princess Luv

Wednesday, 30 May 2012

Ayam panggang versi Princes Diaries

Wachaaa.... tetiba sahaja mood memasak ayam panggang pula hari ni. Entah dari mana datangnya resepi rojak ku ini, namun yang pastinya mesti berperisa blackpaper. Harap berhasillah resepi rojak ku ini. Masa cuti begini aku belum ada plan yang tetap. yelah... si Luv baru sejam yang lalu berkampung di melingan. Kaum wanita tidak di benarkan ikut sebab semuanya jejaka-jejaka yang ingin mencari keseronokkan berkhemah hehehe.... Aku suka melihat anak-anak buah dan adik beradik serta ipar si luv berkumpul dan ada masa bersama. if he happy, ofcos i happy too... luv u Luv jgn nouthy2 ya bila bermalam di sana ya... Doa ku sentiasa mengiringi mu.... 
Wahhh kejab lagi ayam panggang ku siap di masak. Hahaha entahlah macam manalah rasa ni nanti. Inilah akibatnya malas menelaah buku resepi yang berlambak di rak. Kerajinan ini juga tidak di sangka, idea datang pun baru tadi pagi. Perancangan cuti keamatan ni nak luangkan masa bersama family kecil ku ini, namun apakan daya badai melanda di kala mengorak langkah hahahaaaa.... ya lah... kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan... Apapun aku happy sangat hari ni kerna masa ku habiskan dengan idea gila aku hari ni... sambil melayan matahari ku ini. Lama sudah ku tinggalkan akibat kesibukan yang tidak terduga... Aku akan mulakan kerjaku untuk mengupload novel pilihan ku yang telah aku selami sambil membelai hahaha macam human lah pula hahaha.... padahal hanya sebuah novel tersayang.... Baiklah sampai sini dulu wahai matahari ku. Nanti kita bersua menyapa khabar menitip rindu... 
Muuuaaaaahhhh.... Hugs!!!..... much.... 

Abstrak lakon mu


Kau hanya memandang di tengah laut
tenang dan sunyi
aku tahu kau lupa pada ombak 
dekat dan membasahi kaki
sebab itu kau ku anggap pendusta alam

aku benci lakon layar mu
menari menyanyi berlagu
semua itu kau anggap mainan mu
wah! aku sungguh simpati
layar mu  menjadi siulan mainan
tiada siapa ingin membeli tiket

jangan kau pinta petir memanah kau
bila kau kalah dalam pertarungan
membutuhkan alam untuk bawa kau pergi
meng aminkan sesuatu yang bukan kuasa mu
itulah cara mu...
cukup! semua itu...
menyeksakan mensesakkan nafas minda ku
kerna watak mu membuatkan
alam menyangka kucing yang kau bela
tidak mengenang jasa
lalu terbunuhlah sang kucing
di panah cemuhan alam...

Tolong... jangan kau tambah
luka yang sedia ada
kelak sakit yang bercambah
lali dan terlupa kau lah penyebabnya
lupa, lupa dan membiarkan darah
mengalir tanpa rasa...

Ini kali lah...

o
Salam sayang wahai Matahari ku... walaupun engkau lama ku tinggalkan, lama tidak bersua dan sekarang jari jemariku rindu untuk menari di atas kekunci ini. Muuuuaaaxxxx.... miss u much... aku pasti Matahari hati ku ini rindu untuk mendengar khabar sang bayu dari angin seribayu sesejuk angin di Gunung Kinabalu. 

Waa... ni kali lah... 
aku terkejut dengan perubahan yang berlaku tempat kerja ku. Ye lah... dah ada CC baru jadi semua pun berubah sehingga bilik pejabat ku yang dulunya meriah di penuhi oleh rakan-rakan sekeliling kini sunyi dan jarang melangkah ke pejabat. Apalagi... hilanglah tempat berlepak dan pesta makan-makan. Sedihlah sikit, aku harap kerja ku juga tidaklah berlambak dengan adanya CC ni. Kalau tidak adalah kucing mengetuk pintu raja hutan minta pindahkan tempat bermain huhuhu... hehehe.... 

Ini kali lah...
Semuanya menjadi kelang kabut jadinya kerana semuanya perlu di ubah. Pulang rumah semuanya minta di belai dan di berikan perhatian oleh orang yang tersayang, apa tidaknya mengemas pejabat bukan memerlukan masa yang singkat. Tapi hasil dari kerjasama semua pihak semuanya dapat di buat dengan baik dan cepat... aduiii... memang lengguh tulang temulang ku... memang jadi mangsa c Luv minta kena sayang-sayang ni hahaha... tapi apapun perubahan yang bakal di lakukan jangan terlampau taksub dan keterlaluan takut nanti mengundang ketidak selesaan penduduk kampung. Namun aku memang gemarkan setiap perubahan yang berlaku. Persoalannya, adakah barang berat yang aku angkat akan kurang berat? i hope so...

Ini kali lah...
   

Saturday, 7 April 2012

Ipad samsung galaxy tab

Aku seronok tersenyum hingga ke telinga,bila di hadiahkan c Luv benda alah ni hehehe..... ye lah semua ingin merasa apa keistimewaan dapat memilikinya. Thanks Luv much much much Hugs!!! muuuaaah.... aku sangat menghargainyan.... 

Belum pun sampai di rumah aku sibuk membelek-belek hadiah comel ni. Sukar juga untuk aku menjadi sahabat karib benda ni. Ye lah aku bukannya arif sangat pakai benda macam ni hehehe..... Terkadang aku terfikir macam mana rasa selesa dan seronok memakai ipad ni. Nak tekan pun susah nasib baiklah jari jemariku ni sangat cute kalau kena jari C Luv entah apa nasib ipad ni yee... hehehe iktibar dari hp nokia... C Luv memang susah nak tekan kalauboleh dia nak hp n 3310 ja sebab senang tekan. Tapi tidak apa dia lihat aku mahir dan suka sangat dengan komputer sebab tu dia terbangkan hadiah ni untuk princes diaries menyambung hobi penulis yang tak berdaftar hehehehe..... gurau ja...

Setelah beberapa jam aku cuba menjadi sahabat karib benda ni kini aku faham deritanya juga pakai benda macam ni hehehe... keistimewaannya memang senang di bawa kemana sahaja namun keselesaan menggunakannya belum aku terasa lagi. So buat masa ni kita jadi sahabat untuk main games fb ja yee....  dan sahabat music ketika sunyi... 

Kini c Luv berkata "boleh lah sayang main internet di mana sahaja berada yang penting call dari abg jangan pula tak dengar" hehehe itulah pesanan c Luv pada sang princes diariesnya ini.... terasa lah pula hehehe.... Apa pun aku masih berfikir, apa yang selesanya guna ipad yee? baik aku bawa lap top aku tu ke sana ke mari senang lagi guna biarpun terpaksa membawa satu beg lab top yang rasanya menyakitkan bahu hehehehe...... 


Sebenarnya aku malu... hehehehe belum mahir guna lagi teman baru aku ni... sshhhhhhh...... ipad  best....