princess Luv

Sunday, 31 March 2013

KIRIMKAN AKU MALAIKAT MU BY MULIATI ABDUL

Cinta itu aneh. Dalam aneh ada indahnya. Dalam indah ada dukanya

Sinopsis

Terhimpit dengan status anak angkat di dalam keluarga. Nurul rela mengekang perasaan cinta pada abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang di sangka kekasih abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagian abang Hakim dan Ain Najwa.

Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya mungkin Nurul Akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya. 

Masing-masing menahan rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.

Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.

Gerhana dihatinya muncul apabila Umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang di tabur oleh Umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.

Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengenepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus? 

KIRIMKAN AKU MALAIKAT MU....

Nurul Syuhaida : "Kehangatan rindu ini milikmu, Firdaus. Rindu yang tidak pernah luput dari sanubariku. Kerana rindu itu menjadikan aku lupa pada Hakim di sisiku. Lupa pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Namun aku tidak mampu melupakan kesetiaan Hakim padaku."

Luqman Hakim : "Aku tak mahu memaksa Nurul. Dia juga punya hati. Punya perasaan. Bukan boneka yang boleh diperlukan begitu dan begini. Aku menjunjung tinggi erti kemanusiaan dan cinta. Kau harus mengerti cinta antara lelaki dan perempuan tidak seharusnya dibias 'keterpaksaan'. Itu kerja gila namanya."

Ahmad Firdaus : "Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya. Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan. Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup yang saling mempercayai Nurul, Selagi nadi masih berdenyut, aura ini tetap milikmu."


buy : 23.04.2012 ( by pos)
start : 24.03.2013 ( ahad)
end : 31.03.2013 (ahad)

Me  : sesejuk salju menusuk di tulang temulang ku, begitu rasa yang aku lalui semasa cuba memaksa hati untuk habiskan bacaan ku... pada mulanya aku takut untuk menyudahkan novel ini kerna aku takut cintanya pada lelaki yang bernama Ahmad Firdaus akan kecundang. Aku tidak suka akan perasaan bila kena buat PILIHAN... yes! kenapalah ujian itu yang di berikan pada watak Nurul... Aku seolah memahami kesakitan yang nurul alami. Memang aku selutlah jiwa tabah mu Nurul. Aku dapat RASA yang dalam dalam novel ini. Tahniah pada penulis muda ini, teruskan usahan anda untuk jadi penulis yang menjadi kegemaran semua peminat novel. 

Aku suka juga Watak Ahmad Firdaus dan Luqman Hakim... kedua-duanya amat romantik, caring dan sangat-sangat segak hehehehe... kalau aku di tempat Nurul, memang sukar untuk buat pilihan... 
pengorbanan kedua-dua watak ini amat menyentuh Rasa ku... 

Inilah kata-kata yang sangat menyentuh  :
Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya
Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan
Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup saling mempercayai
Nurul, selagi nadi masih berdenyut, 
AURA INI TETAP MILIK MU...


4 STARS.... TWINKLE3.....

Thursday, 21 March 2013

MERAHNYA CERI BY ZULINA

BERAPA PERATUS WANITA DI DUNIA INI TIDAK PERNAH KECEWA DENGAN CINTA PERTAMA?

Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!

Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampai hatinya dia!

Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa lagi pun!!!

Bagaikan sebuah drama... Tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilaman saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa di kesan.

Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup 'buku cintanya' pada lelaki yang tidak setia itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?

Zulina membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang sentiasa di uji cintanya. Merahnya Ceri di tangan Zulina tentunya menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?

BUY : 23.01.2012 (1B)
START : 21.03.2013 ( KHAMIS )
FINISH : 24.03.2013 ( AHAD )

TUNGGU AKU HABIS MENJELAJAHINYA... ADAKAH TERPAUT ATAU PUN HANYA SEKADAR BERHIBUR UNTUK MEMBACA????....

ME : merahnya Ceri semerah ceritanya. Pengorbanan Mr. Hiro terpanah di hati ku. Ya! aku memang dapat rasakan pengorbanan dan kesakitan yang dia alami. Wow! memang menepati citarasa hati ku.. tahniah kepada penulis yang pandai mengatur, menyusun dan mencantikkan plot ke plot yang semakin menusuk rasa hati ini.... 

**** 4 STAR.... 




Wednesday, 3 October 2012

Kenangan terindah.... Kepayan ( IPK )

bila terpandang pasti rindu menjelma....
rasa baru semalam aku tinggalkan tempat aku membesar....
Kepayan penuh cerita hidup ku.....
inilah gambar yang aku copy paste dari rakan fb ku Azmi... tapi ini bukanlah berek paragam tempat aku membesar , tapi ianya  sama juga dengan berek paragam. Sedih jugalah bila terpaksa meninggalkan tempat membesar dan bermain bersama rakan-rakan sepermainan ku pada tahun 1997.... 
 Berek paragam telah pun di robohkan dan di gantikan dengan padang kawat. Menjejak kenangan dulu semasa masuk ke kawasan  ini rasa macam tak percaya berek paragam sudah tiada. Aku mula tinggal di kepayan tahun 1982 wow! umur aku baru 2 tahun. teringat kenangan semasa membesar di sini. Dulu masa zaman kanak-kanak ku, aku selalu menangis sebab adik ku c ati. Ye la masa tu kami berdua ja yang ada sebelum lahirnya Mohd Firdaus dan Mohd Rozaimi... bukan apa c ati ni buat aku risau ja, asal bermain-main dengan dia mestilah ada ja yang berlukaan. kalau kecil luka tu tak pa juga, ini sampai berjahit di mukalah, di dahilah sampai aku pun risau mau bawah dia bermain. Tapi aku bermain sendiri dialah pula selalu jadi penyibuk... aduiii.... memang nakallah adik aku ni.... dia yang luka, aku lah pula menangis macam tercabut nyawa hehehe.... dia relaks pula.... tetiba aku teringat kereta mainan yang melekat di rambut c ati masa kecil-kecil dulu... hahaha lucu betul.... masa tu dia main kereta mainan dengan anak jiran sebelah c wan. Habis rambut c ati kena gunting... sumpak! 
Sukar aku bagiku melupakan segala kenangan di kepayan. Aku rindu Arwah mama, Aku rindu abah masa dia pergi kerja dan wangian spray rambut abah tiap pagi sebelum pergi kerja. Aku rindu segalanya masa itu... di kelilingi family, sahabat dan jiran. Sungguh tidak ku sangka masa berlalu begitu cepat. Terasa baru semalam aku berpindah keluar dari sana.
Kepayan banyak mengajar aku mengenal pelbagai Rasa Kehidupan. Aku mengenal rasa sakit, bahagia, rindu, cinta dan segala rasa bermula dari sini. Biarpun hidup dengan penuh kesederhanaan namun segalanya tetap ada 'rasa Cinta dan Bahagia...' tidak kira sama ada bersama keluarga, jiran dan sahabat serta kekasih-cinta monyetlah katakan... Terimbau lah pula kenangan bersama sahabat-sahabat yang boleh di katakan saudara atau abang sebab kami bagaikan adik beradik. Ya! aku rindu saat-saat aku mempunyai abang-abang angkat hehehe... namun aku lebih bahagia sekarang mempunyai abang sebenar dalam hidup aku iaitu C Luv... ops! en. suami ba... kekeke..... Ramlee, Sapra, Arwah Razali selalu berkunjung ke rumah bercerita-cerita dengan arwah mama.Oleh kerana mereka selalu menjaga dan bersama aku semasa pergi latihan menari di padang polis menghantar pulang sehingga depan pintu. Wah! macam princess lah pula... ye lah dah namanya kawan rapat so kenalah jaga satu sama lain kan.... arwah mama senang aku berkawan dengan mereka sehingga mama anggapp mereka bagai anaknya juga. aduiiii.... rindu sangat dengan mama... Ya Allah Engkau Rahmatlah Roh mama ku..... aku beruntung mengenal sahabat seperti mereka yang sering mengajar dan memberi nasihat yang berguna untuk aku menghiasi zaman remaja ku... Kenakalan abang Ramlee juga sering menjadi penghibur di kala aku sunyi dan marah mahupun sedang bahagia... dia selalu buat lawak kalau lawak dia da bercampur dengan c sabrina (gurl dia la tu ) mesti habis aku kena nyaya... memang dorang team yg hebat kalau nak menyakat orang hehehe.... dia juga pandai bermain gitar, di luar rumah aku lah dia melalak memetik gitarnya membawa perasaan kalau dia ada masalah dengan gurl2nya tu... simpati juga bila teringat dengan hubungan dorang. Di berek paragam jugalah semua kenangan bersama mereka bermula. Dengan mereka jugalah aku mengenal erti sahabat yang sejati. Bila teringatkan abg Sapra... huuuu... dialah teman persatuan kebudayaan ku. Mulanya aku lihat dia bagai orang yang penuh misteri hahaha bukannya apa, sebab dia seorang yang pendiam dan perahsia... Saya kenal dia pun dari seorang sahabat iaitu norbaya atau di kenali c bayah... dulu abg ni rapat dengan c bayah, tapi tak taulah pula tetiba rapat dengan aku, alaaa itulah di katakan anak polis, mudah mesra dan ramah... lagipun kami satu team penari kebudayaan sribayu anak-anak polis. Bagi aku yang lucunya dengan dia ni, kalau dia bawa kenalan dia dan kenalkan dengan aku mesti buat aku sakit kepala. Ye lah tetiba ja kenalan dia tu main suka-suka pula dengan kita hehehe.... nakalnya zaman remaja ku.... namun aku cukup menghargai kenangan itu... kalau nak ingat tentang arwah Razali (semoga rohnya dirahmati Allah)... sama jugalah perangai dia dengan c sapra dan ramlee... masing-masing ada funny dan karenah... tiga jejaka ni juga lah yang rapat dengan arwah mama ku. Dorang ni satu team, kalau dah berjumpa bergegar bukit kepayan tu oleh dorang... suka melalak ja kerja dorang... tapi seronok berkawan dengan dorang...  aku start kenal mereka masa umur ku darjah 6 sampailah tingkatan 5... selepas dari sana kami berhijrah ke taman nelly kolombong, dari saat itu hubungan adik-beradik angkat ini makin rengang dan sehinggalah masing-masing berumahtangga....
Tn. Mutu (mendiang)... haaa mesti anak-anak polis kenal dengan nama ini. Apa tidak, dialah selalu mengejar dan tangkap anak-anak Polis yang merayau-rayau di kawasan ipk selepas jam 9 malam. aku dan rakan-rakan yang lain habis saja dari latihan menari terus lepak-lepak sekejab di bawah berek... hehehe apalagi bila terlihat kelibat tn muttu habis lari bertapuk semua. Teringat pula aku bila badan aku yang kurus dulu dengan rakan yang lain bertapuk di bawah kereta... hahaha....lucu ba tengok muka masing-masing, dari mula di situlah aku dan rakan-rakan yang lain lepas latihan terus lepak di rumah aku. Ye lah terjaga jugalah sebab mama dan abah nampak aku depan mata dengan kawan2 sejatiku. Sehingga jadilah anak angkat mama aku. Yelah lagi baik anak di depan mata bersama kawan-kawan kan. Peduli kata orang kata mama ku, yang penting bukan kita buat jahat atau perkara yang tidak baik. Betul juga kan! kalau aku fikir terkadang orang yang suka bercakap yang tidak baik tentang orang lain sebenarnya dia lah yang bermasalah... depan anaknya woookey ja... tapi???? huhuhu stop... hehehe.... dosa....
Kalau di ingat kembali cinta monyet ku... hahaha lucu bangat dongggg..... teringat wayang zaman P.Ramlee lah pula... apa tidaknya... boyfriend belakang rumah ja hahaha.... baru mengenal 'Cinta kunun ba' hahaha.... Walaupun cinta monyet aku tidak lari dari perasaan cemburu buta... wow punyalah kuat cemburu buta ku konon ba... sampai mana-mana orang yang menyampaikan cerita tentang c dia ke telinga ku, aku percaya bulat-bulat... adeeeiiiii..... baru belajar bercintalah kunuk hahaha.... sikap aku ni pula bila orang terlampau banyak buat cerita mulalah hati tu beralih arah... tahu-tahulah zaman remaja penuh dengan cerita... ye lah masa tu boy friend terlampau banyak peminat jadi aku kena lah cuba lupakan dia... huhuhu frusss jugalah masa tu... hahaha alaaa... cinta monyet ba... Ops!!! tapi sekarang aku bukanlah hamba cemburu buta... hehehe... sekarang aku lebih kepada 'Memahami dan Menyayangi'.... ooo my dear suamiku... I luv u much!!!
Dan..... inilah Masjid Kepayan di mana aku sering lalu tiap jam 7 malam untuk pergi latihan menari. Masjid ini jugalah tempat arwah mama ku di mandikan sebelum jenazah mama di bawa ke papar. Memang menusuk kerinduan bila melihat gambar masjid ni. 

Kenangan tetap tinggal kenangan
terpahat rasa di hati membolos ruang ingatan
tersemat segala rasa 
matahari itu jadi saksi
Bulan menambah ruang kecantikan itu
segalanya bermula di sini....


ME : puteri terlena di ulit mimpi... tersentap rasa rindu bila mimpi itu hanya tinggal hiasan minda...

Sunday, 2 September 2012

Lumiglow

Matahari baru mengenali Lumiglow...
Lumiglow adalah produk kecantikan yang di khaskan untuk kulit yang bermasalah. Sebenarnya aku juga baru mencuba untuk perawatan kulit. Ye lah kalau dah namanya wanita pastinya ingin kulit yang sihat dan halus. Sebenarnya Lumiglow ni aku kenal melalui seorang kawan yang terlalu membantu aku untuk terus menjaga kesihatan agar aku cepat mendapat rezeki cahaya mata. Sememangnya aku dan C Luve tidaklah rushing sangat if ada rezeki Tuhan bagi kami sangat bersyukur, namun rezeki itu belum ada ada kami... Insha'llah Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihi suatu hari nanti pasti datang juga rezeki dari Nya... amin... Apapun aku sangat-sangat berterima kasih pada rakan baik ku kerana terlalu ambil berat tentang kesihatan ku. 
Setelah mencuba Lumiglow dalam 1 minggu ini, perubahan yang ketara pada kulit ku, ya memang sangat baik untuk kulit. Kulit aku yang dulunya kering sekarang dah lembab dan beransur sihat. Kini aku membeli lagi Lumiglow untuk stok simpanan ku. Aku menggunakan produk ini untuk menyihatkan kulit dan kesihatan diri. Selama seminggu memakainya aku jarang pening dan sakit kepala, ye lah kalau da banyak kerja mesti letih dan pening kepala. Insha'llah semoga produk ini memberikan semangat baru untuk aku terus menjaga kesihatan. Jika aku terasa kebaikannya maka aku juga harus berkongsi perkara yang baik pada rakan-rakanku, baik untuk kesihatan baik juga untuk yang di sayang... 

Inilah yang aku dapat fahami kelebihan LUMIGLOW.... dari seorang rakan...
Ramai yang berjaya atasi masalah period tidak teratur dan senggugut yang kronik serta seterusnya hamil dengan mengunakan Lumiglow... anda pun patut mencuba krim ini yang hanya untuk kegunaan luar sahaja... Halal, Lulus KKM, Bebas Dadah dan Logam, tiada kesan sampingan, selamat dan Tidak Beracun...

Lumiglow... sesuai di gunakan seisi keluarga tanpa mengira jantina dan umur. Lelaki, wanita, remaja, dewasa, kanak2 dan bayi boleh mengunakan Lumiglow. Gunakan tanpa was2...

