princess Luv

Sunday, 2 September 2012

Lumiglow

Matahari baru mengenali Lumiglow...
Lumiglow adalah produk kecantikan yang di khaskan untuk kulit yang bermasalah. Sebenarnya aku juga baru mencuba untuk perawatan kulit. Ye lah kalau dah namanya wanita pastinya ingin kulit yang sihat dan halus. Sebenarnya Lumiglow ni aku kenal melalui seorang kawan yang terlalu membantu aku untuk terus menjaga kesihatan agar aku cepat mendapat rezeki cahaya mata. Sememangnya aku dan C Luve tidaklah rushing sangat if ada rezeki Tuhan bagi kami sangat bersyukur, namun rezeki itu belum ada ada kami... Insha'llah Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihi suatu hari nanti pasti datang juga rezeki dari Nya... amin... Apapun aku sangat-sangat berterima kasih pada rakan baik ku kerana terlalu ambil berat tentang kesihatan ku. 
Setelah mencuba Lumiglow dalam 1 minggu ini, perubahan yang ketara pada kulit ku, ya memang sangat baik untuk kulit. Kulit aku yang dulunya kering sekarang dah lembab dan beransur sihat. Kini aku membeli lagi Lumiglow untuk stok simpanan ku. Aku menggunakan produk ini untuk menyihatkan kulit dan kesihatan diri. Selama seminggu memakainya aku jarang pening dan sakit kepala, ye lah kalau da banyak kerja mesti letih dan pening kepala. Insha'llah semoga produk ini memberikan semangat baru untuk aku terus menjaga kesihatan. Jika aku terasa kebaikannya maka aku juga harus berkongsi perkara yang baik pada rakan-rakanku, baik untuk kesihatan baik juga untuk yang di sayang... 

Inilah yang aku dapat fahami kelebihan LUMIGLOW.... dari seorang rakan...
Ramai yang berjaya atasi masalah period tidak teratur dan senggugut yang kronik serta seterusnya hamil dengan mengunakan Lumiglow... anda pun patut mencuba krim ini yang hanya untuk kegunaan luar sahaja... Halal, Lulus KKM, Bebas Dadah dan Logam, tiada kesan sampingan, selamat dan Tidak Beracun...

Lumiglow... sesuai di gunakan seisi keluarga tanpa mengira jantina dan umur. Lelaki, wanita, remaja, dewasa, kanak2 dan bayi boleh mengunakan Lumiglow. Gunakan tanpa was2...

KEGUNAAN UNTUK WANITA
1. Ingin hamil dan PCOS
2. Keguguran / rahim tidak kuat
3. Senggugut yang teruk
4. Haid tidak teratur
5. menopause
6. Tidak subur / prestasi seksual merosot
7. Ketumbuhan cyst dan fibroid
8. Menganjalkan payudara
9. Memelihara kesihatan payudara / rahim / serviks
10. Mencerahkan puting payudara
11. mengimbangi & meningkatkan fizikal kewanitaan
12. Menstabilkan hormon

KEGUNAAN UNTUK LELAKI
1. Mengimbangi & meningkatkan fizikal kelelakian
2. Angin pasang
3. Meningkatkan prestasi seksual / ejakulasi pra-matang
4. Meningkatkan kesuburan
5. Menambah kepekatan air mani

KEGUNAAN UNTUK SEMUA (LELAKI,WANITA,KANAK2, BAYI
1. Hormon tidak seimbang
2. Sakit kepala / migrain / stress
3. Iq rendah / otak kurang cerdas
4. Rambut gugur / Uban di usia muda
5. Kulit muka kendur / jerawat / jeragat
6. Sakit mata / katarak / mata berair / rabun / silau
7. Tidur berdengkur
8. Asma / resdung / hidung tersumbat / selsema
9. Sakit gigi / sakit tekak / batuk / batuk kering / tiroid
10. Sakit bahu / masalah jantung / hati / paru2
11. Tekanan darah tinggi dan rendah / Masalah buah pinggang / sakit pinggang
12. Sakit perut / cirit--birit / gastrik / angin dlm badan / buasir
13. Sakit lutut / sendi (Arthritis)
14. Berat badan berlebihan / peha besar / selulit / kadar metabolisme rendah
15. Kurang selera makan 
16. Lumpuh / angin amar (stroke) / masalah saraf
17. Penyakit kulit / kulit kering 
18. Lemah badan / kurang tidur / sakit kepala 
19. Luka / sengatan serangga 

CARA PENGGUNAAN KRIM :
Urut perlahan-lahan setengah sudu teh krim ini 2 kali sehari seleas mandi di leher ( ke atas ) / atas lengan / Payudara ( ke atas dan ke dalam ) / belakang badan berhamiran pinggang ( ke bawah ) / pergenlangan tangan (bulatan ke atas) / perut (bulatan arah jam) / bahagian dalam peha (bulatan ke atas). Tidak di sarankan penggunaannya kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG PERLU DI SAPU MENGIKUT JENIS PENYAKIT
1. Kegemukkan / obesiti - sekitar peha / perut / lengan / pinggang
2. Jerawat / jeragat - Sekitar leher
3. Penegangan muka / kecerahan muka - bahagian dalam lengan
4. Keguguran / sukar mendapatkan anah / hormon tak stabil / haid tidak teratur - sekitar rahim iaitu di bawah pusat
5. Kencing manis - Kawasan pankreas (antara perut & dada) jika telah luka / busuk / hampir dipotong, sapu di sekeliling kawasan tersebut.
6. Sakit kepala / migrain - belakang telinga (bahagian yang keras) dan tengkuk
7. Meningkatkan kecerdasan /IQ - Tengkuk dan belakang badan
8. Rambut gugur / uban - Kulit kepala
9. Sakit mata / katarak / rabun - Sekeliling mata
10. Resdung / selsema - Sekitar hidung dan leher
11. Asma / berdengkur- Leher, hidung dan dada
12. Sakit gigi - Tempat yg sakit & bahagian luar pipi 
13. Tiroid - Leher
14 . Batuk - Leher & dada
15. Sakit jantung / dada / darah tinggi - dada dan belakang badan


Me : inilah maklumat yang aku dapat sebelum mencuba. Apapun cubalah goegle sebelum mencuba... 

Allah SWT sahaja yang mampu mengubati semua penyakit.... Dengan izin Nya semuanya akan sempurna... amin.......


Friday, 31 August 2012

Riang ria bersama adik ku Rohaizah @ Ati and de gengs...

Bunga-bunga Matahari, harum mekar di taman hati....  wow! berlaku riang pula... Hari ni aku dan C Luv pergi rumah ayahanda yang tersayang... terasa rindu melihat seraut wajah tua namun masih terserlah tampannya... hehehe itulah ayahanda Abdul Hamid....

Adikku Rohaizah dan anakanaknya serta adik bongsu ku Mohd Rozaimi juga turut memeriahkan majlis karoookkkks bersama ayanhanda hari ni.... tapi dorang semua tak bole pakai huhuhu adakah patut aku sorang saja yang kongker micropon hahahaha.... pandai dorang ya... dalam nyanyi-nyanyi tu sempat lagi candid-candid bersama adik tersayang ku... jurugambarnya siapa lagi kalau tidak si Roslan... c Luv hehehehe... dia kalau jadi juru candid habislaaaa..... penyaya bilang orang Sabah... kalau semenanjung pula penyakat... hahaha... inilah candid yang menjadi penyeri majlis tu...

hahahaha ini posing belum jadi lagi.... 
aik mcm tinggi pula adik ku ni atau aku yang tlampau membongkok kot...
oppppsss..... ter over pula... hehehehe....

adeee.... ada pula geng si Ati di belakang tu
cak!!!

si ati bertapuk la pula... siapa dapat lawan pipi tembam ni...

cakap cepat! bila mo gumuk macam aku ni... klu tak aku tembak ni hehehehe.........
huhuhuhu......

wow......



inillah.... candid-candid yang rajin aku upload buat masa ni... sekarang sudah menunjukkan jam 2.45 pagi da.. mata pun da pinar-pinar mengadap laptop kesayangan ni.... bagai mata bertentang mata pula dengan skrin ni... 

Inilah kegembiraan kami, inilah salah satu rahsia di sebalik kebahagiaan Abdul Hamid. mungkin ada yang tak percaya atas sebab ayahanda yang suka bermusafir ke sana kemari.. cewah!... hehehe.... kalau nak tahu itulah nikmat kehidupan baginya... walaupun di mulutnya bagai menceritakan kisah donggeng sehingga yang memandang terasa ingin menokok tambah bahan isi ceritanya kerana berbagai andaian yang termuntah di benak fikiran... realiti tersisip dari lipatan kain hehehe... bagai kata ayahanda ku "Aku punya sukalah!..." hehehe.... jangan cuba-cuba menokok tambah ceritanya.... kalau nak cuba... silakan.... hehehehe....

haaaa..... inilah hasil candid c Luv apabila anakanda dan ayanhanda bergabung... meletup! karroooookkkks... terus..... tengah layan lagu raya.... nak ulpload videonya audionya la pula tak cantik huuuu... alasan kah tu hehehehe.... habis satu vcd kami layan... 


