princess Luv

Saturday 31 December 2011

Tahun Baru 2012?

Tahun Baru.... meriah hanya di sini.....
Tahun baru ini aku hanya di rumah bersama-sama lap top dan adik ku... aku pun malas nak keluar berjalan-jalan, lagipun c luv sibuk dengan urusan luar... walaupun aku di rumah namun aku dapat juga mengadap skrin kesayanganku, bolehlah aku memulakan lembaran baru, Novel yang baru selepas aku menghabiskan masa ku membaca Novel 7 Hari mencintaiku... waaa sampai jam 5 pagi baru tidur... memang berbalui pengorbanan masa ku itu, c luv pun faham tentang aku... hehehe... terima kasih Luv... Hari ini aku di rumah, Tahun baru di rumah... Mengadap tv dan laptop... dan aku rasanya belum mampu membuka novel yang baru ku dapatkan kerana bahang Novel 7 Hari Mencintaiku masih terasa dan aku masi mahu teruskan perasaan itu... apa tidaknya, rugilah aku kalau tidak menghayati perasaan itu... tidak pasal-pasal sanggup tidak tidur malam semata-mata nak habiskan kisah cinta sejati itu.... huuuuu terasa letih dan mengantuk sampai sekarang... tapi aku Puas!... hehehehe

Tahun baru ini aku ingin meneruskan azam dan semangatku... jangan cuba jadi penceroboh semangatku untuk aku lemah meneruskan azam ku... tidak akan ku coretkan di sini cukuplah hanya aku sentiasa mengingatinya.... semoga semuanya akan terlaksana...

Ya Allah Engkau kejutkan lah aku jika aku terlena, Engkau iringilah aku dengan Rahmat-Mu... hanya Engkau yang mampu mengubah takdir ku....

Selamat Tahun Baru

Seharum Cinta LESTARY karya Ramlah Rashid

Suka dan Cinta dua Perkara yang berbeza meskipun dua perasaan yang hampir serupa, tetapi tetap memberi maksud yang sama
Sinopsis
Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikan gadis yang tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan untuk berganding dengan lelaki. Jauh sekali bergantung dengan kaum itu. - Lestary

Biar siapa pun dia, siapa pun tunangnya, yang pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan lestary sebagai gadis pertama dan mungkin juga yang terakhir. Dia sedar, merampas milik orang, boleh dianggap perompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu itu. - Dafiezudin

Dalam tenang memandu, Lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dalam ikhlas mahu belajar mencintai Razrim, Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia. - Lastary

Dafie tidak mungkin membuang orang yang dia sayang begitu sahaja. Dia tidak mudah melatah walaupun di gempur badan. - Razrim

Me : Pada mulanya opening pembacaan ku, aku rasa macam malas untuk meneruskan pembacaan ku. Barangkali perasaan aku masih teruja dengan novel ASST sebelum aku membaca novel ini, Sebab tu masih terasa dihati bahangnya, sehingga aku sukar untuk membuka hatiku membaca novel lain dalam masa terdekat. hehehe.... tetapi selepas beberapa hari aku cuba juga meneruskan niatku untuk membaca dan memahami novel ini... akhirrrrrnya.... aku dapat juga... dan berjaya juga untuk mengahayati.... u know why...???? munculnya watak Dafiezudin.... walaupun tidak sehebat perwatakan hilman yang ada falam ASST? namun aku boleh merasakan bahang kasih sayangnya... terlihat Pengorbanan dan cinta yang sejati dalam diri Dafie, Justeru kerana sahabat sejatinya dan penyakit yang dia hidapi dia sanggup melepaskan impiannya... waaa mengetar juga... aku mula merasa tercuit dengan ciri-ciri yang ada pada watak dafie... hubungan persahabatan yang terlalu utuh malah bagaikan adik beradik terpaksa dari salah seorang mereka mengundur diri. Dalam setiap plot-plot ini juga menguji kesabaranku untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka sembunyikan.... adui....memang menguji hati ku misteri tentang misteri mama lestary ditembak semasa mengandung. malah wanita yang jadi rebutan oleh Razrim dan Dafie sebelum munculnya Lestary dan kenapa Dafie sanggup lepaskan wanita yang dia cintai demi sahabat. Apapun novel ini lebih banyak menceritakan misteri kenangan silam dan ketabahan kecekalan dan cinta Hanan Alaa iaitu ibu kepada Lestary. namun selepas membaca novel ini getaran Novel ASST? masih aku boleh terasa bahang rindu... Penangan ASST? memang sangat Gila!!!

Semangat ku sentiasa bersama......
jangan ragut hatiku untuk teruskan....


***(3) bintang dari 5 bintang

Friday 30 December 2011

happy new year.....will.... come.....


Webfetti.com


2 Amanah.... Mohd Rozaimi Abd. Hamid

akhirnya.... sekolah akan dibuka semula minggu hadapan ni ( 04.01.2012 )
syukur alhamdulilah.... baru habis daftar adik di sek. men. tun fuad... semenjak mama meninggal dunia aku lah yang mengambil tempat arwah mama untuk menjaga adik ku mohd. rozaimi, sebelum dia meninggal dia sempat berpesan agar jaga adik aku yang bongsu ni... apapun aku segalanya aku berserah pada-Nya agar aku tabah dan terus bersemangat untuk memikul tanggungjawab ini....
syukur ku juga kepada-Nya kerana adik ku telah di masukkan kelas yang cemerlang sehingga aku tidak menyangka mentaliti adikku juga baik dan pandai... aku tahu selama ini dia susah betul hendak belajar dan malas pergi sekolah. aku tahu sikapnya terdorong jadi begitu kerana tiada orang menjaga dan memerhatikan keadaan sekelilingnya, 2 tahun dia tinggal dengan abah setelah mama meninggal. Aku tahu juga abah ku juga tertekan dengan kehilangan mama dan dia tidak mampu menjaga adik ku, aku faham abah aku.... Aku membawa adik tinggal bersama-sama agar aku dapat memerhati dan membantu dia dalam segala-gala hal, aku lah yang menjaga dia sampai ke hari ini... semoga adik ku dapat masuk ke universiti sebagaimana impian dia ingin menjadi Doktor Haiwan...
Harap adik ku tidak ambil hati setiap nasihat yang aku berikan biarpun bernada marah atau pun menyindir atau lembut aku harap adik ku faham yang kakaknya ini ingin dia jadi manusia yang berguna... Semoga Allah berikan kekuatan untuk adik ku terus berjaya dan Allah bersama setiap langkah yang di atur untuk maju...

Sememangnya aku sayang pada yang menyayangi aku
sememangnya aku hormat pada yang menghormati aku
sememangnya aku tidak mahu jadi pembenci dan pendendam
sememangnya aku tidak di ajar jadi pengkhianat
itulah sememangnya....

Drama Dhia... menguji hatiku...

Betapa agungnya CINTA kepada Nya....
Drama Tentang Dhia sungguh menyentuh hati ini dan mengatakan aku berpuas hati dengan drama ini. Kisah cinta amat menguji hati aku dan berfikir, adakah aku setabah Dhia? sungguh cantik setiap slot-slot yang di lakon penuh menyentuh perasaan. Saat akhir-akhir Dhia mengharungi panggilan-Nya Dhia mampu tersenyum untuk suaminya yang tercinta. betapa agung cintanya... Biarpun hanya setakat drama tv namun ia boleh menjadi contoh yang baik pada penonton... ketabahan, kesabaran, ketulusan, kesucian dan cinta sejati bukan senang kita temui di dalam dunia zaman sekarang ini. Ketaatan Dhia dalam mengerjakan suruhan-Nya, menjauhkan sifat syirik dan kurafat yang di lakon oleh Liza Abdullah sebagai emak mertua Dhia dimana dia mempercayai bomoh dan mengagung-agungkan kuasa syaitan... jauhkanlah sifat seperti itu tertanam di hati kita... jangan sekali-kali. lihatlah apa kesudahan yang berlaku...ini juga mampu menjadi contoh kepada semua. Dalam erti kata yang lain drama ini amat menguji hati ku... Kasih Sayang  membawa mereka makna erti Cinta sebenar sehingga hanya boleh dipisahkan dengan satu kematian. Sehidup Semati.... Ungkapan itu sering di dengari siapa sahaja yang bercinta namun adakah semua itu hanya ungkapan bibir semata-mata... kerana ramai yang telah memungkiri janji begitu.. Dalam drama ini juga dapat di lihat watak Azmi yang penuh dengan ujian dari Tuhan, ketabahan dan kesabaran Azmi dapat dilihat apabila dia redha dengan apa yang berlaku pada dirinya dan cintanya bersama Dhia. Adakah pada zaman ini kita mampukah melihat pengorbanan seperti itu? anggap sahajalah hanya drama tv namun jadikanlah contoh dalam diri tentang ketabahan dan kesabaranya... yang baik dijadikan panduan, yang tak baik di jadikan pengajaran untuk membetulkan kesilapan..... bukan sahaja cinta sejati namun sahabat sejati juga ada terselit dalam drama ini. Dhia, Melly, Azmi dan Raffi... oleh itu sahabat juga penting dalam kita mencari cinta sejati. Jangan sesekali menyakitkan antara satu dengan yang lain....

