princess Luv

Sunday, 23 November 2014

Diaries Ku ~ Kawan OH Kawan Kali Keduanya

Diariesku buat kau... kenalilah aku bila kau mahu... jangan sakiti aku....

Setelah Aku Mengenalinya...


Aku termenung, berkhayal bagai hilang rasa dan berfikir tentang SAHABAT.
Entahlah... aku merasakan macam ada kelainan bila jalinan salaman persahabat bermula. Adakah memang resam ada terselitnya ketidak ikhlasan atau kepalsuan. Aku termangu dan terpaku sekejab bila memikir itu. Dimanakah rasa kasih sayang bersama kawan diantara mereka. Aku mula merasa muak! kenapa aku harus menerima keadaan seperti itu? adakah aku memang tidak mampu memberikan kepuasan persahabatan kepada mereka? atau aku yang bersalah antara mereka dan mereka. Aku bukan mahu seakrab bagai isi dan kuku sebab aku telah ada sahabat seperti itu. Aku bukan mahu seakrab seperti belangkas kerana sahabat seperti itu juga aku telah temui. Aku cuma mahukan sahabat yang ikhlas menerima aku sebagai sahabat di tempat kerja ku, kerna kau ku pandang selama 8 jam setiap hari ku berada di pejabat. Aku mahukan kerjasama yang baik dan sebaiknya untuk membantu setiap kerja-kerja yang telah di arahkan selesaikan dengan baik dan cepat. Perlukah ada benteng yang boleh memisahkan kita melakukan kerja-kerja yang telah diarahkan. Aku telah lelah... lelah oleh sikap mu...

Aku menerima mu kali ke dua setelah kau melukakan aku kali pertama yang mengingatkan aku 10 tahun lalu. Aku memerima mu kali kedua atas alasan bahawa kita bersengketa adalah kerana orang ketiga yang menjadi batu api yang sangat cemerlang dengan actingnya yang begitu berjaya sehingga kita boleh bergaduh begitu teruk. Aku sangat benci bila perkara itu akan berulang lagi. Tapi untuk kali kedua ini rupanya kaulah yang menyimpan jarum sebenar! Apa sebenarnya motif kau melakukan itu terhadap ku? Kau tidak punya hati yang ikhlas untuk berkawan semula dengan ku? Sedangkan yang menyatukan kita untuk kali kedua ini adalah 'KERJA!'. Kenapa aku terlalu bodoh menyerahkan hati dan rasa sayang ku terhadap kau sehingga aku tidak sedar betapa kejamnya kau melakukan begitu terhadap ku! Begitu juga dengan yang lain aku berkawan bukan hanya membantu setiap kerja yang ada namum aku ingin kita berkerjasama dalam satu pasukan BUKANLAH MENIKAM ORANG DENGAN PEDANG YANG SANGAT TUMPUL!...pasti hairankan kan... kenapa istilah pedang tumpul yang aku gunakan... ya hanya aku sahaja yang tahu betapa kau cuba menusukka ku beberapa kali namun hanya segelintir sahaja yang nama sakitnya... kau harus tahu... Begitu kejam sikap mu mencanang maruah ku walaupun itu PALSU! Pada mulanya aku tidak percaya namun aku juga mempunyai naluri yang kuat bahawa kau telah melakukan sesuatu tanpa aku sedari. Sejak bila pula itu berlaku aku pun tidak pasti. Namun yang aku tahu aku telah mendengarnya beberapa minggu yang lau oleh seorang sahabat yang bertanya ku secara seponta. soalan cepu emas...
"Betulkah backgroun ko buruk sebelum ni?"
wow... soalan apakah itu sehingga membuatkan aku tersentak! Aku hanya tersenyum mendengarnya.  Tak perlu aku terangkan macam orang gelabah. Aku hanya kata kalau mahu tahu jom lah kita jalinkan persahabatan dulu hehehe... walau gurauan tapi ianya penuh makna.Kawan ku bertanya lagi untuk kali keduanya. Saya pun hairan kenapa kau sanggup mengata yang bukan-bukan kepada kawan-kawan sepejabat kita begitu? Padahal mereka baru aku kenali namun telah mendengar cerita yang tidak baik dari kau! Saya juga ingin bertanya pada kau apa yang buruk tu! namun aku tidak mahu perbalahan berlaku untuk kali kedua., jadi jalan yang aku buat hanya berdiam diri dan buat perkara itu tidak pernah aku dengar dari mana-mana pihak. Dan sememangnya kau memang tidak mengetahui bahwa aku telah mengetahui segalanya... bukan satu pihak tapi banyak pihak yang mengenaliku secara dekat atau pun yang belum mengenaliku sepenuhnya bertanya macam-macam. Darimana mereka dapat cerita palsu tu?. Mengalir airmata ku dengan apa yang kau lakukan pada aku. Kenapa kau laku kan begitu! Tapi aku percaya pada Karma Tuhan... dan Aku Percaya pada Tuhan bahawa semua itu ada hikmah yang tersembunyi. Walau sakit namun aku harus gagahinya. Terkadang aku berfikir buang masa sahaja memikirkan soal-soal tikam belakang ni. Tapi haruskah aku buat BODOH! biarkan ianya sewenang-wenangnya kau lakukan. 

CEMBURU? Adakah sikap itu yang telah menguasai diri kau? dan bolehkah kau berterus-terang pada aku apa yang buatkan kau tidak berpuas hati dengan aku. Bolehkah kau bagitau aku apa yang lebihnya aku dari kau sehingga kau tikam aku dari belakang. kau mengatakan kepada semua yang kau kenali bahawa ramai yang membeci aku dan ramai yang tidak suka berkawan dengan aku... Wo..... adakah aku tersalah dengar... setelah ku kaji memang benar kau yang bercakap itu semua. Adakah kau sedar atau tanpa kau sedar atau pun kau sengaja buat begitu agar nama aku makin buruk di telinga sesiapa sahaja yang mengenali aku mahupun kau. Sejak aku mula masuk ke Jabatan itu aku masih ramai kawan biar lama atau baru masih bersama aku bertanyakan khabar dan sering bertegur sapa. Walau di luar pejabat sekalipun mereka masih menghubungi ku dengan mendendangkan perbagai cerita-cerita riang duniawi sambil ketawa mesra. Jangan tanya kalau whatsap... sememangnya itu salah satu mengeratkan lagi persahabatan mahupun saudara mara. Namun memang aku tidak menghalang sekiranya ada pihak yang tidak suka dengan aku. Itu terpulang kepada hati budi mereka sendiri untuk menilai. Apapun aku sedar berlakunya semua ini kerana ada benih cenburu yang tertanam dalam hati kamu. Cemburu itulah yang mendorong kita akan menjadi jahat atau pun baik. terpulang kepada setiap individu. Aku juga pernah cemburu... namun aku anggap itu sebagai ujian dari Tuhan untuk aku terus maju atau menjadi lebih baik. 
 Wahai sahabat-sahabat tersayang ku, bila aku salah tolonglah bawa saya berbincang, bila aku terlena dengan duniawi bangunkanlah aku dengan ayat-ayat yang cantik ke telinga ku agar aku mampu mendengar dengan jelas. Sahabat ku jauhilah kita dari perasaan NERAKA tu... kerana perasan itu akan mendorong kita buat lebih jauh lagi... Tolonglah biarlah kita bersahabat di jabatan sahaja kalau itu yang kau mahu. Kita berkerjasama bila di pejabat sahaja tapi sekiranya kau mahu membuat ku musuh mu bila di luar pejabat terpulanglah itu adalah hak mu. Aku tidak menghalang apap-apapun keinginan kau sebab aku tidak layak itu semua. Pada kawan-kawan ku yang lain bersama-samalah kita perbetulkan apa yang silap dan apa yang warnanya yang telah di keruhkan. Aku sedia menerima apapun seperti selalu.... 

Aku hanya mampu tersenyum bila dia memburuk ku
Aku hanya mampu melihat bila dia cuba menikam ku
Aku hanya mampu berpaling bila dia cuba berlakon di depan ku
dan aku hanya terus berdiam....

Sesungguhnya aku memaafkan segala yang telah kau buat pada ku. Aku tidak mampu menyimpan rasa marah terlalu lama. Aku sayang semuanya yang Tuhan berikan pada ku termasuk rakan-rakan sekeliling ku. Aku akui aku juga punya kelemahan sebab itu aku mengambil keputusan dengan rela hati ku untuk memaafkan segalanya yang telah kau lakukan pada ku biar pun ada yang cuba mempercayai kata-kata kau itu juga aku maafkan... Semua itu Tuhan telah aturkan untuk kita... Aku tahu kau juga tidak mengetahui bahawa aku telah mengetahui segalanya. Sebab itu lebih baik aku berdiam sahaja dan AKU TIDAK MAHU PERBALAHAN BERLAKU UNTUK KEDUA KALINYA WAHAI KAWAN KU...
Wahai matahariku... kau ambillah keluhan hati ku ini... Tenanglah jiwa ku bila kau bersama ku mahatariku....

Wednesday, 16 April 2014

FIKSYEN 302 - RAMLEE AWANG MURSHID

Aku dan Novel....
wa... macam lama sudah aku tidak mencoret aktiviti di sini. Sungguh rindu pula untuk menari-narikan jari dengan coretan rasa ini. Sebenarnya aku baru habis membaca novel ini, dari tahun lepas aku membelinya dan sanggup MENCARI sehingga lebih 3 kali aku ke kedai buku untuk mendapat novel ini. percaya atau tidak.... novel ini sungguh laris.... Sehinggalah aku berjaya mendapatkannya. Namun baru sekarang aku habis membaca selepas seminggu berlalu menghabiskan bacaan ku. Maksud aku tahun lepas beli tapi tahun ni baru start baca... rehat yang terlalu lama buat otak ku menjadi beku! Di sini aku menyatakan............... 
AKU TIDAK RUGI MEMILIKI NOVEL INI!

