princess Luv

Tuesday 19 June 2012

Jiran oh Jiran....





Menghormati sesama insan adalah satu amalan yang sangat mulia dan perlu di amalkan sampai ke akhir hayat kita. Jiran! ya... banyak hal yang berlaku sekiranya kita mempunyai jiran. pelbagai karenah di lihat tentang sikap sifat jiran yang boleh di jadikan pengajaran, pengalaman, dan cerita.

Ini pula kisahku yang mempunyai jiran yang sukar ku katakan kerna buat sakit hati adalah! Apa perasaan jika pulang dari kerja dengan keadaan penat dan sangat lapar gilllaaaa ni tetiba ja tercium bau stokin yang paling aku anti sangat. Inilah jadahnya pintu rumah berdepan jarak 5 atau 10 kaki kali... Ya Allah aku membuka pintu rumah ambil masa kerna kendadu rumah bukan senang sangat nak buka. aduhhh... bayangkanlah aku menahan nafas dari tercium yang menyemakkan hidungku sambil terasa loya mcm orang mengandung pula... Ini berlaku bukanlah baru tapi dah berhari-hari, pada mulanya aku taklah marah sangat dan masih bersabar lagi dengan kasut, selipar yang bersepah-sepah depan pintu aku lebih dari 10 kasut! BUSUK!!!! kesabaran ku memuncak bila aku sampai pintu rumah kasut busuk di dekat tangga menyebabkan aku hampir jatuh.
nasib baik aku tidak bertukar warna jadi hijau kalau tak habislah pintu rumah jiran tu jadi roti canai. Dalam kemarahan aku memuncak c luv datang memainkan peranan agar aku tidak terlepas tembakan mesin gun. C Luv terus pergi berjumpa dengan jiran dan slow talk... hahahaha nasib baik kau wahai jiran yang tak tahu menghormati jiran kau. Siapa yang tahan bau Busuk kasut dan stokin! yelah kita sebagai jiran kau harus tanam sikap hormat menghormati agar silaturahim di jalin dengan baik. walaupun jarang bertegur sapa janganlah berbuat sesuka hati di kawasan jiran.... kalau aku dapat tanam sikap hormat menghormati dalam diri kenapa kau tidak. 
Aku bersyukur kerna tiada pergaduhan yang berlaku selepas c luv bawa slow talk dengan dia. Dia terus memohon maaf tentang kejadian itu. Namun aku belum lihat lagi perubahan di luar pintuku. aku akan pantau tindakan yang bakal jiran terbaik aku tu.... yelah kekadang aku hairan juga dengan jiran aku ni... sepatutnya dia sebagai pekerja di KKM haruslah mengamalkan kebersihan bukan hanya di tempat kerja malah di rumah pun kita perlu amalkan. pleaselah..... 
jangan nilai setitik rosak susu sebelanga....






Friday 15 June 2012

Aku .... Me....

Burung-burung berlagu riang ria mendengar khabar Snow white akan terjaga dengan adanya sang putera yang bakal datang mencium dan memberikannya cinta sejati. Begitulah hari ku bila terasa lebih di sayangi dan terjaga oleh c Luv sehingga aku rasa makin kuat makan hehehe...

Hari ini ringanlah pula jemariku ini mengambil picture sang puteri yang terlalu sibuk dengan tugas harian, lihatlah di bahagian belakang terlihatlah fail-fail yang perlukan tindakan hari ini untuk santapan raja di hutan minggu depan. Namun ia tidak meragut riang riang di hati ku untuk menikmati jumaat yang indah ini. Semoga Jumaat ini Allah memberkati hubungan kasihku antara c Luv dan aku, antara keluarga tercinta dan aku, antara teman-teman sekerja dan aku, antara alam sekeliling dan aku, antara segalanya dan aku... kasihku sentiasa ada kerna adanya Allah.... Semoga Allah murahkan rezeki di sekian alam walau di pelusuk mana pun ini  agar semuanya akan ingat betapa kasihnya Allah pada sekian alam. Begitulah kita saling sayang menyayangi walau bagaimana pun kita di perlakukan namun ada batas-batasnya juga... amin...

Sesungguhnya sang princess  amat menghargai pada sekalian sekeliling yang menghargainya... kerna perhatian, kerna kasih dan sayang princess diaries masih berada tanpa beradu lama lagi.... oopppsss!!! maaflah sesiapa yang terbaca contengan ini yang hampir termuntah dan terjelir lidah, manalah tahu ada tergeli rasa kerna menyesal tersinggah di sini. tak apa ignore aje... apapun terimah kasih melawat sebentar di sini...

 





Hak cipta terpelihara ... Princess Diaries...

Drama ber siri - NAZIHA

Cintailah ciptaan dari negara sendiri 
Drama inilah bakal menjadi santapan mata ku bila  drama Bunga-bunga Syurga abis ku jelajahi. Aku 
sangat berharap agar drama ini juga dapat mendabat hati ku untuk jatuh dalam fantasinya hehehehe..
 Drama melalyu aku selalunya memilih, entahlah kekadang cerita-cerita yang di sajikan setiap plot buat aku bosan, sebab tu aku jarang juga tengok dram-drama melayu ni. Tapi sekarang aku lihat banyak drama-drama yang sudah meletop di garap oleh penulis-penulis tempatan kita mahupun pembangunan dramanya yang dia corak cantik oleh si pengarah. Apapun aku akan tunggu drama ni pada jumaat malam ni, lagipun pelakon drama ni sangat comel dan memang aku suka dari drama Vanila Coklat musim lalu.