princess Luv

Saturday, 31 December 2011

Tahun Baru 2012?

Tahun Baru.... meriah hanya di sini.....
Tahun baru ini aku hanya di rumah bersama-sama lap top dan adik ku... aku pun malas nak keluar berjalan-jalan, lagipun c luv sibuk dengan urusan luar... walaupun aku di rumah namun aku dapat juga mengadap skrin kesayanganku, bolehlah aku memulakan lembaran baru, Novel yang baru selepas aku menghabiskan masa ku membaca Novel 7 Hari mencintaiku... waaa sampai jam 5 pagi baru tidur... memang berbalui pengorbanan masa ku itu, c luv pun faham tentang aku... hehehe... terima kasih Luv... Hari ini aku di rumah, Tahun baru di rumah... Mengadap tv dan laptop... dan aku rasanya belum mampu membuka novel yang baru ku dapatkan kerana bahang Novel 7 Hari Mencintaiku masih terasa dan aku masi mahu teruskan perasaan itu... apa tidaknya, rugilah aku kalau tidak menghayati perasaan itu... tidak pasal-pasal sanggup tidak tidur malam semata-mata nak habiskan kisah cinta sejati itu.... huuuuu terasa letih dan mengantuk sampai sekarang... tapi aku Puas!... hehehehe

Tahun baru ini aku ingin meneruskan azam dan semangatku... jangan cuba jadi penceroboh semangatku untuk aku lemah meneruskan azam ku... tidak akan ku coretkan di sini cukuplah hanya aku sentiasa mengingatinya.... semoga semuanya akan terlaksana...

Ya Allah Engkau kejutkan lah aku jika aku terlena, Engkau iringilah aku dengan Rahmat-Mu... hanya Engkau yang mampu mengubah takdir ku....

Selamat Tahun Baru

Seharum Cinta LESTARY karya Ramlah Rashid

Suka dan Cinta dua Perkara yang berbeza meskipun dua perasaan yang hampir serupa, tetapi tetap memberi maksud yang sama
Sinopsis
Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikan gadis yang tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan untuk berganding dengan lelaki. Jauh sekali bergantung dengan kaum itu. - Lestary

Biar siapa pun dia, siapa pun tunangnya, yang pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan lestary sebagai gadis pertama dan mungkin juga yang terakhir. Dia sedar, merampas milik orang, boleh dianggap perompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu itu. - Dafiezudin

Dalam tenang memandu, Lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dalam ikhlas mahu belajar mencintai Razrim, Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia. - Lastary

Dafie tidak mungkin membuang orang yang dia sayang begitu sahaja. Dia tidak mudah melatah walaupun di gempur badan. - Razrim

Me : Pada mulanya opening pembacaan ku, aku rasa macam malas untuk meneruskan pembacaan ku. Barangkali perasaan aku masih teruja dengan novel ASST sebelum aku membaca novel ini, Sebab tu masih terasa dihati bahangnya, sehingga aku sukar untuk membuka hatiku membaca novel lain dalam masa terdekat. hehehe.... tetapi selepas beberapa hari aku cuba juga meneruskan niatku untuk membaca dan memahami novel ini... akhirrrrrnya.... aku dapat juga... dan berjaya juga untuk mengahayati.... u know why...???? munculnya watak Dafiezudin.... walaupun tidak sehebat perwatakan hilman yang ada falam ASST? namun aku boleh merasakan bahang kasih sayangnya... terlihat Pengorbanan dan cinta yang sejati dalam diri Dafie, Justeru kerana sahabat sejatinya dan penyakit yang dia hidapi dia sanggup melepaskan impiannya... waaa mengetar juga... aku mula merasa tercuit dengan ciri-ciri yang ada pada watak dafie... hubungan persahabatan yang terlalu utuh malah bagaikan adik beradik terpaksa dari salah seorang mereka mengundur diri. Dalam setiap plot-plot ini juga menguji kesabaranku untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka sembunyikan.... adui....memang menguji hati ku misteri tentang misteri mama lestary ditembak semasa mengandung. malah wanita yang jadi rebutan oleh Razrim dan Dafie sebelum munculnya Lestary dan kenapa Dafie sanggup lepaskan wanita yang dia cintai demi sahabat. Apapun novel ini lebih banyak menceritakan misteri kenangan silam dan ketabahan kecekalan dan cinta Hanan Alaa iaitu ibu kepada Lestary. namun selepas membaca novel ini getaran Novel ASST? masih aku boleh terasa bahang rindu... Penangan ASST? memang sangat Gila!!!

Semangat ku sentiasa bersama......
jangan ragut hatiku untuk teruskan....


***(3) bintang dari 5 bintang

Friday, 30 December 2011

happy new year.....will.... come.....


Webfetti.com


2 Amanah.... Mohd Rozaimi Abd. Hamid

akhirnya.... sekolah akan dibuka semula minggu hadapan ni ( 04.01.2012 )
syukur alhamdulilah.... baru habis daftar adik di sek. men. tun fuad... semenjak mama meninggal dunia aku lah yang mengambil tempat arwah mama untuk menjaga adik ku mohd. rozaimi, sebelum dia meninggal dia sempat berpesan agar jaga adik aku yang bongsu ni... apapun aku segalanya aku berserah pada-Nya agar aku tabah dan terus bersemangat untuk memikul tanggungjawab ini....
syukur ku juga kepada-Nya kerana adik ku telah di masukkan kelas yang cemerlang sehingga aku tidak menyangka mentaliti adikku juga baik dan pandai... aku tahu selama ini dia susah betul hendak belajar dan malas pergi sekolah. aku tahu sikapnya terdorong jadi begitu kerana tiada orang menjaga dan memerhatikan keadaan sekelilingnya, 2 tahun dia tinggal dengan abah setelah mama meninggal. Aku tahu juga abah ku juga tertekan dengan kehilangan mama dan dia tidak mampu menjaga adik ku, aku faham abah aku.... Aku membawa adik tinggal bersama-sama agar aku dapat memerhati dan membantu dia dalam segala-gala hal, aku lah yang menjaga dia sampai ke hari ini... semoga adik ku dapat masuk ke universiti sebagaimana impian dia ingin menjadi Doktor Haiwan...
Harap adik ku tidak ambil hati setiap nasihat yang aku berikan biarpun bernada marah atau pun menyindir atau lembut aku harap adik ku faham yang kakaknya ini ingin dia jadi manusia yang berguna... Semoga Allah berikan kekuatan untuk adik ku terus berjaya dan Allah bersama setiap langkah yang di atur untuk maju...

Sememangnya aku sayang pada yang menyayangi aku
sememangnya aku hormat pada yang menghormati aku
sememangnya aku tidak mahu jadi pembenci dan pendendam
sememangnya aku tidak di ajar jadi pengkhianat
itulah sememangnya....