princess Luv

Sunday, 26 February 2012

Mengapa Leher Angsa Panjang by 366 CRM

Cerita ini aku dapat dari buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Aku ingin berkongsi rasa hati yang tercuit rasa di geletek semasa membaca cerita ni. Memang funny tapi sungguh ada makna @ masege yang di sampaikan oleh penulis kepada pembaca jika di fikir-fikirkan. So check it out!


MENGAPA LEHER ANGSA PANJANG?
By 366 Himpunan Cerita Rakyat Malaysia

Pada zaman dahulu, leher angsa pendek macam leher itik. Angsa dan itik berkawan baik. Ke mana-mana mereka selalu bersama-sama. Mereka berenang di sungai dan mencari makanan di sawah. Pada suatu hari, itik mengajak angsa mencari makanan. 

"Kita pergi ke tepi sungai. Banyak makanan di sana. Sesudah makan kita boleh berenang." Kata itik. Angsa bersetuju.

Mereka sampai di tebing sungai. Malangnya hari itu mereka tidak mendapat makanan. 

"Itik mari kita berjalan di tepi sungai." Kata angsa.

"Marilah" Kata itik.

"Apa yang ada di sini," Kata itik.

"Kita sudulah di celah pasir ini. Kalau tidak ada di sini, kita cari lah di celah dahan-dahan kayu," Kata angsa.

Sesudah itu mereka menyuduh pasir. Tiba-tiba keluar seekor cacing yang besar dari dalam pasir. Angsa dan itik mengejar cacing itu. Cacing bergerak dengan pantas ke arah dahan-dahan kayu. 

"Cepat angsa. Nanti cacing itu masuk ke celah banir" Jerit itik.

Cacing bergerak semakin pantas.  Akhirnya ia masuk di celah banir itu.

"Apa hendak kita buat sekarang angsa? Cacing itu telah masuk di celah dahan-dahan." Kata itik

Angsa terdiam. Itik menyuruh angsa memasukkan muncung ke celah banir. Angsa setuju. Angsa pun memanjangkan leher untuk mendapatkan cacing. Tiba-tiba sebatang dahan jatuh ke atas banir.

"Aduh," Jerit angsa.

Ia cuba menarik muncungnya tetapi tidak berjaya. Muncungnya tersepit di celah banir.

"Tolong saya itik, muncung saya tersepit," Jerit angsa.

Itik pun menolak dahan itu dengan muncungnya. Angsa cuba menarik muncungnya tetapi ia masih tersepit. Angsa mencuba lagi.

"Tolak sedikit lagi," Pinta angsa

Semakin kuat angsa menarik muncungnya. Akhirnya angsa berjaya mengeluarkan muncungnya. Angsa mengucapkan terima kasih kepada itik. Itik berhenti menolak dahan. Ia pelik dengan perubahan yang berlaku pada angsa. Leher angsa menjadi panjang! Sejak peristiwa itu leher angsa menjadi panjang.... (aku menambah pula) hinggalah ke hari ini.....


Bagi aku pula... sekarang angsa lambang bagi orang-orang yang bercintan-cintun ni. Memang tidak di nafikan angsa ada keistimewaannya yang tersendiri...


Tetapi kalau aku teringatkan aku di kejar angsa masa zaman-zaman remaja ku... huhuhu sungguh menakutkan.... he he he...


Mulakan lagi untuk aku gila semula...



Yes! aku mulakan kembali untuk membelai novel-novel yang belum sampai di mata untuk terus ke minda ku. Memang lama juga aku rasa bercuti untuk membaca novel ni. Banyak lg novel yang aku mau menelaah sedalam-dalamnya. Belum lagi aku baca yang masih berada di dalam almari novel ku. Kini aku mulakan dengan novel yang bertajuk 'Mencari Jalan Ke Syurga' by Kaki Novel. Betul juga kata C Luv, Otak ni perlukan istirehat agar dapat input dan output yang bernas untuk membuat sesuatu yang kita suka. Thanks Luv atas nasihat yang bernas itu. Menyelamatkan aku dari terus di serang migrain yang mengila.

Kini aku kembali, cuba melayan hobi ku secara sederhana tapi padat! hehehe.... banyak lagi bahan yang perlu aku pelajari sekiranya aku ingin teruskan niat ku... niat? masih dalam rahsia? oh tidak... sudah garu bercendana pula, sudah tahu bersoal pula... aku ingin banyak membaca agar semua ilmu dapat di input dengan baik dan outputnya pun akan cantik! Sebenarnya semua ini aku mulakan dengan perasaan ala ala suka suki sahaja...ala... macam ala ala kampung... agar akau tidak berasa berat dan tertekan. Lagi pun cerita ku masih ala ala sekadar di atas kertas sahaja. Masih belum mampu aku paparkan dalam blog ini. Insha'llah akan ku usahakan juga... tapi bukan sekarang... 

Apa pun semoga segalanya berjalan dengan betul dan baik.... 

Qiran memujuk jantung yg lemah
dek syaitan menghasut minda
memutus semangat meninggi langit
jauh di kecap minda

Qiran mengapai hatiku
memujuk seraya menyanyangi aku
melempias syaitan durjana itu
agar aku tidak selemah dia
ya aku perlu mengikut katanya

Qiran ku memujuk lagi
aku kaku terus berfikir
terkadang dia benar
terkadang aku juga betul
ah... aku perlu kuat
mengapai hasrat yg mengunung
agar aku tidak jatuh lagi...

tapi tolong! aku bukan gila.....

Saturday, 25 February 2012

Pilihan Mama Karya Umie Nadzimah

" Restumu..... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa....."

SINOPSIS
Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.

Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!

Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.

Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?


ME : Mula bab 1 /  Prolog aku terkesima dengan kisah-kisah lucu antara sahabat ini...  aiman, dija dan fazli. Aiman adalah watak utama dalam novel ni. Memang aku suka prolog novel ni kerna  ia buat aku gilak sikit sebab boleh tersenyum sendiri. Watak Fazli dan Aiman menguatkan jalan cerita novel ni. Cerita yang gila-gila pada watak Fazli yang selalu menyakat dan suka bergantung pada Aiman membuatkan aku terasa ingin terus membelai novel ni. Aku sekali lagi terkesima dengan terselitnya unsur-unsur mistik dimana salah seorang staff Aiman mati akibat salah seorang pekerja yang berhati jahat untuk memiliki hati Aiman. Sofea! ya dia yang punya angkara kematian itu. Dia ingin mengenakan Bosnya Aiman tapi tersalah tembak... terkena orang lain sehingga menyebabkan kematian. Sikapnya itu tidak terhenti begitu malah dia cuba dan sentiasa mencuba namun dia sendiri terkena juga... Tuhan itu Maha Berkuasa, sekiranya melakukan kejahatan dan kesilapan cepat-cepatlah bertaubat dan menyesal apa yang di lakukan agar kita sentiasa di terima di sisi Tuhan... Aku membaca dari bab ke bab sampailah ke bab 27 baru aku berhenti untuk berehat. Dalam cuba mengenali dan memahami novel ni, aku mula rasa-rasa macam letih dan rangsangan aku mulai kurang... entahlah.... pengembangan plotnya juga terlalu slow dimana aku cuba memahami apa sebenarnya ibu aiman rahsiakan daripada aiman. Dan terlalu tinggi penghormatannya kepada bekas suaminya walaupun suaminya telah meninggalkan dia dan anak mereka hidup sendiri. Apapun dalam bab 1 - 26 aku belum faham kenapa ibunya sangat setia kepada suaminya dan ada perkembangan yang cantik yang boleh aku teringat-ingat dan terindu-rindu hehehe... tercuit rasa marah dengan watak fazli yang curang dengan isterinya Dija. Kawan boleh merosakkan hubungan rumahtangga! wow... itulah terjadi pada Dija yang mempercayai rakannya Jaulina, Jaulina mula mengikis duit suami Dija... Dalam pada itu, terjadi juga pertunangan antara Aiman dan Aishah... itulah pilihan ibu aiman... "Pilihan Mama" memang cukup package... tapi aku belum mengenalinya sepenuhnya lagi... Namun tetap akan terus mengenalinya dalam meneruskan pembecaan ku... setakat ini sahaja komen aku untuk novel ini dari bab1-bab 26.... (17.02.2012)  