aku dan my luv setuju dengan ending drama... sangat-sangat suka....
ya Allah aku bersyukur pada Mu kerana memberi Kenikmatan kebahagiaan padaku.... Alhamdulilah....

Thursday 29 December 2011

Alhamdulilah.... siap juga akhirnya...

huuu.... penat juga hari ini...mencabar sungguh kerja hari ini... letihnya jari-jari ku menaip kerja-kerja yang perlu di selesaikan hari ini juga... tidak boleh tangguh-tangguh pula tu... sabar saja hati ini... wahai jari-jari comelku bertahanlah ya, aku tahu kita sangat letih tapi kita harus selesaikan juga hari ini... Alhamdulilah semuanya sudah selesai. Kenapalah akhir-akhir kerja diberi begitu sahaja tup tup tup kena siapkan hari ini juga sebab kununnya EP tutup jam 7.00pm ni... wah... betul-betul mencabar keimanan aku.

Walaupun penat dan geram juga tapi aku tidak berasa sunyi biarpun aku hanya tinggal seorang sahaja di bilik ini.. alaa aku memang selalu seorang pun hehehe... aku di temani suara radio seperti biasa agar aku tidak berasa sunyi dan tertekan. Syukur alhamdulilah semuanya sudah aku siapkan, kerja-kerja akhir tahun sangat menguji ketahanan emosi, mental dan badan sebab itu aku perlu bersedia dengan apa sahaja yang mendatang...

walau aku sibuk macam mana pun namun aku tetap mengingati mu... 

Tuesday 27 December 2011

kerja perlu dihabiskan....

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru....
Ya Allah kuatlah semangatku untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai ini dan tak tau bila akan selesai dan sempurna... malas nak simpan kerja-kerja tahun ni untuk tahun depan. Tak lama lagi Tahun baru 2012... Hari ni banyak yang mahu di selesaikan sehingga rasa mata ni kabur melihat cahaya komputer.

Aku kuatkan lagi semangatku dengan di temani suara radio agar aku tidak mengantuk dan lemah. Itulah juga semangat yang aku ada. Terkadang aku akan kesunyian sebab ramai rakan-rakan bercuti hujung tahun dan banyak kerja-kerja yang kena selesaikan. waa... sungguh mencabar rasanya kerja-kerja hujung tahun ni. Tapi aku yakin aku boleh buat. Insha'llah.....

Monday 26 December 2011

I luv you..... aku takkan bosan...


Lihat dia bulan ku senyum
cuba sembunyi di balik awan
bila dia membalas pandangan
bulan menjeling di balik awan
dia cantik bagaikan bulan ku
percayalah aku tak bosan
mengatakan padamu
i luv you

Lihat dia bintang ku cemburu
pujukan bulan kerlipan terserlah
menjadikan ilham yang bercinta
walau marah tetap manis
sehinnga aku tunduk
ingin sekali lagi
ku katakan pada dia
i luv you

Lihat dia matahari ku kaku
melimpah cahaya menyinar alam
walau kaku di sana
tapi tetap cantik di hayati
bila panggilan magrib bergema
terlihatlah juga cantiknya dia
walau fajar mula melabuh
sehingga aku juga kaku
bibir bergetar ingin melafazkan
i luv you

percayalah aku takkan bosan
melafazkan kata hikmah itu
sampai ke akhir hayatku
i luv you...





Aku Letih Rasanya....

Hari ini aku rasa letih sangat... semalam aku baru habis membaca novel "Seharum Cinta Lestary" dalam jam 1.00am...dan awal pagi pula aku kena bangun awal ada majlis jemputan kahwin. Namun keletihan ini tidak membunuh semangatku untuk berdepan dengan blog kesayangan ini. Novel semalam yang baru ku habiskan, akan aku upload esok untuk di kongsi bersama.

Perjalanan jauh ke Tambunan biarpun meletihkan ada juga terasa seronok. aku baru pertama kali menjejaki di tanah Tambunan. Lucu juga melihat pasangan di Akad Nikah kerana di usik-usik oleh saksi dan rakan-rakan. Semasa perjalanan ke sana, aku terasa bagai di cameron highland pula, penuh kabus-kabus tebal sehingga masuk ke dalam kereta... sejuk sehingga ke tulang rasanya. Memang sangat terpukau melihat keindahan yang mencorakkan kehidupan penduduk setempat. Walaupun hiasan bunga kurang di Tambunan namun masih tetap cantik dengan gunung-gunung dan bukit-bukit yang ada di setiap perjalanan kami.

Apapun Selamat Pengantin Baru kepada "En. Aziz@Kiput dan Tunangannya Cik Azarina" kerana kamu aku sampai juga di Tambunan... Tahniah...

Sunday 25 December 2011

abiskan masa sahaja.....

hari ni aku di rumah saja.. menghabiskan masa-masa cuti aku di depan laptop untuk upload novel-novel tersayang. malas nak keluar berjalan-jalan, biarlah boring tapi aku tetap puas hati dengan hasil kerja aku hari ni. waaa... sakit juga jari-jari ku untuk membangunkan blog ini sehingga nampak sempurna. biapun hanya sederhana namun aku tetap puas hati kerana aku mampu bermula dari bawah... syukur alhamdulilah... semoga Allah kuatkan azam ku untuk terus bersama "itu Matahari Ku"... amin...

Awak Suka Saya Tak? Karya Melur Jelita

Dengan Kasih Sayang Allah, tiada yang mustahil ( Novel TersayangKu )
Sinopsis - Kisah Kasih Sayang.

Di antara Hilman Yong, Kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itu mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, Seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?
Muncul pula Damien yong yang sentiasa menyeksakan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan perangai damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya.... seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku... sifuku... kekasihku... kembalilah... "Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, disini.... " - Hilman Yong

"don't worry, i won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." - Damien Yong

"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya terhadap Mr. Damien seperti kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling menyentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh di pecahkan... Walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau di iris. itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." - Intan Zulaikha

*me : Novel tersayang aku... membaca sehingga dua kali pun aku tak bosan.. aku teruja dengan semua watak-watak yang ada dalam novel ini, kaya dengan Cinta kepada Allah, keluarga, dan rakan-rakan... Novel ini membuka hatiku untuk jatuh cinta... tahniah buat penulis sungguh aku tak duga cerita dalam novel ini banyak yang buat aku tersentuh dan membuat aku jadi gila..... biarpun banyak aspek menolog namun ianya mudah di fahami... aku suka sangat... memang aku sukar jatuh cinta pada jalan cerita novel-novel kebanyakkan di pasaran biar pun ada perasaan Suka tapi tak sama dengan perasaan Cinta pada Novel ini... aku boleh merasa cemburu, sedih, sayang dan bahagia bila membacanya... entahlah aku sukar untuk menerangkan di sini... yang pastinya aku jatuh cinta dengan novel ini.... sememangnya dalam dunia ini sukar untuk menemui watak-perwatakan seperti Hilman Yong namun ianya boleh menjadi contoh kepada semua pembaca. memang dalam dunia ni tiada sifat secantik dia selepas sifat Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh dimana penulis berusaha menerapkan sifat-sifat Nabi sabagai sumber ilhamnya... Tahniah.... Luv it much much much...

***** (5) full star
Jatuh cinta hanya pada novel...

Buy 20.11.2011 (ahad) at 1B, start read : 25.12.2011, finish : 28.11.2011, for d second read 17.12.2011 and finish three day after 17hb..

My Love Playgirl karya Siti Nurdhuha

Sinopsis dan yang terdapat dalam novel ini

Puteri Laila Merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpahnya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul denganya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? dan bagaimana Hasrul Menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

"Hei orang miskin, kau dengar sini! aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan juga aku takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ini kepada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja" - Puteri Laila

Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Harul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. tak ada duit, ada pokok-pokok kayu punjadilah.

"Ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak." - Azia

* me : Novel ni sangat-sangat suka... funny dan banyak pengajaran, dalam novel ni banyak penerapan nasihat bahawa kita harus menghormati orang sekeliling kita. terutama orang tua. Novel ni menepati citrarasa aku.. alamak macam masakan pulakan... hehehe... tahniah sangat-sangat kepada penulis kerana novelnya mampu membuat aku kurang waras sikit.. hehehe ketawa sendiri dan menanggis... geram tu jauh sekalilah cuma terasa terlalu happy membacanya... Ini lah salah satu Novel terbaik aku yang paling aku sayang... siapa yang belum dapatnya di pasaran... memang rugi sangatlah... hehehehe.... Muuuuuuaaaaahhhh best giler...

Beli : 12.11.2011 (sabtu), start read : 15.12.2011, finish : 24.11.2011

***** (5) Bintang dari 5 bintang (full star) 

Mahar Cinta Cinderella karya Maya Iris

Sinopsis
Pertemuan Nur Sayang dan Dr. Endrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan menggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur sayang terhutang budi,namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering mengelarnya 'islam celup'.
Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang akan masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul dalam hidup Nur Sayang setelah Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi di tolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.
Lalu, Nur Sayang Mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melannjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Mesir. Disana, dia terperangkap dengan revolusi Mesir menggulingkan presiden.
Apakah cinta presis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? atau hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?

*me : novel ini terlalu padat dengan surah-surah Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dan mengembangkan jalan ceritanya. Penulis lebih fokus kepada penerangan kepada seseorang utk memberi fahaman tentang islam secara menyeluruh... ibarat kisah Cendirella muslim... tahniah buat penulis kerana dapat membantu pembaca untuk terus merasa tentang kepayahan dan usaha-usaha Keselamatan & Perubatan Malaysia mengharungi pahit getir di Mesir sambil menyelami perjuangan mesir...

*** (3) Bintang dari 5 bintang
Luv it!!!

the best wishez... 4 all my friends yang menyambut perayaan natal


Kemeriahan di 1Borneo Xmas day....

MAY THIS SEASON BRING YOU SUCCESS GOOD TIMES & HAPPINESS! BEST WISHEZ FOR MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR....

From me :L.S
princes Luv
*sungguh teruja melihat kanak-kanak gembira mendapat hadiah yang di beri oleh Santa.... 

Hari ni Xmas day....

1 Borneo...
Inilah keadaan d 1Borneo xmas day... comel-comel semua hiasan, kanak-kanaklah yang paling happy aku lihat... memang meriah sungguhlah xmas di 1B ni...
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL
May this season bring you success good times & happiness! Best wishez for Merry Christmas & Happy New Year...
from me..L.S

Lagenda Elfarren karya Mohd Zahar Yasin

Sinopsis
Aidan dan Ariana... pemuda desa dan puteri raja. Di pertemukan menerusi mimpi aneh yang datang saban malam. Mereka berkasih walaupun tidak pernah bersua muka. Demi rindu, mereka harus berjumpa di alam nyata walau berapapun harga yang harus di bayar.
Tanpa di sedari, mereka mempunyai keistimewaan yang tidak pernah wujud di dunia itu. Kelebihan yang akan menentukan masa depan dunia. sesuatu yang sangat di kendaki oleh kuasa kebaikkan juga kejahatan pada zaman itu.
Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza dan sangat mencabar. Kasih sayang, persahabatan dan percintaan, segala-galanya dipertaruhkan. Namun matlamatnya cuma satu. Untuk memenuhi firasat mimpi yang datang kepada mereka.
Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir yang bakal menunggu. sejauhmanakah mereka sanggup menghadapinya?

me : storynya terlalu unik dan abraks.... namun memang sangat mencabar minda untuk membacanya hingga ke ending plot... memang penuh misteri dan banyak menimbulkan persoalan di minda dimana setiap plot-plotnya banyak peristiwa-peristiwa yang aneh... yang pastinya aku soalan yang selalu keluar dalam fikiran ku semasa membaca novel ini ialah 'siapa ariana?' Novel memang best dan mewujudkan perasaan debaran apabila mereka berjumpa haiwan-haiwan aneh dan bertarung, perasaan sedih apabila aidan terpaksa berpisah dengan abangnya, perasaan lucu kerana dapat ku bayangkan avatar di dalam novel ini sebab telinga mereka tajam tapi kulitnya putih dan cantik hehehe... apapun siapa yang baca novel ni akan berasa sungguh teruja dan suspen tengok ja pada tajuknya...  Namun pada aku, novel ni rupa-rupanya ada sambungan. aku sedih kerana endingnuya tergantung... aku berusaha untuk mencari sambungan novel ini tapi.... tiada... huk huk huk...

*** (3) bintang dari 5 bintang
chayuk!!!


Saturday 24 December 2011

9 Nyawa Karya Ramlee Awang Murshid

 Mata Hati Tidak Pernah Berdusta.....

Sinopsis
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian dia sedar semula..... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 Nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang di ambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya.... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.

Mereka berdua bertemu jua.... di alam paranormal. Pertemuan itu merungakai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak di sangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain oula muncul - mengapa mereka tidak di pertemukan lebih awal?


me : Sesiapa yang belum beli novel ni... mereka sangat rugi.. kerana novel ini sangat best.. ia mengajar kita tengan erti KESABARAN dan KETULUSAN... dimana penulis mengeluarkan watak c buta dalam penulisannya... memang hebat dan best sangat... semangat, ketabahan, daya usaha dan keistimewaan semua ada dalam novel... sapa yang belum beli... dapatkan lah di kedai-kedai buku dan aku yakin anda sukar untuk mendapatkannya sekarang sebab novel ini lama da keluar... apapun ini sahaja yang dapat ku katakan setelah membaca novel ini... BEST!!!

**** (4) bintang Dari 5 bintang...
Luv It...

Aku Cinta Dia Karya Sharifah Abu Salem

Sinopsis
Dania gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu di gugurkan. Namun kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.
Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Dalam Diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila di fikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan mulia seperti Ustaz Iqbal? Sehingga suati hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan Al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-Nya terlebih dahulu sebelum diamenyintai sesama manusia.
Dania bimbang dengan kenyataan ini.....
Takut dia bertepuk sebelah tangan........

me : apabila membaca novel ini saya mula rasa damai di hati kerana watak-watak yang di garap amat cantik memenuhi sifat-sifat kemusliman dan kecantikan Islam pada watak. Memang tidak di nafikan efak atau tindakbalas dalam diriku berlaku apabila watak shira muncul... marah dan geram kerana perwatakannya menyakit hati hahahaha.... tahniah pada penulisnya kerana mampu membuatkan aku ketawa, geram, marah, sedih dan gembira... namun endingnya buat aku rasa kepuasan tu belum ada kerana aku nak iqbal dan dania berkahwin... tapi apapun aku suka novel ini... mengutamakan sifat-sifat dan peraturan-peraturan dalam islam serta ada di selitkan sejarah-sejarah nabi dan nasihat-nasihat untuk rujukaj.... syabas...

**** (4) Bintang dari 5 bintang
Luv it

Friday 23 December 2011

Perayaan 1 Malaysia

ke sana ke sini, aku terpegun melihat hiasan jalan-jalan raya yang penuh dengan lampu-lampu kelip-kelip dan pokok-pokok xmas... sungguh cantik!!! tahniah pada dbkk kerana menyumbang tenaga yang begitu gigih untuk menghiasi kawasan bandaraya kota kinabalu. pesona itu mengundang senyum di bibirku dan darlingku... hehehe... rasa macam di dalam disney pula berwarna-warni. ini lah di katakan 1 Malaysia, berayaan kaum lain dapat di kongsi rasa gembira dan saling hormat menghormati.

masuk ke shoping komplex... wow... meriah sungguh dengan patung-patung santaclouse dan lagu-lagu Xmas, kalau nak kata pokok Xmas tu memang telah di letak di sana sini... sungguh cantik dengan hiasan hadiah-hadiah tiruan... ho ho ho ho aku terkejut bila santa menyapa kanak-kanak di belakang ku, riang-ria kanak-kanak gembira mendapat hadiah dari santa tu sampai ada yang tak mau berlepas apabila santa ingin berlalu setelah memberikan hadiah pada mereka. yang hairannya santa tu tak pilih muslim atau non muslim, tidak memilih apa bangsa dia tetap menghulurkan hadiah yang berada di karung guninya itulah 1 Malaysia....hehehehehe... tapi aku tergelak juga sebab aku hairan kenapa santa ni kurus... lucu sangat.... waaa rasa terhibur dengan apa yang ku lihat hari ni... Syukur alhamdullilah... Malaysia  masih aman damai, dan akan terus berdoa moga selamanya aman damai makmur sentiasa.... amin...

kepada rakan-rakan ku yang menyambut perayaan Xmas... 'Happy Xmas Day... semoga perayaan ini dapat mengeratkan lagi persahabatan kita dan menyatukan keluarga yang jauh mahupun yang dekat. tanpa ada perselisihan atau pertengkaran atau tanpa ada benteng yang menghalang. semoga kebahagiaan kekal selamanya serta tuah yang baik sentiasa bersama kamu...

happy Xmas Day n Happy New Year....
1 Malaysia...

Masi di sini...

rupa-rupanya da jam 6.27pm, aku masih lagi tercegat di ofis baru habis mengerjakan kerja-kerja yang tertunggak... nasib baiklah darling kol ari ni balik lambat, boleh ga aku siapkan kerja-kerja yang entah bila akan selesai. Rinduku pada matahari ku membuatkan aku rasa ingin menjengguknya walau sekejab utk mencoret dada halamannya...
Ring ring ring... da bunyi hp... menandakan aku akan balik rumah... amin syukur matahariku tetap cantik dan aku memang merindui walau sejam aku tidak menjenguk halamannya...

percayalah... aku masi di sini untukmu....

salam sayang

laungan kebesaran-Nya
subuh memulakan salamku
jasad kedinginan menusuk tulang
menyedarkan aku dari terus lena
dibuai mimpi indah
salam sayang subuh

cahaya mula memuntahkan haba
kelipan mata tidak mampu melawan cahaya itu
walau tak terlihat namun kehadirannya dapat rasa
menandakan waktu yang berbeza
salam sayang tengahari

redup cantik pandangan di mata
menjadi sumber ilham c pencinta alam
anak-anak berlari pulang
ibu melolong memanggil-memanggil
syaitan mula bermaharajalela
bertimpiaran lari bila
laungan merdu memanggil
menunaikan janji untuk bertemu-Nya
salam sayang malam bermula

salam sayang
berbisik tiap tiba waktunya
biar apapun detiknya
pasti salam sayang itu tetap gemersik
salam sayang pada semua
membuai hari-hari mendatang
menandakan hadirnya sang suria...

princes luv
sentiasa ada cinta
(23.12.2011)

Cinderella Cinta = Karya John Norafizan

Sinopsis- separuh plot yang ada dalam novel...
Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cinta kuyang telah hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. benarkan aku hilang di dalam keabdian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.
Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau.....
Aku akan pergi
menjejak mimpi
walau dalam duri
aku tidak akan berhenti
Pendakian ini
sudah tiada serinya lagi
namun akan kugagahi
walau tanpa engkau di sisi...

me : sebenarnya aku sukakan tajuk novel ini... tanpa membaca sinopsis di belakang novel aku terus membeli. tahun 2010. Apa pun aku sukakannya... cuma aku sedih sikit jalan cerita tidak seperti yang ku harapkan... namun tetap di garap dengan cantik... syabas dgn usaha c penulis dia mampu menyentuh hati para pembaca... aku suka ba...
*** (3) bintang daripada 5 bintang

Thursday 22 December 2011

Kongsi minat

Berkongsi minat yang sama atau berlainan... pasti seronok sambil dapat menambahkan ilmu, keseronokan dan skill.. wah... perkara yang memenatkan fikiran dan jasad namun tetap seronok mengkaji, betulkan?di sini saya akan berkongsi setiap novel-novel yang saya baca dan suka.

menilai! ops... sorry saya belum layak untuk jadi penilai... saya cuma membaca dan merasa  plot-plot yang di garap begitu cantik dalam novel pilihan saya... saya memilih bukan kerana penciptanya tapi dari segi sinopsisnya. 

perangai yang pelik sikit.... saya tak sanggup berkongsi novel hehehe... saya lebih suka membeli dan tak suka meminjamkan... sayangggg.. takut tak di kembalikan dan rosak... biar rosak di tangan ku jangan rosak di tangan orang lain hehehe anehkan? berkongsi cerita dan rasa aku rela tapi hartaku itu sukar ku kongsikan...

Dan... kerana itu saya akan kongsikan melalui apa yang saya rasa dan fahami dari novel pilihan. Tujuannya bukan untuk menunjuk hanya sekadar berkongsi ceritanya.

Tunggu.... akan ku upload satu persatu picture novel pilihan
Rupa-rupanya minat kita serupa.....
jangan abaikan aku jika kau suka
jangan pandang aku jika kau benci

edit pages



Wednesday 21 December 2011

matahari ku...

aku baru bermula... langkahku masih terlalu awal
semangat ku ada padanya
aku mulakan dengan azam yang baru
seumpama terbitnya fajar matahari
bagai menyapa subuh ku
bersama laungan azan kebesaran-Nya...