KEGUNAAN UNTUK WANITA
1. Ingin hamil dan PCOS
2. Keguguran / rahim tidak kuat
3. Senggugut yang teruk
4. Haid tidak teratur
5. menopause
6. Tidak subur / prestasi seksual merosot
7. Ketumbuhan cyst dan fibroid
8. Menganjalkan payudara
9. Memelihara kesihatan payudara / rahim / serviks
10. Mencerahkan puting payudara
11. mengimbangi & meningkatkan fizikal kewanitaan
12. Menstabilkan hormon

KEGUNAAN UNTUK LELAKI
1. Mengimbangi & meningkatkan fizikal kelelakian
2. Angin pasang
3. Meningkatkan prestasi seksual / ejakulasi pra-matang
4. Meningkatkan kesuburan
5. Menambah kepekatan air mani

KEGUNAAN UNTUK SEMUA (LELAKI,WANITA,KANAK2, BAYI
1. Hormon tidak seimbang
2. Sakit kepala / migrain / stress
3. Iq rendah / otak kurang cerdas
4. Rambut gugur / Uban di usia muda
5. Kulit muka kendur / jerawat / jeragat
6. Sakit mata / katarak / mata berair / rabun / silau
7. Tidur berdengkur
8. Asma / resdung / hidung tersumbat / selsema
9. Sakit gigi / sakit tekak / batuk / batuk kering / tiroid
10. Sakit bahu / masalah jantung / hati / paru2
11. Tekanan darah tinggi dan rendah / Masalah buah pinggang / sakit pinggang
12. Sakit perut / cirit--birit / gastrik / angin dlm badan / buasir
13. Sakit lutut / sendi (Arthritis)
14. Berat badan berlebihan / peha besar / selulit / kadar metabolisme rendah
15. Kurang selera makan 
16. Lumpuh / angin amar (stroke) / masalah saraf
17. Penyakit kulit / kulit kering 
18. Lemah badan / kurang tidur / sakit kepala 
19. Luka / sengatan serangga 

CARA PENGGUNAAN KRIM :
Urut perlahan-lahan setengah sudu teh krim ini 2 kali sehari seleas mandi di leher ( ke atas ) / atas lengan / Payudara ( ke atas dan ke dalam ) / belakang badan berhamiran pinggang ( ke bawah ) / pergenlangan tangan (bulatan ke atas) / perut (bulatan arah jam) / bahagian dalam peha (bulatan ke atas). Tidak di sarankan penggunaannya kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG PERLU DI SAPU MENGIKUT JENIS PENYAKIT
1. Kegemukkan / obesiti - sekitar peha / perut / lengan / pinggang
2. Jerawat / jeragat - Sekitar leher
3. Penegangan muka / kecerahan muka - bahagian dalam lengan
4. Keguguran / sukar mendapatkan anah / hormon tak stabil / haid tidak teratur - sekitar rahim iaitu di bawah pusat
5. Kencing manis - Kawasan pankreas (antara perut & dada) jika telah luka / busuk / hampir dipotong, sapu di sekeliling kawasan tersebut.
6. Sakit kepala / migrain - belakang telinga (bahagian yang keras) dan tengkuk
7. Meningkatkan kecerdasan /IQ - Tengkuk dan belakang badan
8. Rambut gugur / uban - Kulit kepala
9. Sakit mata / katarak / rabun - Sekeliling mata
10. Resdung / selsema - Sekitar hidung dan leher
11. Asma / berdengkur- Leher, hidung dan dada
12. Sakit gigi - Tempat yg sakit & bahagian luar pipi 
13. Tiroid - Leher
14 . Batuk - Leher & dada
15. Sakit jantung / dada / darah tinggi - dada dan belakang badan


Me : inilah maklumat yang aku dapat sebelum mencuba. Apapun cubalah goegle sebelum mencuba... 

Allah SWT sahaja yang mampu mengubati semua penyakit.... Dengan izin Nya semuanya akan sempurna... amin.......