princess Luv

Monday, 2 July 2012

Penat dan Letih

Bismillah.... aku sangat sibuk dengan mengemas, menyisip, mengalih dan banyak meng lah... huhuhu sakit badan. Hari ni juga adalah kesinambungan cerita semalam yang bertungkus lumus mengemas PEJABAT! kalau kemas rumah tu bolehlah relaks sikit sebab ada c Luv tolong... ye lah takkan tempat sendiri nak orang lain kemas pula. Nasib baiklah ada mr. suhairul, mr. seroji dan cc awang mali tolong mengangkat benda-benda yang besar dan berat... huuuu sabar ja lah... ye lah barang-barang pejabat mana ada yang ringan-ringan semua yang berat-berat. Hari ini pula sambung kesakitan semalam yang belum habis di selongkar dan di kemaskan. Otak pun beku melihat sekeling jadi sempit dan rasa kurang selesa. Now, hampir siap pejabat yang akan jadi pejabat yang sukar ku ceritakan. nak katakan cantik tak juga, nak kata tersusun macam 5S tak lah! cuma yang mampu ku katakan, tolooooonnnggggg..... aku perlukan ruang untuk bernafas... macam stor! sukar juga kukatakan kelesaan dalam berkerja jauh sekali lain lah kalau aku katakan hanya untuk berkerja. Kenapalah begini jadinya, adakah orang seperti kami ni akan duduk di luar berpanas dan berhujan! sekiranya ada yang datang gred makmal atau medikal kena duduk di bilik itu juga! entahlah aku fikirkan jentera seperti kami tidak di perlukan di jabatan ni kot! seringkali di pindah randah yang semakin kurang selesa. Yelah kalau tak nak katakan tak nak lah, jangan kami di pijak di ketuk, kelak menyesal tiada gunanya. Semuanya mahu di persoalkan.
Pembaharuan yang di lakukan belum tentu menjamin kesempurnaan sesuatu cawangan. Namun tiada yg mustahil sekiranya perubahan itu membentuk kemajuan juga. Namun perubahan kali ini bagai meyesakkan nafasku melemahkan jantung ku. Di mana kah keadilan yang ku perlukan. Kalau nak berubah ke alam yang lain janganlah lupakan pada keselsaan dan tradisi langsung kelak akan mengunda nestapa. Apa pun aku cuma berdiam sahaja namun sekiranya detikan boom tangan sudah meletup di situlah akan ketahui askar lari mohon menyelamatkan diri untuk pindah ke tempat yang lebih aman. Entahlah apalah pandangan dorang setelah perpindahan ini berlaku! aku benci dikatakan 'kesian'!!! muka tidak ikhlas langsung dan kami terasa macam sampah! Jangan harap senyuman di lemparkan  adalah maaf utk mu... jauh sekali, sebab aku, kami dan dia tahu apa kau lakukan pada ruangan itu...



renunglah apa yang ada di sebalik langit, lihatlah apa yang ada di sebalik tanah yang di pijak. Jamganlah berbangga dengan apa yang kau perolehi kerna  kau hanya seperti kami juga... tiada yang istimewa ku lihat pada diri mu...
ku harap segala yang berlaku ini adalah jalan kebaikan bukan mengikut hawa rakus telunjuk mu... aku hanya mampu melihat dan mendengar segala buruk mu dari khabar jauh malah dekat. Biar kau melukis segala watak dirimu wlu abstrak sekalipun ianya dpt ku tangkap walau dalam samar bulan. Sekali warna mu hanya tinggal hitam sekali itulah engkau akan terus kaburkan gambaran lukisan mu... cukup berhenti di sini.... aku benci perasaan seperti ini... aku malas mengcangak kegilaan mu, kebodohanmu....

me : semoga aku di dekatkan dgn hati yg bersih jauh dari segala keangkuhan... yang mengundang fitnah dan bala...
di mana pun aku, aku tetap aku
memerlukan ruang untuk bernafas,
memerlukan udara yang segar untuk berkerja...
dimana kebajikan kami?
jauhkan aku dari dia...
kerna aku terlalu penat!





0 comments: