princess Luv

Tuesday, 12 November 2013

DVA FIBRE CAFE

Shape Up Your Body
DVA Fibre Cafe is made from imported Arabica Coffee Bean with Soluble Fibre and added L-Carnitine from Japan


Makan tambahan mewah. Untuk cell induk, bagi membina kesihatan dan juga kecantikan dari dalam tubuh. Di perkaya dengan Mix Berry, Wild Lingzhi, Bio Marin dan juga Kolagen. Khasiat Dva Cell ini, membantu mengatasi kanser, mencerahkan kulit, menegangkan struktur kulit, membina sel-sel baru, anti penuan dan menstabilkan metabolisma tubuh. 
 Untuk maklumat lanjut sila inbox atau komen di bawah ini sebagai mendapatkan maklum balas. Saya pasti akan guide anda dalam memperolehi kesihatan yang cantik dengan tubuh yang menarik. Tidak kira lelaki atau wanita boleh mengamalkan DVA Fibre Cafe. Lazat dan menyegarkan badan. Cepat stok terhad...

Me  :  Percubaan yang berkesan... telah mengamalkan hanya 1 bulan dapat melihat hasilnya... selain dapat merasakan kelazatan coffee untk DVA Fibre Cafe dan berry utk DVA Cell . Oleh itu sayangilah diri sehingga diri terasa amat dihargai...

 gambar di atas ni selepas mengunakan DVA Fibre Cafe dan DVA Cell

gambar ni masih gemuk dan berat hampir 58 kg huhuhuhu
 ini berat hampir 60 kg huhhuhu sangat-sangat tak sesuai dengan saya


Thursday, 17 October 2013

Rezeki datangnya dari Allah SWT...

WaHAI Matahariku... askum.... lama ku tinggalkan saat manis pahit bersama mu wahai Matahari ku... bukan aku sombong, angkuh, berpaling tadah atau lupa tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan aku untuk mengukir cinta dan kasih di dada mu... Ketahulah wahai Matahariku rindu di dadaku sangat  mampat untuk berkongsi rasa dan segalanya di setiap cahaya kasih mu...
muaaahhh.... ciuman kasih untuk mu....
kini khabar ku layangkan...
rindu mu juga telah terjawab....

Alhamdulilah... bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana 2013 ini banyak perkara-perkara yang baru aku pelajari dan di susuli rezeki dari Allah SWT yang membuatkan aku sentiasa belajar erti  bersyukur dan berterima kasih. Rezeki itu bukanlah hanya wang ringgit, rezeki itu meliputi semua rahmat Tuhan bagi kita, dari segi pelbagai aspek seperti kesihatan, kedamaian, ilmu, keluarga yang sejahtera bahagiaan dan segalanya datang dari Yang Maha Esa.... alhamdulilah... semoga hari-hari yang mendatang aku dan keluarga ku bersama Rahmat dari_Nya...

Allah sentiasa memberi, cuma kita perlu belajar Terima dan Bersyukur. Terkadang kelebihan yang Allah berikan pada umatnya di pandang Rasa cemburu dan prasangka buruk oleh insan-insan yang tidak suka melihat kejayaan orang lain. RIAK! jauhilah sifat itu kepada aku dan keluarga ku. Aku terkedu, terkejut apabila aku di tuduh RIAK!... insan itu menilai dari segi apa? Kenapa tidak berfikir sebelum menilai seseorang. Tapi tidak apa aku anggap itu sebagai satu teguran atau sekadar angin berlalu. Tidak meninggalkan kesan di zahir mahupun batin. Inilah sifat-sifat manusia yang suka memberi jarum dan api tapi bukan bunga dan haruman wangi. Apa pun aku bersyukur kerna aku ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bersama untuk ke arah kebaikan. Saudara mara sentiasa bersama walau jauh atau dekat, sebab kecanggihan dunia mampu menghubungkan kami antara satu sama yang lain. Alhamdulilah... sekali lagi...

"Rezeki ada dimana-mana... Datang tanpa di duga, Tepat pada masa, yang penting Usaha dan Tawakal" 


Me : Kejayaan lahir dari usaha... Usaha yang gigih lahir dari semangat pada diri... semangat pada diri lahir dari kemampuan zahir dan kemampuan lahirkan keikhlasan hati... 
Bersyukur akan segalanya nikmat dari_Nya....
Kekurangan itu satu cabaran hidup...


Tuesday, 7 May 2013

SISA SEBUAH CINTA KARYA IAN JULIANA




Sinopsis...

Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup renda. Kisah hitam yang disimpan kejab dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, iktan pernikahan yang terbina tdak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusan itu telah menghancurkan hati Renda yang telah menerimanya dalan hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanlah dia mulakan hidup baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyanginya. Namun, mampukah kebahaiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal di hadapi oleh Renda.