princess Luv

Tuesday 4 October 2022

Aku Rindu Dia

 Wahai matahariku... dengarkanlah aku sekarang... pandanglah aku sekarang.... hanya kau sahaja yang mampu menyimpan segala RASA ku...


Aku ingin buang Rasa ku... terus ke dalam bahang mu agar menjadi keemasan yang boleh ku rasa kau ada di sisi ku.... Wahai Matahariku.... aku rindu dia yang telah pergi di panggil Pencipta yg Maha Esa... 22.09.2022 itulah kali terakhir aku mencium dia, kali terakhir aku menatap wajah ayunya yang di makan kesakitan. Pandangan terakhir itu tak akan berulang lagi... tiada sudah suara lembut memanggil aku DEAR... setiap kali aku bersama dia aku rasa terjaga dan rasa di manja.... Aku tertunduk menangis tika dia kaku menutup mata tidak menjawab bila aku memanggil dia berkali-kali...  Ya Allah.... aku tidak kuat untuk segalanya. 

Di saat aku ketawa mendengar akan suara dia, aku sama sekali tertipu di atas ke ayuan suara dia, tertipu di atas ketawa dan gurau dia. Aku BODOH! terlalu dunggu... pandainya dia menutup segala kesakitan dengan segala tawa dan senyum dia. Dia tenat pun aku bagai orang yang buta. Sahabat jenis apakah aku pada dia sampai dia menutup sekukuhnya untuk tidak aku merasa tenat bersama dia. Aku RINDU sangat dia... tiada ku rasa lagi pelukan kasih sayang seperti sahabat, kakak yang selalu saling mengerti. Sampaikan waktu setenat itu dia tetap menutup kesakitannya. Sungguh dia menjaga aku untuk tidak bersama merasa sakit.

Pada 24.10.2021 itulah kali terakhir dia memeluk erat aku bagai tidak akan berjumpa lagi. mengalir air mata aku bila dia datang untuk memberikan aku memori yang susah aku matikan. Dia datang dengan senyuman dan segala RASA rindu dia dan aku menjadi nyayian ceritera kami kerana terlalu lama tidak dating. Ya setiap kali berhubung pasti dia akan tanya "Bila kita Dating?" Ya Allah... sukarnya RASA ini.. Jari jemari seolah-olah berhubung bersama RASA... menari di atas papan kekunci sehingga tidak tahu arah tuju RASA ini selain... Rindu dan Sedih akan segalanya... sampai ke hari ini aku masih terbayang wajah ayu yang telah kaku ku tenung dan aku cium. 

TERIMA KASIH ALLAH... kerana memberikan aku sahabat seperti dia

TERIMA KASIH SAHABAT KU MARY CLAIRE @ LING segalanya akan aku simpan dalam album ceritera kita. 

Dialah sahabat aku selamanya yang tidak akan ku perolehi di segala pelusuk dunia ini. Hanya dia sahaja sahabat sejati yang aku ada. Dia.....

Aku tidak mampu meneruskan memaksa jemari aku untuk terus menari di papan kekunci ini, aku tidak kuat seperti dia, Rasa ini semakin menuja ke tusuk hati aku sehingga aku tidak mampu meneruskan segalanya ini sebagai kazanah album Matahariku... 

Aku rindu dia.... Alfatihah.... tenang lah dia disana.... 





Thursday 25 November 2021

KEMANA SAJA AKU...

 wahai matahariku... tumpangkan rasa ini kepada mu....


Kemana saja aku... selalunya akan jadi macam itu. Aku terasa lelah namun aku mesti kuat. Kenapa harus aku kau dan kau perlu jadi patung contengan kau! Yes! kemana saja aku namun itu saja aku alami. tidak kira kau tinggi dariku mahupun terendah dari ku namun itu saja yang aku alami. KENAPA! perlu lagi kah aku kaji sumber tanah galian daun air dari asalnya kau dan kau selalu mengekori ku. Aku tidak perlukan EKOR beb! Aku tidak perlukan sokongan dan tagihan segalanya dari kau! Biar baru aku teduh mahupun lama ku berpijak dibumi itu tetapi kau tetap mengejarku setiap hentian ku. Dimana wangian haruman? Kemana kecantikan segala alam... adakah hilang dari isi nuraninya?

