princess Luv

Friday, 16 October 2015

Novel Tombiruo Terkhir

Aku Masih bersama novel-novel pilihan ku yang masih kusayang. sungguh pun aku jarang menghiasi di dada laman ku ini, namun aku sering di ketuk rasa ingin menyapa khabar. Tiada yang mustahil jika pemikiran ke arah rasa yakin pada kemampuan.
 
Ya, apa di takutkan pada perubahan yang datang cara mendadak atau tanpa kita sangka. Apa di tangkis dengan sejarah silam. Apa yang di bangga dengan keangkuhan yang tertanam didalam diri dan apa yang di julang pada nama yang makin bertingkat-tingkat egonya.

Aku memahami segalanya dalam isinya. Aku jatuh cinta pada semangat yang ada dalam dirinya. Aku tertampar dengan kesetiaannya. Aku sangat tidak menyangka belaian ku kali kedua untuk memahami intipatinya membuahkan rasa yang sukar aku luahkan.

Kecacatan menjadi cacian, kecacatan menjadikan ia jatuh dan kecacatan itu membuatkan ia jahat dalam diam. Ya! aku terkejut menerima setiap watak yang di keluarkan satu persatu dan sangat membuatkan aku terfikir. Adakah aku perlu menjelajahi pada yang duluan kerana aku terus kepada yang terakhir. Hahahaha lihat pada tajuk Tombiruo Terakhir sudah pun dapat mengagak aku telah melangkau episod keluarannya sebelum ini. Adakah aku harus memulakan yang sebelum ini aku tinggalkan?

Ejim atau nama sebenar Amarudin Bin Abdullah yang telah di tukarkan wajah dari berwajah hantu ke yang paling sempurna dan menyerupai kembarnya yang telah meninggal dunia. Aku juga suka watak pada ejim namun aku tidak mengerti kenapa mesti dia mencintai perempuan yang sama iaitu perempuan yang di gilai oleh kembarnya dan pak su? sedangkan bukan itu gadis yang di nikahinya. Ada watak yang tersembunyi itulah yang menjadi isterinya. Apapun aku sedar Novel ini Berjaya membawa aku dalam penceritaannya... sebab aku pandai mula marah, kesian, sangsi , geram dan pelbagai rasa sehingga aku mula terfikir kreativiti penulis ini Berjaya melalikan aku. hahahaha...

Biasanya aku akan letakkan synopsis dalam setiap novel yang aku paparkan. Namun hari ini aku tidak meletakkan sinopsisnya agar siapa yang mengilai novel pergi ke kedai buku dan terus membelek sendiri sinopsisnya. Tidak rugi untuk memiliki novel ini. yang penting kesabaran anda berfikir untuk menyelam bersama kisahnya.

Hutan Keningau? haaa... aku juga orang Sabah namun aku tidak mengetahui apa yang ada di Hutan Keningau. Aku juga tidak pernah sampai di hutan seperti itu. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa seronok bila mengetahui segala isi ceritanya dari sana. Terkadang tercuit rasa hati untuk mengetahuinya, namun aku tahu ini semua adalah kretiviti dari penulis itu sendiri yang membawa  aku ke bayangan hutan.

Menyelami isi novel ini pelbagai rasa wujud. Rasa sayang, tanggungjawab, rasa cinta, rasa marah, rasa kekeluargaan dan kemasyarakatan serta adat di sesuatu kawasan. Apapun aku suka novel ini...


****BERUBAHLAH KE ARAH KEBAIKAN.....
*****BERANILAH KERANA KEBENARAN......
******BERCINTALAH BILA CINTA ITU DI HADAPAN....

0 comments: