princess Luv

Thursday, 17 October 2013

Rezeki datangnya dari Allah SWT...

WaHAI Matahariku... askum.... lama ku tinggalkan saat manis pahit bersama mu wahai Matahari ku... bukan aku sombong, angkuh, berpaling tadah atau lupa tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan aku untuk mengukir cinta dan kasih di dada mu... Ketahulah wahai Matahariku rindu di dadaku sangat  mampat untuk berkongsi rasa dan segalanya di setiap cahaya kasih mu...
muaaahhh.... ciuman kasih untuk mu....
kini khabar ku layangkan...
rindu mu juga telah terjawab....

Alhamdulilah... bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana 2013 ini banyak perkara-perkara yang baru aku pelajari dan di susuli rezeki dari Allah SWT yang membuatkan aku sentiasa belajar erti  bersyukur dan berterima kasih. Rezeki itu bukanlah hanya wang ringgit, rezeki itu meliputi semua rahmat Tuhan bagi kita, dari segi pelbagai aspek seperti kesihatan, kedamaian, ilmu, keluarga yang sejahtera bahagiaan dan segalanya datang dari Yang Maha Esa.... alhamdulilah... semoga hari-hari yang mendatang aku dan keluarga ku bersama Rahmat dari_Nya...

Allah sentiasa memberi, cuma kita perlu belajar Terima dan Bersyukur. Terkadang kelebihan yang Allah berikan pada umatnya di pandang Rasa cemburu dan prasangka buruk oleh insan-insan yang tidak suka melihat kejayaan orang lain. RIAK! jauhilah sifat itu kepada aku dan keluarga ku. Aku terkedu, terkejut apabila aku di tuduh RIAK!... insan itu menilai dari segi apa? Kenapa tidak berfikir sebelum menilai seseorang. Tapi tidak apa aku anggap itu sebagai satu teguran atau sekadar angin berlalu. Tidak meninggalkan kesan di zahir mahupun batin. Inilah sifat-sifat manusia yang suka memberi jarum dan api tapi bukan bunga dan haruman wangi. Apa pun aku bersyukur kerna aku ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bersama untuk ke arah kebaikan. Saudara mara sentiasa bersama walau jauh atau dekat, sebab kecanggihan dunia mampu menghubungkan kami antara satu sama yang lain. Alhamdulilah... sekali lagi...

"Rezeki ada dimana-mana... Datang tanpa di duga, Tepat pada masa, yang penting Usaha dan Tawakal" 


Me : Kejayaan lahir dari usaha... Usaha yang gigih lahir dari semangat pada diri... semangat pada diri lahir dari kemampuan zahir dan kemampuan lahirkan keikhlasan hati... 
Bersyukur akan segalanya nikmat dari_Nya....
Kekurangan itu satu cabaran hidup...