(25.02.2012) sabtu ~ Wow baru habis membaca novel ni... 27-55 ~ Pada pertengahan story ni terasa sukar untuk meneruskan sebab aku mula rasa lemah sikit, mungkin sebab aku sakit dan letih kot! hehehe... yelah baru hari ni aku dapat menghabiskan novel ni. Yelah.. aku perlu berehat sebab migrain aku mula menyerang beberapa hari lepas sehingga mengganggu kerja-kerja pejabat ku. Memang penangan Migrain ni kuat sangat sehingga membawa aku bercuti sementara untuk rehat membaca novel. And... Now! start meneliti lagi.... Bila aku membuka bab-bab Aiman kehilangan Aisyah akibat kemalangan aura ingin membaca selanjutnya mula menghentam jiwa. Memang sangat menyedihkan sehingga terasa di hati dengan kehilangan watak Aisyah yang sungguh romantik dan bertanggungjawab. Memang tepat Pilihan mama Aiman suatu ketika dulu untuk menjodohkan Aiman dengan Aisyah. Sesungguh pilihan mama adalah yang terbaik kerana restu mama perlu untuk sampai ke syurga... Aku cuba menyelam jiwa pada watak Aiman yang sangat menderita akibat kehilangan isteri tersayang sehingga lupa orang-orang sekeliling yang sayangkan dia. Memang sungguh sakit! Aku tercuit dengan pengorbanan seorang sahabat yang sanggup mendermakan jantung dan hatinya, ini berlaku apabila Aisyah merasakan hayatnya tidak panjang dan ingin mendermakan jantung serta hatinya pada Mia yang dianggap layak untuk merasa kebahagiaan yang dia rasa. ah!... gugur jantung ku... adakah orang sebaik Aisyah wujud di dunia ini?... Setelah kisah derita Aiman beralih lah kisah Aiman di pertemukan oleh mamanya pada Mia Khadijah yang sungguh berbeza dengan Aisyah namun hanya sama pada degupan jantung yang ada pada Mia... ya itu adalah jantung Aisyah untuk Mia. Mia memang sungguh bertanggungjawab dan orangnya yang sederhana namun tetap dapat mendabat hati Aiman. Apa pun secara keseluruhannya novel ini boleh di jadikan pengalaman atau pengajaran pada aku agar aku selalu menghargai apa yang Tuhan telah berikan pada ku. Aku mempunyai suami yang penyayang dan sangat memahami. Syukur alhamdulilah.... hanya Tuhan sahaja yang tahu.... Oleh itu siapa pun di sebelah kita untuk menemani kita se umur hidup itu adalah tanggungjawab yang Tuhan berikan pada kita dan patut di hargai serta disayangi... jangan sia-siakan apa yang kita ada... Ingatlah qada dan qadar Tuhan....
  3 stars...                                                                                                                                                                           
Buy : 19.01.2012 ( khamis )
By Pos Laju
Start : 14.02.2012 ( selasa )
Finish : 25.02.2012 (sabtu) 8pm
1-412 mls

Friday, 24 February 2012

Kerna itu lewat tidur?


song2soul.blogspot.com

Entah berapa jam aku jadi peminat setia di hadapan laptop ni. Terkejut bila melihat jam telah menunjukkan jam 2 pagi. Ah! sepatutnya aku telah tidur... ahhhh..... esok bukan hari sabtu tapi hari bekerja... Jadi mata panda lagi lah ni, harap-harap juga migrain tidak menyerang. Setelah beberapa hari aku rehat membelai novel kini aku mulakan dengan membangunkan laman pautan blog itumatahariku.blogspot.com untuk aku menambah koleksi hobi ku. Tujuan blog ini di wujudkan agar aku dapat mengumpul lagu-lagu berserta lirik-lirik lagu yang aku sangat Luv Luv Luv...
Memang kerja gilaks! hehehehe.... sepatutnya aku bangunkan blog ni time cuti hujung minggu supaya blog ini sempurna dan cantik. Inilah kalau hati tidak sabar asyik mahu cepat saja... Nasib baik si Luv nyenyak tidur, apalagi ambil kesempatan untuk siapkan. Apapun aku bersyukur, biarpun tidak sehebat mana pun tapi aku telah mampu menyiapkan, Pelbagai idea cuba aku selitkan namun kemampuan ku hanya setakat ini sahaja buat waktu ini... Pagi yang meletihkan. Kaki aku pun sakit terasa kerana berlipat mengubah posisi entah ke berapa kali. Aduiii.... otak ku pun tak tahu mahu muntahkan apa lagi sekarang... daaa.... stop! sudah beku untuk malam ini. tidduuuuuuuuuuurrrrr.............

pagi jumaat, 2.15 pagi


Penat otak muntah drastik
jemari letih menari
mata? usah di tanya...
pasti kecewa memandangnya
aku harus.... tidur....