Salam ku lambaikan pada matahariku yang seakan jauh di sana... walau jauh namun kau tetap dalam ingatan ku...
Wahai matahari ku jom kita bicarakan tentang rezeki...
Percayalah dimana pun kita di tempatkan atau berada Tuhan sudah tentukan rezeki di setiap penghijrahan yang kita lalui. Apapun janganlah di kesali setiap perpindahan yang kita lalui biarpun tanpa rela. Semua itu adalah ketentuan-Nya. Tapi percayalah Tuhan telah menyediakan agenda yang lebih baik setiap penghijrahan yang berlaku... sama ada ianya cepat atau lambat... sama ada ianya banyak atau datang dengan kuantiti yang separa.
Tuhan tidak terlalu kejam untuk menjauhkan rezeki kepada hambanya. Oleh itu tadahlah tangan mohon segala di bukakan pintu rezeki buat kita. Pasti Tuhan akan mendengarnya. Percayalah... semua itu datang dari-Nya.
Sekiranya ada sesuatu yang telah menutup pintu rezeki mu dengan apa cara sekali pun mahupun atas dasar cemburu khianat atau sebagainya. Percayalah Tuhan masih ada bersama dan sentiasa bersama pada mereka yang teraniaya... memang tidak di nafikan kejadian sebegini boleh berlaku. Tanpa rela atau tanpa mengetahui kita hanya mampu redha dan menganggap itu sebagai ujian Tuhan.
Oleh itu, tidak perlu bersedih sekiranya berlaku sesuatu musibah atau penghijrahan tanpa rela atau juga boleh dikatakan khianat oleh manusia yang bangsat! sebaliknya bersyukur setiap langkah mu yang telah di atur oleh Tuhan. Kerna semua itu sudah di atur oleh Allah yang maha esa....
Percayalah pada Qada dan Qadar... biarpun ada cerita di sebalik hijrah kehidupan mu...
Faham atau tidak jangan di bahaskan yang lebih tersirat itu... bicaralah pada hati jika itu yang baik pada mu....
mmandangmu mula terbit atau mula terbenamku jatuh cinta bgi jatuh cinta pandang pertama.kuresah bila kau gerhana,kusedih bila bahangmu mbakar,kusenyum bila lihatmu mula cuba ucapkn slamat mlm,kurindu bila tak sempat myapa mu waktu subuh.bila penglihatanku di kaburi awan aku terasa bgi khilangnmu pbila kau cuba mnangis.aku tahu kau tetap menemaniku dgn cahayamu.wlu mlm mdatang aku dpt rasakan cahayamu dari bintang2 yg berkedipan.kutahu bintang mminjam cahayamu.kau sll bsama 'Itulah Matahariku'
Monday, 19 December 2016
Monday, 15 August 2016
CINTA KAU DAN AKU ~ SITI ROSMIZAH
wahai matahariku... hari ini kau masi tidak kehilangan aku... aku masih bersama mu... cuma akau jarang menyapa mu... kini aku kembali walau puitis ku kurang merasakan buat mu... jangan bersedih....
Cinta Kau dan Aku
Siti Rosmizah
Siapa dah melayan novel ni? Novel ni pun sudah di buat drama bersiri di TV1. Ya! memang berbeza, Novel lagi terasa bahang kecewa dan bahagianya watak yang di tonjolkan. Sakastiknya setiap kata-kata yang di keluarkan juga terasa membahang di muka bila kata-kata lucu dan sindiran di gunakan, Hahahaha padahal kita hanya wakil pada watak sajapun.... jangan perasan beb!
Sesungguhnya sesiapa yang beli novel ni takkan rugi da pastinya akan berpuas hati biarpun tebal tetap nak layan. Sangat minat dengan karya-karya yang di keluarkan oleh penulis Siti Rosmizah... Semoga idea penulis ini tiada tarikh luput! Chayok3
Berikan Rasa CINTA Bukan Kekecewaan
Percayalah CINTA akan datang Bukannya Musnah dan mati
Sayangilah RASA itu bila Tuhan telah anugarahkan Kepada Mu...
Friday, 16 October 2015
Novel Tombiruo Terkhir
Aku Masih bersama novel-novel pilihan ku yang masih kusayang. sungguh pun aku jarang menghiasi di dada laman ku ini, namun aku sering di ketuk rasa ingin menyapa khabar. Tiada yang mustahil jika pemikiran ke arah rasa yakin pada kemampuan.
Aku memahami segalanya dalam isinya. Aku jatuh cinta pada semangat yang ada dalam dirinya. Aku tertampar dengan kesetiaannya. Aku sangat tidak menyangka belaian ku kali kedua untuk memahami intipatinya membuahkan rasa yang sukar aku luahkan.
Kecacatan menjadi cacian, kecacatan menjadikan ia jatuh dan kecacatan itu membuatkan ia jahat dalam diam. Ya! aku terkejut menerima setiap watak yang di keluarkan satu persatu dan sangat membuatkan aku terfikir. Adakah aku perlu menjelajahi pada yang duluan kerana aku terus kepada yang terakhir. Hahahaha lihat pada tajuk Tombiruo Terakhir sudah pun dapat mengagak aku telah melangkau episod keluarannya sebelum ini. Adakah aku harus memulakan yang sebelum ini aku tinggalkan?
Ejim atau nama sebenar Amarudin Bin Abdullah yang telah di tukarkan wajah dari berwajah hantu ke yang paling sempurna dan menyerupai kembarnya yang telah meninggal dunia. Aku juga suka watak pada ejim namun aku tidak mengerti kenapa mesti dia mencintai perempuan yang sama iaitu perempuan yang di gilai oleh kembarnya dan pak su? sedangkan bukan itu gadis yang di nikahinya. Ada watak yang tersembunyi itulah yang menjadi isterinya. Apapun aku sedar Novel ini Berjaya membawa aku dalam penceritaannya... sebab aku pandai mula marah, kesian, sangsi , geram dan pelbagai rasa sehingga aku mula terfikir kreativiti penulis ini Berjaya melalikan aku. hahahaha...
Biasanya aku akan letakkan synopsis dalam setiap novel yang aku paparkan. Namun hari ini aku tidak meletakkan sinopsisnya agar siapa yang mengilai novel pergi ke kedai buku dan terus membelek sendiri sinopsisnya. Tidak rugi untuk memiliki novel ini. yang penting kesabaran anda berfikir untuk menyelam bersama kisahnya.
Hutan Keningau? haaa... aku juga orang Sabah namun aku tidak mengetahui apa yang ada di Hutan Keningau. Aku juga tidak pernah sampai di hutan seperti itu. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa seronok bila mengetahui segala isi ceritanya dari sana. Terkadang tercuit rasa hati untuk mengetahuinya, namun aku tahu ini semua adalah kretiviti dari penulis itu sendiri yang membawa aku ke bayangan hutan.
Menyelami isi novel ini pelbagai rasa wujud. Rasa sayang, tanggungjawab, rasa cinta, rasa marah, rasa kekeluargaan dan kemasyarakatan serta adat di sesuatu kawasan. Apapun aku suka novel ini...
****BERUBAHLAH KE ARAH KEBAIKAN.....
*****BERANILAH KERANA KEBENARAN......
******BERCINTALAH BILA CINTA ITU DI HADAPAN....
Thursday, 12 March 2015
Aku dan Tahun baru 2015
Me and friends
ITU MATAHARI KU....
nanti kita sambung lagi ya daaa.....
nanti kita sambung lagi ya daaa.....
Subscribe to:
Posts (Atom)









