princess Luv

Thursday 12 March 2015

Aku dan Tahun baru 2015

Hai selamat tahun baru 2015... macam lama sudah aku tidak aktif dalam my page... bukan lupa pada tapi terlalu sibuk dengan tugas harian. Banyak perkara yang membataskan aku utk berdepan dengan Matahari kesayangan ku ini. Yup! Matahariku masih tetap menemani ku biar pun aku teralpa sekejab. Kesibukan awal tahun ini juga membuatkan aku kurang memberi kemanjaan kepada novel-novel kesayangan ku yang telah lama ku dapatkan di mana-mana kedai buku yang ku jelajahi... amboi... bahasa pun da kurangggg sangat cantiknya... sebabnya hanya satu... KURANG MEMBACA! Sekarang aku mula hendak bermanja-manja kembali dengan novel-novel kesayangan yang masih menunggu giliran untuk ku belai dan selam sis hatinya... adoiii... selamlah pula... Dengan getaran yang melanda jiwa ku ini membuatkan aku lebih senang berjinak dengan hobi ku yang telah lama ku tinggalkan. Bukan tujuan ku untuk membuang segalanya di sekeliling ku yang telah membuatkan aku sakit... Tapi hanya ingin berehat dari apa yang telah memenatkan aku. Cis! 


Awal tahun ini terlalu banyak untuk aku siapkan.... kerja-kerja pejabat banyak yang perlu di kemaskini. Sanggup OT semata-mata ingin melihat kerja ku siap dan tersusun cantik tapi aku di pandang sinis dan di perli. Aku sakit dan keletihan membuat kerja-kerja yang perlu aku siapkan. Aku akui aku memang terlalu slow untuk membuat kerja-kerja yang di berikan. Tapi itu bukan tujuan aku untuk balik terlalu lewat tapi aku ingin menyusun dan merekod semua itu dengan tersusun dan baik agar yang lain juga senang untuk jadikan rujukan. TAPI! itupun jadi bahan sindiran bagi mereka. Baik aku jadi macam DIA sahaja balik on Time dan tinggalkan kerja yang belum siap tapi SKT tinggi segala! Tapi aku bukan DIA! aku tidak sanggup tinggalkan apa yang patut aku buat. Kalau aku pun ikut cara DIA aku juga tiada beza seperti DIA pula! Tak apalah sabar itu adalah jalan yang terbaik... Bila SKT ku lebih tinggi dari DIA, DIA pula protes macam kena histeria mengadu pada ketua jabatan dan bising-bising sana sini tunjuk dengan orang yang dia kenal dengan membawa sekali markah ku. Adoiii.... sangat memalukan... tapi aku tetap berdiam... sampai jiran tetangga pejabat di canangnya markah DIA dan aku 'Tidak ADIL' kunun... Aku tetap masih bersabar... Bila markah ku telah di ubah semula dan sama jumlahnya dengan DIA... DIA masih bising dan membandingkan lagi markah ku pada DIA. TAPI bukan di hadapan ku tapi di belakang ku... di,mana kau letakkan maruah sahabat kau? Adakah kau tidak memahami apa erti HORMAT maruah rakan-rakan kau? kenapa perlu mahu di ura-ura kan perkara itu... Tak palah... Aku sentiasa berdoa agar Tuhan memberikan kau hidayah dan kebaikan kelak... Tapi aku hairan mereka lebih mempercayai cerita yang tidak sahih dari orang yang belum tentu mengetahui siapa yang mereka fitnahkan.. (Besar dosa tu tau...) Okay... STOP! semak my page sahaja... hahahaha.... Kerja pejabat memang tidak pernah berubah dan sentiasa semakin mencabar. Namun sekiranya kita melaksanakan dengan rasa tanggungjawab dan kerjasama pasti selesai dengan baik. Apa-apapun tentang kerja ku, aku tetap teruskan selagi aku rasa tanggungjawab itu kekal di dalam diriku. Chayok!!!


Baru-baru ini juga aku aktif dengan tarian. Ya aku telah mewujudkan satu kumpulan tarian iaitu Kumpulan Sribayu Queen yang dia anggotai 10 orang penari. Tujuan aku mewujudkan kumpulan ini adalah untuk mengikuti pemilihan untuk pertandingan ke Brunei (Sukan Borneo) namun sayang kumpulan kami tidak terpilih. Biasalah adat kalah menang dalam pertandingan. Terima hakikat adalah sewajarnya. Malas mahu protes itu ini keputusan juri. Ini juga salah satu kesibukan ku untuk tahun ini. latihan sampai jam 8 malam. belum lagi kira sampai rumah jam berapa... nasib baiklah suami kata... 'okaylah tu, anggap sebagai senaman' sebab aku ni jarang bersenam. Apa pun kredit bagi ku untuk latihan dan persembahan yang dibuat amat mengembirakan dan mengujakan ku... lama sudah tak bermain dengan lengok...

Me and friends

C Luv? dia semakin luving semakin memahami aku. Luv sangat spoting dan seporting hahahaha... ya aku semakin terjaga dan semakin terasa di hargai. Dialah yang menguatkan semangatku. Semoga Allah SWT memanjangkan jodoh kami hingga ke jannah... amin.... Dia menjaga ku bagai seorang puteri, dia menyayangi bagai dia menyayangi dirinya, dialah teman segala ku selagi Allah mengizinkan segalanya bahagia.... amin... Doa-doa yang baik untuk semua juga...








Dannnnn.... aku rindu Matahari ku ini.... ya aku mesti luangkan masa untuk mu wahai matahari ku... akan ku khabar-khabarkan dari angin lalu tentang aku.. tentang dia... tentang semua... aku juga mahu kau rasakan apa yang aku rasakan... muaaahhhh jangan ganggu....

ITU MATAHARI KU....

nanti kita sambung lagi ya daaa.....


0 comments: