... ha ha ha... ya la terlampau manja. Alhamdulilah aku terasa kasih sayang c Luv sangat-sangat dalam bagai sampai ke dasar laut... Wow.. ayat sangat besar maknanya... ye lah, sekurang-kurang dapat juga mengalpakan aku dari rindu ini. 

Rindu.... cuba menerobos ego ku untuk terus menatap setiap lembaran paparan link/member
yang hanya aku pandang-pandang jeling jeling... Ah! hancur juga ego ku untuk berpuasa melihat  khabar temanku di sebalik kaca elektronik ini. Kerinduan sungguh abstark untuk di nilai dari segi penglihatan. Mimik muka tidak juga melambangkan kerinduan pada wajah di pandang, kerana ianya rahsia hati yang sukar di kongsi rasanya. Mereka hanya mampu berkata 'aku juga mempunyai pengalaman yang sama'... tapi, adakah rasa pengalaman itu sama? ya... itulah sukar di mengertikan... Justeru setiap luahan dapat meredahkan api kerinduan walau pun tidak sama merasa namun cukup sekadar teman bersandar. Di sini juga aku sekadar bercerita tentang hati ku yang teramat 'rindu' untuk menulis dan membaca. Hari ini juga aku gagal untuk menurut kata-kata nasihat doktor tepi-tepi jalan yang hanya mengikut pengalaman mereka sahaja... hehehe itulah teman-teman tersayang ku, entah sijil doktor apa yang dorang pegang... lucu juga jika di imbas kembali... Dan aku akui juga ramai yang ada pengalaman 'Migrain' macam ni, malah ada yang lagi teruk dari aku. Apapun aku patut bersyukur ada juga yang sayang dengan aku ye... Alhamdulilah... 

Bila rindu pandanglah aku terus kepada kaca ini....
Bila terasa muak alihkan lah dari menjeling ku....

Aku hanya sekadar bercerita menebus kerinduan di jemari ku...

0 comments: