Sinopsis
Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lau tegah menguris hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.
"Tapi hati saya ni dah hambar. Berbelas tahun lamanya saya menunggu dia muncul dalam hidup saya, tapi dia tak muncul-muncul". - Anita
"Dia ingin memiliki Anita seperti keinginan seorang lelaki untuk memiliki seorang perempuan. Dan, keinginan itu semakin mendesak dari hari ke hari". - Adrus Hakimi.
"Orang lelaki kat KL ni berfikir sebiji macam aku. Tak boleh nampak perempuan yang cantik dan berdahi licin macam kau, fikiran terus jadi korup dan asyik terbayangkan benda yang pelik-pelik untuk di lakukan dengan kau". - Badrul
"Pergilah derita, kini aku ingin meninggalkan segala derita dan memulakan hidup baru. Ya, Memulakan hidup jauh daripada segala manusia yang telah menitipkan derita ke jiwaku". - Anita
Me : Akhirnya aku habiskan lewat malam dan!.... tanpa aku sedar jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi... Gila!.... hahahahaha.... novel ini terus terang aku katakkan, belum dapat mengetarkan hati aku sehingga aku gila bayang. Cerita tentang misteri wujudnya isteri pertama dan mempunyai anak. Kesetiaan seorang ayah terhadap cinta ibunya tergugat akibat terlalu ikut kata orang tua. perasaan aku tidaklah terganggu sangat dan tidak berdebar-debar. Cuma banyak rasa simpati dengan watak Anita yang hidup menumpang dengan ibu saudara dan sepupunya yang serba kekurangan. sedih jugalah bila tunang Anita mati akibat di pukul kerana rebutkan Amita. Emosi dan mental Anita derita selama 19 tahun tinggal dengan ibu saudaranya. Boleh di katakan novel ini banyak memaparkan kecantikan yang ada pada Anita sehingga sesiapa sahaja yang menmandangnya pasti akan jatuh hati, hati aku tercuit rasa cemburu pula... waa... sampai maca bagitu pula... Berkenaan cinta Anita dan Khalid tidak berjaya mengetarkan jiwa aku. Entahlah... mungkin tiada banyak pengorbanan yang paparkan atau hati ini memang tidak tercuit rasa cinta watak tersebut?.. Apapun penulis ini dapat menarik aku rasa simpati pada watak Anita dan Rozana yang mempunyai suami yang curang!
***(3) bintang dari 5 bintang
start : 01.01.2012 ( ahad )
finish : 05.01.2012 ( khamis ) @ 1.15 pagi
1-544 m/s
jangan di ukur paras cantik luarnya
jika dalamnya masih belum diterokai
next - Novel "Suami Yang Kubenci".....
***(3) bintang dari 5 bintang
start : 01.01.2012 ( ahad )
finish : 05.01.2012 ( khamis ) @ 1.15 pagi
1-544 m/s
jangan di ukur paras cantik luarnya
jika dalamnya masih belum diterokai
next - Novel "Suami Yang Kubenci".....
0 comments:
Post a Comment