Sinopsis - Kisah Kasih Sayang.
Di antara Hilman Yong, Kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itu mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, Seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?
Muncul pula Damien yong yang sentiasa menyeksakan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan perangai damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya.... seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku... sifuku... kekasihku... kembalilah... "Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, disini.... " - Hilman Yong
"don't worry, i won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." - Damien Yong
"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya terhadap Mr. Damien seperti kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling menyentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh di pecahkan... Walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau di iris. itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." - Intan Zulaikha
*me : Novel tersayang aku... membaca sehingga dua kali pun aku tak bosan.. aku teruja dengan semua watak-watak yang ada dalam novel ini, kaya dengan Cinta kepada Allah, keluarga, dan rakan-rakan... Novel ini membuka hatiku untuk jatuh cinta... tahniah buat penulis sungguh aku tak duga cerita dalam novel ini banyak yang buat aku tersentuh dan membuat aku jadi gila..... biarpun banyak aspek menolog namun ianya mudah di fahami... aku suka sangat... memang aku sukar jatuh cinta pada jalan cerita novel-novel kebanyakkan di pasaran biar pun ada perasaan Suka tapi tak sama dengan perasaan Cinta pada Novel ini... aku boleh merasa cemburu, sedih, sayang dan bahagia bila membacanya... entahlah aku sukar untuk menerangkan di sini... yang pastinya aku jatuh cinta dengan novel ini.... sememangnya dalam dunia ini sukar untuk menemui watak-perwatakan seperti Hilman Yong namun ianya boleh menjadi contoh kepada semua pembaca. memang dalam dunia ni tiada sifat secantik dia selepas sifat Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh dimana penulis berusaha menerapkan sifat-sifat Nabi sabagai sumber ilhamnya... Tahniah.... Luv it much much much...
***** (5) full star
Jatuh cinta hanya pada novel...
Buy 20.11.2011 (ahad) at 1B, start read : 25.12.2011, finish : 28.11.2011, for d second read 17.12.2011 and finish three day after 17hb..
1 comments:
JAlan cerita yg amat baik dan dapat menimbulkan keinsafan dan kesedaran tanpa kita sendari..TQ so much lai sebab cadangkan novel ini..
Post a Comment