princess Luv

Monday 19 December 2016

REZEKI ITU LUAS

Salam ku lambaikan pada matahariku yang seakan jauh di sana... walau jauh namun kau tetap dalam ingatan ku...



Wahai matahari ku jom kita bicarakan tentang rezeki...
Percayalah dimana pun kita di tempatkan atau berada Tuhan sudah tentukan rezeki di setiap penghijrahan yang kita lalui. Apapun janganlah di kesali setiap perpindahan yang kita lalui biarpun tanpa rela. Semua itu adalah ketentuan-Nya. Tapi percayalah Tuhan telah menyediakan agenda yang lebih baik setiap penghijrahan yang berlaku... sama ada ianya cepat atau lambat... sama ada ianya banyak atau datang dengan kuantiti yang separa.

Tuhan tidak terlalu kejam untuk menjauhkan rezeki kepada hambanya. Oleh itu tadahlah tangan mohon segala di bukakan pintu rezeki buat kita. Pasti Tuhan akan mendengarnya. Percayalah... semua itu datang dari-Nya.

Sekiranya ada sesuatu yang telah menutup pintu rezeki mu dengan apa cara sekali pun mahupun atas dasar cemburu khianat atau sebagainya. Percayalah Tuhan masih ada bersama dan sentiasa bersama pada mereka yang teraniaya... memang tidak di nafikan kejadian sebegini boleh berlaku. Tanpa rela atau tanpa mengetahui kita hanya mampu redha dan menganggap itu sebagai ujian Tuhan.

Oleh itu, tidak perlu bersedih sekiranya berlaku sesuatu musibah atau penghijrahan tanpa rela atau juga boleh dikatakan khianat oleh manusia yang bangsat! sebaliknya bersyukur setiap langkah mu yang telah di atur oleh Tuhan. Kerna semua itu sudah di atur oleh Allah yang maha esa....


Percayalah pada Qada dan Qadar... biarpun ada cerita di sebalik hijrah kehidupan mu...



Faham atau tidak jangan di bahaskan yang lebih tersirat itu... bicaralah pada hati jika itu yang baik pada mu....