princess Luv

Friday 30 March 2012

Tolong Buat Blog Untuk Adik Fiey eun hye

Waaccchhaaaa..... hehehe.... ha... inilah adik bila di ofis yang aku tolong untuk bangunkan blog dia. Tapi aku hanya tahu basic saja taklah terlalu pandai sangat. Best jugalah tolong adik ni, cepat sangat belajar. Memang dia minat sangat untuk buka blog dia sendiri tapi tiada tempat atau masa yang terluang untuk belajar. Ye lah... selalu sangat bz di ofis... hehehe aku faham sangat...

Blog comel yang dia bangunkan belum lagi di perhaluskan, banyak part yang dia perlu cantikkan seperti akak nya ni hahahaha.... gurau ja ba... Dia ni peminat OST KOREA tu la pasal dia mahu sangat buka blog sendiri. http://firegurlzz.blogspot.com inilah usaha dia belajar dengan aku sesingkat-singkatnya kerana hari ini dia last kerja bersama-sama dengan kami. Alahai rindulah aku ngan adik ni. Ye lah kalau di ofis dialah yang paling bising dengan ketawa dan suara dia. Tiadalah kawan bercerita dan tukar-tukar hobi di ofis ni huhuhuhu.... apa tidaknya sama-sama minat drama korea. Kalau keluar gila story korea satu ofis tu suara kami berdua ja hahaha.... sedihnya aku bila adik ni akan berpisah dengan aku malah kawan-kawan yang lain akan terasa ketiadaannya di ofis nanti. Tiadalah kawan aku untuk menyakat si uncle clement.

Chayok!!!!!! adik... teruskan minat yang ada... aku akan bersama mu biarpun jauh. Walaupun hanya angin menyampaikan pesanan ku pada mu. Walau hanya matahari ku menyapa mu. walau lagu ku mengetarkan jantung kita tetap akan berhubung. Walau dimana pun berada jangan lupa kami di jabatan patologi. Hehehehe kalau rindu sapa lah Matahari dia akan sampaikan salam rindu mu pada kami. Kalau ingin hangatkan kenangan kita layan lah song2soul agar kenangan terpapar kembali. 4get me not! Jangan lupa hantarlah khabar biarpun setakat di laman muka buku agar segala pertalian terjalin selalu.

Saranghe.... entah betul atau tak. hehehehe... kuat semangat untuk memperolehi sesuatu yang di inginkan. Dan jangan lupa juga Allah sentiasa bersama. Akak doakan moga adik dan family di murahkan rezeki ya.
Muuuuaaaahhhh...... Hugs!!!! salam sayang dari akak.....
glitter-graphics.com

Thursday 29 March 2012

MY YOUNGER BROTHER

Hahaha.... Rudy tengah acting....

Hahaha... ini aku curi melalui youtube... terkajutlah juga bila tengok adik aku tengah lambung botol... hahaha sorry akak masukkan acting rudy dalam my blog... 

Inilah adik aku nombor tiga Mohd Firdaus atau Rudy. Memang inilah kerja dia. suka melambung barang ja sampai jadi betender. Alaaa... dy lawa betul bilik kau ye. cubalah cari tempat yang lawa sikit. Sabar ja tengok ni hahaha macam zoo negara ja kak tengok. 

Ko tengok akak punya amma pandaikan menari hehehe .... 
glitter-graphics.com

Tuesday 27 March 2012

Matahari mengantuk


Kesibukan menyerang lagi namun aku harus kuat untuk melayan karenah sekeliling ku. Hari ini aku menghadiri taklimat MS ISO, entahlah masuk ke tak dalam otak ini. Aku rasa macam satu pun tak masuk fakta-fakta yang di berikan oleh Dr. Ahmad Toha Samsudin Ketua Jabatan Patologi tadi. Ini mesti penangan mengantuk dan letih. Wah! awal pagi sudah rasa letih. Matahari baru memuntahkan haba aku sudah mengantuk lagi. Layan sakit kelopak mata kiri yang tetiba saja di serang bengkak entah pasal apa. Nak kata jerawat tiada pula, nak kata pitutan wow! palis-palis hehehe memang tak pula... nak kata terhantuk pun macam tak juga sebab rasa-rasanya semalam tak pula aku terlanggar mana-mana dinding... mungkin masa tidur kut... hehehe ... sekarang nak tutup mata pun rasa sakit... takpa lah yang penting aku still cantik hari ini. sabar ja... 

Layan lagu-lagu veteran yang channelnya di cari oleh mr. Clement... huuu... sabar saja hati ni... memang layan habislah lagu-lagu lama ni mungkin zaman-zaman nenek aku kut! hehehe... sampai teman sepejabat yang lain ketawa bila masuk ofis aku. Harap minda aku tak lah terus metro sangat sebab aku hampir mengantuk bila muzik mula mendayu-dayu, mulalah mata melayan panggilan bantal, tilam dan selimut... nasib baik di pejabat kalau di rumah sudah tentu aku layan lentok bantal peluk... 

Pearl power root aku sajikan ke tekak agar dapat menyegarkan aku. Namun hanya beberapa minit sahaja aku segar. Huhh! memang kau jugalah menang kalau pasal tidur... sekarang aku tengah menunggu pulang... yup pulang..... 5.30pm... 


Sunday 25 March 2012

Lafazkan Kalimah Cinta Mu Karya Siti Rosmizah

Besar kesalahanku, Besar lagi keegoaanmu...
Berkali ku beri alasan, Berkali-kali kau menolaknya
Kau inginku menyalakan, diri ini bagai lilin....
dan terbakar oleh perbuatanmu....
                                                                                              Sinopsis
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidup.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberi Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap Tea Lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi menangih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya.....



ME : Aku mencari novel ni hampir 2 bulan. Sukar untuk aku mendapatkan pada awal pengeluaran novel ni. Memang sungguh laris ternyata PANAS! di pasaran.... aku sedih masa pencarian ku tidak berhasil kerana telah lebih 4 kali aku pergi ke kedai buku untuk mencari novel ini. Pengeluarannya terhad! Aku rasa tertarik apabila seorang rakan sekerja yang telah khatam membaca novel ini mengatakan pada ku novel ini sangat sangat sangat BEST! pencarian ku berakhir apabila aku di telefon oleh kedai buku tersebut mengatakan buku yang aku cari telah pun ada di kedai mereka dan sangat terhad. Tanpa membuang masa aku selepas kerja aku terus memujuk C Luv untuk ke 1B... Syukur Alhamdulilah... doa ku termakbul juga akhirnya... aku mencium dan memeluk novel ni setelah aku sampai di kedai buku tu... waaa..... sungguh aku tak menyangka aku di perhatikan orang di sekeliling dengan spontan sikapku yang sukar ku gambarkan hahahaha....... syukur.... tolong jangan aku di perlakukan begitu.... tak sanggup.... huhuhuhu............. jangan dera hati ku wahai novel.....   Baru start membuka lembaran pertama.... 
(komen 08.03.2012)Wow.... dari prolog sampai la bab 53... macam tak ingat da aku dimana aku berhenti untuk rehat dan tidur sekejab. Sungguh aku kagum dengan novel ni. dapat memberikan aku 'rasa' yang sungguh mendalam sehingga jatuh juga air mutiara kasih ku ini. Touching habislah... funny pun banyak sebab dengan gaya gila-gila yang ada pada watak Tengku Aqilah buatkan setiap plot membangun dengan penuh isi yang padat dengan getaran yang berbeza-beza. Aku boleg ketawa sendiri bila membaca bab-bab Tengku Ryan menyakat Tengku Aqilah dan akibatnya Tengku Ryan akan kalah dalam pertarungannya... Tidak rugi pengorbanan ku selama ini untuk mencari berminggu-minggu novel ni. Tak rugi juga airmata ku bila aku berasa terharu mendapatkan novel ni sehingga aku boleh di perhatikan dengan penuh tanda tanya... gilak kah? hahahaha.... sabar... aku akan menyambung semula untuk membelai novel kesayangan ku ini. Sekarang adalah part-part yang hangat di mana Ayah kepada Tengku Aqilah sudah mula menerima Tengku Aqilah sebagai anak kesayangannya. Dub Dab Dub Dab... itulah jantung ku bila bab-bab Tengku Ryan dan Tengku Aqilah masuk forum seterusnya... huhuhu suspen sangat... kembang juga bulu-bulu roma ni, sebab terfikir bagaimana watak mahu berhadapan dan tidur sebilik dengan pasangan yang hanya di ikat kerana satu perjanjian perniagaan... lucu... boleh-boleh sampai bab Tengku Aqilah tidur di bawah katilnya kerana Prince Charming mula tunjuk belang kah kah kah....


(komen 25.03.2012) .... sungguh anggun.... memang novel ni menepati citarasa aku, aku suka ketabahan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan... sukar aku nyatakan bahawa aku sungguh jatuh cinta dengan setiap plot yang di bangunkan oleh penulis ni... lebih power dari novel 7 hari mencintai mu... aku suka cara menceritaan yang penuh rasa dan tersusun indah... bait-bait puitis juga di selitkan biarpun unsur-unsur jenaka lebih padat... namun aku mudah memahami... aku boleh rasa di amit rindu, sedih dan bahagia bila membacanya... banyak juga di selitkan tentang hukum-hukum halal dan terlarang dalam novel ini... ada juga memaparkan tentang bahayanya pembedahan plastik atau botox yang di lakukan oleh Tengku Natasha untuk meraih kasih Tengku Ryan... aku memang sangat teruja dengan novel ni... memang ada figth dengan novel ASST?... ini lah novel ke dua yang dapat mengetarkan jiwa ku dan meremang bulu roma ku... yes! aku turut merasainya.... sangat-sangat...


CINTA BUKAN SEKADAR LAFAS
CINTA HADIR TANPA DI DUGA
WALAU SEMINIT ATAU SERIBU TAHUN
BELUM TENTU ANUGERAH ITU DATANG
DENGAN TULUS DAN TELUS
DENGAN SEGALA RASA
ITULAH ANUGERAH DARI YANG MAHA ESA
JANGAN SIA-SIAKAN
CINTA YANG MAHA ESA




buy : 23.01.2012 ( isnin ) 1B (haris)
Start : 04.03.2012 ( ahad )
Finish : 25.03.2012 ( ahad ) 7.00 agi

1~810 m/s ( wow! boleh tahan tebal jg )


Sunday 4 March 2012

Mencari Jalan Ke Syurga Karya Hasliza Ismail

Mengapa sedarkan aku dari lena yang panjang,
jika ianya hanya untuk sementara....

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki, ingatannya dan juga insan tersayang. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baru dan berubah menjadi insan yang berbeza. 

Namun, kemunculan Syarul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diridan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Syarul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya sama turut terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya mesti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.



Me : Tidak rugi membeli novel ni. aku sungguh tercuit rasa kasih pada watak Dayang Khirana. Penulis sungguh bijak mengarap setiap plot-plot yang ingin dia bangunkan, lalu aku terpukul dengan ketabahan watak heroin dalam novel ini. Novel ini juga memaparkan betapa besarnya kekuasaan Allah dan harus kita percaya pada Qada dan Qadar Tuhan. 


Dayang Khirana yang mempunyai sejarah silam yang agak hitam sehingga membuahkan rasa benci kepada dirinya. Wah! memang sungguh aku teruja untuk mengetahui setiap misteri yang masih dalam rahsia. Aku terpana untuk meneruskan pembacaan ku sehingga aku ingin cepat mengetahui apa rahsia sebenarnya yang berlaku pada Khirana sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan orang yang di kasihinya meninggal dunia. Akibat kemalangan itu juga Khirana koma hampir 2 tahun dan membawa dia berubah watak yang baru dan suci untuk membetulkan semua keadaan. Bangun dari koma membawa dia kepada perkenalan kepada Shahrul Azwan. Aku amat tercuit rasa suka dengan ketabahan yang ada pada Khirana sehingga sanggup serahkan nyawanya sendiri jika itu yang boleh membasuh dosa-dosanya pada keluarga Shahrul Azwan.


Dorongan temannya Ros Azura juga menjadi penghias cerita ini. Dengan adanya sahabat seperti Ros Azura dan Rozana membuatkan Khirana lebih tabah dan terasa terjaga dengan ingatan dia yang kosong tanpa kenangan dan kenali dirinya. Aku sedih dengan penyeksaan demi penyeksaan yang berlaku pada watak Khirana. Niat jahat untuk membalas dendam Sharul Azwan telah bertukar kepada cinta yang mula berputik apabila dia mengenali Khirana yang hilang ingatan justeru membuahkan rasa simpati dalam dirinya sehingga membawa kepada perkahwinan. Cewah! memang bestlah story ni... sukar untuk aku luahkan satu persatu...


Khirana juga mengalami igauan misteri dalam mimpinya sehingga ending baru mendapat jawapan sebenar misteri mimpinya sebenar. Amnesia yang dia alami membuatkan dia tidak boleh tidur nyenyak. Tamparan kisah silam membawanya hampir mati dibunuh oleh kak ipar Shahrul Azwan yang mempunyai penyakit mental yang sukar di ubati lebih-lebih lagi apabila suaminya ada skandal dengan Khirana. Itulah misteri kisah silamnya. Penyelamat yang utama Khirana ialah insan yang mula hilang rasa dendamnya pada Khirana iaitu Shahrul Azwan. Setiap kali Khirana akan di timpa musibah dan khianat, lelaki itulah yang sanggup mengadai nyawa untuk selamatkan... huhuhu sungguh terharu rasanya... kembang jantung ku membaca setiap kisah-kisah romantik mereka... tapi  setiap pergaduhan yang bermula akan menguntumkan senyum di bibirku... wow.... aku terpana juga inti novel ini.... Sungguh............... sangat cantik dalamnya secantik tajuknya.....

Buy : 19.01.2012 (khamis) by pos laju
start : 26.02.2012 ( ahad )
Finish : 04.03.2012 ( ahad ) 3.35pm


4 stars


Jangan kau sunyi ketika lagunya terhenti
jangan kau bergetar bila pana petir berdentum
jangan kau rasa keseorangan bila semua tiada
kerana Dia sentiasa menemani mu