Aku harus kuat dan biarkan angin itu melimpasi ku terus berlalu tanpa ada debu menyingah ke wajahku... Kenapa harus ini yang aku dapat? Setiap kelompok yang baru bersama ku akan menjadikan titik hitam untuk ku. why!!! bila aku menyandarkan RASA resah sakit ini ke Syurgaku... satu sahaja jawapannya... CEMBURU... 

Pisau ketajaman cemburu itu memang sukar akan lari dari sifat-sifat hitam seseorang. KENAPA..... harus itu ada untuk di hidangkan kepada tetamu yang baru datang ke tempat kau! Aku hampir lelah di keliling bonika dunia seperti ini. Aku siapa dan Kau siapa... Tiada apa pun aku buat untuk kau tikam cemburu kau dan kau untuk kau bunuh aku. Karang aku sergah kau nanti kau tidak akun kau gila! Cukuplah... 

Bila aku ketahui itu biar dimana aku, aku akan cuba orak langkah tanpa kau sedar aku menjauh. Aku akan sunyi dari kau dan kau semualah... sungguh bahaya pisau yang kau hadapkan... tapi kau harus sedar yang DIATAS sentiasa memerhati segala luar dan isi kau... segalanya akan di kembalikan dan di situlah kau akan merasa pedihnya segala kejahilan kau itu di hitung!

Alhamdulilah aku bukan segila kau... jauh sekali untuk jadi segila kau... aku masih di keliling wangian harum... bunga yang masih cantik biar tidak sebanyaknya dan kecantikan nurani biar sukar di perolehi namun aku ada dan itu ada untuk aku... Alhamdulilahhhh terima kasih Allah....


Kenapa aku

Dimana adilnya untuk aku

Kau seperti itu tolong jangan dekati aku

walau dari awal... 

sungguh aku tidak perkan kau dan kau semualah!

Wednesday 3 October 2018

BERSABAR PASTI AKAN DAPAT HASILNYA

My Matahari ku....

Wahai matahariku, kali ini aku rindu sampai ingin melempiaskan bahang ku ini kepada mu. Aku meminjam bahang bahagia mu disana. Aku juga ingin meminjam cahaya tulus mu disana. Dengarlah kali ini RASA ku yang dah lama ku simpan...

Macam mana mahu mula ya... hahahaha dah lama tak menulis dan dah lama aku on off membaca. Inilah kalau PEMALAS tu bermaharajalela setiap sudut. Memang aku akui bahawa kalu kita kurang membaca bahasa jadi kabut dan melalut. Apapun baham ja lah ye...

Selama perkahwinan 11 tahun bersama insan ku sayang ini, banyak dugaan dan ujian. Yelah... ke sana ke sini jalan mana-mana tempat akan terdengar orang bertanya 

"bila nak ada baby?"
"Lama dah Kahwin, takkan tak usaha"
"dah pergi berubat kah?"
"aik takkan tiada sampai skrg..."
"tak pandai kali..."

Apa punya soalan sindiran atau pasangan macam kami yang tempoh dapatkan zuriat lama selalu jadi bahan bualan macam tu. Tapi tidak lah semua akan kata macam tu. Ada setengah mereka faham apa yang pasangan macam kami alami. ye lah rezekikan di tangan Tuhan. Kalau dah lambat Tuhan berikan rezeki kita kena sentiasa redha dan berdoa selalu. Siapa yang tak mau zuriat? tiada kan... sedangkan Sajat pun nak zuriat lahir dari perut dia heheheh... Aku bersyukur walaupun lambat namun aku dan c luv merasa juga jadi ummi dan abi. Tuhan Maha Mendengar. Alhamdulilah... Pada kawan-kawan, saudara mara dan keluarga yang mendoakan kebaikkan, kesejahteraan dan rezeki untuk kami sejuta terima kasih kami layangkan. Semoga mereka juga sentiasa di berikan kesejahteraan dan kebahagian dari Tuhan. 

23hb sept. 2016 - Aku try UPT - memang masih tak sangka dan masih belum percaya lagi garis UPT tu menunjukkan 2 line. Masih blurrrr hahahaha yelah dah 10 tahun kahwin jadi perasaan untuk mendapatkan zuriat memang ke laut dannnn hanya Redha ja dan berdoa ja... Tuhan Maha Mendengar dan Maha Penyayang.

24hb sept 2016 - Kami pergi Klinik yang biasa aku review untuk cek sekiranya ada apa-apa masalah Gyne. Tapi tak ada pun masalah Gynea sangat cuma period tak regular ja. Bila doktor scan dah nampak kantung baby dalam perut hehehe... memang time tu tak tau mahu cakap apa yang keluar dari mulut kami berdua " alhamdulilahhhh" aku di sahkan Mengandung... yippeeee.... bermulalah kehidupan ku sebagai wanita mengandung yang perlu ke review stiap bulan. Sangat-sangat happy time mengandung. segala-gala permintaan di layan oleh c luv... Luv u dear...

Alhamdulilah selama mengandung 9 bulan tiada mengidam yang pelik-pelik malah morning sickness pun aku tiada. Allah memudahkan segalanya untuk aku c luv dan baby. Okay Mengidam! memang dulu nampak kawan-kawan mengidam pelik-pelik dan aku rasa macam di buat-buat, ye lahhh tak pernah rasa mengandung sebab tu tak faham. Bila dah rasa sendiri baru tahu! Ayam goreng pedas MCD! yessss... time tu memang mengidam sangat mau makan ayam mcd ni. Doiii lah baby dalam perut dah pandai makan pedas-pedas ye. Sekali time mahu beli time tu juga seminggu di katakan ayam mcd TIADA! makkkk kauuuu rasa macam kecewa dan marah ni... macam tu pula rasanya mengidam hehehe.... memang buatkan nangis lah! seminggu aku menunggu tu ayam. Sekali dapat macam dunia tu kau yang punya hahahaha... makan seorang tapi rasa macam ada teman kita makan masa tu sebab dah tidak nampak orang sekeliling lagi. c luv pun masa tu memang tak minat makan ayam mcd ni heheheh... nampaknya makan dengan baby la yeee...

1 hingga 5 bulan - aku berklinik di Klinik John Teo Lintas, memang doktor sangat baik dan melayan aku dengan baik segala soalan di jawab sampai aku dan c luv faham hahahha...

5 hingga 9 bulan - aku sambung review di JMC kota kinabalu. Doktor India yang sangat-sangat baik dan sentiasa memberi info agar aku dan c luv faham tentang janin. Doktor Hensom Dr.Vijay hahahah... mudahan kalau ada rezeki lagi aku nak dia juga yang uruskan kelahiran baby... amin... semoga semuanya di mudahkan.


Pada 16hb Mei 2016 - Aku review dan tetiba cek BP alahai hampir 200 naik. Doktor mensyorkan aku beranak hari tu juga. Jadiiii aku di masukkan wad dan menunggu BP ku turun sebelum di masukkan bilik OT. Czer bebbbbb.... Setelah semuanya dah sedia aku dan c luv tidak habis-habis berdoa agar semuanya di permudahkan. Biarpun berdebar tapi mata tu saling pandang2 ya sambil senyum-senyum. Macam seronok pula ni. Bila dah habis jarum Epidoral terus aku tidak rasa apa-apa tu kaki sehinggalah c luv di benarkan ambil gambar masa baby di keluarkan dari perut. hehehe.... sambil senyum-senyum dan bising-bising dorang bila nampak baby aku di angkat. keluar suara doktor vijay dia cakap  " Wow gebunya baby..." aku terus bertanya " Doktor hidung baby?" hahahaha dorang semua terus ketawa bila c luv yang jawab macam hidung doktor vijay. Hahahahaha..... Alhamdulilah... syukur atas rahmat Mu ya Allah... semuanya di permudahkan....

lahirlah baby girlllll.....

ZARA DARWISYAH AURORA
16HB MEI 2017


NOTA BAHANG SI MATAHARI : KEPADA WANITA DI LUAR SANA YANG LAMBAT DI KURNIAKAN ZURIAT, JANGAN PUTUS ASA JANGAN PUTUS DOA. SEGALANYA TUHAN TELAH SEDIAKAN UNTUK KITA. REZEKI YANG TUHAN BERIKAN PELBAGAI JENIS. BUAT TULI JA TELIGA TU BILA ADA YANG CUBA JATUHKAN SEMANGAT KITA. TERUSLAH BERDOA YANG PENTING "JANGAN STRESS" INI PESANAN DOKTOR YANG MERAWAT AKU YEE.. 

CHAYOK!!!!.... 

Wednesday 26 September 2018

Indahnya ukiran tangan....

Bila terasa panas mesti teringatkan Matahari.... Bila tersua bunga matahari dan teringat tentang dia... Dunia ini saling berkaitan so jangan hairan wookay.... wow lamanya aku tidak melayangkan rindu untuk matahariku ini...
 

Aik! kenapa tangan? yup hari ni aku mau soalkan tentang TANGAN.  Bila orang melihat tangan aku pasti akan kata aku ni RAJIN buat kerja. Alahai.... punyalah seronok aku mendengar bebelan rakan ku itu. Harap-harap dia tak terasa bila aku ketawa macam gila sikitlah. Aku hairan kenapa mereka lebih melihat kepada keadaan fizikal dan terus mentafsiir kau adalah itu dan ini! Kunun garis-garis yang banyak yang telah di cipta oleh Yang Maha Agung itu adalah menunjukkan diri mu adalah seorang yang terlebih rajin dan sentiasa kemas.. ahhh itulah yang aku sukar menerima tafsiran zahir secara rambang. Kamu telah tertipu dengan apa yang di lihat. Kesian pula bila di fikirkan sebab macam mana aku nak percaya jika memang aku sah-sah tak rajin Tapi manja beb... hahahaha.... ya biasa kalau manja ni tak lah rajin sangat tapi bukan PEMALAS wookay...  Mereka menftasirkan aku menyuci belanga yang besar-besar, menyuci kain hari-hari dan segala bagailah. Macam lucu pula ye, tapi takpalah... seronok pula aku bila di gelar rajin di dapurrrrr beb... wow bangganya aku... Wei kawan biasanya kalu orang rajin akan pandai masak, apa masakan yang di suruh masak pun memang campinlah. Aku! hehehehe pandai jugalah tapi bukan Campin beb... potong bawang pun boleh nangis-nanggis apalagi ak potong sayur... jangan cakaplah sebab aku pantang nampak ulat... ULAT! tapi taklah sampai laki kebulur tak makan. Tengok oranglah hehehe.... walau tak mahir sangat tapi sedap juga tau hehehe... (puji diri sendiri nampak) ignore kan aje pujian tu... yesss!

okay berbalik kita cerita tentang tangan dan tafsirannya... ada setengah perkara tu mereka percaya tentang tilikan dan ada setengahnya tidak. Aku tergolong pada yang tidak percaya sebab aku ni sukar juga mempercayai benda-benda macam tu sebab abah selalu kata itu kurafat 👀 (jangan lah tersinggung ya, ini cuma kata-kata dari abahku) Cuma di sini aku ingin ceritakan satu peristiwa atau perkara yang aku pernah alami dan berfikir.... 

Semasa aku sekolah menengah dalam tingkatan 5 aku ada 2 orang kawan rapat yang selalu bersama aku ketika di sekolah mahupun di rumah. Ye lah... tinggal satu kawasan memanglah senang jumpa. Imawati dan Muslinah ini agak rapat dengan aku boleh di katakan satu angel satu tu nouty macam begitu la. Kalau saya mahukan sesuatu penyelesaian pasti saya akan bertanya dua rakan aku ni. Okay berbalik cerita kita yang tadi, aku ada cikgu yang mengajar bahasa Melayu cikgu Zubaidah. Cikgu Zubaidah ni kalau ada masa terluang masa mengajar mesti akan berborak dengan kami. Macam-macam topik sehinggalah ke tafsiran tangan. Jadiiiiii.... mulalah kawan aku yang dua orang ni berminat untuk mengetahu pasal tafsiran tangan. Kunun cikgu Zubaidah ni pandai menilik lah tu... 😆 (kalau cikgu nampak ni habis la aku hehehe takpa cerita dah 20 tahun lau dah) Mulalah kawan aku si Muslinah ni minta di tafsirkan tapak tangan dia. belek punya belek tetiba cikgu tu bagitau "kau ni pemalas, suka simpan duit dan pendek umur" ahhhhh! punyalah dia terkejut dan mula tak puas hati dia cakap "alaaa cikgu ni main teka-teka ja" terus cikgu tu ketawa. Kami sekali ikut ketawa bila cikgu tu cakap macam tu. terus kawan aku tunjuk si Imawati untuk minta tafsirkan tapak tangan dia. Ini pun lucu tafsiran cikgu tu.

Cikgu mentafsir tapak tangan kawan aku Ima tu macam-macam tapi yang paling saya ingat cikgu tu cakap "kau ni akan jadi andartu atau lambat kahwin dan rajin memasak tetapi boros tidak pandai simpan duit" terus aku dan c linah ketawa macam mahu pecah perut. Apa tidak boleh cikgu tu cakap kawan aku ni akan jadi ANDARTU! sampai tidak percaya c Ima cikgu tu cakap begitu. kami pun saling megejek antara satu sama lain. sampailah ke giliran aku. 

Aku ni memang malas kalau dengar-dengar perkara macam ni. Sebab masa tu aku memang tidak berapa berminat soal-soal yang tidak logik kunun... hehehehe... tapi oleh kerana kawan-kawan gila aku ni memaksa minta cikgu tafsirkan tapak tangan ku. Jadi hulur sajalah hehehehe.... sekali belek punya belek cikgu ni bagitau "alahiiii kau ni kan BOROS, LAKI KO NANTI AKAN SAYANG KAU GILA-GILA(buat-buat tak dengar tapi senyum ja ni biarpun belum tahu), BANYAK BOYFRIEND (apa! bagus kunun lawan aku ni) RAJIN, SUKA MENCIPTA DAN PANJANG UMUR SAMPAI NYAYUK ( Aaaapaaaa... nyayuk... doiiii kawan aku yang paling kuat suara dia ketawa tu c Linah sampai berair mata dia ketawa) yang aku tidak percaya tu dia bilang RAJIN... hehehe entah mungkin rajin lah kan tapi aku tidak tahu apa benda yang buat aku rajin tu hahahaha...

Okay disini di jadikan cerita....

kawan aku Muslinah telah meninggal dunia di usia yang muda akibat kanser. Terus aku terfikir apakah tafsiran itu satu kebetulan atau cikgu aku itu memang campin mentafsir. huhuhuhu.... 

Kawan ku Imawati pula masih belum berkahwin hingga kini dan aku sering mendoakan dia semoga selalu di murahkan rezeki dan dapat jodoh yang baik satu hari nanti ( sabar kau ima jodoh kau belum lahir... hehehe jangan marah dalinkkkk)

Dan aku... alhamdulilahhhh setiap kehidupan biarpun bahagia tapi tidak akan lari dari segala ujian yang Allah turunkan. Bersyukur itu harus dan berusaha itu mesti. Apapun segalanya hanya Allah yang tentukan.

Percayalah kepada Qada dan Qadar Tuhan. Apa pun yang kita lakukan adalah dari kita sendiri untuk menentukan itu baik atau tidak. Segala kehidupan kita telah di rancang atau di rencana dari Yang Maha Esa. Hanya tinggal terima dan lakukan dengan sebaiknya... 


Semoga Roh kawan ku arwah Muslinah aman di sana....

"Percayalah Rencana yang Allah aturkan untuk kita ada Sebabnya"... Allah itu maha penyayang....