Me : Aku tetiba rindu menghambat hati bila melihat gambar-gambar ni.... ada yang kurang pada gambar--gambar ni.... bonda....... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu... 





Friday, 24 August 2012

Matahari berkata lagi...

Kata selembut bayu, seharum bunga...
kau membuat potret ku tersenyum
terukir indah lakaran itu
menjadi hiasan seni jiwa ku
tersentuh rasa tersentuh minda
begitu sekali kau menatang seni itu
tutup rahsia tersembunyi 
kau pegang erat di jemari mu
kerna itu aku sering rasa indah di kanan mu
menghias mata dan hati mu... 
menjadi hak kekal untuk mu...
biarpun aku dan kau milik Nya...

Me  : sekadar mencurah rasa gian berpuitis atau bermadah... atau luahan rasa.... 

Wednesday, 22 August 2012

Raya ku 2012

Salam Lebaran untuk para penghuni alam semesta ciptaan Tuhan yang terlalu indah untuk di terokai dan di nikmati.... Alhamdullilah.... itu lah Malaysia....

Sejalan dengan berlalunya Ramadhan tahun ini, kemenangan akan kita gapai
dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
dalam kesempatan hidup ada keluasan ilmu
hidup ini indah jika segalanya kearan Allah SWT
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN...

Raya ini aku masih tidak puas menikmatinya... bukan pasal raya sebulan sahaja cuma aku tidak cuti raya untuk menikmatinya bersama keluarga yang aku cinta. Ye lah... aku yang menurut perintah... hehehe.... apapun aku bersyukur walaupun hanya sampai raya ke 3 sahaja aku bersama keluarga dan saudara tercinta berjumpa dan berkumpul ramai2, itulah kesempatan yang mampu ku luang untuk bersama. Tapi saudara yang jauh-jauh Princess menyusun sepuluh jari memohon maaf dari kejauhan kerana tidak dapat terbang ke sana. Oleh itu, princess terbangkan potret-potret lebaran untuk hiasan minda dan mata agar khabar dari jauhan terjawab.... 


Satukan tangan, satukan hati, itulah indahnya silaturahim, di hari kemenangan kita padukan, keikhlasan untuk saling memaafkan....
Keluarga Abdul Hamid Abol Hassan bersama menantu

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah, bila salah dan lhilaf telah terjadi maka mohon maaf lahit dan batin atas kesalahan....
C Luv dan Me... 
Raya ke 2 - rumah ipar

1 Syawal sudah tiba, Takbir bergema menggegar jiwa, jika ada salah dan dosa, maaf di pinta di hari mulia....
Princess Diaries
Jangan sia-siakan lebaran kita..


Ingin mengucapkan selamat hari raya, kepada yang jauh di mata, ingin menghantar kad raya, posmen ambil cutilah pula ~ pantun
Kak Riney, Lily and Ati
Raya ke 1 - Rumah Takis


Kami berkunjung-mengunjungi ke rumah saudara marah. meminta maaf agar dosa di hapuskan, anak-anak muda berasa sungguh gembira, sanggup berbaris panjang dapatkan duit raya hehehe
Gurauan di pagi raya ke 2 

Ramadhan berlalu du ulit rindu dan sendu, Syawal yang tiba disambut penuh syukur dan ceria, Semoga berbahagia pada hari lebaran...
berkumpul di pusara mertua...

Sebening wuduk, sesuci Al-Quran, Seindah dan setenang hati yang tiada benci, Iri hati dan dendam, Jika tangan tak sampai berjabat, Jika wajah tak bersua, Bukalah pintu kemaafan, Saya menyusun 10 jari memohon jutaan ampun dan maaf...
Pusara Bonda 

Pusara Mentua


Syawal tiba pelbagai rasa dalam hati ini, Aku bersungguh-sungguh menghayati lebaran ini, aku ingin kongsi rindu ini pada semua yang aku sayang. Syawal dalam Masihi ini terasa bagai bintang berkelip-kelip di mata ku, C Luv peneman setia di mana sahaja aku berada... menjadi sumber potret senyuman ku. Terima Kasih Ya Allah... kerana menciptakan Ramadhan dan Syawal untuk di Rasa oleh Umat Mu... Syukur Alhamdulilah....