princess Luv

Sunday 26 February 2012

Mengapa Leher Angsa Panjang by 366 CRM

Cerita ini aku dapat dari buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Aku ingin berkongsi rasa hati yang tercuit rasa di geletek semasa membaca cerita ni. Memang funny tapi sungguh ada makna @ masege yang di sampaikan oleh penulis kepada pembaca jika di fikir-fikirkan. So check it out!


MENGAPA LEHER ANGSA PANJANG?
By 366 Himpunan Cerita Rakyat Malaysia

Pada zaman dahulu, leher angsa pendek macam leher itik. Angsa dan itik berkawan baik. Ke mana-mana mereka selalu bersama-sama. Mereka berenang di sungai dan mencari makanan di sawah. Pada suatu hari, itik mengajak angsa mencari makanan. 

"Kita pergi ke tepi sungai. Banyak makanan di sana. Sesudah makan kita boleh berenang." Kata itik. Angsa bersetuju.

Mereka sampai di tebing sungai. Malangnya hari itu mereka tidak mendapat makanan. 

"Itik mari kita berjalan di tepi sungai." Kata angsa.

"Marilah" Kata itik.

"Apa yang ada di sini," Kata itik.

"Kita sudulah di celah pasir ini. Kalau tidak ada di sini, kita cari lah di celah dahan-dahan kayu," Kata angsa.

Sesudah itu mereka menyuduh pasir. Tiba-tiba keluar seekor cacing yang besar dari dalam pasir. Angsa dan itik mengejar cacing itu. Cacing bergerak dengan pantas ke arah dahan-dahan kayu. 

"Cepat angsa. Nanti cacing itu masuk ke celah banir" Jerit itik.

Cacing bergerak semakin pantas.  Akhirnya ia masuk di celah banir itu.

"Apa hendak kita buat sekarang angsa? Cacing itu telah masuk di celah dahan-dahan." Kata itik

Angsa terdiam. Itik menyuruh angsa memasukkan muncung ke celah banir. Angsa setuju. Angsa pun memanjangkan leher untuk mendapatkan cacing. Tiba-tiba sebatang dahan jatuh ke atas banir.

"Aduh," Jerit angsa.

Ia cuba menarik muncungnya tetapi tidak berjaya. Muncungnya tersepit di celah banir.

"Tolong saya itik, muncung saya tersepit," Jerit angsa.

Itik pun menolak dahan itu dengan muncungnya. Angsa cuba menarik muncungnya tetapi ia masih tersepit. Angsa mencuba lagi.

"Tolak sedikit lagi," Pinta angsa

Semakin kuat angsa menarik muncungnya. Akhirnya angsa berjaya mengeluarkan muncungnya. Angsa mengucapkan terima kasih kepada itik. Itik berhenti menolak dahan. Ia pelik dengan perubahan yang berlaku pada angsa. Leher angsa menjadi panjang! Sejak peristiwa itu leher angsa menjadi panjang.... (aku menambah pula) hinggalah ke hari ini.....


Bagi aku pula... sekarang angsa lambang bagi orang-orang yang bercintan-cintun ni. Memang tidak di nafikan angsa ada keistimewaannya yang tersendiri...


Tetapi kalau aku teringatkan aku di kejar angsa masa zaman-zaman remaja ku... huhuhu sungguh menakutkan.... he he he...


0 comments: