Aku datang hari ini... aku ingin melihat dan mendengar cerita semlam tanpa getaran dari aku. Hairan! kenapa sunyi! tiada sepatahpun keluar dari anak tekaknya tentang 'cuti! El! MC! ah... hipokrit (Ops.. betul ka ejaan tu hahaha... lantaklah) memang saja ja dia untuk cuba menjatuhkan ayam yang sedang mencari rezeki untuk keluarganya. Aku masih sunyi dari kisah semalam, sebenarnya aku datang untuk mendengar cerita peperangan semalam yang tetiba ja membabitkan sang puteri beradu kerana letih menghias taman.
Berpandangan namun tiada apa pun sajian semalam mungkin sajiannya basi! dan bergiuk sebab tu dia menyembunyikan dari sang puteri sajiannya amat-amat tidak berguna. Palsu belaka! Apapun aku akan terus berdiam diri untuk melihat apa peliknya dia semalam dan hari ini. Namun lain lah pula canangnya hari ini setelah askar yang dia serang semalam tengah mendapat rawatan di teratak askar itu. Kini gongnya berbunyi tiun yang sumbang bukan seperti tiun semalam. Kami yang mendengar dan menyaksikan lentok liuk muka dan badannya seakan-akan boleh ku baca semuanya palsu! gongnya berbunyi bangga dan angkuh kononnya semua ketua-ketua di dunia ini rapat dan saling mengenali dia.... ( sambil menahan perut yang makin terasa di geli-geli... kalau boleh mahu sahaja aku buraikan ketawa ini biar ku sampaikan pada askar-askar yang patut mendengarnya kekeke) aku rasa kau belum mengenali Princess diaries memerintah taman Matahari... di lindungi bulan dan bintang. Sure! aku tak kenal kau!
Janganlah bangga pada tin kosong! tiada di katakan ada... tersungkur tiada penyelamat akan datang, menanggis tiada berguna lagi. Ternyata kau bukan nakhoda yang yang mampu diberi perhatian dan sebagai contoh kepada anak-anak kapal kecil...
renunglah pada bulan apa yang patut kita syukuri... renung pada matahari apa yang patut kita contahi, ranunglah pada bintang apa yang patut menghiasi keinginan itu... tanamlah kesedaran bahawa segala ini adalah pinjaman dari yang Maha Esa... Sesungguhnya Dia-lah yang hanya mampu menunjukkan kekuasaannya dan segala citaan-Nya....
Me : Hanya kerana ada-Nya dihati aku mengajar erti kesabaran... kerna ianya satu ujian yang tak mampu kita hindari... tanpa dugaan dari - Nya bukanlah nama kehidupan....
0 comments:
Post a Comment