*NGERI *GELI *SUSPEN * KONFLIK *KESETIAAN *PENGORBANAN *ABSTARK


TRIONOVEL KARANGKRAF

SINOPSIS 

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilkar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - Seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar Psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


me : 4 STARS jawapan dariku... jangan tanya aku kenapa, jangan tanya apa indahnya isinya...dan jangan aku apa RASA ku... bacalah anda pasti tahu betapa ruginya lambat memilikinya dan betapa ruginya lambat utk menbacanya....

Monday, 9 December 2013

Penat menjawab soalan...

ku titipkan hati yang sedang berbunga harum... wahai matahari ku tolonglah jawab mewakili aku... aku telah penat namun sangat gembira untuk berkongsi rasa ini... 

Perubahan ini mulanya aku tak perasan kerna hanya mengikut ajakan kawan untuk menjadikan aku testemonia sahaja. Siapa tak mahu kan, kalau nak cantik perlulah yakin... sudah sebulan mengambil produk ni, perubahan amat ketara bila aku penat menjawab soalan-soalan dari sebelah telinga kiri ku dan sebelah kanan ku... dari kawan-kawan terdekat aku lah... memang aku terkejut mendengar pujian dari mereka. Tanpa aku sedar kulit ku makin cerah kemerah-merahan kategori sihatlah tu. Perubahan ini memang aku tidak menjangka sehingga kawan-kawan juga turut ingin mengambil produk DVA yang aku makan. Alaaa... macam Vitamin C juga rasa dia. Tiada kesan-kesan yang memudaratkan kesihatan sebab ianya di jamin HALAL dan Selamat. 

Setiap pagi sebelum berus gigi? aiyooo.... mula-mula dia bagitau minum macam tu macam lain ja perasaan sebab aku biasa selepas bangun tidur mesti berus gigi sebelum makan atau minum. Mula-mula cuba memang rasa janggal lama-lama jadi biasa da... tapi hanya untuk DVA sahaja. Rasa sedap macam makan buah-buahan ja pagi-pagi ni. Sekarang setelah mendapat respon dari kawan-kawan sekeliling aku nekad untuk teruskan mengambil produk ini sebagai minuman sampingan untuk kesihatan. Kalau mahu cantik mesti pentingkan kesihatan dulu. Itu cara aku. Kalau cantik sahaja tapi bahaya baik buang ja produk tu! hahaha... apa-apa pun aku sangat-sangat berterima kasih bagi kawan aku yang menawarkan aku sebagai testemonia dia. Sangat menjadi tanpa aku sedari. Alhamdulilah.... bagus untuk mereka yang jarang makan bua-buahan.

MAHAL? pertanyaan yang kedua aku alami dari kawan-kawan ku... sangat mudah dan sangat berpatutan. Tidak sampai RM200 pun. Dengan beberapa packed di dalam hanya RM127.00 sahaja. Tak mahal sampai beratus-ratus macam produk tuttttt........... Di zaman sekarang ni...banyak produk di jual mahal dan bukan ramai yang mampu untuk membelinya. Syukurlah ada produk DVA ni mampu di miliki sambil mendapat kesihatan yang baik... 

inilah rahsia ku....


Me : ~ Kalau ada yang baik di hadapan janganlah tamak menoleh ke belakang lagi....

Tuesday, 12 November 2013

DVA FIBRE CAFE

Shape Up Your Body
DVA Fibre Cafe is made from imported Arabica Coffee Bean with Soluble Fibre and added L-Carnitine from Japan


Makan tambahan mewah. Untuk cell induk, bagi membina kesihatan dan juga kecantikan dari dalam tubuh. Di perkaya dengan Mix Berry, Wild Lingzhi, Bio Marin dan juga Kolagen. Khasiat Dva Cell ini, membantu mengatasi kanser, mencerahkan kulit, menegangkan struktur kulit, membina sel-sel baru, anti penuan dan menstabilkan metabolisma tubuh. 
 Untuk maklumat lanjut sila inbox atau komen di bawah ini sebagai mendapatkan maklum balas. Saya pasti akan guide anda dalam memperolehi kesihatan yang cantik dengan tubuh yang menarik. Tidak kira lelaki atau wanita boleh mengamalkan DVA Fibre Cafe. Lazat dan menyegarkan badan. Cepat stok terhad...

Me  :  Percubaan yang berkesan... telah mengamalkan hanya 1 bulan dapat melihat hasilnya... selain dapat merasakan kelazatan coffee untk DVA Fibre Cafe dan berry utk DVA Cell . Oleh itu sayangilah diri sehingga diri terasa amat dihargai...

 gambar di atas ni selepas mengunakan DVA Fibre Cafe dan DVA Cell

gambar ni masih gemuk dan berat hampir 58 kg huhuhuhu
 ini berat hampir 60 kg huhhuhu sangat-sangat tak sesuai dengan saya