princess Luv

Saturday, 4 February 2012

Simfoni Rasa

Sunyi malam ku tanpa kau disisi menemani, walau hanya sebentar sahaja namun langkahmu terasa rindu dihati. Tapi aku terus tersenyum apabila terpandangkan aiskrim di tangan ku. Thanks Luv... kerana sanggup singgah semata-mata menghadiahkan aiskrim kegemaran ku sebelum kau keluar untuk bersama-sama rakan-rakan mu... tambahlah rindu di dada untuk bermanja dan bercerita dengan mu. Entahlah kenapa hati ku merasa sayu dan bagai merindukan kasihmu... mungkin aku rindukan arwah mama ku... terasa pula sunyi bila teringatkan mama lantas membuahkan rindu dalam dakapan c Luv... hanya dakapan mu dapat mengubat rasa dihati ku kini...

Kutitipkan doa buat ibu ku agar dia juga tenang dan tahu aku sayangkan dia... begitulah rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang. Bila di depan mata, ungkapan sayang sukar di lafazkan apalagi kalau rindu... pasti tidak terasa... tetapi kalau sudah hilang baru lah sedar betapa cuainya aku... kini aku tersedar dan takkan aku leka dan alpa dengan memberi kasih sayang ku pada dia dan dia dan dia dan dia lagi.... ramai lagi sekeliling ku yang harus aku berikan sayang rupanya....

Sungguh aku di baluti bahagia mu dan aku dapat rasakan... biar mereka membidas, melibas, menghalang, mendusta, menghina dan segalanya... cuma yang ku tahu kita di sini masih bahagia bersama tanpa ada dendam sengketa yang mereka cuba wujudkan di antara kita. persetan si jahanam itu! biarlah mereka mencanang dosa dan kita seperti biasa mengaut pahala yang mereka lakukan. Sesungguhnya kita manusia biasa, menghukum mereka yang telah mengaibkan kita adalah bukan jalan yang terbaik. Hanya berserah pada yang Esa yang Maha Berkuasa, hanya Dia yang layak menjatuhkan hukum pada hambanya...

Aduiii.... kesayuan hati ku ini membuatkan aku mengingati segala yang indah dan pahit. Patutlah mata ini degil mahu tidur, walau dipaksa sekalipun namun rantaian 'rasa' ini mengamit ku agar terus berjaga. Aku bersyukur pada Mu ya Allah... kerana aku masih merasa sebahagia ini kerana ada CINTA. Cinta yang sangat luas di mengertikan... Abstrak sekali...

Hati ku terbuai dengan dendangan 'rasa' kasih dan rindu... hissss..... menyapa lagi rasa ini... kenapa di kala ini aku ingin dalam dakapan dia? sungguh aku sayu di kala sunyi ini... aku ingin melepaskan segala 'rasa' sayu ku ini yang entah! dari mana datangnya... aku bukan mahu mengadu dengannya cukuplah dalam pelukannya dapat meluruhkan 'rasa' sayu ku ini... sandarkan segalanya walau dalam diam....

Jam 12.30 pagi... c Luv baru keluar 2 jam yang lalu. ye lah aku mengerti dah lama dia tidak berjalan-jalan dengan rakan-rakan. aku juga bukan jenis queen control.. bukan memuji tapi itulah sikapku berlainan masa cinta monyet ku... hahaha... lucu rasanya jika di ingatkan kisah zaman remaja ku.. Bodoh sungguh! hehehe.... aku tahu c Luv jujur dengan aku... dia juga meggatakan aku tetap di hatinya dan sering melihatnya biar dimana pun dia... kerana cintanya sudah cukup untuk aku seorang. Penuh! tak dapat di isi oleh sesiapa pun... wow! benar-benar cinta hehehe macam lagu adam af pula. Aku sentiasa tersenyum jika mengingatkan semua ungkapan yang di panah menusuk terus ke jantung ku. dalam hati ada taman... itulah perumpamaannya....

KEBAHAGIAN INI DATANG DARI-NYA
KALAU TIDAK KERANA DIA
KITA TIDAK DI PERTEMUKAN
ALHAMDULILAH....
LANLUVLY
17.08.07

0 comments: