princess Luv

Wednesday 18 July 2012

Ignore jee....

Jangan kau harap senyum ku untuk mu semanis madu.... 
Buang saja amarah ini dalam tong sampah! ya aku benci perasaan terpaksa membuang! Biarpun aku cuba untuk membalasnya apa yang dia lakukan padaku namun bukan itu yang di ajar oleh ibu tercinta ku. ahhh... persetan pada dia yang buat aku sakit dan muak! Nasib baik C Luv memahami amarah ku ini... amarah yang aku harus muntahkan pada mereka-mereka yang berkenaan... cissss! bedebah ayam yang berkokok pada siang hari yang telah semakin tinggi panasnya. Mengganggu tidur ku. Telah ku tabur budi ku biarpun tak sebesar mana pun namun tiada maklum balas dan tindakan. Ye lah bukan minta untuk di balas pun tapi faham-fahamlah keadaan yang memerlukan. Terkadang sabar ku ini kian hilang, ku panjatkan doa sehari-harian dan berzikir agar hati ku lembut kembali. huuu memang sukar! 

Sekarang senyum ku tak semanis dulu. Senyum ku hanya berkuntum bila terlihat orang-orang yang ku sayang ( rakan-rakan tercinta ) dan terutamanya mestilah C Luv. Jangan kau harapkan senyum ku ikhlas untuk kau, kau dan seangkatan kau. aku jijik memandang mu! Aku tahu kamu takkan hairan kenapa aku berdiam kerana kamu sendiri yang telah menghiriskan pisau pada sekeping hati. Jangan mengharapkan senyuman mu itu berbalas kerna aku malas memandang mu... Ingatlah sampai bila-bila pun aku akan ingat sejarah itu dan tidak akan sesekali memohon atau meminta apa-apa dari kau, kau dan c kau... ops! macam lembu pula bunyinya kan... ahhhh legaaaa.... sedikit setelah amarah ini ku lemparkan dalam note ini. 

Aku tak akan berkompromi lagi... sekarang kamu uruslah urusan sendiri... jangan harap aku akan membantu lagi... Benci!!!! akan ku buang wajah wajah itu dalam tong sampah busuk!



Me : Princess sedang beradu terkejut bunyi ting tong ting tin, belanga pingan berterbangan di luar istananya... ignore kan ja....




0 comments: